Anda di halaman 1dari 1

JALAN KE PUNCAK (BAB 12)

Mail, abang Laiman pulang dari Kota Marudu. Di rumahnya ada Jariah.
Bapanya pergi menziarahi kematian Pak Muluk di Kampung Bawang. Laiman
pula menemui pekerja-pekerjanya di rumah Milan. Jariah memberitahu Mail
bahawa Kedek dan Muali menarik diri daripda projek yang diusahakan oleh
Laiman. Mail berfikir, Kedek dan Muali akan menghadapi kesukaran untuk
berjaya. Namun begitu, Jariah menyatakan bahawa Laiman tidak melarang
mereka menarik diri, bahkan memberikan dorongan setakat yang mampu.

Apabila Laiman balik, Mail sedang tidur. Agak lama kemudian, Mail
terjaga dan mereka berbual-bual. Laiman bercerita tentang kemajuan
diusahakannya. Mail berasa gembira kerana adiknya maju dalam projek yang
diusahakannya. Laiman pula gembira kerana abangnya mengambil berat
tentang projeknya.

Pak Kiassim menyuruh Laiman dan Mail ke Bawang untuk menziarahi


kematian Pak Muluk. Mereka akur dengan suruhan Pak Kiassim itu. Mengikut
adat mereka apabila adanya kematian, terdapat adat berjaga untuk si mati
selama tujuh hari. Mereka tidak keberatan dengan adat itu kerana acara itu
bukan dibuat-buat. Sudah menjadi adat dan tradisi suku kaum mereka, iaitu
Orang Sungai.

Sebelum Mail pulang ke Kota Marudu, dia sempat berpesan beberapa


perkara kepada Laiman. Dia juga meninjau-ninjau kolam ternakan ikan air
tawar milik adiknya itu. Pesanan penting daripada Milan adalah supaya
Lamian bersungguh-sungguh menjalankan kerja yang telah diusahakannya
itu. Selain itu, Mail berpesan supaya Laiman bersikap tidak mempedulikan
cemuhan daripada orang kampung.

Anda mungkin juga menyukai