Anda di halaman 1dari 6

PERBINCANGAN MENYELURUH MENGENAI KESAN COVID-19 TERHADAP

EKONOMI NEGARA SEJAGAT.

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar untuk seluruh dunia. COVID-19 atau
wabak Corona Virus yang melanda dunia saat ini telah memberi impak yang besar kepada
seluruh negara. Menurut Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Coronavirus (CoV)
merupakan sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Jangkitan
Coronavirus ini boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang
paru-paru (pneumonia) yang teruk. Kehadiran Covid-19 ini merupakan satu ancaman besar
yang telah menyebabkan rasa ketakutan terhadap manusia seluruh negara. Menurut WHO,
hingga penulisan ini dibuat sebanyak 79,232,555 telah dijangkiti positif COVID-19 dan telah
mencecah 1,754,493 kematian dicatatkan diseluruh dunia. Berikutan dengan kadar jangkitan
yang semakin meningkat seluruh negara telah melaksanakan dasar ‘lockdown’. Hal ini telah
menyebabkan sesebuah negara berhadapan dengan pelbagai cabaran. Salah satunya adalah
dari segi kestabilan ekonomi seluruh negara. Ekonomi merupakan tulang belakang kemajuan
sesebuah negara. Ekonomi dikenali sebagai alat untuk mengukur tahap kemajuan di sesebuah
negara, sama ada keadaan ekonomi baik atau semakin buruk. Pandemik Covid-19 ini telah
membawa kesan yang besar terhadap ekonomi sesebuah negara. Kesimpulannya, pokok
persoalannya adalah apakah kesan Covid-19 terhadap ekonomi negara sejagat?

Terdapat pelbagai kesan Covid-19 terhadap ekonomi negara sejagat. Salah satu
kesannya adalah dari segi sektor pelancongan. Di seluruh dunia, akibat wabak COVID-19,
beberapa negara berusaha untuk diri mereka dari penguncian yang banyak, sementara negara-
negara lain memiliki printah kawalan pergerakan untuk membendung penyebaran wabak
Covid-19 ini. Pandemik Covid-19 akan memberi kesan lama kepada pelancongan di seluruh
dunia, dan masih belum pasti sama ada pelancong destinasi di Eropah atau Amerika Utara
akan mempunyai pelancong yang mencukupi untuk mengekalkan industri tempatan.
Antarabangsa sempadan negara masih ditutup dan kapal terbang juga tidak beroperasi, dan
walaupun pelancongan dilanjutkan di seberang dunia, ia akan melibatkan langkah jarak
sosial. Hasilnya, jumlah kes positif Covid-19 mungkin meningkat mengurangkan sekatan dan
membuka semula hotel dan resort terlalu awal. Musim panas adalah musim pelancongan
utama untuk negara Eropah seperti Sepanyol dan Itali. Bahkan sebelum wabak Covid-19
tersebar luas, negara-negara ini sudah menghadapi kelembapan ekonomi akibat sejumlah
besar hutang dan pengangguran. Oleh itu, ekonomi akan lebih terdedah kepada kemelesetan
ekonomi akibat wabak Covid-19. Data diperoleh dari World Travel & Tourism Council
menunjukkan bahawa sumbangan perjalanan dan pelancongan ke Sepanyol dan Itali KDNK
masing-masing 14.3% dan 13% pada tahun 2019. Jadi jelaslah bahawa, wabak Covid-19 ini
membawa kesan kepada ekonomi sesebuah negara dari aspek sektor pelancongan.

Seterusnya, sektor penerbangan yang tidak beroperasi juga telah menjadi punca
kepada kemelesetan ekonomi secara seluruh negara. Kebanyakkan negara di dunia ini telah
memberhentikan operasi semasa Covid-19 melanda seluruh dunia. Kerajaan di setiap negara
telah memberi arahan untuk tidak melancong atau mengunjungi negara lain untuk mengawal
penyebaran Covid-19. Oleh itu, agensi-agensi penerbangan telah mengalami kerugian yang
besar. Menurut Naib Presiden Kanan Moody’s Jonathan Root, dalam akhbar Berita Harian
online (2020), kapasiti sektor penerbangan telah berkurangan sebanyak 40 hingga 60 peratus
atau lebih pada suku kedua 2020 dan mencecah 75 peratus dalam keadaan tertentu
berbanding suku kedua pada 2019. Beliau juga mengatakan bahawa, kesan pandemik yang
menjadi kejutan awal yang ketara telah menyebabkan penyusutan dan ketidaktentuan kualiti
kredit. Menurut Augustine (2020), Ketua Pengarah IATA Alexandre de Juniac berkata,
perjalanan udara merosot lebih 90% di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sejak penularan
wabak tersebut dan memberi amaran bahawa pemulihan akan menjadi lebih perlahan jika
sekatan pergerakan dan sekatan perjalanan dilanjutkan. Sebagai kesannya, hamper
keseluruhan agensi penerbangan global dan domestik di seluruh negara telah mengalami
kerugian yang besar hingga menyebabkan banyak pekerja diberhentikan. Hal ini telah
melumpuhkan ekonomi negara dan memerlukan masa yang lama untuk penstrukturan semula
ekonomi negara.

Sektor pertanian yang menyumbang sebahagian besar kepada ekonomi juga terjejas
semasa Covid-19 melanda negara. Sektor pertanian tidak terlepas daripada terkesan akibat
krisis Covid-19. Sebagai contohnya, di Malaysia, sektor pertanian adalah antara sektor yang
terkesan secara langsung akibat perintah kawalan pergerakan. Usahawan tani menghadapi
masalah lambakan hasil pertanian akibat penutupan beberapa sektor sokongan seperti
peruncitan dan pengangkutan. Terdapat beberapa laporan di media utama tentang impak
krisis Covid-19 dan PKP terhadap sektor ekonomi, terutama sektor pertanian. Usahawan tani
misalnya, terputus pendapatan harian akibat rantaian pengagihan yang terjejas disebabkan
oleh penutupan operasi sektor sokongan, ketiadaan pekerja, dan rizab tunai yang merosot
(Dzulkifli, 2020; Aling, 2020). Pada masa yang sama, menurut Ahmad Sahadi 2020,
Kelangsungan sektor pertanian perlu diberi perhatian serius bagi memastikan bekalan
makanan yang mencukupi terutamanya dalam keadaan negara-negara lain kian gusar tentang
jaminan bekalan makanan dan sesetengahnya telah mula mengambil pendekatan protektoris.
Sebagai contoh, Almeida, Isis and Agnieszka de Sousa. 2020 juga menyatakan dalam akhbar
bahawa Thailand mengenakan larangan eksport telur ayam buat semetara waktu, manakala
(Vu, Khanh. 2020) menyatakan bahawa Vietnam akan memberhentikan kontrak eksport beras
yang baru. Kesemua isu ini telah menjelaskan bahawa ekonomi negara terjejas disebabkan
wabak Covid ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, perubahan tingkat pendapatan isi rumah juga
merupakan satu kesan yang menjadikan ekonomi negara terjejas. Di banyak negara, isi rumah
berdepan dengan masalah dipecat dan di buang kerja. Terdapat banyak industri yang telah
terjejas sehingga memaksa sebahagian majikan sama ada mengurangkan pekerja atau memeat
sebahagian daripada kakitangannya. Sebagai contohnya, negara Malaysia telah memiliki
perintah kawalan pergerakan. Perintah kawalan pergerakan ini menjejaskan pendapatan setiap
pekerja di Malaysia. Di Malaysia, perbelanjaan isi rumah secara keseluruhan telah berkurang
kepada 55 peratus dan perbelanjaan penggunaan berkurang sebanyak 48 peratus. Sabah
merupakan antara negeri yang sangat terkesan dalam tempoh PKP menurut kajian DOSM.
Sebanyak 67 peratus menyatakan responden dari negeri ini menyatakan sangat terkesan
akibat pelaksanaan PKP. Kekurangan ataupun penurunan kepada pendapatan isi rumah ini
berpunca daripada peningkatan pengangguran pemberhentian pekerja oleh syarikat.
Kekurang isi pendapatan kelaurga akan menyebabkan tidak dapat menjalankan kehidupan
harian seperti biasa. Jadi jelaslah bahawa, Covid-19 ini menyebabkan rakyat sesebuah negara
tidak dapat meneruskan kehidupan mereka secara aman dan menyebabkan ekonomi negara
terjejas.

Jika ditinjau dari perspektif yang lain, industri sukan juga sangat terjejas semasa
wabak Covid-19 ini. Dalam segmen bola sepak, liga utama bola sepak Eropah di England dan
Scotland mengumumkan penangguhan segera perlawanan bola sepak selama 6 minggu iaitu
hingga 30 April. Liga super Turki adalah liga utama Eropah terakhir yang menghentikan
perlawanannya. Di Formula Satu, Grand Prix Monaco dibatalkan. Pertandingan Olimpik
Musim Panas dan Paralimpik Tokyo juga ditunda. Dalam segmen hoki, permainan hoki 2020
di England ditangguhkan. Pertandingan Liga Pro FIH England yang dijadualkan pada 2
hingga 3 dan 16 hingga 17 Mei ditangguhkan. Dalam permainan ragbi, final Pro14 yang
dijadualkan pada 20 Jun di Stadium Cardiff City dibatalkan. Ragbi liga utama (MLR)
dibatalkan untuk baki musim 2020. Di segmen besbol, semua permainan musim liga besbol
utama dibatalkan di Mexico dan Puerto Rico. Permainan Motorsport di Portugal
ditangguhkan setelah pemerintah Portugal mengisytiharkan keadaan darurat dan
menangguhkan semua acara sukan di negara itu. Dalam segmen snooker, kejuaraan snooker
Dunia yang akan diadakan di Sheffield dari 18 April hingga 4 Mei, ditunda. Dalam segmen
renang, Kejuaraan Akuatik Eropah 2020 yang dijadualkan pada 11 hingga 24 di Hungary
ditangguhkan sehingga Ogos. Di segmen golf, lawatan LPGA dijadualkan semula pada 10
hingga 13 September 2020. Kehilangan hasil yang dikeluarkan oleh penaja dan penganjur
permainan yang dibatalkan mencecah berbilion dolar. Kesemua ini telah merugikan wang
negara dan menjejaskan ekonomi negara.

Kesimpulanya, pandemik Covid-19 memberi kesan kepada ekonomi melalui beberapa


aspek. Pemulihan ekonomi sesebuah negara sangat bergantung kepada kejayaan mengelakkan
gangguan aktiviti ekonomi disebabkan oleh peningkatan semula kes Covid-19. Setiap rakyat
perlulah memainkan peranan penting dalam proses pemulihan ekonomi ini.
RUJUKAN

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - Apa itu Coronavirus (n.d.). Retrieved December 28,
2020, from https://www.maim.gov.my/index.php/my/pengumuman/1220-coronavirus

WHO Coronavirus Disease (COVID-19) Dashboard. (n.d.). Retrieved December 28, 2020,
from https://covid19.who.int/

Berita Harian. (2020). COVID-19: Sektor penerbangan industri paling teruk terjejas. Dicapai
pada 30 Disember 2020 dari laman web https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-
lain/2020/03/668381/covid-19-sektor-penerbangan-industri-paling-teruk-terjejas

Augustine. (2020). Syarikat penerbangan digesa kerjasama hadapi kesan Covid-19. Dicapai
pada 30 Disember 2020 dari laman webhttps://www. Freemalaysiatoday .com/
category/bahasa/2020/05/21/syarikat-penerbangan-digesa-kerjasama-hadapi-kesan-covid-19/

World Travel & Tourism Council (International tourism, number of arrivals). (n.d.).
Retrieved December 27, 2020, from https://data.worldbank.org/indicator/ST.INT.ARVL

Dzulkifli, I. (2020). PKP: Peniaga kecil rayu bantuan kerajaan, Daily Express, 23 Mac 2020,
retrieved from http://www.dailyexpress.com.my/news/149339/pkp-peniaga-kecil-
rayubantuan-kerajaan/

Ahmad, Samadi. 2020. "Cadang Pasar Tani, Pagi Dibuka Semula". Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670019/cadang-pasar-tanipagi-dibuka-
semula.

Almeida, Isis and Agnieszka de Sousa. 2020. "Countries Starting to Hoard Food, Threatening
Global Trade". Bloomberg, 25 March 2020. Accessed 30 March 2020.
https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-03-24/countries-are-starting-tohoard-food-
threatening-global-trade.

Vu, Khanh. 2020. "Vietnam's Ban on Rice Exports Still in Force, Government May Set
Limit: Traders". Reuters, 30 March 2020. Accessed 30 March 2020.
https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-vietnam-rice/vietnams-banon-rice-
exports-still-in-force-government-may-set-limit-traders-idUSKBN21H0GO.

Anda mungkin juga menyukai