Anda di halaman 1dari 73

Strategi Pengajaran Rasulullah SAW

dan Ulama'
STRATEGI
STRATEGI
PENGAJARAN
• Kebijaksanaan • Rancangan yang lengkap
memilihpendekatan, yang mengandungi
kaedah dan pendekatan dan kaedah
teknikpengajaran merupakan strategi
berdasarkan mengajar.
objektif pengajaran
• Lebih mengambil kira
objektif jangka panjang
• Mengambil kira segala
aspekpembelajaran
termasuk
pemilihanbahan, masa
dan sebagainya
PENDEKATAN PENGAJARAN
RASULULLAH SAW

TEMPAT PENDIDIKAN KELUARGA TERDEKAT CARA & SITUASI

MEWUJUDKAN PUSAT MEMULAKAN MEMILIH TEMPAT


PENDIDIKAN. PENGAJARAN KEPADA PEMBELAJARAN YANG
MENJADIKAN MASJID KERABAT TERDEKAT. SESUAI.
SEBAGAI TEMPAT MEMASTIKAN
PENGAJARAN. PEMBELAJARAN
BERLANGSUNG DALAM
KEADAAN AMAN.
STRATEGI PENGAJARAN
RASULULLAH SAW
MENJADIKAN DIRI SEBAGAI
MODEL PENDIDIKAN
MENCONTOHI RASULULLAH
BAGINDA MENGAMALKAN BAGINDA MENINGGALKAN
SAW DALAM MENJADIKAN
SESUATU SEBELUM SESUATU SEBELUM
DIRI SEBAGAI MODEL
MENGARAHKANNYA DAN MELARANGKANNYA DAN
BAGI UMAT DAN PELAJAR
PARA SAHABAT MENGIKUTI PARA SAHABAT
BELIAU MENINGGALKANNYA

MENGAJAR ERTI BUDI


PEKERTI SEBELUM
MELAKSANAKAN AKTIVITI
DAKWAH
MENGAJAR SECARA
BERANSUR-ANSUR
MENGAJAR PERKARA PEMBELAJARAN
MENGAJAR DARIPADA
YANG PENTING DAN DARIPADA SEDIKIT
YANG MUDAH KEPADA
SETERUSNYA KEPADA SEHINGGA BANYAK
YANG SUSAH
YANG LEBIH PENTING

TUJUANNYA DAPAT
MEMAHAMI SUATU
PEMBELAJARAN DENGAN
LEBIH MENDALAM
MERAIKAN PERBEZAAN PELAJAR
BAGINDA MERAIKAN
BERINTERAKSI DENGAN MENGHORMATI PERASAAN
PERBEZAAN PELAJAR
INDIVIDU MENGIKUT PELAJAR YANG BAHARU
SAMADA TERHADAP
KESESUAIAN KEFAHAMAN DAN TIDAK MENGAJAR
ORANG YANG DIDAKWAH
DAN KEDUDUKAN MEREKA APA YANG DIAJARKAN
ATAU YANG BERTANYA
KEPADA MURID-MURID
SOALAN
LAMA

BAGINDA MENJAWAB
SOALAN BERDASARKAN
KEPERLUAN DAN
KEPENTINGAN PENYOAL

Ketika baginda diangkat menjadi seorang Rasul maka ada permasalahan


yang diselesaikan sendiri dan ada pula yang mengikut perintah melalui
wahyu Allah.

Kemahiran Nabi pernah meminta pendapat dan bermusyawarah dengan para


sahabat seperti yang terjadi ketika tawanan perang Badar.
Berfikir Dan
Penyelesaian
Masalah Cara Nabi meminta dan mengikuti pendapat seseorang yang professional dalam menjawab sesuatu
persoalan. Contohnya Nabi menerima idea yang bernas dari Salman Al-Farisi yang mencadangkan
Rasullulah agar umat Islam menggali parit di sekitar Madinah untuk menghambat serbuan kafir Quraisy
S.A.W dalam perang Ahzab (perang Khandaq)

Nabi SAW mengadakan musyawarah sebelum berlaku perang Uhud, dalam musyawarah tersebut
sebahagian sahabat menginginkan pasukan muslim keluar kota Madinah menuju bukit Uhud untuk
Rujukan: Ahmad E.Bemat. 1994.
Insan Teladan Sepanjang Zaman. menghadang dan memerangi kaum kafir dengan alasan untuk menghindari kaum wanita dan
Kuala Lumpur: Darul Nu’man anak-anak.

Menjadi satu-satunya prinsip Nabi dengan sikap tegas, dengan prinsip


sebagaimana yang tergambar dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.
DIALOG DALAM STRATEGI PENGAJARAN
RASULULLAH SAW

- Perbincangan dalam bentuk berdakwah.


- Corak pengajaran dua hala

- Abu Hurairah berkata, rasulullah SAW berkhutbah kepada kami dengan


sabdanya, “Wahai manusia! Allah SWT mewajibkan kepada kamu mengerjakan
Haji, tunaikanlah Haji”. Seseorang lelaki bertanya: “Adakah setiap tahun, wahai
Rasulullah?”. Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi mengulangi
pertanyaannya tiga kali. Rasulullah SAW menjawab: “Jika aku katakan Ya, ianya
menjadi wajib dilakukan setiap tahun dan kamu tidak mungkin mampu
melakukannya”. Baginda bersabda lagi: “Tinggalkanlah sesuatu yang aku tidak
galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu adalah
kerana mereka banyak bertanya dan tidak ada persefahaman dengan nabi
mereka. Jadi, apabila aku perintahkan sesuatu kepada kamu, lakukanlah sedaya
kamu dan apabila aku melarang dari melakukan sesuatu, tinggalkanlah”. (HR al-
Bukhari)
BERSOAL JAWAB DALAM STRATEGI PENGAJARAN
RASULULLAH SAW

- Soal jawab digunakan untuk mengetahui tahap kefahaman atau


pengetahuan.

- Kaedah menyoal merupakan sebahagian daripada setiap aktiviti wajib


pengajaran pembelajaran.

- “Apakah pandangan kalian sekiranya terdapat sebatang anak sungai


di depan pintu rumah kamu dan kamu mandi di sungai tersebut lima
kali sehari, akan adakah kekotoran pada badan kamu?” Sahabat
menjawab: “Tiada akan ada kekotoran sedikit pun”. Rasulullah SAW
membalas: “Begitulah solat lima waktu, akan terhapus segala dosa
kalian”. (HR al-Bukhari)
Kiasan & Perumpamaan
Teknik Pengajaran Rasulullah:
● Banyak digunakan di dalam Al-Quran dan Hadis.
● Untuk menggambarkan sesuatu perkara dalam bentuk yang mudah difahami.
● Matlamat:
● Untuk memperoleh kefahaman yang jelas mengenai tujuan dan matlamat Syariah yang begitu luas.
● Contoh Kiasan & Perumpamaan yang digunakan Rasulullah
● Daripada Abu Hurairah ra katanya:
Rasulullah saw bersabda:"Apa pendapat kamu sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan pintu
rumah salah seorang dari kamu dan dia mandi di dalamnya setiap hari sebanyak lima kali.Apakah
masih lagi terdapat kotoran pada badannya? Para sahabat menjawab : Sudah pasti tidak terdapat
sedikit pun kotoran padanya.Lalu baginda bersabda : “Begitulah perumpamaanya dengan solat lima
waktu.Allah menghapuskan segala kesalahan mereka dengannya."
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim dan selainnya)
• Kejayaan pendidikan Rasulullah adalah berkait rapat
dengan kebijaksanaan diri baginda
• Diri baginda sebagai utusan Allah
• Segala metodologi dan kaedah disokong dengan
wahyu Allah
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran)
menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu
tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya).” (An-Najm, 53:3-4)
KAEDAH PENGAJARAN
ULAMA'
KAEDAH PENGAJARAN
IMAM ABU HANIFAH
IMAM ABU HANIFAH
● An-Nu‟man bin Thabit bin Zuta bin Mahan at-Taymi atau lebih dikenali sebagai
Abu Hanifah
● Beliau berketurunan Persia dan lahir di Kufah, Iraq pada tahun 80 H / 699 M.
● Beliau digelar Abu Hanifah kerana beliau sentiasa bersama tinta untuk mencatat
ilmu pengetahuan yang dipelajarinya.
● Beliau mula mempelajari Ilmu Kalam di Kota Kufah sehingga beliau mahir di dalam
ilmu tersebut, lalu beliau mengarang sebuah kitab yang berkaitan dengan Ilmu
Kalam yang bertajuk Fiqh Al-Akbar.
● Beliau telah beralih kepada pengajian Ilmu Feqah, dan beliau telah berguru
dengan As-Syeikh Himaad Bin Abi Sulaiman, dan As-Syeikh Ibrahim An-Nakhaie‟.
● Beliau wafat pada 148 H / 767 M di Baghdad, Iraq.
6 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Imam Abu Hanifah
KAEDAH MUJADALAH
● ImamAbu Hanifah tidak membenarkan anak muridnya bertaklid
sahaja, sebaliknya di didik berfahaman mereka.
● Bebas berfikir memecahkan persoalan dan dibenarkan
membantah pengajarannya atau pendapat Imam Abu Hanifah.

“Tidak halal bagi seseorang yang akan memberi fatwa


dengan perkataanku selama mana ia belum mengerti dari
mana perkataan itu.” -Imam Abu Hanifah
Kaedah Menyelesaikan Masalah

❖ Kaedah ini banyak digunakan oleh beliau ketika berhadapan


dengan golongan pembesar, ketua-ketua jabatan dan orang
yang datang menemui beliau dengan membawa beberapa
masalah atau persoalan untuk diselesaikan.
❖ Sering kali timbul masalah- masalah baharu yang tidak
menemui hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran dan
hadis. Beliau berjaya menyelesaikan berdasarkan ijtihadnya.
❖ Imam Abu Hanifah merupakan seorang yang bijak
menyelesaikan masalah yang rumit bagi orang lain untuk
menyelesaikannya.
Kaedah Qudwah Hasanah

❖ Kaedah ini merupakan satu cara tidak langsung semasa


beliau menyampaikan ajaran kepada anak muridnya.
❖ Beliau banyak menunjukkan contoh, sikap, tindakan
serta tutur kata yang baik, yang dapat dilihat dan
dicontohi oleh murid-muridnya.
❖ Secara tidak langsung, beliau mendidik murid-muridnya
melalui contoh teladan yang baik, yang ditunjukkan beliau
kepada umum.
KAEDAH
NASIHAT
❖ Antara kaedah lain yang digunakan adalah memberikan ajaran
secara langsung dalam bentuk nasihat kepada anak-anak
muridnya
❖ Nasihat tersebut dianggap nasihat yang luar biasa
❖ Beliau telah membawa satu perlembagaan yang aneh tentang
cara berbudi bahasa terhadap raja-raja dan orang ramai
❖ Beliau menunjukkan kepada anak muridnya jalan untuk
mendapatkan taufik dan kejayaan dalam bidang ilmu
pengetahuan dan pengajaran
Kaedah
Syarahan dan Ceramah

❖ Merupakan satu kaedah umum yang telah digunakan oleh


ramai tenaga pengajar
❖ Setiap hari, orang ramai dari sekitar kufah akan datang
berduyun-duyun menyju ke masjid untuk mendengar
pengajaran atau pengajian dari imam Abu Hanifah tentang
soal-soal keagamaan dan sebagainya
❖ Masjid Kuffah dijadikan pusat pengajiannya untuk
menampung bilangan muridnya yang ramai samada dari
dalam dan luar kufah
Tamrin dan Latihan

1. Menyediakan beberapa masalah atau persoalan untuk


diselesaikan oleh anak muridnya.
2. Tiga masalah atau persoalan akan diberikan dalam sehari
dan perlu diselesaikan oleh anak muridnya, diingatkan
serta dipelajari.
3. Setelah anak muridnya mendapat pengajaran atau
kefahaman daripada masalah tersebut, barulah beliau
beralih pula kepada masalah atau persoalan yang lain
Kesimpulannya
Secara kesimpulannya, kaedah pengajaran Imam Abu Hanifah menggunakan
kaedah secara langsung.

Iaitu beliau berdepan dengan muridnya secara lisan atau dalam suasana
pembelajaran.

Para pelajar berhimpun di masjid Kufah dan beliau menyampaikan


pengajarannya secara interaksi (lisan), seperti ceramah dan bermuzakarah, di
samping memberi nasihat kepada para pelajarnya.

Beliau tidak menggunakan kaedah penulisan. Oleh itu, tiada sebuah buku
yang ditulis sendiri oleh beliau pada zamannya.

Sebaliknya, pandangan serta ajaran beliau telah diumpulkan dan dibukukan


oleh murid-muridnya untuk dijadikan panduan dan rujukan umat islam
sejagat.
KAEDAH PENGAJARAN
IMAM MALIK
BIODATA RINGKAS
1. Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Amar AL- Asbahi’ bin Amru bin al-
Haris bin Saad bin Auf bin ‘Adi bin Malik bin Yazid.

2. Imam Malik dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah.

3. Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh
masyarakat

4. Datuknya Abu Amir ialah seorang sahabat Rasulullah yang telah banyak
menyumbangkan tenaganya menjadi tentera Islam dalam peperangan
melawan kaum kafir, kecuali peperangan Badar.

5. Beliau meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun
dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.
KAEDAH PENGAJARAN
SYARAHAN
merupakan kaedah yang paling banyak digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran.

01 Majlis kuliah beliau di adakan di Masjid Madinah dan di rumah beliau sendiri.

Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan sejak berusia 17 tahun lagi. Beliau tidak mengajar
melainkan setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya.

MENYELESAIKAN MASALAH
Digunakan oleh Imam Malik khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan hukum.

02 Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik tidak suka kepada masalah andaian atau
khayalan yakni masalah yang direka- reka dan tidak pernah berlaku. Beliau hanya akan
menyelesaikan masalah yang benar- benar berlaku dalam masyarakat atau masalah yang waq’I
sahaja

Imam Malik amat berhati – hati dalam menyampaikan jawapan kepada masalah dan tidak akan
menjawab sebelum memikir dan mengkaji dengan mendalam.
KAEDAH PENGAJARAN
PERBINCANGAN
Murid- murid Imam Malik bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan. Ulama yang sudah terkenal pun
datang menghadiri majlis Imam Malik. Kesempatan ini digunakan oleh Imam Malik untuk berbincang dengan
mereka tentang masalah yang dikemukakan oleh murid yang lain.

Kaedah perbincangan ini juga digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran beliau kepada
03
pemerintah. Beliau selalu mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyah, antaranya ialah al-Mansur
tentang talak orang yang dipaksa.

CERITA
Kebanyakan cerita yang disampaikan adalah bertujuan mendidik manusia. Ia juga banyak mengandungi
nilai dan teladan untuk diikuti.

Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang dikerjakan oleh orang terdahulu seperti
Sayidina Umar alKhattab. Beliau berharap supaya khalifah mengikut jejak langkah Umar. Beliau
menambah kata: “Sesungguhnya khalifah tidak berpeluang atau mampu mengikuti sepenuhnya, tetapi
04
hendaklah sekurang- kurangnya menuju ke satu hala agar rakyat berpuas hati dengan cara itu sekalipun
ini tidak sama dengan taraf Khalifah Umar al- Khattab” (Dr. Ahmad Shurbasyi,1978).
KAEDAH PENGAJARAN
PENULISAN
Ada dua bidang penulisan yang digunakan oleh Imam Malik iaitu penulisan kitab dan surat.

05
Kitab karangan Imam Malik yang masyhur ialah kitab al- Muwatta, kitab ini dianggap sebagai kitab yang
pertama menghimpunkan hadis Nabi dan fikah sekali, disusun dalam bab- bab yang berdasarkan tajuk dan
masalah yang dibincangkan.

Beliau juga menulis surat khusus kepada pihak berkuasa. Dalam surat tersebut banyak pengajaran yang telah
diterapkan oleh beliau.

ULANGAN
Pengajaran secara ulangan atau tikrar juga digunakan oleh Imam Malik untuk mengukuhkan
kefahaman kepada murid- muridnya

06 Imam Malik meminta penulisnya yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran
yang disampaikan beliau, kemudian membacakan semula pengajaran- pengajaran tersebut kepada
orann ramai. (Munawwar Khalil, 1985).
KAEDAH PENGAJARAN
PERGAULAN
07
Beliau menggunakan kaedah ini khususnya untuk mendekati para pemimpin bagi menyampaikan
pengajaran.

Imam Malik pernah menjemput murid- muridnya datang ke rumah. Dengan pergaulan seumpama ini, secara
tidak langsung Imam Malik dapat menerapkan banyak perkara yang baik sebagai panduan untuk mereka.
(Dr. Ahmad Shurbasyi, 1978).

NASIHAT
Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak memberikan nasihat kepada orang ramai, sama ada

08
golongan atasan yang terdiri daripada pemerintah, golongan ulama mahupun orang kebanyakan.

Antara nasihat beliau yang masyhur ialah urusan bidaah, taklid, memilih guru dan yang seumpamanya
(Munawwar Khalil, 1985).
RUMUSAN
Demikianlah antara kaedah-kaedah yang telah
digunakan oleh Imam Malik dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan. Beliau tidak
hanya menggunakan kaedah yang tertentu
sahaja, malahan mempelbagaikannya sesuai
dengan keadaan. Langkah ini adalah untuk
menjamin keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kesimpulannya, jelas kepada kita
bahawa kepelbagaian kaedah dalam pengajaran
adalah amat penting.
KAEDAH PENGAJARAN
IMAM SYAFIE
Pengenalan
➢ Al- Imam as- Syafie dilahirkan (150 H) dilahirkan di Ghazzah, Palestin.

➢ Keturunan daripada sebelah ayahnya bersambung ke Abdul Manaf iaitu


keturunan Nabi Muhammad S.A.W.

➢ Dikenali dengan panggilan Abu Abdullah. Setelah menjadi ulama yang


terkenal, maka beliau dikenali dengan panggilan Imam as- Syafie.

➢ Beliau adalah antara imam mazhab yang ketiga, iaitu pengasas Mazhab
Syafie.

➢ Imam as- Syafie wafat pada tahun 204 Hijrah bersamaan tahun 820 Masihi
ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Mesir.
Antara kaedah pengajaran Imam As-Syafie
adalah seperti berikut :

1. Secara kuliah 5. Kaedah usuli

2. Secara halaqah 6. Secara membaca

3. Secara imlak 7. Cara perbincangan

4. Secara bertukar- tukar fikiran


1) Secara kuliah
Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil Haram.
Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dan dikelilingi oleh murid - muridnya.
Imam as- Syafie menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan bersama murid-
muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan membandingkan antara
sumber perundangan yang pelbagai.

Di Mesir , beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin
Ash. Kuliahnya bermula pada setiap hari dari pagi hingga tengah hari ( setelah selesai
solat subuh hingga waktu zohor). Setelah selesai solat zohor, baru lah beliau pulang ke
rumah bersama- sama dengan murid yang berdekatan dengan beliau, antaranya ialah
al –Muzani, al- Rabi’ dan Muhammad bin Abdullah.
2) Secara halaqah
Pengajaran beliau semasa di Baghdad berbentuk halaqah. Di sini, beliau
mengajar di sebuah masjid di sebelah barat kota Baghdad. Pada mulanya
terdapat 20 halaqah pengajian di masjid itu. Setelah kedatangan Imam as-
Syafie, halaqah itu digabungkan menjadi tiga sahaja dan halaqah yang lain
bergabung ke dalam halaqah Imam as- Syafie.

Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang


terdiri daripada para ulama’, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan.
3) Secara imlak (penulisan)
Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kitab Al- Umm.
Pernah as- Syafie mengimlakkan kepada murid- muridnya, dan
sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri. Kadangkala dirombak
pula oleh murid- muridnya apa yang ditulis oleh beliau,
kemudian dibacakan kepada beliau apa yang telah dirombak itu.
4) Secara bertukar- tukar fikiran
Kaedah ini dilakukan oleh Imam as- Syafie ketika berhadapan dengan
para ulama Baghdad, di mana beliau sering bertukar- tukar fikiran
tentang masalah agama, terutama dengan ahli fikah dari Mazhab Hanafi.

Masalah- masalah agama yang ditimbulkan oleh pembesar


Harun al- Rasyid (khalifah) pada masa itu, dapat dijawab oleh Imam as-
Syafie dengan penjelasan yang memuaskan.
5) Kaedah usuli
Cara ini digunakan beliau di Baghdad (Iraq) semasa kebanyakan para
ilmuan terpengaruh dengan Mazhab Hanafi. Tegasnya kaedah usuli
adalah berlandaskan sumber asal rujukan pengajarannya. Ini terbukti
sebagaimana kata- kata al- Karabisi, “Kami sebelum ini tidak mengenal
istilah al- kitab, al- sunnah dan ijmak, sehinggalah datangnya as- Syafie
, beliaulah yang menerangkan maksud al- kitab, al- sunnah dan ijmak”.
6) Secara membaca
Cara ini dilakukan oleh beliau dengan membaca kitab karangannya
dalam khalayak ramai. Menurut Ahmad Muhammad Shakir; as- Syafie
telah mengarang beberapa buah kitab, sebahagiannya pula beliau
merencanakannya sahaja ( kepada para sahabatnya). Melihat daripada
model pengajaran Imam as- Syafie , secara keseluruhannya memberikan
kesan yang baik kepada para pelajarnya yang kemudiannya menjadi
ulama dan pemuda Islam pada masa itu. Antara yang terkenal ialah Imam
Abu Tsaur, Al- Muzani, Imam al- Rabi’, Imam al- Hassan bin Muhammad
al-Za’farani dan sebagainya.
7) Cara perbincangan

Murid- murid Imam as- Syafie digalakkan supaya mengadakan


perbincangan kerana dalam sesuatu permasalahan yang ditimbulkan,
mereka tidak dirantai atau dikekang pendapat. Sifat taklid amat tidak
digemari oleh Imam as- Syafie, justeru terdapat dalam kalangan murid
Imam Syafie yang tidak bertaklid buta kepada gurunya, bahkan ada antara
mereka yang tidak menyetujui sebahagian pendapat Imam as- Syafie.
Contohnya al-Muzani seorang alim bekas murid Imam Syafie yang
terkenal sebagai orang yang menghimpun dan menyusun kitab- kitab
Imam as- Syafie akhirnya dikenali juga sebagai “pembela Mazhab Syafie”.
Kesimpulannya
Imam as- Syafie merupakan model pengajaran yang perlu dicontohi oleh
semua golongan masyarakat, sama ada yang bergelar pendidik atau murid.
Daripada apa yang telah dibincangkan, jelas menunjukkan bahawa beliau
sentiasa bersungguh- sungguh semasa mencari ilmu pengetahuan atau
memberikan pengajaran. Kemiskinan tidak menghalang beliau untuk muncul
sebagai penghafaz al- Quran dan dapat menimba banyak ilmu
pengetahuan, sama ada daripada setiap siri pengembaraan dan pertemuan
dengan ulama sehinggalah dikurniakan Allah menjadi ahli dalam
mengeluarkan hukum atau fatwa.
Kaedah beliau menyampaikan pengajaran melalui kuliah berbentuk
halaqah yang menganjurkan pertukaran pendapat dan perbincangan
telah berjaya melahirkan murid- muridnya sebagai ulama dan
cendikiawan yang meneruskan jejak langkah beliau. Imam as-Syafie
juga berjaya menghasilkan karya- karya yang bermutu tinggi untuk
diwarisi oleh umat Islam.
Kaedah pendidikan Imam as- Syafie telah meninggalkan pengaruh yang
besar dalam pendidikan tradisional di Malaysia, misalnya sistem
pendidikan pondok, pengajian- pengajian di masjid, surau- surau,
sekolah- sekolah agama. Begitu juga mata pelajaran yang diajarkan di
institusi- institusi tersebut yang mengamalkan kitab Mazhab Syafie.
KAEDAH PENGAJARAN
IMAM AHMAD BIN
HANBAL
Biodata Ringkas Imam
Ahmad bin Hanbal Baghdad, Iraq

● Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di Bandar Baghdad, pada bulan Rabiulawal tahun 164 Hijrah, iaitu setelah ibunya berpindah dari
Bandar Murva tempat tinggal ayahnya. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris
bin Abdullah bin Hayyain bin Abdullah bin Anas, digelar al- Mururi, kemudian al- Baghdadi. Keturunan Ibnu Hanbal bertemu dengan
keturunan Rasulullah pada Mazin bin Mu’ad bin Adnan (Dr. Ahmad Syurbasyi, 1995).
● Setelah beliau menjadi ulama yang terkenal dengan penyelidikan dalam masalah hukum- hukum Islam, beliau terkenal dengan
panggilan Imam Hanbal. Beliau ialah pengasas Mazhab Hanbali. Semasa hidupnya beliau merupakan seorang ahli sunnah yang
terbesar, soleh dan zuhud. Sesetengah ulama menganggap beliau ialah Mujaddid bagi abad ke-3 Hijrah. Al- Imam Ahmad meninggal
SLIDESMANIA.COM

dunia pada tahun 241 Hijrah bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika berusia 77 tahun.
Kaedah Pengajaran &
Pembelajaran
Imam Ahmad bin Hanbal
SLIDESMANIA.COM
1. Menulis nota secara sistematik untuk rujukan pengajaran
dan pembelajaran serta menggesa murid menulis nota.
● Bukti : Penulisan Kitab al Musnad yang disusun mengikut nama para sahabat r.a (904 orang) yang
telah meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w.
● Hampir 40,000 hadis (10,000 hadis berulang)

● ‫( مع احملربة إىل املقربة‬Berdamping dengan pena sehingga mati)


● Gesaan beliau kepada anaknya, Abdullah untuk menulis nota daripada para guru di masjid.
● Praktikal PdP : Guru menyediakan nota untuk panduan murid.
● Guru meminta murid menulis nota hasil dari kefahaman masing-masing.
● Murid mencatat isi penting pelajaran di sticker note dan tampal di parking lot dalam kelas.
SLIDESMANIA.COM
2. Merujuk fakta yang mempunyai sumber yang
sahih dan tulin

● Bukti : Tidak berfatwa melainkan dengan fatwa yang pernah diutarakan oleh mana-

mana sahabat atau tabien atau imam mazhab.

● Praktikal PdP : Guru menggunakan buku teks secara maksima di samping bahan

rujukan lain yang dipercayai menerusi sumber bercetak atau elektronik.


SLIDESMANIA.COM
3. Pendekatan yang sesuai mengikut keadaan
dan fleksibel

● Bukti : Hal ibadat : Amat tegas dan teliti, hal muamalat : ringan dan fleksibel.

● Praktikal PdP : Guru menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kandungan

pelajaran dan kondisi murid.


SLIDESMANIA.COM
4. Talaqqi Musyafahah

● Bukti : Setiap malam beliau mengundang gurunya Imam Syafie ke rumah untuk belajar.
● Majlis imla’ dan periwayatan hadith.
● Praktikal PdP : Dilaksanakan dalam sesi pembelajaran al Quran dan sebutan atau
bacaan hadith.
● Guru bimbing murid membaca teks jawi.
● Murid membimbing murid lain membaca teks dengan betul.
● Mampu mengenal pasti tahap persediaan dan pemahaman murid.
SLIDESMANIA.COM
5. Bersoal jawab

● Bukti : Sesi soal jawab ringkas di antara beliau dengan pihak kerajaan dalam isu ‘Sifat al

Quran yang makhluk’.

● Memberi peluang kepada murid untuk menyoal guru tentang pelajaran.

● Praktikal PdP : Membuka ruang soal jawab bersama murid.

● Mewujudkan ruang komuniti di antara para guru untuk berkongsi amalan baik dalam

PdP.
SLIDESMANIA.COM
6. Syarahan

● Kebanyakan masa hidup beliau dihabiskan dengan menyampaikan syarahan berkaitan

hadis dan fiqah di masjid.

● Praktikal PdP : Guru menghuraikan isi penting dalam pelajaran dengan syarahan yang

ringkas, padat dan mudah difahami.


SLIDESMANIA.COM
7. Berdebat
● Beliau seorang yang tidak suka berdebat. Tetapi demi menegakkan kebenaran, beliau rela

lakukannya. Namun beliau berhujjah dengan berpegang teguh menerusi al Quran dan Sunnah.

● Seperti : Debat dengan golongan Jahmiyah, Zindiq. Malah jawapan balas beliau turut dibukukan.

● Praktikal PdP : Wujudkan sesi perdebatan harmoni dan terkawal dalam kalangan murid untuk

memupuk pemikiran kritis dan melatih sikap toleransi.

● Sumbang saran murid terhadap persembahan atau pembentangan hasil tugasan murid secara
SLIDESMANIA.COM

berkumpulan.
8. Ulangkaji atau perbincangan berkumpulan

● Beliau berbincang bersama sebahagian ulama dan masyaikh sezamannya.

● Samada sesama guru atau guru bersama murid atau murid sesama murid.

● Praktikal PdP : Susun atur aktiviti berkumpulan dalam bilik darjah bagi menanam sifat

kerjasama dan melahirkan murid yang berkolaboratif.


SLIDESMANIA.COM
9. Mengemukakan perumpamaan dan
analogi secara logik.

● Beliau menggunakan misalan atau perumpamaan untuk menerangkan sesuatu

pelajaran.

● Praktikal PdP : Guru menggunakan demosntrasi atau simulasi yang lebih jelas secara

zahir. Manfaatkan objek maujud dalam kelas atau luar kelas.

● Pelaksanaan amali atau praktikal solat, wuduk tayammum dan sebagainya.


SLIDESMANIA.COM
‫ ألن الرجل حيتاج إىل‬،‫الناس إىل العلم أحوج منهم إىل الطعام والشراب‬
‫ وحاجته إل العلم بعدد أنفسه‬،‫الطعام والشراب يف اليوم مرة أو مرتني‬
Maksudnya: Manusia lebih memerlukan kepada ilmu berbanding kepada makanan dan minuman, ia
kerana seseorang itu memerlukan kepada makanan dan minuman dalam satu hari hanya satu kali
ataupun dua kali, dan adapun hajatnya kepada ilmu adalah sebanyak hitungan nafasnya.
SLIDESMANIA.COM

― Imam Ahmad bin Hanbal


10. Mengembara / berjalan
● Beliau mengembara banyak tempat demi mendapatkan ilmu secara langsung dari

guru. Sudah menjadi budaya para penuntut ilmu pada zamannya.

● Praktikal PdP : Guru menggunakan pendekatan pembelajaran melalui pengembaraan

seperti lawatan ke tempat berfaedah (muzium, masjid, galeri, perpustakaan)

Pembelajaran di luar bilik darjah.

● Guru juga menggesa murid untuk menambah pengetahuan atau menyelesaikan

tugasan dengan berjalan mencari guru lain atau ibubapa atau ahli masyarakat di
SLIDESMANIA.COM

sekelilingnya.
11. Pembacaan
● Samada daripada guru untuk murid atau salah seorang murid untuk gurunya.
Kemudian disyarah dan diulas kandungan bacaan.

● Mampu mengenal pasti tahap persediaan dan pemahaman murid.

● Praktikal PdP : Guru bimbing murid membaca teks.

● Murid membimbing murid lain membaca teks dengan betul.


SLIDESMANIA.COM
12. Hafalan

● Beliau mempunyai ingatan yang kuat sehingga mampu menghafal hadith sehinga lebih

daripada 700 000 hadith.

● Praktikal PdP : Melatih murid untuk menghafaz surah-surah lazim dan bacaan-bacaan

wajib di dalam solat.

● Menghafaz hadith-hadith pendek.


SLIDESMANIA.COM
‫ وما عملت به إال حفظته‬،‫ما بلغين حديث إال عملت به‬
Maksudnya: Tidaklah sampai kepadaku suatu hadith melainkan aku telah mengamalkannya,

dan tidak pula aku mengamalkannya melainkan yang telah aku hafal.
SLIDESMANIA.COM

― Imam Ahmad bin Hanbal


Rumusan
Daripada pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

diamalkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, dapat dirumus dan

disimpulkan bahawa beliau merupakan seorang tokoh dan model

dalam perkembangan sistem pendidikan Islam, bahkan beliau

merupakan salah satu daripada sarjana dan ilmuan Islam yang

paling unggul. Oleh itu, adalah perlu untuk melihat kepada

kaedah pengajaran dan pembelajaran beliau untuk dijadikan

panduan dalam perlaksanaan PdP di sekolah.


SLIDESMANIA.COM
KAEDAH PENGAJARAN
IMAM AL-GHAZALI
BIODATA IMAM AL-GHAZALI
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali al-Tusi Al-Syafie

• Dikenali al-Ghazali kerana berasal dari


daerah tempat lahir yang Bernama
‘Gazalah’

• Merupakan ulama tersohor dalam pelbagai


bidang ilmu meliputi ilmu agama, falsafah,
tasawuf, akhlak, dan politik.

• Banyak menghasilkan kitab-kitab , yang


paling terbesar adalah kitab Ihya’
Ulumuddin’
KONSEP PENDIDIKAN AL-GHAZALI
• lebih menekankan pada “al-taqarrub ilallah” pendekatan
dirikepada Allah SWT
• pendidikan bersifat multi disiplin ilmu dari berbagai ilmu
(intelektual dan spiritual)
• Metode pendidikan agama menurut al-Ghazali, dengan teknik
hafalan dan pemahaman, kemudian dilanjutkan dengan
keyakinan dan pembenaran, setelah itu menguatkan dalil-dalil
dan keterangan yang menunjang penguatan akidah.
• Pendidikan mesti mengarah kepada pembentukan akhlak yang
mulia.
• Penekanan ilmu Tasawwuf
PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN
OLEH AL-GHAZALI
Hafalan
• Bermula dengan hafalan wajib seperti al-Quran dan diikuti
dengan subjek-subjek lain seperti hadith dan matan-matan
ilmu.
• Bagi memperkukuh ingatan dan mengasah minda dalam
hafalan
Menguasai Kandungan
• Perlu menguasai kandungan bermula daripada kandungan
asas hinggalah yang lebih tinggi lagi.
• Tujuannya agar murid bukan sekadar menghafal dan
mengingat tetapi boleh menyampaikan sesuai dengan
subjek yang dikehendaki.
Iktikad ( Berkeyakinan Penuh)
• Berkeyakinan penuh dengan ilmu yang dipelajari sehingga
menjadi role model dan dihayati serta sebati didalam diri
peribadi seseorang.
Halaqah
• pelajar-pelajar mengelilingi gurunya dalam separa bulatan untuk mendengar
syarahannya.
• Imam Al-Ghazali telah mendirikan sebuah sekolah berhampiran rumahnya untuk
penuntut-penuntut ilmu dan sebagai tempat singgah bagi golongan sufi. Maka,
tidak dapat dielakkan, Imam Al-Ghazali juga telah melaksanakan kaedah halaqah di
sekolah tersebut ketika menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya.
Perbandingan

Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan


kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab ihya Ulum Ad-
Din, Imam Al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat di kalangan cerdik pandai tentang
kebaikan dan keburukan akhlak. Antaranya menurut Hasan Basri, kebaikan akhlak itu adalah
manis muka, memberi kelebihan dan mencegah kesakitan. Al- Wasiti berpendapat kebaikan
akhlak ialah:

A) Tidak bertengkar dengan orang lain dan tidak bertengkar dengannya kerana makrifat
kepada Allah SWT
B) Menyerapkan manusia pada masa suka dan duka
Kaedah petunjuk dan bimbingan
• Imam Al-Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan percubaan
sebelum memberikan pendapatnya. Pendapat-pendapatnya beliau diperah
daripada kemurnian hidup yang dihayatinya, dimensi-demensi ilmu pengetahuan
yang dicapainya melalui percubaan-percubaan yang telah dilakukan dan daripada
beberapa kesulitan yang dialami di dalam kehidupannya.
• Misalnya, dalam menanam dasar-dasar agama kepada anak-anak, Imam Al-Ghazali
memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara, diikuti dengan menyakini dan
menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayat-ayat Al-Quran dan menerangkan
kandungan serta maknanya ( Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986).
Kaedah dialog dan perbincangan
• Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan
melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan,
dikritik dan dibantah lagi.
• Imam Al-Ghazali pernah mengadakan kaedah dialog dan perbincangan
bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan
(Abdullah Ishak, 1989).
• Kaedah ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di
samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk
berbicara tanpa teks.
RUMUSAN
• Kesimpulannya, Imam al-Ghazali adalah seorang yang gigih dalam menuntut ilmu dan
menyebarkan ilmu pengetahuan.
• Karya-karyanya menjadi rujukan sehingga ke hari ini.
• Seharusnya kita semua ingat bahawa kaedah-kaedah pengajaran yang diamalkan di seluruh
dunia kini adalah berpunca daripada al-Quran dan sunnah.
• Pendekatan pendidikan yang diperkenalkan oleh Iman Ghazali mempunyai keseimbangan
rohani dan jasmani.Mementingkan belajar dan beramal dengan ilmu yang diperolehi
dengan disiplin yang diperkenalkan meliputi dunia dan akhirat.
• Kita sebagai pendidik masa kini,perlulah mencontohi cara pengajaran yang telah beliau
terapkan meliputi akhlak,adab,dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai