Anda di halaman 1dari 6

TIPS MENGATASI LUPA

Kenapa Mudah Lupa


 Mempunyai sikap sambil lewa
 Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
 Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
 Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik

Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa


 Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib
dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar
yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka
mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa
kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai
seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi
aspek kehidupan yang lain.

 Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk


membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Mereka yang suka berbohong
bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
 Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir
janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung
membawa dirinya ke arah penyakit lupa.

 Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan


memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah
mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status
kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar.

Cara untuk mengatasi masalah lupa


 Jangan abaikan solat lima waktu
 Perbanyakkan solat sunat
 Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
 Selalu berdoa kepada Allah SWT
 Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti
berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
 Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal.

Manakala terdapat beberapa cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan
lama dalam aspek pelajaran.
 Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal
lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.

 Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis


menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk
mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya
pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis
nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau
grafik.

 Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn,
lukisan, singkatan dan lakaran.

 Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca.


Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran,
jadual serta pemandangan.

 Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali


bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.

 Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci.


 Selalu rujuk kamus

TIPS MENGATASI RASA MALAS BELAJAR


 Ganti Pelajaran.
Jika sudah begitu sangat sulit untuk memahami dan mengetahui maksud
dari pelajaran yang dipelajari, sebaiknya ganti mata pelajaran dengan mata
pelajaran yang lebih mudah atau lebih menyenangkan.

 Istirehat Sejenak.
Belajar terlalu lama akan membuat anda merasa bosan dan jenuh, maka
luangkan waktu sebentar untuk istirahat sejenak untuk minum, mendengarkan
muzik atau duduk saja.

 Mempelajari Pelajaran yang Disenangi Dahulu.


Agar anda tidak merasa tertekan atau stress dengan pelajaran sulit atau yang
tidak disenangi, sebaiknya pelajari pelajaran yang mudah dan disenangi
dahulu agar anda akan terbawa senang untuk mempelajari pelajaran lainnya.

 Memberikan Motivasi Kepada Diri .


Anda bisa memberikan pujian agar anak merasa senang dan terdorong untuk
belajar karena biasanya anak akan senang jika dipuji.

 Hibur hati yang tak Menentu.


Caranya dengan menghibur dan memberi dorongan pada hati sendiri.
Biasanya hati yang terhibur akan mudah untuk fokus melakukan sesuatu
seperti belajar supaya pelajaran mudah dipahami.

 Gemar Membaca Buku.


Membaca buku akan mendatangkan pengetahuan yang banyak kepada anda.
Gemar membaca buku menjadi langkah awal untuk rajin belajar.

 Berpindah-Pindah Tempat.
Biasanya kalau belajar hanya di satu ruangan lama-kelamaan merasa bosan
dan malas, sebaiknya kalau sudah malas berpindahlah tempat untuk mencari
suasana yang baru.

 Berpindah Posisi.
Belajar terlalu lama membuat penat,cara mengatasinya dengan berganti-
ganti posisi,contoh: awalnya duduk di kerusi lalu berdiri atau duduk di
lantai asalkan jangan belajar dengan posisi tidur atau tiarap kerana sangat
memungkinkan untuk mengantuk.

Anda mungkin juga menyukai