Anda di halaman 1dari 4

Dalam erti kata yang khusus, minat bererti tertarik, terdorong atau terlibat secara langsung dalam kegiatan

yang dianggap penting. Maka, boleh dirumuskan minat belajar adalah keterlibatan sepenuhnya seseorang pelajar dalam segenap kegiatan menuntut ilmu pengetahuan dan pencapai pemahaman yang lebih mendalam. Minat adalah satu unsur penting dalam dunia pendidikan. Minat belajar juga adalah satu faktor utama meraih kejayaan dalam apa jua bidang. Kajian di Amerika Syarikat menyatakan bahawa faktor utama pelajar mengalami kegagalan adalah kurangnya minat. Menurut Johan Adams (1956) dalam bukunya The Students Guide menyatakan bahawa semakin tinggi minat sesorang pelajar terhadap pelajarannya, semakin tinggi konsentrasinya terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan (dalam The Liang Gie, 1994). Seseorang yang kurang minat untuk belajar sering kali mengalami kekosongan perhatian, kebosanan dan mudah putus asa. Justeru, anasir-anasir seperti ini boleh diatasi dengan menimbulkan minat ingin belajar dalam diri dan kemudiannya mempertingkatkan minat belajar itu dengan sungguh-sungguh. Dalam proses belajar, harus bertanya kepada diri sendiri apakah sebenarnya yang anda inginkan? Adakah anda terpaksa mengikut sesuatu kursus atas desakan ibu bapa ataupun dari segi kehendak pekerjaan? Kursus apakah yang sebenarnya paling anda minati? Pertanyaan ini mestilah anda sendiri menjawabnya. Untuk belajar dengan efisien anda memerlukan pengetahuan di mana ia boleh diperolehi melalui pengalaman, mengembangkan maklumat dan kefahaman teori dan amali yang akan menjadikan seseorang memiliki kemahiran dan kepandaian (Saunders, 1994). Mengikut Anderson et al. (dalam Redway, 1988) terdapat tujuh prinsip asas belajar, iaitu: Pembelajaran yang efektif bergantung kepada inisiatif anda untuk belajar. Tetapi ini tidak mencukupi; anda harus tahu apa yang kita ingin pelajari. Kadar pembelajaran juga berbeza-beza antara individu dan antara tugas dan bidang. Jangan sesekali berasa rendah diri jikalau rakan anda lebih baik daripada anda. Belajar beberapa subjek lebih baik daripada belajar keseluruhan subjek yang sama dalam sehari. Ini bermakna mempelbagaikan subjek dalam pembelajaran setiap hari lebih baik daripada belajar hanya satu subjek setiap hari. Penumpuan dan keberkesanan akan berkurangan dalam suatu jangka masa belajar. Untuk mengatasi hal ini anda perlu rehat beberapa minit apabila terasa penat. Kemahiran mempelajari satu subjek mungkin berlainan bagi subjek-subjek yang berbeza. Ingatan pengetahuan dan pengekalan ingatan pengetahuan sentiasa lebih baik daripada ingat semula. Belajar akan jadi lebih maju dengan belajar secara ulangkaji, latih tubi dan latihan yang berulang-ulang.
Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan berIRC (chit chat) di internet sehingga pagi. Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'. Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini. Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji. Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan. Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi. Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebihlebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang. Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya. Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya. Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tidakkk! Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda pelu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari. Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu. Perhatikan perkara-perkara yang berikut: o o o o o Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. Rajah-rajah. Jadual. Carta. Peta.

Baca perenggan bahagian pendahuluannya. Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya. Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.

Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut: Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda. Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda. Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak. Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi. Cuba lakarlakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui. CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat. Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian

kinestatik diri anda. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.

Anda mungkin juga menyukai