Anda di halaman 1dari 24

SISTEM PENCERNAAN

Oleh:

DINESH MADHAVAN
KISHAN RAJ RAJENDERAN
PIRAKAS SHANGAR
SISTEM PENCERNAAN
PENGENALAN

Sistem pencernaan adalah satu proses


penguraian molekul makanan yang
besar dan kompleks menjadi molekul
kecil dan ringkas yang dapat diserap
ke dalam sistem saliran darah. ( m/s
324)
Dua cara pencernaan:
Pencernaan fizikal: gigi
Pencernaan kimia: enzim
(Enzim : bahan protein yang
mempercepatkan proses pencernaan )
(m/s 324)
Terdiri daripada:
Salur alimenteri
Kelenjar pencernaan

Makanan ditolak di sepanjang salur pencernaan


oleh otot dinding yang mengecut dan mengendur
secara berganti- ganti melalui proses peristalsis.
( m/s 324)
SALUR ALIMENTARI

Mulut Lidah Gigi

Usus
Esopagus Perut
kecil

Usus
Dubur
besar
MULUT

•Kaviti bukal @ oral.


• Terbahagi kepada 2
bahagian:-
1. Ruang umum –
ruang tengah yang
mengandungi lidah.

2. Ruang vestibule –
ruang di antara gigi
dan pemukaan pipi.
(m/s 325 )
LIDAH
Merupakan deri utama bagi rasa.
Selaput mukosa melapisi permukaan lidah yang terdapat tompok-
tompok yang dikenali sebagai papila.
Papila mengandungi tunas deria rasa.
Fungsi lidah:-
 Organ deria rasa
 manis – hujung hadapan lidah
 masin – hujung dan tepi hadapan lidah
 masam – bahagian kedua-dua tepi lidah
 pahit – bahagian dekat dengan umbi lidah
 Pertuturan
 Kunyahan dan telanan
 Sentuhan

GIGI
3 bahagian utama :-
Kepala – yang membonjol
keluar dari gusi.
Umbi – tertanam di dalam gusi
dan terdiri dari 1 cabang atau
lebih.
Leher – bahagian antara kepala
gigi dengan umbi.
Gigi
• Diliputi oleh enamel – bahan yang Kacip
paling keras dalam tubuh.
• Bentuk gigi :- Gigi Taring
Kacip – menggigit dan
memotong makanan.
Taring – mengoyak makanan. Gerham
Geraham kecil – mengoyak dan Kecil
mengisar makanan.
Geraham besar – mengisar dan Gerham
melumatkan makanan Besar
( m/s 325 )
ESOPAGUS
Tiub berotot yang terletak di belakang
trakea.
Menyambungkan farinks dengan
perut.
Dinding esofagus terbina daripada tisu
lembut dan sentiasa terbuka
melainkan apabila ada makanan di
dalamnya.
Berfungsi menghantar makanan dan
minuman dari farinks ke perut.
PERUT

Menyimpan makanan

Bersambung terus dari kerongkong dan tergantung


bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam
ruang abdomen.

Fungsi perut:-
 Simpan bahan makanan buat sementara untuk dilembutkan dan
dihadamkan.
 Menghadamkan makanan melalui enzim (pepsin&renin).
 Asid hidroklorik yang terhasil dalam perut memusnahkan beberapa
jenis kuman
 Perut menghasilkan faktor intrinsik yang perlu untuk pembentukan sel
darah merah dan penyerapan vitamin B12. ( m/s 327 – 328)
Merupakan bahagian yang terpanjang dalam
salur alimentari. USUS KECIL

Terbahagi kepada 2 :-
Duodenum – tiub berotot yang hubungkan
perut dengan jejunum.
- berbentuk huruf C.
- berukuran 25cm panjang.
- melengkung mengelilingi kepala
pankreas.

Jejunum dan ileum


- berukuran 6 meter
- bahagian ileum tamat di dalam sekum
sebagai injap ileum yang membenarkan
kandungan ileum masuk ke dalam sekum
tapi menahan sebarang kandungan sekum
kembali ke dalam ileum. (m/s329–330)
Fungsi usus kecil :-

 Menyelesaikan semua proses penghadaman.

 Serap bahan makanan yang terhadam, asid amino dan


glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke salur
limfatik.

 Hasilkan beberapa hormon yang mengawal


penghasilan kelenjar pankreas, hempedu dan
kelenjarnya sendiri.
USUS BESAR

Bermula dari sekum dan


tamat sebagai rektum.

Panjangnya 5 hingga 6 kaki


dan pusatnya 2 ½ inci.

Bahagian usus besar :-


 Sekum dan apendiks.
 Kolon – menaik, melintang
(transver), menurun, sigmoid
dan rektum. ( m/s 333)
DUBUR

Suatu terusan yang membuku keluar dari rektum.

Dikawal oleh otot pencerut.

Kuncupan dan kenduran otot adalah di bawah kuasa kemahuan


manusia.

Bahagian atas pertengahannya dilapisi oleh selaput mukosa lanjutan


dari rektum, tetapi bahagian bawahnya terbina daripada kulit tubuh.
KELENJAR PENCERNAAN

• Kelenjar air liur


• Pankreas
• Dinding gaster
• Usus kecil
• Hempedu
PROSES PENCERNAAN

Mulut
 Makanan dikunyah menggunakan gigi menjadi butiran
yang kecil

 Kelenjar air liur merembeskan air liur yang bersifat


alkali dan mempunyai enzim amilase liur ( ptailin )

 Amilase liur mencernakan kanji kepada maltosa


( gula )
Amilase liur
Kanji maltosa
Esofagus

 Semasa penelanan makanan, lidah dinaikkan


untuk menolak makanan masuk ke dalam
esofagus

 Makanan bergerak melalui esofagus secara


pengecutan dan pengenduran di sepanjang salur
alimentari.

 Proses pengecutan dan pengenduran otot- otot


ini disebut peristalisis

 Tiada pencernaan berlaku di sini kerana tiada


enzim pencernaan dirembeskan
• PERUT

 kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus


gaster.
 Jus gaster mengandungi asid hidroklorik, enzim renin
dan pepsin.

Asid hidroklorik : membunuh kuman dalam makanan.


Enzim renin: mengentalkan susu dengan menukarkan
kaseinogen kepada kasein.
Enzim pepsin: menghidrolisikan protein menjadi
pepton dan polipeptida.
pengecutan dan pengenduran perut membantu memecahkan
makanan secara fizikal.

Duodenum
Bahagian pertama usus kecil
Duodenum menerima hempedu dan jus pankreas
Hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan dalam pundi
hempedu.
 Hempedu berfungsi memecahkan lemak menjadi titisan-
tisan kecil untuk tindakan enzim
Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum melalui
duktus pankreas.
Jus pankreas mengandungi 3 enzim iaitu amilase pankreas ,
protease & lipase.
Usus Kecil
 Kelenjar usus menghasilkan jus usus yang
bersifat alkali.
Gula ringkas, asid amino, gliserol dan asid
lemak merupakan hasil akhir pencernaan.
Semua hasil pencernaan diserap ke usus kecil.
Makanan yang tercerna diserap melalui dinding
usus kecil ke dalam aliran darah.
Usus Besar
 Makanan yang tidak tercerna akan disalurkan ke usus
besar.
 Berlaku penyerapan air.
 Akibatnya, sisa makanan tersebut mengeras menjadi
tinja.
 Tinja disimpan di dalam rektum buat sementara waktu.
 Apabila penuh, dinding berotot rektum akan mengecut
untuk mengeluarkan tinja melalui dubur. Proses ini
dinamakan penyahtinjaan.
 Sesetengah bakteria yang hidup di dalam usus besar
bertindak ke atas sisa makanan dan menghasilkan
vitamin B12 dan K.
PROSES PENYERAPAN HASIL PENCERNAAN

Penyerapan ialah proses hasil- hasil akhir


pencernaan dibawa masuk ke dalam
sistem pengaliran darah melalui dinding
usus kecil.

Permukaan usus kecil diliputi oleh berjuta-


juta unjuran halus yang panjangnya 1mm.
Unjuran ini dikenali sebagai vilus.

Makanan tercernan dalam bentuk yang


ringkas diserap oleh vilus- vilus pada
dinding usus kecil ke dalam pengaliran
darah.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai