Anda di halaman 1dari 5

MIB dan Pendidikan

Format mata pelajaran MIB SPN21 (Tahun 4 hingga 6)


Bermula pada tahun 2009, mata pelajaran Sivik telah ditukar dengan nama mata pelajaran Melayu Islam Beraja.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti mata pelajaran MIB, murid-murid diharap akan mencapai ciri-ciri kesempurnaan insan seperti berikut:-

Mengamalkan tabiat dan tingkahlaku yang terpuji dan sempurna serta selaras dengan falsafah MIB. Sentiasa menyedari kepentingan bermoral, beretika dan berakhlak mulia bagi mengekalkan hidup yang harmoni. Berilmu, berakhlak, berkemahiran, inovatif dan kreatif bagi menghadapi apa jua masalah kehidupan terutama bagi pembangunan ketahanan bangsa, agama dan negara. Sentiasa menjunjung adat, mengikut peraturan, setia pada raja, taat beragama dan berbakti pada bangsa dan negara.

RASIONAL
Mata pelajaran MIB bagi Tahun 4-6 dalam SPN21 adalah dihasratkan untuk mengemaskini serta memperbaiki mata pelajaran Sivik. MIB memperkenalkan lima tema utama:

Tanggungjawab terhadap diri sendiri. Tanggungjawab terhadap keluarga. Tanggungjawab terhadap jiran dan masyarakat. Tanggungjawab terhadap sekolah. Tanggungjawab terhadap Negara Brunei Darussalam.

PENDEKATAN PENGAJARAN
Pelbagai pendekatan pengajaran boleh digunakan bagi menarik minat murid-murid terhadap mata pelajaran MIB.

Kaedah Bercerita Kaedah Projek Kaedah Lawatan Kaedah Drama/Lakonan Kaedah Inkuiri/Penemuan Kaedah Nanyian Kaedah Ceramah, Penerangan, Syarahan dan Perbincangan dan lain-lain kaedah yang bersesuaian. Kaedah Inkuiri: Aktiviti pembelajaran lebih banyak difokuskan kepada murid itu sendiri. Murid mencari, mengumpul maklumat dan jawapan. Tujuan: Supaya murid memperolehi kemahiran praktikal dan lebih kreatif. Supaya murid akan lebih berdikari sesuai dengan cabaran masa depan.

RUMUSAN
Mata pelajaran MIB disusun berdasarkan nilai-nilai akhlak yang murni dan terpuji serta kesedaran dan tanggungjawab seorang individu terhadap dirinya, agama, keluarga, masyarakat dan negara.

Untuk mendukung falsafah MIB, nilai-nilai dan akhlak yang terpuji perlu disemai dari sejak awal lagi agar semangat bermasyarakat, beragama dan bernegara akan dapat dihayati dan diamalkan. Peranan ibubapa, guru, keluarga dan masyarakat adalah penting dalam menyemai dan membentuk akal budi anak/murid bagi melahirkan generasi Brunei yang berilmu, berakhlak dan mengamalkan cara hidup orang Brunei selaras dengan falsafah, aspirasi dan wawasan negara.

Anda mungkin juga menyukai