Anda di halaman 1dari 7

Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai & Pengajaran

Di bawah dikongsikan nota-nota yang terkandung dalam Novel Jalan Ke Puncak


(Tingkatan 2) meliputi Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai serta pengajaran
untuk rujukan semua. Turut disertakan adalah contoh soalan latihan dan sinopsis
novel bagi membantu para pelajar.

Sinopsis
Watak utama dalam Novel Jalan ke Puncak bernama Laiman merupakan seorang
pemuda dari Sabah yang mempunyai visi dan wawasan tersendiri. Laiman telah
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan menjalani latihan praktikal di
Sarawak bersama sebuah syarikat terkemuka gas dan minyak iaitu Shell. Ketika
menjalani latihan praktikal tersebut, Laiman telah berkawan rapat dengan Soniah
sehingga dicemburui oleh Muluk. Ketika Laiman ke Kuching, sebuah loji minyak
yang dibawah seliaannya terbakar. Selepas disiasat, Laiman didapati tidak bersalah
dan kebakaran tersebut dilakukan oleh Muluk yang cemburu dengan Laiman.

Selepas tamat pengajian, Laiman pulang ke kampungnya dan tidak ingin melakukan
kerja yang mendapat gaji tetap. Laiman telah menolak tawaran untuk bekerja di
sebuah jabatan kerajaan dan telah dimarahi oleh bapanya. Laiman tekad untuk
menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan ternakan lebah madu. Dia memulakan
tanaman tembikai bersama Milan dan telah meminta izin Pak Sahok untuk
menggunakan tanah paya sebelah tanah miliknya. Selepas beberapa minggu, tanaman
tembikai mereka membuahkan hasil dan membuka hati Pak Kiassim untuk menerima
usaha Laiman.

Akhirnya, Pak Sahok bersetuju untuk memberi keizinan kepada Laiman untuk
menggunakan tanah paya di sebelah tanah miliknya. Projek ikan air tawar mereka
berjaya dan telah mendapat perhatian Jabatan Pertanian untuk menjadikan
perusahaannya contoh kepada penternak yang lain.

Tema
Novel ini menceritakan sebuah tema berkenaan kesungguhan seorang pemuda untuk
mencapai kejayaan dan masa depan yang cemerlang dengan usaha sendiri dan
berdikari.

Persoalan
1) Persoalan keyakinan atas usaha yang telah dilaksanakan. Laiman yang berusaha
menjadi seorang petani moden yakin akan mencapai kejayaan walaupun menolak
tawaran bekerja di jabatan pertanian.
2) Persoalan pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga. Abang dan nenek Laiman
telah mengorbankan wang ringgit mereka demi membiayai pengajian Laiman di
universiti.
3) Persoalan keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi. Laiman
berani untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan serta udang selepas
menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan.
4) Persoalan semangat setia kawan. Milan yang merupakan kawan kepada Laiman
sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian.
5) Persoalan kemiskinan dalam masyarakat. Laiman memerlukan bantuan kewangan
daripada ahli keluarganya untuk melanjutkan pelajaran di universiti.
Watak dan Perwatakan
1) Laiman
- Watak utama dan merupakan anak kepada Pak Kiassim
- Berasal dari Kusilad, Sabah dan mempunyai abang bernama Mail dan adik bernama
Jariah manakala ibunya telah meninggal dunia
- Mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan dan telah menjalani
latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak
- Seorang yang mempunyai jati diri yang kuat kerana telah berpegang pada prinsipnya
dan tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran
- Seorang yang berani kerana telah bekerja sendiri sebagai peladang, penternak dan
pemborong walaupun tiada pengalaman

2) Pak Kiassim
- Merupakan bapa kepada Laiman
- Pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan Laiman untuk menceuri bidang
pertanian dan akhirnya bangga dengan kejayaan anaknya
- Seorang yang bertanggungjawab kerana inginkan anaknya bekerja di jabatan
kerajaan untuk mendapatkan kerjaya yang stabil
- Seorang yang sedar akan kesilapan diri kerana mengakui dia tidak memahami
wawasan Laiman untuk menjalankan perniagaan sendiri

3) Milan
- Merupakan sepupu dan kawan baik kepada Laiman
- Seorang yang mempunyai semangat setia kawan yang kuat apabila membantu
Laiman menjalankan projek pertaniannya
- Seorang yang mengenang budi kerana berterima kasih kepada Laiman kerana
mengajarnya erti kehidupan

4) Pak Sahok
- Pemilik tanah yang diusahakan oleh Laiman dengan projek ikan air tawar
- Juga merupakan seorang petani dan ahli jawatankuasa rancangan perkampungan
baharu.

5) Soniah
- Sahabat baik kepada Laiman di Sarawak
- Pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia
- Seorang gadis yang bercita-cita tinggi
Plot
Permulaan
Novel ini bermula apabila Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat
minyak. Laiman Sentiasa melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik
sehinggakan dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawannya. Sukri yang bertugas
di situ telah mengajak Laiman untuk makan bersama

Perkembangan
Soniah yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan berkawan rapat
dengan Laiman. Soniah telah menyebut nama seorang lelaki, Muluk dalam perbualan
mereka dan kemudian tidak mahu meneruskan cerita tersebut. Ia telah menimbulkan
tanda tanya kepada Laiman tetapi dia terpaksa melupakan perkara tersebut kerana
Soniah tidak mahu bercerita tentang Muluk.

Perumitan
Loji minyak di syarikat Laiman menjalani latihan praktikal terbakar. Laiman
merupakan jururtera yang bertugas untuk memperbaiki loji tersebut. Namun,
kebakaran tersebut berlaku semasa Laiman pergi ke Kuching. Perbuatan yang
dianggap satu sabotaj itu tidak menjadi kerana pelaku tidak tahu keberadaan Laiman
di Kuching dan bukan di Loji tersebut. Pak Kiassim telah memarahi Laiman kerana
menolak tawaran pekerjaan di sebuah jabatan kerajaan dan menentang hasrat Laiman
untuk bekerja sendiri.

Klimaks
Polis telah menangkap Muluk atas tuduhan membakar loji minyak kerana ingin
melakukan sabotaj ke atas Laiman. Muluk cemburu dengan hubungan mesra antara
Soniah dan Laiman. Pak Sahok telah memberi keizinan kepada Laiman untuk
menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya untuk menjalankan projek ternakan
ikan air tawar. Laiman telah membalas jasa baik Pak Sahok dengan bekerja keras
untuk menjayakan projek tersebut sehingga menjadi contoh kepada penduduk
kampung yang lain.

Peleraian
Laiman telah berjaya untuk hidup dengan selesa hasil daripada usahanya bekerja
sendiri. Di kemudiannya merancang untuk menjalani kehidupan yang baharu bersama
Soniah

Teknik Plot
1) Dialog : Laiman berbual dengan Milan tentang cadangan Laiman untuk membuka
projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar di tanah paya sebelah tanah Pak Sahok

2) Pemerian : Pengarang memerihalkan hubungan antara Sukri dan Laiman yang erat
walaupun baru dua bulan berkawan

3) Kejutan : Pak Sahok bersetuju untuk memberikan Laiman keizinan menggunakan


tanah paya di sebelah tanahnya

4) Saspens : Pembaca tertanya-tanya siapa disebalik perbuatan membakar loji minyak


Latar
Latar Masyarakat
1) Masyarakat yang miskin dan sederhana : Abang dan nenek kepada Laiman
memberikan bantuan kewangan kepada Laiman ketika melanjutkan pelajaran di
universiti

2) Masyarakat yang berpendidikan tinggi : Laiman dan Soniah merupakan pelajar


lulusan Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuruteraan

3) Masyarakat yang kuat jati diri : Laiman yang sentiasa berpegang pada prinsip
untuk berjaya dahulu daripada melakukan perkara lain seperti bercinta. Begitu juga
Milan yang bekerja keras membantu Laiman dalam projek air tawar mereka

Latar Masa
1) Waktu pagi : Sukri pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu kejadian
kebakaran di ljoi minyak

2) Waktu tengah hari : Sukri bertanya kepada Laiman tentang perancangannya selepas
tamat belajar kelak

3) Waktu petang : Laiman bersiar-siar di Pekan Lutong dan terjumpa Soniah


kemudian makan bersama-sama di sebuah restoran

4) Waktu malam : Pak Kiassim berleter kepada Laiman kerana menolak tawaran kerja
di Jabatan Pertanian Latar

Tempat
1) Bandar Miri : Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan
bersiar-siar di bandar Miri

2) Rumah Pak Sahok : Laiman ke rumah Pak Sahok untuk memujuk agar
mengizinkan dia menggunakan tanah paya bersebelahan tanah Pak Sahok

3) Tangki Minyak Nombor 12 milik syarikat Shell : tangki yang rosak dan dibaiki
oleh Laiman kemudian terbakar akibat sabotaj daripada orang lain

4) Kebun tembikai : Tempat Laiman dan Milan mengusahakan ladang seluas 15 ekar
dan bangga dengan usaha mereka

5) Kampung Kusilad : Tempat tinggal Laiman dan dimana dia melakukan aktiviti
pertanian serta perikanan sehingga berjaya
Gaya Bahasa
1) Inversi : Di sana, dia makan

2) Peribahasa : nasi sudah menjadi bubur, mencontengkan arang di muka

3) Simile : Pagi esoknya minyak yang belum diproses tumpah bagaikan air hujan di
tepi-tepi longkang

4) Personafikasi : Tangannya lancar berlari di atas tikar yang sudah separuh dianyam
sejak sebulan lalu

Nilai
1) Pengorbanan : nenek Laiman berkorban wang ringgit untuk memastikan Laiman
melanjutkan pelajaran di universiti

2) Tanggungjawab : Sukri telah menyelia pekerjaan Laiman dengan teliti semasa


Laiman menjalani latihan praktikal di syarikat minyak

3) Patriotisme : Laiman menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk


membantu rakyat menjalankan perusahaan sendiri

4) Keberanian : Laiman berani menceburi bidnag pertanian walaupun ditentang oleh


bapanya

5) Kesyukuran : Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawarnya berjaya


diusahakan dan membuahkan hasil sehingga dihargai oleh jabatan kerajaan

Pengajaran
1) Kita seharusnya memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging kita kerana
kegagalan dan kejayaan mereka hanya akan dilihat dan dihargai oleh kita

2) Kita sewajarnya memiliki sikap berani untuk mengubah nasib seperti Laiman yang
menceburi bidang pertanian berbanding bekerja di sbuah jabatan kerajaan

3) Kita perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk berjaya dalam kehidupan dan
menghadapi pelbagai cabaran kehidupan
Contoh Soalan
1) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan watak utama dalam
novel tersebut yang menjadi peranan penting dalam menggerakan jalan cerita.

Novel yang saya telah kaji ialah novel Jalan Ke Puncak dan watak utamanya adalah
Laiman. Perwatakan Laiman yang penting dalam jalan cerita adalah kekuatan jati
dirinya dalam berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kahidupan. Selain itu, watak
Laiman yang jujur telah membantunya mendapat kepercayaan daripada rakan
sekerjanya, Milan.

2) Nyatakan tiga latar tempat yang terdapat dalamnovel yang telah anda kaji

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Jalan Ke Puncak karya Juri Durabi,
antara latar tempat di dalam novel tersebut adalah Loji Minyak syarikat Shell. Latar
tempat ini menjadi kawasan latihan praktikal Laiman dan di mana berlakukan
kebakaran loji atas perbuatan sabotaj. Latar tempat yang lain adalah Kampung
Kusilad yang merupakan kawasan kediaman Pak Kiassim dan Pak Sahok serta
dimana Laiman menjalankan projek pertaniannya. Akhir sekali, Kebun Tembikai
adalah salah satu latar tempat di dalam novel yang menceritakan Laiman dan Milan
mengusahakan ladang buah tersebut seluas 15 ekar.

3) Huraikan latar masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda pelajari

Saya telah mempelajari novel Jalan Ke Puncak karja Juri Durabi dan mendapati latar
masyarakat yang dipamerkan adalah masyarakat yang khianat dan cemburu buta.
Sebagai contoh, Muluk yang mencemburui perhubungan Laiman dan Soniah telah
membakar tangki minyak yang dibaiki Laiman untuk menjatuhkan reputasinya. Selain
itu, latar masyarakat yang menganggap pekerjaan bergaji tetap adalah segalanya juga
ditunjukkan. Tamsilnya, Pak Kiassim yang memarahi Laiman kerana menolak
tawaran bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Akhir sekali, latar masyarakat yang
ditunjukkan dalam novel tersebut adalah masyarakat yang bijak dalam menegndalikan
perusahaan. Laiman yang mempelajari kejuruteraan mampu menceburi bidang
pertanian dan berjaya membuahkan hasil yang lumayan.

4) Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga pengajaran yang anda peroleh
daripada novel tersebut

Saya telah mengkaji Novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi dan mendapati banyak
pengajaran daripada novel tersebut. Antaranya adalah kita perlu sanggup berdikari
untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan. Sebagai contoh, Laiman sanggup
bekerja sendiri sebagai petani walaupun mendapat tawaran bekerja di sebuah jabatan
kerajaan. Selain itu, kita juga perlu memiliki sikap berani untuk mengubah nasib dir
dan keluarga. Laiman berani menceburi bidang pertanian kerana yakin dengan
usahanya mampu membuahkan hasil. Akhir sekali, kita hendaklah memiliki perasaan
kasih sayang terhadap ahli keluarga kita sendiri. Misalnya, Pak Kiassim yang meleteri
anaknya kerana menolak pekerjaan di sebuah jabatan kerajaan. Akhirnya dia berasa
bangga dengan usaha anaknya yang membuktikan dia mampu berjaya sebagai seorang
petani.
5) Sila huraikan tema novel yang anda pelajari dengan contoh yang berkaitan

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi,
temanya adalah kegigihan seorang pemuda dalam membina kerja yang cemerlang
dengan cara tersendiri dan berdikari. Laiman yang merupakan watak utama
berkelulusan ijazah kejuruteraan tetapi enggan untuk bekerja makan gaji sebaliknya
memilih untuk bekerja sendiri sebagai petani dan penternak. Berkat usaha gigihnya,
dia berjaya mengusahakan ladang tembikai dan sebuah kolam ternakan ikan air tawar
sehingga mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa di kampungnya.

https://anyflip.com/yixvl/ejhy/basic

Anda mungkin juga menyukai