Anda di halaman 1dari 12

Praktis

1 Sistem Bahasa

BAHAGIAN A Soalan 1

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Rosli mengarahkan pembantunya menyediakan senarai para peserta yang akan
menyertai program motivasi itu.

(ii) Aktiviti pembalak secara tidak terkawal masih berleluasa walaupun pelbagai usaha telah
dilakukan oleh kerajaan.

(iii) Pulau Tioman telah menarik kunjungan puluh-puluh ribu orang pelancong ke Malaysia.

(iv) Kos membina semula jambatan yang runtuh di Kampung Sepah Beruang adalah sebanyak
satu juta Ringgit Malaysia.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Jurulatih bola sepak itu mengajar Sim Huat tendangkan bola dengan kaedah yang betul.

(ii) Emak memberitahu kakak supaya masukkan pewarna merah ke dalam adunan keknya
supaya kelihatan menarik.

1 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

(iii) Semasa adik bermain di halaman rumah, tiba-tiba dia menjerit kesakitan kerana kakinya
dipijak paku.

(iv) Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke kawasan runtuhan kondominium itu di atas sebab-
sebab keselamatan.

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Oleh sebab ahli yang hadir dalam mesyuarat kali ini tidak cukup korum, maka mesyuarat
menangguhkan pada masa yang lain.

(ii) Makanan yang berkhasiat perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk memperkuat­
kan
daya tahan melawan penyakit dalam diri mereka.

(iii) Bunga-bunga anggerik yang ditanam oleh ibu sedang mengembang.

(iv) Persahabatan antara Afiq dengan Zakuan sudah terjalin selama dua puluh tahun.

Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Bangunan mencakar langit itu menunjukkan kebolehan arkiteknya yang bijak merancang
pembinaannya dengan teliti.

(ii) Para pekerja syarikat penerbitan itu sangat gembira kerana majikan mereka meluluskan
memberi bonus dua bulan gaji pada hujung tahun ini.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 2


PRAKTIS 1

(iii) Ketika pasukan penyelamat tiba petang semalam, mangsa kemalangan itu masih berbaring
tidak sedarkan diri.

(iv) Saya suka menanam pokok bunga di waktu lapang.

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Calon-calon peperiksaan diminta berkumpul tiga puluh minit lebih awal ke dalam dewan.

(ii) Khamarul diberi masa tiga setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.

(iii) Peminat sukan bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang
ditunjukkan oleh pemain baharu pasukan bola sepak negara.

(iv) Selendang ini teramat lembut sekali.

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Perdana Menteri-Perdana Menteri dari setiap negara menghadiri mesyuarat yang akan
membincangkan isu alam sekitar.

(ii) Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai pada pagi raya nanti.

(iii) Sejak dari tadi lagi Abdul Rahman menunggu ibu saudaranya di hentian bas itu.

3 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

(iv) Mulai dari sekarang, semua murid diwajibkan membawa buku teks ke sekolah setiap hari.

BAHAGIAN A Soalan 2

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penduduk beberapa buah belok kondominium yang retak itu diarahkan supaya berpindah.

(ii) Nota sains yang disampaikan dalam bentuk kartun memudahkan murid memahami
sesuatu topik.

(iii) Kuning telur merupakan makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Program 1Sukan 1Murid adalah untuk mencongkil bakat atlet-atlet dalam bidang olahraga.

(ii) Pihak polis berjaya mengesan tektik terbaharu sindiket pengedaran dadah.

(iii) Barangan kitar semula banyak manafaatnya kerana dapat mengurangkan kos belian.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 4


PRAKTIS 1

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Anak-anak yang nakal perlu ditangani dengan menggunakan psaikologi.

(ii) Kenaikan harga minyak amat membebankan gulungan yang berpendapatan rendah.

(iii) Kemalangan yang dasyat itu berlaku pada pagi tadi di Lebuhraya Pantai Timur.

Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Jawatankuasa Penduduk kawasan perumahan itu mengsyorkan penubuhan Rukun


Tetangga bagi mengawal keselamatan penduduk.

(ii) Kestabilan sesebuah negara banyak bergantung pada kestabilan instutisi masyarakat.

(iii) Barang-barang elektrik dari kilang itu diangkut ke perlabuhan menggunakan lori.

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Guru cemerlang itu merupakan pengubal soalan peperiksaan awam.

(ii) Zawawi belum lagi membuat keputusan samada hendak bercuti ke Langkawi ataupun ke
Pulau Pangkor.

5 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

(iii) Orang yang sedang ditimpa masaalah perlulah banyak bersabar.

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ayah membawa kami makan satey Haji Samuri yang terkenal itu.

(ii) Mengumpul stem merupakan hobi Yusuf sejak di bangku sekolah lagi.

(iii) Ibu memperuntukan sepuluh peratus daripada perbelanjaan dapur untuk disimpan.

BAHAGIAN A Soalan 3

Latihan 1

Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang
jawapan yang disediakan.

(i) Kehidupan remaja kini semakin mencabar dan sukar dikawal.

(a)

(b)

(ii) Para pakar pemakanan sepakat berpendapat bahawa keperluan asasi tubuh kita dapat
dipenuhi dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

(a)

(b)

(iii) Pihak polis dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk membendung masalah ponteng sekolah
dalam kalangan murid.

(a)

(b)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 6


PRAKTIS 1

(iv) Kejadian ragut memberikan kesan buruk dari segi fizikal dan kewangan.

(a)

(b)

(v) Saban hari rakyat menghadapi kesesakan lalu lintas ke tempat kerja kerana pertambahan
jumlah kenderaan di jalan raya berlaku pada setiap hari.

(a)

(b)

Latihan 2

Tentukan jenis ayat dalam setiap ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah
atau ayat seruan.

(i) Dia gembira kerana berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi.

(ii) Jemput masuk ke rumah hamba yang usang ini.

(iii) Bagaimanakah kemalangan feri yang melibatkan 200 orang penumpang itu berlaku?

(iv) Sila masuk, maaflah rumah saya berselerak sedikit.

(v) Amboi, cantiknya baju Kak Ton hari ini!

(vi) Murid yang melanggar peraturan sekolah akan didenda.

(vii) Mengapakah kamu lewat sampai ke sekolah?

(viii) Jangan bermain bola di tepi jalan raya.

7 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

Latihan 3

Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Ibu telah menjahit seluar ayah yang koyak itu.

(ii) Saya belum lagi membeli barang yang dipesan oleh kakak itu.

(iii) Pengarah yang baik hati itu akan menganjurkan majlis rumah terbuka.

(iv) Pihak bomba telah menangkap ular sawa yang masuk ke rumah Pak Samad.

(v) Hana membeli empat pasang baju sejuk sebagai persediaan belajar di London.

BAHAGIAN A Soalan 4

Latihan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan
petikan tersebut.

Amalan membaca merupakan amalan yang mulia. Malangnya, kajian menunjukkan bahawa
rakyat Malaysia kurang minat membaca. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada
anak-anak dengan mengamalkan sikap suka membaca di rumah. Amalan ini perlu dipupuk
sejak kecil supaya menjadi kebiasaan.

(i)

(ii)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 8


PRAKTIS 1

Latihan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan
petikan tersebut.

Rosnah akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan. Rosnah berasa


cemas apabila jurusoleknya tidak dapat hadir kerana terlibat dalam kemalangan. Di saat-
saat akhir, mak ciknya telah menawarkan diri untuk menjadi jurusoleknya.

(i)

(ii)

Latihan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan
petikan tersebut.

Sarina tidak sedih walaupun dia hidup serba kekurangan. Sarina berazam untuk mengubah
nasib keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya, Sarina bergelar
jutawan berjaya. Walau bagaimanapun, Sarina tidak sombong dan bongkak. Sarina sering
menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan.

(i)

(ii)

Latihan 4

Baca situasi di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi
tersebut.

Situasi 1

Perhubungan antara Liya dengan adik-beradiknya keruh sementara akibat salah faham.
Mereka berbaik-baik semula setelah mengetahui perkara sebenar.

(i)

9 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

Situasi 2

Banyak peluang pekerjaan dibuka kepada orang ramai di kawasan perindustrian yang
baharu dibuka itu.

(ii)

Latihan 5

Baca situasi di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi
tersebut.

Situasi 1

Penduduk kampung bergotong-royong membina semula jambatan yang roboh akibat banjir
besar yang melanda baru-baru ini.

(i)

Situasi 2

Lim Zhen hanya menurut setiap arahan yang diberikan oleh ketuanya tanpa sebarang
bantahan.

(ii)

Latihan 6

Baca situasi di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi
tersebut.

Situasi 1

Hana merungut kerana kemudahan yang ditawarkan di tempat pelancongan itu tidak seperti
yang ditawarkan dalam iklan yang dibacanya.

(i)

Situasi 2

Haikal mengupah Fuad memelihara ikan keli di kolam ikannya, tetapi Fuad menangkap ikan-
ikan itu lalu menjualnya di pasar.

(ii)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 10


PRAKTIS 1

Latihan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isikan tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang
menggambarkan situasi dalam petikan.

(i) Pasangan suami isteri yang telah lama tidak mempunyai anak itu telah menjadikan Amelina

sebagai .

(ii) Amani suka melihat pemandangan di pada waktu senja.

Latihan 8

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isikan tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang
menggambarkan situasi dalam petikan.

(i) Mak Munah menasihatkan anaknya yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara

supaya .

(ii) Sudah tiga tahun Rashid menanam pokok rambutan itu tetapi

kerana masih belum berbuah.

Latihan 9

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar
tersebut.

(i)


(ii)


11 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018
PRAKT I S 1

Latihan 10

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar bersiri tersebut, tulis dua peribahasa
yang sesuai.

(i)

(ii)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 12

Anda mungkin juga menyukai