Anda di halaman 1dari 1

PENGAJARAN

Novel yang telah saya kaji ialah Jalan Ke Puncak karya Juri Durabi.
Tiga pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita disarankan supaya
menghormati orang tua. Pengajaran ini terbukti apabila Laiman menghormati Pak Sahok dan
tidak menunjukkan sikap marah terhadap Pak Sahok walaupun Pak Sahok tidak mengizinkan
Laiman memulakan projek ikan air tawar berhampiran dengan tanahnya.
Di samping itu, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang.Sebagai analogi, Laiman dan Milan bekerja keras untuk memastikan segala
projek mereka Berjaya. Dengan sikap bersungguh-sungguh itu, projek ternakan ikan air tawar
mereka telah dikenali oleh orang ramai dan menjadi projek contoh di daerah Kusilad. Malahan
kemungkinan besar projek itu akan menjadi projek terbesar di Sabah.
Seterusnya, kita mestilah insaf setelah melakukan kesilapan. Sebagai contoh, Pak
Kiassim insaf kerana telah memandang rendah dengan usaha Laiman yang ingin bekerja
sendiri setelah menolak tawaran ddaripada bekerja di jabatan pertanian. Akhirnya, apabila
projek yang diusahakan oleh Laiman membuahkan hasil, Pak Kiassim sedar bahawa Laiman
bercita-cita tinggi dan gigih melaksanakan kkerja yang diimpikannya.

Anda mungkin juga menyukai