Anda di halaman 1dari 2

“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan

penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan di akhirat.”

“Falsafah” berasal dari perkataan “Philosopia” iaitu terdiri daripada dua akar kata: “philein” bererti cinta
dan “Sophia” bererti kebijaksanaan (hikmah atau wisdom).Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai satu
usaha untuk mencari suatu kebenaran atau keyakinan dengan suatu perkara dengan menggunakan
kekuatan akal fikiran. Mengikut Falsafah Pendidikan Islam, pendidikan dan kurikulum terbaik ialah
berteraskan wahyu dan berteraskan tauhid. Menurut Al-Syaibani menjelaskan bahawa falsafah
pendidikan Islam ialah falsafah yang menerangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses dan usaha
pendidikan bagi satu bangsa. Pendidikan juga berperanan untuk menyediakan generasi muda dan
masyarakat supaya beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh-Nya.

Falsafah pendidikan Islam bermaksud satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-
Sunnah sepanjang hayat.
Falsafah pendidikan Islam juga menekankan pendidikan seumur hidup, pembangunan roh, akal dan
jasad disamping menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah,
memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal salih bagi
mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, Falsafah Pendidikan Islam bermatlamatkan melahirkan insan yang
berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri,
masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.

            Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai ad-dinmaka secara langsung ia mencakupi keseluruham
ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan maksud
falsafah pendidikan Islam itu sendiri. Kandungan dari setiap frasa dan maksud falsafah pendidikan Islam
itu tiada tandingannya dengan mana-mana falsafah pendidikan yang ada di dunia ini.

            Secara umumnya, kandungan Dasar Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan soleh yang
kamil, beriman, berilmu, beramal, berakhlak. Pendidikan Islam dari segi falsafahnya bukan sahaja
sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul tetapi juga
untuk menzahirkan amalan hidup yang sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan
sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

            Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam
kerana menggunakan prinsip Islam dalam pendidikan. Pendidikan Islam juga menegaskan bahawa
menusia adalah makhluk ciptaan Tuhan dan manusia mempunyai peraturan dalam hidupnya. Oleh itu,
pendidikan ini merupakan satu falsafah yang bercorak keagamaan yang menanamkan keimanan
manusia kepada Allah dalam usaha membentuk manusia sebagai khalifah di muka bumi ini yang
bersikap tunduk dan patuh pada Rabbnya.

Anda mungkin juga menyukai