Anda di halaman 1dari 43

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

NENASI
26680 PEKAN,PAHANG

MODUL PENTAKSIRAN
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3

Disediakan oleh:
Cikgu Noramila Binti Mat.Tarmidi
Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Nama Murid :
Tingkatan : ______________________________________

1
LATIHAN 1

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Garis kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

1) Jalan yang senyap itu jarang dilalui oleh pemandu kerana mereka berasa takut untuk
melaluinya terutama pada waktu malam.

2) Ahmad terlalu sayangkan emaknya yang sudah lanjut usia dan tinggal sendirian di kampung.

3) Jambatan yang diperbuat daripada kayu itu usang amat dan tidak selamat untuk dilalui lagi.

4) Ali berasa sungguh terkejut benar-benar ketika menerima surat tawaran pelantikan sebagai
jurubahasa.

5) Para pejuang kemerdekaan sentiasa dikenang oleh kerana jasa mereka yang sanggup
berkorban nyawa demi kedaulatan tanah air.

6) Ahmad sudah lama menetap di bandar sebaliknya dia masih bersikap kekampungan.

7) Bilatah agaknya Mary akan berkunjung sini lagi kerana dia tinggal jauh di seberang laut.

8) Semua jenis lauk-pauk yang dijual di warung kecil itu mahal-mahal belaka.

9) Pemuda itu tidur berbantalkan di atas lengan kerana bilik tidurnya terkunci dari dalam.

10) Beratus kenderaan masih tersadai di jalan raya kerana laluan utama terputus akibat kejadian
banjir.

2
11) Pejabat baharu Puan Shila terletak di antara pejabat pos dan rumah pangsa kos sederhana.

12) Seniman P.Ramlee telah melakonkan dalam beberapa buah filem bersama dengan biduanita
Saloma.

13) Persatuan Alam Sekitar akan mendermakan sebahagian dari wang yang diperoleh semasa
jualan barang terpakai.

14) Nyanyian peserta paling termuda dalam pertandingan itu mendapat tepukan yang amat
gemuruh.

15) Beberapa orang karyawan dari Unversiti Malaya sedang membentangkan kertas-kertas kerja
mereka dalam seminar keilmuan itu.

16) Rambut adik sungguh kusut-masai kerana tidak disikat dengan rapi.

17) Kelvin mengemukakan sebuah pendapat yang bernas dalam sesi percambahan idea
sebelum memulakan projek tersebut.

18) Kami akan perjelaskan perkara yang sebenar kepada pihak penganjur demi menjernihkan
keadaan.

19) Kerja-kerja pelebaran jalan itu mengambil masa selama tiga bulan untuk siap sepernuhnya.

20) Encik Halim yang budiman itu telah bermurah hati untuk membiaya kos pembinaan rumah
anak-anak yatim di kampung kami.
LATIHAN 2

Betulkan kesalahan ejaan dalam jadual yang disediakan

Bil Salah Betul Bil Salah Betul

1 mee 21 Ramadhan

2 keretapi 22 efisyen

3 juru ulas 23 cendiakawan

4 pensil 24 ibubapa

5 koewteow 25 karenah

6 taekwando 26 kolestrol

7 email 27 ambulan hospital

8 internet 28 lagenda

9 tengahari 29 pasaraya

10 nasionalisma 30 lanskap

11 cinggay 31 otomatik

12 setor 32 perabut

13 cop rasmi 33 spesis

14 pasca-merdeka 34 sekaligus

15 merbahaya 35 bowling

16 mengembeleng 36 tele perubatan

17 squash 37 stesyen

18 ko kurikulum 38 mempamirkan

19 nenas 39 1970 an

20 maksima 40 silaturrahim

.
LATIHAN 3

Cerakinkan bahagian subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.

1. Penduduk kampung itu bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka.


Subjek :
Predikat :

2. Baju yang sudah dijahit itu belum diseterika oleh ibu saya.
Subjek :
Predikat :

3. Gadis yang senyum dengan saya tadi pernah bekerja di kedai kopi ayah Nora.
Subjek :
Predikat :

4. Anak Puan Wong yang bermain di padang itu tidak mahu pulang walaupun hari sudah senja.
Subjek :
Predikat :

5. Buku-buku cerita yang dipinjam oleh kakak masih belum dipulangkan lagi.
Subjek :
Predikat :

6. Adik menangis semahu-mahunya kerana ibu tidak memberikan wang kepadanya.


Subjek :
Predikat :

7. Rumah kedai yang usang itu akan dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Subjek :
Predikat :

8. Telah saya siapkan tugasan yang diberikan oleh guru.


Subjek :
Predikat :

9. Sejak peristiwa itu, Andrew tidak bercakap bohong lagi dengan ibunya.
Subjek :
Predikat :
Tukarkan ayat biasa di bawah kepada ayat songsang.

1. Pelajar-pelajar kelas ini akan pergi berkelah ke Pulau Aman pada hari Ahad.

2. Swee Kim membuka kedai runcit itu dengan pertolongan seorang rakan karibnya.

3. Anak-anak Encik Ramu berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri.

4. Shanty sudah memberitahu keluarga kamu tentang peristiwa yang berlaku di rumahnya?

5. Cadangan Ali untuk meneruskan projek itu telah dipersetujui oleh semua rakannya.

6. Kain untuk membuat baju itu telah saya beli beberapa bulan yang lepas.

7. Budak kecil itu menangis dengan kuat apabila Suresh mengejeknya di hadapan kami.

8. Lagu permintaan yang baru diputarkan sebentar tadi ditujukan kepada siapa?

9. Tin-tin kosong itu mesti kamu tanam supaya air tidak bertakung di dalamnya.

10. Kamal dan Hafizi menjadi bertambah nakal sejak berpindah ke sekolah baharu.

11. Masalah itu telah saya kemukakan kepada pengerusi dalam mesyuarat yang lalu.

12. Pak Salleh menebas semak samun di belakang rumahnya dengan sebilah parang.

13. Anak Puan Anne jatuh tersungkur apabila dia dikejar anjing petang semalam.
Tukarkan ayat songsang biasa di bawah kepada ayat biasa.

1. Sungguh bertuah Mei Chuen kerana keluarganya kaya dan bahagia. semalam.

2. Tidak dapat saya lupakan pertolongan yang telah diberikan Edward kepada keluarga saya.

3. Baru sampai rombongan lawatan sambil belajar anjuran Persatuan Sains sekolah kami.

4. Kehujanan kami apabila hujan lebat turun dengan tidak berhenti-henti petang semalam.

5. Baru pulang ayah dan emak dari kampung setelah menziarahi nenek.

6. Dari manakah harimau putih yang terdapat di Zoo Negara itu berasal?

7. Dalam ujian bulan lalu, Cikgu Loga telah mengemukakan soalan-soalan yang sama.

8. Semakin menjadi-jadi kes ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

9. Ke sekolah anak-anaknya pergi setiap petang untuk menjalani latihan bola keranjang.

10. Dengan sehelai kain putih yang bersih, emak membalut kaki adik yang berlumuran darah.

11. Terpaut hatiku dengan kepandaian budak-budak kecil itu membuat persembahan boria.

12. Dengan kuat aku menggosok baju itu supaya semua kesan kotoran tidak kelihatan lagi.

13. Tertidur abangnya semasa membaca surat khabar di dalam biliknya petang semalam.
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi ayat majmuk.

1. (a) Irene menyapu sampah.


(b) Suzy mengelap tingkap.

2. (a) Azli menjual nasi lemak.


(b) Azli menjual kuih-muih.

3. (a) Dia hendak ke Ipoh dengan bas?


(b) Dia hendak ke Ipoh dengan kereta api?

4. (a) Saya ingin membeli tilam yang murah.


(b) Saya ingin membeli tilam yang selesa.

5. (a) Nathan rajin mengulang kaji pelajaran.


(b) Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

6. (a) Buku ini sesuai untuk orang dewasa.


(b) Buku ini sesuai untuk kanak-kanak.

7. (a) Eng Wah tidak mendapat izin daripada bapanya.


(b) Dia menyertai rombongan ke Gunung Ledang.

8. (a) Motosikal tidak dapat dibelinya.


(b) Basikal tidak dapat dibelinya.

9. (a) Azman amat pandai dalam Matematik.


(b) Azmi amat pandai dalam Matematik.

10. (a) Soalan yang mudah tidak dapat dijawabnya.


(b) Soalan yang susah tidak dapat dijawabnya.
Berdasarkan pernyataan yang diberi, bina ayat tanya yang gramatis.

1. Pertandingan drama itu diadakan di dewan sekolah pada hari Rabu yang lalu.

2. Semua penduduk menyertai aktiviti gotong-royong membaki dewan yang rosak.

3. Kek berperisa strawberi dibuat oleh ibu saya petang semalam.

4. Penduduk dinasihati agar tidak turun ke laut pada musim tengkujuh.

5. Ya, saya sudah membawa buku yang dipesan oleh rakan saya.

6. Sebanyak 30 bungkus mi sup telah dijual oleh Azizah.

7. Mereka menghadiahi Cikgu Hasan sebuah jam tangan.

8. Kita mesti menghargai jasa ibu bapa serta guru-guru.

9. Encik Tan mengarahkan pekerjanya supaya mengamalkan sikap bertanggunggjawab.

10. Puan Devi menguruskan syarikat penerbitan itu semenjak ayahnya meninggal dunia.

11. Aku belum menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Salman semalam.

12. Guru disipln telah memberi amaran kepada pelajar lelaki.


LATIHAN 4

Tulis dua peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah.

1)

2)

Tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah.

1)

10
Tulis tiga peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah.

1)

2)

3)

Tulis dua peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah.

BUKIT

1)

2)
LATIHAN PEMAHAMAN PROSA

PANDUAN UMUM UNTUK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

 Calon mesti membaca dan memahami petikan prosa dan puisi yang terdapat dalam kertas
soalan.
 Baca soalan dan cuba fahami kehendak soalan. Kemudian cari jawapan yang terdapat dalam
petikan prosa dan puisi yang disediakan.
 Bagi menjawab soalan KBAT, calon mesti menggunakan isi atau idea sendiri. Jawapan yang
ditulis oleh calon mestilah relevan dengan kehendak soalan.
 Perkara yang paling penting ialah jawapan calon ditulis dalam ayat yang gramatis. Calon tidak
boleh menjawab dalam bentuk catatan.

LATIHAN 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Selepas subuh, air pun ditimba dan disimbah di mana-mana saja ada kotoran.
Memang tak ada berus dan sabun, maka empulur sabut pun dipintal lalu diikat tebal-tebal
pada hujung batang buluh. Jadi dengan kudrat yang ada, kami memberus lantai dengan
tekun. Tengah hari muncullah Hajah Tom, dijamunya kami dengan nasi berlaukkan ikan
cencaru belah belakang, itulah antara hidangan paling lazat yang pernah kami nikmati.
“Nasib baik ada budak-budak ni, boleh juga tumpang berbudi,” kata Hajah Tom.
Haji Salleh Pumpong tersenyum dan sebelum pergi, didengarinya penuh tekun
pesan guru Quran kami. “Nanti ajarlah budak-budak ni solat jenazah, mana tahu satu hari
nanti kita dapat menumpang budi sekali lagi.”
Tiga bulan kemudian, kami antara yang berada di surau, menyertai saf akhir seusai
solat zuhur. Terdiam dan sebak. Kami akhirnya bermandi air mata. Solat itu terakhir untuk
guru Quran yang tercinta.
Tak lama selepas itu, pada awal Ramadan kemudiannya, kami solat terakhir untuk
Haji Salleh Pumpong pula.
Sampai sekarang kami tak pernah lupa, segala kenangan pada kedua-dua nama ini
akan kekal abadi. Kekal sebagai kenangan penuh air mata.

(Dipetik daripada cerpen Segala yang


Tercinta Ada di Sana, antalogi Harga Sebuah
Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan
Pustaka)
1) Apakah permintaan Hajah Tom kepada Haji Salleh Pumpong?

2) Kenapakah kami berasa sedih?

3) Berikan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen di atas.

4) Nyatakan latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.

5) Guru banyak berjasa dalam kehidupan kita.


Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara yang harus kita lakukan untuk menghargai
jasa guru?
LATIHAN 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Menagih kasih daripada ayah, sama seperti menagih kasih daripada ibu. Ayah dan
ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh
hairan melihat ayah dan ibu yang termasuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada
tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga ini. Bagi aku,
kelahiran Angah merupakan kesengsaraan kepada diriku. Mana tidaknya, kalau semua
kesalahan Angah terpaksa aku tanggung. Demokrasi seakan lenyap dalam keluarga ini.
Selesai menikmati hidangan malam, kedengaran ayah merungut-rungut marah akan
sesuatu. Entah apa-apa yang dirungutkan oleh ayah. Tentunya, budak kecil itu yang
membuat hal lagi. Hal ini bermakna aku akan menjadi habuan segala kemarahan ayah.
Malang betul nasibku menjadi kakak kepada pengacau kecil itu. Apakah kesalahan aku
sebagai anggota tertua dalam adik-beradik sehingga aku dijadikan sebagai tempat
melemparkan segala tuduhan? Perit di hati tidak dapat kugambarkan lagi.
Dahulu, Angah mengoyakkan wang kertas sepuluh ringgit, ayah telah menyekat
wang kocekku selama sebulan. Terpaksalah aku menebalkan muka untuk meminjam wang
daripada teman seasrama. Selepas itu, pasu bunga buatan negara China yang menjadi
kesayangan ibu dijahanamkan oleh Angah. Aku dihukum membersihkan halaman rumah
selama sebulan oleh ibu semasa cuti penggal ketiga. Betapa peritnya hati dan perasaan ini
apabila menjalani hukuman yang aku sendiri tidak melakukannya. Dendam yang mulai
memutik di dada ini kian hari kian merebak menguasai ke segenap penjuru hatiku.
“Along!”
Langkah yang gontai kuhayunkan ke bilik bacaan ayah. Perasaan cuak mengusik
api dendam yang membara di dada ini. Alangkah seksanya menjadi kakak kepada adik
yang nakal.

(Dipetik daripada cerpen Dendam, karya Shariza


A.Rahman, dalam Antologi Gema Sepi Gadis
Genius, Tingkatan 2, DBP)

1) Mengapakah aku tidak menyukai kelahiran Angah?


2) Berikan dua sebab Along memarahi Angah.

3) Selepas Angah memecahkan pasu bunga kesukaan ibu, apakah hukuman yang terpaksa aku
hadapi?

4) Berdasarkan petikan cerpen di atas, berikan dua nilai yang dapat diperoleh melalui
perwatakan Along.

5) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk
mewujudkan hubungan yang lebih erat dalam kalangan anak-anak mereka?
LATIHAN 3
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah nenek kebayan seraya berkata, “Ya, Tuanku Perdana Menteri! Inilah
cucu hamba.”
Maka kata Perdana Menteri, “Hai, nenek kebayan! Selamanya mengapa tiada
engkau bawa?”
Maka ujar nenek kebayan, “Sebab selamanya tiada hamba bawa kerana ia lagi
kanak-kanak dan kurang budi bicaranya lagi. Sebab itulah tiada hamba bawa ia.”
Maka ujar Perdana Menteri, “Siapa namanya dan apa bangsanya?”
Maka sahut nenek kebayan, “Inderaputera namanya dan bangsanya daripada
manusia.”
Maka Perdana Menteri pun memandang kepada Inderaputera, diamatinya rupanya,
sikapnya dan lakunya seperti anak raja-raja yang besar-besar juga rupanya.
Setelah demikian maka ujar Perdana Menteri, “Hai, Inderaputera! Mari anakanda
hampir ke mari.”
Maka Inderaputera pun hampirlah seraya menyembah kepada Perdana Menteri serta
dengan takzimnya. Maka Perdana Menteri menyuruh orang mengangkat kerusi lalu disuruh
Inderaputera duduk dan Inderaputera tiada mahu duduk seraya menyembah; dan lagi
disuruh oleh Perdana Menteri orang mengangkat hidangan ke hadapan Inderaputera.
Maka ujar Perdana Menteri, “Hai, Inderaputera, marilah anakanda makan!”
Maka Inderaputera pun menyembah seraya berkata, “Santap tuanku dahulu, patik
kemudian.” Dan beberapa budi bicara Perdana Menteri mengajak makan bersama-sama
dengan ia, tiada juga dia mahu. Maka Perdana Menteri pun lalu bangkit sendirinya
memegang tangan Inderaputera. Maka Inderaputera pun menyembah serta dengan
takzimnya juga, tiada ia mahu.
Setelah sudah Perdana Menteri makan maka diberikannyalah Inderaputera itu
baharulah ia mahu makan.

(Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat


Inderaputera dalam Antalogi Gema Sepi
Gadis Genius, Tingkatan 2, DBP)

1) Mengapakah nenek kebayan tidak membawa cucunya untuk berjumpa dengan Perdana
Menteri?
2) Apakah perkara-perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri selepas beliau meneliti gerak
geri Inderaputera?

3) Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, nyatakan perwatakan Inderaputera.

4) Berikan dua persoalan yang dapat diperoleh daripada petikan prosa tradisional di atas.

5) Pada pendapat anda, mengapakah Inderaputera enggan makan bersama-sama dengan


Perdana Menteri?
LATIHAN 4
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MAMA : Memang begitulah perangainya. Tak mahu menyusahkan awak kata-


nya. Tadi semasa mama mahu telefon awak pun dia melarang juga.
DOKTOR AFIF : (Menyampuk) Then … buat apa saya menjadi …
ABAH : (Menyampuk dengan suara perlahan) Awak baliklah ke klinik awak tu.
Banyak orang yang lebih memerlukan khidmat awak. Abah tak apa-
apa ni. Sakit biasa sahaja. Kaki yang bengkak tu bukannya sakit.
Bengkak begitu sahaja. Biasalah. Abah dah tua.
DOKTOR AFIF : Abah…. .
ABAH : Awak tinggalkan sahaja pil atau apa-apa yang patut. Pandailah abah
memakannya.
DOKTOR AFIF : (Bersungguh-sungguh) Abah … ini soal penyakit, abah. Soal hidup
dan mati. Bukan seperti dalam cerita novel atau cerpen yang selalu
abah tulis tu … perkara yang boleh direka-reka. Hal ini kenyataan.
Soal kebersihan diri, makanan, alam sekitar dan body metabolism.
Wang berjuta-juta ringgit pun tak dapat membeli kesihatan. Bukankah
abah juga yang selalu berkata macam tu, dalam dunia ini ada perkara-
perkara yang tidak mempunyai ukuran nilai wang. Inilah salah satu
daripadanya
ABAH : (Berkeras) You follow what I say. Awak anak, saya ni bapa. Jangan
nak …
DOKTOR AFIF : (Bersuara agak tegas) Ya, saya tahu! Selama ini saya memang
sentiasa patuh pada kehendak abah, malah kalau abah kata abah
lebih banyak makan garam pun saya setuju, tapi kali ini … please
abah. Kalau abah nak tengok anak merayu kepada bapanya, inilah
dia … saya merayu agar abah mendengar cakap saya. Just for this
time please.
ABAH : (Masih berkeras) Tak payah. Abah kata tak payah, you just leave me
alone. (Merendahkan suara) Abah tak sakit apa-apa. Sakit perut tadi
pun dah …
DOKTOR AFIF : (Bercakap kepada MAMA) Apa hal sampai jadi begini mama? Macam
ada yang tak kena sahaja. Tak pernah pun macam ni.
MAMA : (Agak selamba) Manalah mama tahu. Katanya dia tak mahu
menyusahkan awak. Itu sahaja yang selalu disebutnya. Entahlah …
dah nyanyuk agaknya.

(Dipetik daripada drama Hemodialisis


dalam Antalogi Gema Sepi Gadis
Genius, Tingkatan 2, DBP)
1) Mengapakah abah menyuruh Doktor Afif balik ke klinik?

2) Bagaimanakah Doktor Afif cuba merayu agar abah memenuhi permintaannya?

3) Berdasarkan petikan drama di atas, berikan dua nilai yang terdapat pada watak Doktor Afif.

4) Apakah bakat semula jadi yang ada pada abah?

5) Abah tetap berkeras untuk ditinggalkan bersendirian walaupun dia masih tidak sihat.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha lain yang harus dilakukan oleh Doktor Afif untuk
terus memujuk abah?
LATIHAN PEMAHAMAN PUISI

LATIHAN 1

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN DUA KERAT


(Nasihat)

Terima kasih daun keladi.


Kalau boleh hendak lagi.

Ikan siakap ikan senohong,


Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,


Sudah baca harap balas.

Emas perak tembaga suasa,


Malas bergerak tidak merasa.

Pagi petang siang malam,


Hati terang senang faham.

Kumbang jarak kumbang jagung,


Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas,


Siapa kemudian kena kemas.

Buah cempedak dalam gantang,


Siapa hendak dia datang.

Periuk belanga pasu kuali,


Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata itik, awak kata ayam,


Sudah kena jentik baru nak diam.

(Dipetik daripada Antologi Kasut


Kelopak Jantung, Tingkatan 1, DBP)

20
1) Berdasarkan Pantun Dua Kerat, nyatakan dua nasihat yang ingin disampaikan.

2) Mengapakah kita tidak harus bercakap terlalu banyak?

3) Sesebuah puisi dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik.


Berdasarkan Pantun Dua Kerat, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan
contoh yang sesuai.

4) Pada pendapat anda, kenapakah ibu bapa perlu menasihati anak-anak mereka?

5) Nyatakan satu ciri Pantun Dua Kerat.


LATIHAN 2

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN EMPAT KERAT


(Muhibah dan Perpaduan)

Petang hari pergi ke pekan,


Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Cantik bergugus buah papaya,


Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.

Air mengalir dalam terusan,


Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.

Tuan puteri dari kayangan,


Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.

Enak nian air kelapa,


Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.

(Dipetik daripada Antologi Gema Sepi


Gadis Genius, Tingkatan 2, DBP)
1) Berdasarkan Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan), apakah halangan utama bagi
membentuk perpaduan?.

2) Nyatakan persoalan yang ingin disampaikan melalui rangkap kedua Pantun Empat Kerat
(Muhibah dan Perpaduan).

3) Dalam sesebuah puisi terdapat pelbagai gaya bahasa yang menarik.


Berdasarkan Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan), berikan dua gaya bahasa yang
menarik berserta dengan contoh yang sesuai.

4) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia?

5) Berdasarkan Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan), mengapakah kita perlu
bergotong-royong?
LATIHAN 3

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH

Ada kepada suatu hari,


Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.

Saudagar tahu akan dirinya,


Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya.

Katanya wahai cahaya mataku,


Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.

Serta harta aku tinggalkan,


Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.

Jikalau tidak anakku berakal,


Harta pusaka di manakan kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.

Kerana harta tiada berguna,


Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.

Budi dan bahasa janganlah lupa,


Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa.

Kerana adat orang berbeza,


Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalamnya dada.

(Dipetik daripada Antologi Kasut Kelopak


Jantung, Tingkatan 1, DBP)
1) Apakah yang dilakukan oleh saudagar apabila dia mendapati ajalnya semakin dekat?

2) Nyatakan maksud yang ingin disampaikan oleh penyair melalui rangkap ketujuh Syair Wasiat
Ayahanda Siti Zawiyah?

3) Jelaskan tiga ciri Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah.

4) Bagaimanakah nasib yang akan dihadapi oleh orang yang tidak menggunakan akal dalam
kehidupannya?

5) Pada pendapat anda, mengapakah kita harus bersikap rendah diri?


LATIHAN 4

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEORANG INSAN ISTIMEWA


(Natasya Puteri)

Dia tidak pernah meminta


untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
sebuah kehidupan tetap harus diteruskan.

Seorang insan istimewa


menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum terpaksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran.

Seorang insan istimewa


anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan.

Bantulah, bimbinglah
seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.

(Dipetik daripada Antologi Harga Sebuah


Lukisan, Tingkatan 3, DBP)
1) Berdasarkan sajak Seorang Insan Istimewa, berikan dua kelebihan insan istimewa.

2) Nyatakan persoalan yang dikemukakan oleh penyajak dalam rangkap pertama sajak Seorang
Insan Istimewa.

3) Dalam sesebuah sajak terdapat pelbagai gaya bahasa yang menarik.


Berdasarkan sajak Seorang Insan Istimewa, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta
dengan contoh yang sesuai.

4) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang harus dilakukan oleh insan istimewa untuk
meneruskan kehidupan mereka?

5) Apakah yang wajar dilakukan oleh anggota masyarakat terhadap insan istimewa?
LATIHAN KAJIAN NOVEL

LATIHAN 1

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, di
Tingkatan 2 atau di Tingkatan 3.

i) Hikmah oleh Mohd. Faris Ikmal


ii) Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin
iii) 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim

Dalam sesebuah novel, terdapat beberapa nilai yang ingin disampaikan kepada pembaca.
Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan tiga nilai berserta dengan contoh peristiwa yang
sesuai.
LATIHAN 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2
atau di Tingkatan 3.

i) Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin


ii) 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim

Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan tiga peristiwa yang menarik dan sebab anda memilih
peristiwa-peristiwa tersebut.
LATIHAN 3

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1
atau di Tingkatan 3.

i) Hikmah oleh Mohd. Faris Ikmal


ii) 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim

Dalam sesebuah novel, terdapat beberapa nilai yang ingin disampaikan kepada pembaca.
Bikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

30
PANDUAN UMUM UNTUK MENJAWAB SOALAN ULASAN

 Soalan yang dikemukakan berbentuk grafik : sama ada graf, carta, pelan, rajah, poster, iklan
dan sebagainya.
 Dalam bahan grafik itu terdapat beberapa maklumat. Anda mesti meneliti dan memahami
semua maklumat tersebut.
 Kemudian anda hendaklah mengulas maklumat daripada bahan grafik tersebut dengan
menggunakan ayat yang gramatis.
 Dalam jawapan ulasan, anda perlu mengemukakan idea yang relevan dan menunjukkan
kematangan mengulas sesuatu isi.
 Panjang ulasan anda mestilah tidak melebihi 100 patah perkataan.

LATIHAN 1

Lihat carta pai di bawah dengan teliti. Berdasarkan carta pai tersebut, tulis ulasan yang berkaitan
dengan peratusan murid membaca mengikut jenis bahan bacaan. Panjang ulasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Majalah
Buku Ulang Kaji
15%
40%
Kamus 20%
Buku Cerita
25%
ANALISIS BAHAN GRAFIK

Peratusan Murid Membaca Mengikut Jenis Bahan Bacaan

MAKLUMAT 1 MAKLUMAT 2

40% membaca buku ulang kaji bahan bacaan kedua : menjadi


kenapa bahan bacaan ini dipilih oleh pilihan ialah
ramai murid? contoh buku cerita
dibeli sendiri atau dipinjam
:

MAKLUMAT 3 MAKLUMAT 4

kamus digunakan oleh 20% sebagai majalah : bahan bacaan yang kurang
bahan bacaan dipilih oleh
faedah : menambahkan kosa kata dapat mengetahui informasi
baharu contoh majalah yang dibaca
LATIHAN 2

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan poster tersebut, tulis ulasan yang berkaitan
dengan Kempen Kawalan Tikus. Panjang ulasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
LATIHAN 3

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut,
tulis ulasan yang berkaitan dengan kempen membasmi nyamuk aedes. Panjang ulasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
LATIHAN 1

Sejak kebelakangan ini semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin berkurangan.
Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan. Panjangnya
karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

ANALISIS SOALAN

Memupuk Semangat Kejiranan

ISU SKOP / FOKUS ISI


Semangat Kejiranan Cara-Cara

Pendahuluan

- jiran merujuk kepada orang yang tinggal


- ketika kita menghadapi masalah, jiranlah merupakan orang yang
- namun demikian, mutakhir ini semangat kejiranan dalam kalangan
- sehubungan dengan itu, pelbagai prakarsa perlu dilakukan untuk

Isi-isi

Isi 1 (peranan ibu bapa : didikan sejak kecil)


- antara cara yang efektif untuk menerapkan semangat kejiranan : ibu bapa perlu
- anak-anak sepatutnya diasuh agar
- ibu bapa dapat menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak dengan mengamalkan
sikap
- ibu bapa : menggalakkan anak-anak mereka agar ringan tulang
- hasil didikan yang baik : maka anak-anak akan terbiasa untuk
Isi 2 (peranan pihak sekolah : diterapkan melalui pelajaran)
- …, pihak sekolah turut berperanan penting bagi
- ketika mengajar mata pelajaran tertentu : guru-guru boleh menyelitkan tentang
- umpamanya dalam subjek Pendidikan Moral, para pelajar ditugaskan untuk menghuraikan
kesan-kesan jika
- terdapat banyak aktiviti yang menekankan kebaikan hidup berjiran dapat dijalankan di
sekolah seperti
- usaha murni seperti ini mampu mendidik generasi muda agar

Isi 3 (peranan pihak media massa : melalui kempen dan siaran drama)

- …, media massa juga harus beukrtanggungjawab untuk


- perlu menyiarkan kempen Hidup Berjiran dengan lebih kerap untuk ditonton
- melalui usaha tersebut : masyarakat dapat didedahkan tentang
- selain kempen : pihak media massa boleh menayangkan drama-drama yang berkaitan
- langkah ini nescaya akan dapat

Isi 4 (peranan pihak kerajaan : aktivtiti yang melibatkan semua jiran)


- …, untuk memupuk semangat kejiranan, pihak kerajaan turut
- salah satu usaha yang wajar diadakan ialah
- program tersebut hendaklah melibatkan semua
- Program Jiran Prihatin merupakan antara program yang
- program ini akan dapat melahirkan anggota masyarakat yang

Penutup
- kesimpulannya : pelbagai prakarsa perlu dilakukan untuk menyemai semangat kejiranan
- diharapkan agar nilai kemasyarakatan yang murni akan terus
LATIHAN 2

Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran.
Namun demikian, ramai pihak yang menganggap bahawa aktiviti belajar secara berkumpulan
lebih banyak memberikan kebaikan kepada murid.
Bincangkan pernyataan di atas. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah
perkataan.

ANALISIS SOALAN

Aktiviti Belajar Secara Berkumpulan

ISU SKOP / FOKUS ISI


Belajar Berkumpulan Kebaikan / Faedah

Pendahuluan

- belajar merupakan aktiviti rutin


- untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, seseorang pelajar haruslah
- terdapat pelbagai teknik belajar : seperti
- namun demikian : aktiviti belajar berkumpulan

Isi-isi
Isi 1 (mengeratkan hubungan persahabatan)
- antara kebaikan : ialah para pelajar
- hal ini demikian : semasa membentuk kumpulan belajar : memilih rakan
- ahli kumpulan terdiri daripada rakan yang dikenali : berasa lebih selesa
- misalnya : sepakat untuk berbincang sama ada
- melalui aktiviti ini : hubungan lebih erat : persis kata peribahasa Melayu
Isi 2 (mudah memahami sesuatu topik)

- ……, murid yang lebih mudah memahami sesuatu topik apabila


- ketika berbincang dengan rakan-rakan : mereka tidak malu untuk
- pelajar-pelajar yang lebih pandai dapat membantu
- sebaliknya : jika belajar secara bersendirian : sukar untuk bertanya apa-apa
- oleh itu : kaedah belajar secara berkumpulan berupaya meningkatkan

Isi 3 (menyiapkan kerja sekolah dalam masa yang singkat)

- ……, faedah yang diperoleh daripada : ialah murid dapat


- pada waktu senggang : para pelajar boleh berbincang dengan
- sekiranya terdapat kerja sekolah yang rumit : mendapat bimbingan
- melalui aktiviti tersebut : mengisi masa lapang dengan : masa itu emas
- secara tidak langsung : kerja yang diberikan oleh guru

Isi 4 (memupuk nilai murni dalam hidup)

- ……, nilai-nilai murni seperti : dapat dipupuk melalui


- sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi : bak kata peribahasa Melayu,
- semasa pelajar belajar secara berkumpulan : mereka akan dilatih supaya
- secara tidak langsung : sikap negatif umpama mementingkan diri sendiri
- dalam hal ini : haruslah disemai dengan nilai murni dalam hidup melalui

Penutup

- deduksinya : jika sesuatu tugasan secara berkumpulan : maka tugasan itu


- begitu juga halnya : jika kita belajar secara : nescaya kita akan memperoleh
- sehubungan dengan itu : semua pelajar dinasihatkan agar
LATIHAN 3

Anda telah berjaya terpilih sebagai murid cemerlang. Satu majlis telah diadakan untuk meraikan
kejayaan itu dan anda diminta untuk menyampaikan ucapan.
Sediakan teks ucapan anda selengkapnya. Panjangnya ucapan anda hendaklah lebih daripada
180 patah perkataan.

ANALISIS SOALAN

Ucapan Setelah Menerima Anugerah


Murid Cemerlang

ISU
SKOP / FOKUS ISI
Ucapan Daripada Murid
Cemerlang Berkongsi rahsia kejayaan

Pendahuluan (Permulaan Ucapan / Menghadap Majlis)


- selamat pagi dan salam sejahtera
- terima kasih saudara ......
- Yang Berusaha Tuan Pengetua, .....
- yang dihormati guru-guru : rakan-rakan sekalian
- terlebih dahulu : ingin mengucapkan terima kasih : guru-guru dan rakan-rakan : meraikan
kejayaan saya

Isi-isi
Isi 1 ( tujuan menyampaikan ucapan)
- guru-guru dan rakan-rakan yang .....
- saya rasa bersyukur : terpilih untuk menerima Anugerah
- saya yakin : rakan-rakan juga akan berjaya : seperti saya : jika rajin : kerana usaha tangga
kejayaan
- dalam majlis ini : saya ingin berkongsi maklumat untuk
Isi 2 (usaha yang dilakukan : mendisiplinkan diri)
- hadirin yang ………..
- disiplin diri merupakan : perkara asas untuk
- sejak di sekolah rendah lagi : mendisiplinkan diri agar belajar
- saya akan menumpukan sepenuh perhatian : ketika belajar
- saya dan rakan-rakan belajar secara berkumpulan : menyiapkan kerja sekolah

Isi 3 (usaha yang dilakukan : sentiasa bertanya kepada guru)

- … amat beruntung : mendapat guru rajin


- apabila tidak memahami sesuatu tajuk : saya sentiasa bertanya
- pada waktu senggang saya : berjumpa guru : untuk bertanya : pelajaran yang
- guru-guru membimbing : sehingga : dapat menguasai tajuk atau soalan
- ingin mengucapkan penghargaan : semua guru : telah banyak membantu

Penutup
- konklusinya : saya mengajak rakan-rakan agar rajin belajar : dan lulus dengan
- ingatlah : pelajaran amat penting dalam
- sebelum menamatkan ucapan : memohon maaf jika terdapat kesilapan dalam
- saya sudahi ucapan ini dengan serangkap :
Jika ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Jika ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
- sekian, terima kasih

40
LATIHAN 4

Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar baru-baru ini.
Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda di minta untuk menyediakan laporan tentang aktiviti
yang telah dijalankan itu.
Tulis laporan anda selengkapnya. Panjangnya laporan anda hendaklah lebih daripada 180 patah
perkataan.

ANALISIS SOALAN

Laporan Lawatan Sambil Belajar


Persatuan Bahasa Melayu

ISU
SKOP / FOKUS ISI
Laporan Daripada
Setiausaha Persatuan Aktiviti Semasa Lawatan
Sambil Belajar

Laporan Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Persatuan Bahasa Melayu SMK ………

Pendahuluan
- Bila lawatan sambil belajar dijalankan?
- Jumlah peserta dan nama guru pengiring
- Tempat-tempat yang dilawati
- Tujuan lawatan tersebut diadakan:-
- Banyak faedah yang dapat diperoleh melalui aktiviti

Isi-isi
Isi 1 (taklimat awal dan waktu bertolak)
- semua peserta : berkumpul di sekolah
- mendengar taklimat yang disampaikan
- bertolak tepat pada masa yang : menggunakan bas yang disewa khas
- berjalan lancar dan peserta amat : menikmati keindahan alam
Isi 2 (tempat pertama : Muzium Negara)
- destinasi pertama : kami kunjungi : Muzium Negara
- pelbagai khazanah berharga : dipamerkan
- berpeluang untuk membeli cenderamata
- peserta lawatan dapat menambahkan
- dari muzium : bawa ke gerai makanan untuk

Isi 3 (Planetarium Negara)

- …, semua peserta lawatan : ke Planetarium Negara


- menyambut kedatangan kami
- diberikan taklimat tentang sistem
- juga dibenarkan untuk mencerap bintang di : melihat bahan yang dipamerkan
- tidak berasa bosan ketika di : walaupun lebih daripada

Isi 4 (Pesta Buku Antarabangsa)


- pada hari terakhir : kami sempat melawat
- terdapat ribuan : pelbagai tajuk dan bahasa : dijual dengan tawaran harga
- amat riuh-rendah : jumlah pengunjung yang terlalu
- diberi masa selama : dan sempat membeli
- setelah makan tengah hari : warung makan berhampiran : bas mula bertolak balik ke

Penutup
- keseluruhannya, kami bersyukur : lawatan yang dirancangkan : dapat dilaksanakan
- mengucapkan terima kasih : Puan …… iaitu Guru Penasihat Persatuan Bahasa : banyak
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar

Pengakuan Pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan penutup

Tarikh : Ditulis di sebelah kanan dan setentang dengan pengakuan


pelapor

Tandatangan Pelapor : Ditulis sebelah kiri selepas pengakuan pelapor

Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas


tandatangan

Jawatan Pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas nama pelapor, diletakkan tanda
koma di hujungnya dan ditulis nama persatuan yang diwaklili

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai