Anda di halaman 1dari 1

JALAN KE PUNCAK ( BAB 14)

Laiman perlu berani membaiki taraf kehidupannya. Rugi sekali tidak


semestinya rugi untuk selama-lamnya. Misalnya, berbakti kepada tanah
dengan bercucuk tanam. Tanah akan menjadi lebih berkat jika diusahakan
dengan bersungguh-sungguh. Tanda-tanda kejayaannya sudah ada di depan
mata. Ternakan ikan air tawar Laiman akan mengeluarkan hasil tidak lama
lagi. Ternakan udang harimau yang dalam perancangannya juga sudah
mendapat lampu hijau daripda jabatan pertanian. Duit simpanannya
bersama-sama dengan Milan belum digunakan lagi. Mereka sudah pun
berbincang untuk membeli sebuah lori kecil untuk mengangkut barang-
barang yang dipajak oleh mereka.

Pak Sahok memuji Laiman dan Milan kerana rancangan mereka telah
berjaya. Laiman menyatakan bahawa rancangan itu berjaya dengan bentuan
Pak Sahok. Pak Sahok berasa agak malu kerana suatu ketika dahulu dia tidak
menyokong projek Laiman itu. Laiman dan Milan mengucapkan terima kasih
kepada Pak Sahok kerana membenarkan mereka menggunakan tanah paya
tersebut. Laiman juga memberitahu bahawa mereka akan berusaha lagi
untuk kejayaan pada masa hadapan. Laiman merasakan bahawa projek
ternakan ikan air tawar itu bukanlah projeknya seorang diri. Dia juga
melakukan kerja-kerja lain seperti meraih pisang dan kelapa serta menjual
produk-produk lain kerana kerja-kerja itu dapat mendatangkan hasil
kepadanya.

Lori yang dibeli oleh Laiman dan Milan sudah sampai. Lori itu berharga
RM 13000, tetapi mereka membayar wang pendahuluan sebanyak RM 7000.
Selebihnya Laiman akan membayar secara ansuran setiap bulan. Dengan
adanya lori, Laiman mudah pergi ke kampung-kampung untuk mendapatkan
barang-barang yang boleh mendatangkan hasil

Anda mungkin juga menyukai