Anda di halaman 1dari 16

6th

Grade

Penyebaran Berita Palsu


Pendahuluan
Penyebaran berita palsu dikatakan semakin berleluasa dalam kalangan pengguna
media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Telegram dan Instagram malah turut
melibatkan penyebaran berita secara bersemuka. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka
berasa terlalu bebas sehinggakan mereka mampu menyebarkan apa sahaja berita tanpa
memeriksa kesahihan berita tersebut. Kadang-kala sesetengah individu menyebarkan berita
palsu berkenaan seseorang bagi merosakkan nama baik individu tersebut kerana rasa tidak
puas hati atau berdendam. Benarlah bahawa penyebaran berita palsu semakin berleluasa
dalam kalangan masyarakat tempatan. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu
mengenalpasti punca kegiatan ini berlaku, kesannya kepada individu yang terlibat dan
langkah-langkah bagi mengatasi kegiatan penyebaran berita palsu daripada semakin
berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Isi 1:Kelemahan
Penguatkuasaan Undang-
Undang
● - Kelemahan dalaman iaitu pemerintah & wakil rakyat yang bersifat acuh tidak acuh dengan isu
semasa selagi mana tidak memberikan kesan kepada mereka.

● -Menteri Komunikasi dan Multimedia perlulah peka & bergerak secara aktif dalam membanteras
kegiatan penyebaran berita palsu yang kian hangat diperkatakan masyarakat.

● -Penguatkuasaan undang-undang yang berkesan diyakini dapat mencegah kegiatan penyebaran


berita palsu daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya pengguna media
sosial.

● - Kita perlu menggunakan medium yang betul bagi memberkas pelaku yang terlibat.

● - Individu yang terkesan dengan perbuatan penyebaran berita palsu terpaksa menjejaki pelaku
dengan sendiri kerana sikap pihak berkuasa yang tidak mengambil endah

● -Ini boleh mendatangkan kecederaan kepada pelaku tersebut sekiranya dipukul oleh mangsa yang
terkesan akibat berasa terlalu marah. Ini menyukarkan mangsa untuk menyabitkan pelaku dengan
apa-apa kesalahan serta menghalang mangsa daripada menuntut pampasan daripada pelaku

● -Oleh itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang telah meninggalkan kesan yang mendalam
ke atas mangsa yang terkesan.
Isi 2: Pengaruh Ahli Teori
Konspirasi
● - Mereka menganggap kerajaan serta pemimpin-pemimpin dunia sedang merancang
pelbagai rancangan bagi menguasai dunia.

● -Mereka akan menyebarkan ideologi mereka dengan alasan, " Ingin menyelamatkan
tamadun manusia.”

● - Kepercayaan dan fahaman mereka juga secara majoritinya tidak berlandaskan sains
dan agama malah ada juga antara mereka yang memutar belitkan makna-makna ayat
suci Al-Quran bagi menghalalkan fahaman yang dibawa oleh mereka.

● - Mereka mahu meraih kepercayaan masyarakat tempatan.

● - Golongan yang biasa menjadi sasaran mereka ialah golongan berumur, dan golongan
yang kurang mendapat pendidikan atau kurang pengetahuan serta golongan muda
yang masih mentah soal dunia.

● -Secara ringkasnya, sebarang berita atau fahaman mereka adalah tidak sahih dan
tergolong dalam berita palsu.
Isi 3:Mempengaruhi Cara
Seseorang Itu Berfikir,
Bertindak Dan Menyelesaikan
Konflik Tersebut.
● -Kerana media massa sedikit sebanyak telah membawa masuk masyarakat ke suatu
pola budaya baru dan mula menentukan fikiran mereka serta budaya perilaku
masyarakat.

● - Oleh itu, jika maklumat palsu yang negatif mempengaruhi fikiran manusia secara
perlahan-lahan, akhirnya akan berlaku pelbagai cara yang negatif seseorang untuk
bertindak dan menyelesaikan konflik seperti menfitnah,bergaduh dan sebagainya.

● -Majoriti dari kalangan ibu bapa dan warga emas sering mempercayai berita yang
tidak sahih dan akan bertindak sesuka hati seperti berkongsikan berita tersebut dengan
orang lain menerusi media massa. Contohnya,facebook dan whatsapp yang sering
digunakan oleh mereka.
Isi 4:Memberi Impak Negatif
Kepada Minda Masyarakat
Yang Menyebabkan Akan
Mudah Panik
● - Membawa kepada penggunaan kata-kata kesat, kebencian, hasutan atau
menggunakan keganasan terhadap mana-mana kumpulan dianggap sebagai 'pembawa'
wabak ini seperti menyalahkan orang China,kumpulan Tabligh, migran dan pelarian.

● -Boleh mengakibatkan kehancuran perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan


agama. Dengan itu,akan berlaku rusuhan antara kaum yang boleh melibatkan
kerosakan harta benda awan dan juga diri sendiri.

● -Tanpa kita sedari, perbuatan menularkan berita palsu dan bertindak atas berita palsu
berkenaan boleh membawa kepada kezaliman teradap masyarakat
Isi 5: Mengambil Tindakan Tegas
Terhadap Pelaku
● -Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dengan mengenal
pasti laman sesawang atau akaun media sosial digunakan untuk menyebarkan dakyah
berita palsu ini.

-Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga boleh mencipta


satu laman web khusus sebagai pusat sehenti bagi orang ramai untuk menyemak maklumat
mengenai berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.

-Oleh itu,Sesiapa yang terlihat atau terbaca berita palsu di media sosial, hendaklah
menjalankan tanggungjawab dengan melaporkan nama pelaku, tajuk berita, tarikh dan
platform digunakan dalam penyebaran berita itu kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia (SKMM)
Isi 6:Melalui Penerapan Kesedaran
Sivik Dalam Diri Setiap Individu.
● -Di satu sudut lain, isu berita palsu juga boleh ditangani melalui pendidikan berterusan
oleh pihak tertentu seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian
Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (KKMM) melalui penerapan kesedaran sivik dalam diri setiap
individu.

● -Kempen kesedaran ini amat penting supaya orang ramai lebih berhati-hati dalam
berkongsi maklumat.Mereka juga harus peka dengan maklumat yang diterima dan
menentusahkan sumber maklumat berita sebelum berkongsi dan menyebarkan berita
itu.
Penutup
● Kesimpulannya,sebagai rakyat Malayisa yang
bertanggungjawab,menjadi peranan kita untuk memastikan rakyat tidak
terbelenggu dengan masalah berita palsu ini.Selain itu,orang ramai juga
perlu diberikan pendedahan seluas-luasnya terhadap kaedah pemikiran
secara analitikal dalam membendung penularan berita palsu ini terutama
menerusi iklan-iklan serta pengunguman khidmat masyarakat (PSA).Jika
tanggungjawab memerangi penyebaran berita-berita palsu ini dapat digalas
oleh setiap masyarakat secara keseluruhannya,sudah pasti masalah ini dapat
dihapuskan dengan efektif.

Anda mungkin juga menyukai