Anda di halaman 1dari 2

NUR ELLYSSA FAZLIN

L6A2
Masalah penyebaran berita palsu bukanlah satu masalah kecil. Ia menjadi masalah besar
apabila ada individu tertentu yang menyebarkan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Ia juga
satu masalah besar apabila terdapat sebilangan besar kelompok masyarakat menerima dan
mempercayai berita-berita palsu tanpa banyak menyoal. Lebih mengecewakan apabila
masyarakat bersikap acuh tak acuh dan tidak berminat untuk menyemak terlebih dahulu
kesahihan sesebuah berita sebelum ia disebarkan. Daripada merujuk berita-berita tersebut
dengan mereka yang berautoriti, mereka memilih untuk berkongsi berita-berita berkenaan
dengan rakan-rakan mereka. Itu sebabnya, kita sering kali terdengar pihak-pihak tertentu
yang tampil mengadu mereka ditipu, mereka dihina di media sosial dan mereka difitnah dan
sebagainya.

Usaha yang boleh dilakukan untuk membendung berita palsu ialah dengan memperkasa
undang undang iaitu seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang
membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya
sekali, jika disabitkan kesalahan. Hal ini dapat mengurangkan penularan berita palsu
meningkat dan berlegar sepanjang pandemik COVID-19 yang mencerminkan tindakan yang
tidak bertanggungjawab yang sekaligus berupaya untuk menggugat keharmonian awam.
Sebagai contoh untuk mengetahui sesuatu berita itu palsu atau tidak, masyarkat boleh
melayari laman web SEBENARNYA.MY iaitu sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia
untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya.

Selain itu, usahanya ialah melalui pendidikan. Pendidikan terbahagi kepada 2 iaitu
formal dan tidak formal. Di sekolah melalui subjek tertentu seperti pendidikan sivik dan
kewarganegaraan murid akan dapat mengetahui tentang info-info berkaitan dengan berita
palsu yang diajar oleh guru mereka. Secara tidak langsung hal ini dapat memupuk kesedaran
tentang berita palsu daripada terus tersebar. Ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak sejak
dibangku sekolah rendah melalui pendedahan keburukan berita palsu atau sentiasa mengawal
penggunaan gajet dan telefon pintar daripada terus menyebarkan berita palsu kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini dapat membentuk sahsiah dalam diri
terutamanya pada kanak -kanak dan remaja.

Disamping itu, meningkatkan kesedaran rakyat dengan mengadakan kempen. Menerusi


agensi seperti RTM, Jabatan Penerangan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) serta Bernama secara berterusan menggunakan platform masing-masing
untuk memberikan informasi yang tepat dan tulen berkenaan dasar kerajaan.Antara tindakan
dilaksanakan seperti Program ‘Info On Wheel’ atau turun padang bagi penerangan terus ke
akar umbi mengenai langkah pencegahan Covid-19 supaya masyarakat lebih faham dan
mendapatkan maklumat tepat. Program ini membabitkan seluruh pemimpin masyarakat dari
seluruh negara. Media sosial rasmi KKMM juga digunakan untuk menyangkal isu
penyebaran berita palsu dengan penyebaran maklumat yang sahih mengenai kenyataan
media, liputan berita atau video daripada RTM dan Bernama.

Seterusnya,mengukuhkan jati diri dengan melengkapkan diri dengan ilmu. Adakah


kita bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial? Kita mestilah sentiasa menyemak
terlebih dahulu informasi-informasi yang diterima dan menjadi seorang pengguna yang
mudah mempercayai sebarang berita yang disebarkan ataupun menjadi seseorang yang
terlalu mengikut perasaan dan bertindak secara sewenang-wenangnya apabila menerima
sesuatu maklumat meskipun ia belum ditentusahkan. Kita mestilah menyiasat seseuatu berita
dan janganlah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sebagai rakyat Malaysia yang
berdedikasi kita mestilah menjadi individu yang sentiasa peka dengan isu semasa

Akhirnya, usaha untk membendung masalah penyebaran palsu ini ialah dengan dasar
kerajaan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menubuhkan
Pasukan Respons Pantas (PRP) dalam usaha mengekang sebarang penyebaran berita palsu.
Sekiranya terdapat invidu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu tindakan
yang boleh diambil terhadap individu atau pihak yang melakukan penyebaran berita atau
maklumat palsu ini ia ditangani melalui undang-undang yang sedia ada iaitu di bawah Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta
Antiberita Tidak Benar telah dimansuhkan 30 Januari lalu. Dengan berkuatkuasanya Akta
852 Akta Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2020, Akta 825 yang baru diwartakan pada
30 Januari 2020. Dengan itu, sebarang berita palsu boleh dikenakan tindakan undang –
undang.

Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam memastikan masalah
berita palsu dapat dibendung daripada terus tersebar bak kata pepatah bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mengenal
pasti berita palsu supaya tidak membimbangkan orang ramai. Jadi, berhati-hatilah kerana
berita palsu yang sama akan berulang kembali. Tema ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ dipilih
untuk mendapatkan kepastian tentang ketepatan maklumat yang diterima.

Anda mungkin juga menyukai