Anda di halaman 1dari 7

NOVEL PELARI MUDA

PLOT / BINAAN PLOT


1. Permulaan
Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana
hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah,
Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan
bakatnya dalam bidang sukan olahraga.

2. Perkembangan
Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih
dengan Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat
membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul
juga enggan menjalani latihan sukan sekolah.

3. Klimaks
Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh
dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing,
Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta.
Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul
pengsan lalu di bawa ke hospital.
4. Peleraian
Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter
dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada
Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata
dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.

TEKNIK PLOT

(a) Pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan kebiasaan Kamarul yang


membaca surat khabar tentang perkembangan sukan tanah air dan luar negara
selepas sarapan.

(b) Dialog. Contohnya, dialog antara Kamarul dan Adibah yang melarangnya
keluar dari kelas sebelum loceng rehat berbunyi, walaupun Kamarul
menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan Cikgu Zainal.

(c) Monolog. Contohnya, ketika berada di perpustakaan sambil menunggu


kedatangan Kamarul, Saridah berfikir bahawa Kamarul perajuk dan
pendendam orangnya apabila Kamarul tidak datang menemuinya di situ.

(d) Imbas kembali. Contohnya, Saridah mengingati peristiwa pertemuan


pertamanya dengan Kamarul ketika menyertai Kejohanan MSSM di Stadium
Merdeka.
(e) Imbas muka. Contohnya, selepas kemalangan, Kamarul bertekad untuk
kembali berlatih dan membuktikan kepada Encik Kadir bahawa dia akan
menjadi seorang ahli sukan yang berdisiplin

(f) Saspens. Contohnya, pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi


kepada Kamarul akibat dilanggar kereta.

LATAR (LATAR TEMPAT, LATAR MASA DAN LATAR MASYARAKAT)

Latar Tempat

Pusat Sukan Kampung Pandan Stadium Merdeka


Bilik Guru Bilik Hotel
Bangkok Lapangan Terbang
Gimnasium A Hospital

Latar Masa

(a) Waktu pagi

(b) Waktu petang

(c) Waktu malam


Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang angkuh dan sombong apabila memperoleh kejayaan

(b) Masyarakat yang bertolak ansur

(c) Masyarakat yang tegas dalam menjalankan tugas

(d) Masyarakat murid sekolah yang aktif bersukan

(e) Masyarakat prihatin terhadap nasib orang lain

(f) Masyarakat yang berdisplin dalam melaksanakan tanggungjawab

NILAI MURNI

1. Kesyukuran (Sifat terima kasih kepada Tuhan)

Contohnya, Kamarul melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atau Tuhan apabila
memperoleh pingat emas dan memecahkan rekod baharu dalam acara 100 meter di
Sukan SEA.

2. Patriotisme (Semangat cinta akan negara)

Contohnya, Kamarul menganggap kemenangannya memperoleh pingat emas dalam


acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA bukan sahaja untuk dirinya tetapi
untuk negara.
3. Kasih sayang (Kasih sayang seorang ibu kepada anak)

Contohnya, Mak Jah mengambil berat kesihatan dan keselamatan anaknya iaitu
Kamarul yang dibuktikan dengan menjaga anaknya di hospital selama empat hari
akibat dilanggar kenderaan.

4. Baik hati

Contohnya, Kamarul memberi cenderamata kepada atlet Filipina, De Wega yang


banyak memberi nasihat dan dorongan sehari sebelum pertandingan dijalankan
sehinggakan dia meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter.

5. Keberanian

Contohnya, Kamarul berani menghadapi cabaran walaupun pada peringkat awal dia
tidak yakin dapat menggondol pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter
kerana menyedari tahap kecergasannya yang belum pulih. Namun sebagai jurulatih,
Encik Kadir tetap yakin Kamarul mampu menggondol pingat tersebut dan akhirnya
keyakinan Encik Kadir menjadi kenyataan.

GAYA BAHASA

1. Diksi (Pemilihan atau penggunaan kata)

Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya, one, two, three, airport, dan
sorry.
2. Peribahasa

Contohnya: jauh hati


kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya

3. Sinkope (Singkatan Perkataan)

“Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah.

“Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengeyitkan mata.

4. Simile (Perumpamaan /bagai /seperti /umpama /laksana /seperti macam)

* Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga.

* Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.

5. Personifikasi (Perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda


tidak bernyawa atau benda abstrak seperti emosi, hasrat, perasaan dan pertuturan)

* Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan.

* Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan.

6. Repetisi (Perulangan)

Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya.


7. Anafora (Perulangan sesuatu kata atau frasa)

* Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir!

* Maafkan aku, kawan-kawan!

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita.

2. Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk negara.

3. Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih.

4. Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan bersikap


sombong dan ego.

5. Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.

6. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.

7. Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah.

8. Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.

Anda mungkin juga menyukai