Anda di halaman 1dari 1

JALAN KE PUNCAK (BAB 4)

Laiman berbual- bual dengan Soniah di sebuah restoran. Ada seorang


tua duduk bersendirian memerhatikan mereka. Laiman terfikir, mungkin
orang tua itu ada firasat. Laiman dan Soniah berbual-bual tentang rancangan
mereka. Laiman meminta Soniah befikir sendiri tentang rancangan yang
benar-benar diimpikannya. Soniah mempunyai sikap yang hampir sama
dengan Laiman. Pada pandangannya, usaha hendaklah dilaksanakan
dengan tekun. Manusia hendaklah memilih jalannya sendiri.

Laiman agak terkejut apabila mengetahui Soniah juga mengambil


bidang kejuruteraan. Apabila dia mengatakan bahawa bidang itu susah,
Soniah agak tersinggung kerana dia merasakan Laiman merendah-
rendahkan tahap kemampuannya. Namun begitu, perbualan mereka mesra
kembali. Soniah dapat menjawab setiap perkara yang dihujahkan oleh
Laiman tentang kemampuan wanita. Laiman akhirnya memuji Soniah yang
sanggup menghadapi cabaran. Selepas membayar harga makanan mereka
berdua pun keluar meninggalkan restoran tersebut.

Apabila keluar dari restoran, barulah mereka berbual tentang


kebakaran tangki minyak. Laiman mengatakan bahawa pengurus tidak
menyalahkan dia kerana dia tiada di tempat kejadian ketika kebakaran
tersebut berlaku. Syarikat terpaksa menanggung kerugian. Harapan Laiman
semoga pengurus itu tidak akan mencemarkan namanya hanya kerana dia
sendiri tidak mengetahui punca kejadian tersebut berlaku.

(BAB 5)

Setelah tamat pengajian, Laiman berubah dan pulang ke kampungnya di


Sabah.

Anda mungkin juga menyukai