Anda di halaman 1dari 8

SINOPSIS NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA

LUMPUR

Novel ini mengisahkan cita-cita seorang saudagar Melayu bernama Encik


Muhammad bin Idris yang mempunyai rancangan perdagangannya seperti
membuka ladang lada hitam di Johor dan mengusahakan perlombongan di Lembah
Tualang. Dia telah menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang dan berkongsi
dengan Datuk Tan. Encik Muhammad merupakan orang Melayu yang berdarah
dagingkan perniagaan sejak dari datuknya iaitu Orangkaya Indera Datuk
Muhammad Saman bin Bendahara Muda sehinggalah ayahnya Orangkaya Indera
Datuk Idris.

Keghairahan Encik Muhammad untuk menjayakan lombong yang dirancangkannya


itu diserahkan kepada Sudin untuk menggunakan apa cara sekalipun walaupun
dengan pelbagai muslihat. Dia berpegang kepada prinsip untuk menundukkan
seekor harimau hanya seekor ‘kancil bijak’ sahaja yang melakukannya. Segala
muslihat yang licin dan halus mestilah digunakan untuk mencapai hasratnya itu.
Sementara itu, isteri Encik Muhammad iaitu Cik Puan Tipah pula bercadang
mengusahakan ladang orkid di Jeram Medang.

Encik Muhammad telah berjaya menawan hati Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan
abangnya Penghulu Mahmud menyertai hasratnya itu. Sudin pula memainkan
peranannya berselindung di sebalik matlamat mempertingkatkan taraf hidup
penduduk luar bandar dengan memindahkan mereka ke rancangan FELDA.
Walaupun pada mulanya Sudin bermusuh dengan Mat Akil tetapi dia berjaya
memujuk Mat Akil dan rakan-rakannya menyertai misi yang dirancangkan oleh Encik
Muhammad. Sudin masih menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap
Mat Akil kerana permusuhan mereka merebut Gayah.

Sifat tidak jujur Encik Muhammad terhadap orang-orang Kampung Pulai dapat dihidu
oleh Imam Saad, Lebai Maarup serta Rahim. Rahim anaknya sendiri, Mahani bakal
menantunya, Lebai Maarup, orang yang baru pulang ke kampung setelah sekian
lama di perantauan, juga Muhammad Alif, anak buahnya yang menjadi pensyarah di
Universiti Malaya telah menyedari muslihat Encik Muhammad hendak menyingkirkan
orang-orang kampung dari kampung halaman mereka sendiri. Kesemua watak
tersebut menentang Encik Muhammad dengan cara yang tersendiri.
Tuk Empat Dahlan berjaya dibeli dengan pangkat penghulu manakala Imam Saad
dilantik sebagai imam menggantikan imam tua yang dibersarakan. Encik
Muhammad terpaksa pulak berhadapan dengan Tauke Chan. Tauke Chan
menyimpan dendam terhadap Encik Muhammad kerana menggagalkan projek
perumahannya. Dia mengupah Pendekar Omar memusnahkan ladang orkid Cik
Puan Tipah. Akhirnya Pendekar Omar ditangkap polis. Begitu juga nasib Mat Akil,
ditangkap polis kerana mencederakan Lebai Maarup. Sudin berpuas hati kerana
dendamnya terhadap Mat Akil telah terbalas secara tidak langsung.
Pada akhir novel ini, Keris Mas meletakkan poetic justicenya terhadap Encik
Muhammad, saudagar besar dari Kuala Lumpur yang tiba-tiba menjadi kecil dan
rebah tersungkur menjelang perlaksanaan projek lombong yang bermatlamat hanya
untuk mengaut keuntungan bersama Datuk Tan. Encik Muhammad terpaksa tunduk
kepada permintaan Lebai Maarup dan Rahim supaya tanah wakaf daripada Lebai
Maarup dan Imam Saad tidak dilombong, sebaliknya didirikan kompleks bangunan
yang dapat menampung keperluan sosial dan agama sebuah masyarakat Islam.
WATAK PERWATAKAN

ENCIK MUHAMMAD
1. BIJAK MENGURUS

Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2. BERANI

Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang
bakal ditempuhinya

3. BERKARISMA

Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko
yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang
berjaya dan disegani bangsa asing.

4. BERWAWASAN

Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih
tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia
perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

5. GIGIH

Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan


pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak
mungkin dalam dunia perniagaan.

6. BERTANGGUNGJAWAB

Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan meneruskan legasi perniagaan keluarga
7. MERENDAH DIRI

En. Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan
penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi seperti dalam hutan rimba.

8. TENANG / SABAR

En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan Syarikat


Lombong Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima
secara rasional tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin
yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati.

9. SIMPATI

En. Muhammad bersimpati dengan nasib penduduk Kampung Pulai yang masih lagi miskin
dan dia berjanji untuk memberi pertolongan supaya mereka mendapat bantuan dan
kemudahan pindah ke rancangan FELDA

 Anak Orang Kaya Indera Datuk Idris Bin Muhammad Saman


 Pengarah Urusan Firma Dagang International ,salah sebuah anak syarikat Tan
Enterprise
 Mempunyai mata yang bersinar dengan biji mata yang agak besar

RAHIM

1. BERPANDANGAN JAUH

Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang
pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan
baktinya, dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan
ayahnya bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di
Kampung Pulai.

2. AMANAH
Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang
diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat.
Rahim akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa
Muda Pengurusan Dagang.
3.BIJAKSANA

Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah
menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan
ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk
membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan
perlombongan boleh membawa kesan erjaya kepada penduduk erjaya.

4. MERENDAH DIRI

Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak
sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta
Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5.BERTANGGUNGJAWAB

Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan
ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba
membela nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika
cadangan En. Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi
kenyataan.

6. BERANI

Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang
dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik
dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata
berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya
ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

7. GIGIH
Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar
Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya
beliau erjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university
terkemuka di London.
MAHANI

1. HORMAT MENGHORMATI
Mahani amat menghomati kedua-dua ibu bapanya. Dia menerima keputusan ayah dan ibunya
untuk menerima pinangan Rahim. Mahani juga amat menghormati Encik Muhammad semasa
berada di pejabat.

2.PRIHATIN
Mahani sangat prihatin akan nasib penduduk kampung Pulai apabila Syarikat Lombong
LembahTualang hendak dibangunkan – memikirkan nasib dan kesusahan penduduk.

3.BERBUDI BAHASA
Mahani memilki budi bahasa yang baik sehinggakan Cik Puan Tipah berhasrat untuk
menjadikan sebagai menantu.

4. KASIH SAYANG
Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan bapanya malah dia turut menyayangi Rahim.
Walaupun mereka jauh terpisah dan jarang berhubung, namun kasih sayang akhirnya
menyatukan mereka dengan ikatan pertunangan.

5. BERSOPAN SANTUN
Mahani bingkas bangun semasa bermain piano untuk bersalam dan mencium tangan Cik
Puan Tipah

6. SETIA

7. TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH

8.RAJIN

 Setiausaha Encik Muhammad


DATUK TAN

1. MERENDAH DIRI

2. BERTOLAK ANSUR

3. TIDAK TAAT KEPADA AGAMA

LEBAL MAARUF

1. SANGGUP BERKORBAN
Sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk kepentingan agama Islam.

2.BERTANGGUNGJAWAB
Giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda Kampung Tualang

3. BERIMAN
Sentiasa mengerjakan soalat berjemaah di surau

4. PATUH KEPADA HUKUM AGAMA

5.PEMAAF

6.TABAH

7.REDHA
CIK PUAN TIPAH

 Isteri encik Muhammad


 Wanita yang jelita,bergaya dab berwibawa
 Pembersih

MAT AKIL

SUDIN

ROBERT

YB MAD YUSOF

Anda mungkin juga menyukai