Anda di halaman 1dari 2

No 2: Kebebasan bersuara dan menyebarkan maklumat melalui media sosial

menjadi bentuk komunikasi yang berbahaya kepada masyarakat.Bincangkan

Pada masa ini,tidak dinafikan lagi bahawa Malaysia adalah sebuah negara
demokrasi dan ia membolehkan rakyat menyatakan padangan mereka termasuk
mengkritik kerajaan agar kerajaan dapat mempertimbang semula pandangan tersebut.
Dalam pada itu,Kebebasan bersuara terhadap setiap individu rakyat Malaysia
bukanlah sesuatu perkara yang baru malah ia menjadi satu kebiasaan untuk
menyuarakan pendapat atau menegakkan keadilan sehingga menyebarkan maklumat
yang berbahaya kepada masyarakat di media sosial.Pada masa yang sama, terdapat
kerumitan dalam hak kebebasan bersuara terutamanya menggunakan media sosial
yang agak bebas dan ia boleh mengelirukan rakyat.Perkara ini seharusnya tidak
berlaku sehingga bentuk komunikasi ini boleh membuat rakyat kucar-kacir melalui
penyebaran info-info yang tidak sahih dan komunikasi yang berbahaya kepada
masyarakat.Jelasnya daripada pihak berkuasa bagi mengekang penyebaran berita
palsu di media sosial atau salah menggunakan hak kebebasan bersuara.Undang-
undang yang lebih ketat perlu dilaksanakan ia adalah untuk kebaikan kepada
masyarakat dan generasi akan datang.
Seterusnya,kebebasan bersuara dan menyebarkan maklumat melalui media
sosial boleh mengakibatkan kesan yang buruk antaranya mencetuskan isu berkaitan
perkauman dan agama.Hal ini disebabkan, penyebaran info-info atau komen yang
negatif di media sosial sehingga mengulas mengenai penularan pelbagai berita palsu
dalam pelbagai bentuk dan platform yang bertujuan memanipulasi isu.Ramai rakyat
Malaysia apabila mengemukakan isu atau memberi pendapat mereka ia adalah
bercanggahan dengan pendapat individu masing-masing.Perkara ini berlaku,setiap
kita mempunyai pendapat dan idea yang tersendiri malah ada sesetengah individu
memanipulasikan isu sebenarnya sehingga ia menjadi sesutu topik yang hangat dan
menjadi impak yang negatif terhadap masyarakat.Seterusnya, masyarakat yang
berbilang kaum dan agama boleh menjadi regang apabila penyebaran isu maklumat
yang berkaitan perkauman dan agama disebarkan oleh masyarakat yang tidak
bertanggungjawab dan kesannya menjadi komunikasi yang berbahaya kepada
masyarakat.
Disamping itu,antara kesan kebebasan bersuara dan menyebarkan isu
maklumat di media sosial yang lazimnya berlaku disebabkan oleh sikap masyarakat
sendiri.Sebagai contoh, sikap masyarakat yang ingin menjadi wartawan dan tiada
batas.Hal ini berlaku kerana, sesetangah masyarakat suka menjadi perhatian di media
sosial apabila maklumat yang disebarkan menjadi tumpuan utama.Sikap masyarakat
ini, kemungkinan mengalami kemurungan atau sakit mental dan ingin menjadi
tumpuan utama di media sosial sehingga kesan komunikasi di media sosial menjadi
hangat dan berbahaya kepada mereka yang cepat terpedaya.Seterunya, sikap
masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini, ingin mendapatkan populariti untuk
menjana kewangan dan secara suka-suka.Kebebasan bersuara dan menyebarkan
maklumat yang tidak sahih sepatutnya tidak berlaku demi keharmonian masyarakat.
Lanjutan daripada itu,kebebasan bersuara dan menyebarkan maklumat
dimedia sosial boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara.Perkara ini amat
serius,apabila kebebasan bersuara tanpa batas menjadi komunikasi yang berbahaya
terutamanya impak kepada negara Malaysia.Media sosial tanpa batas ini,sekiranya
masyarakat menyebarkan info-info maklumat mengenai masalah atau sikap pemimpin
negara di media sosial ia boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara

This study source was downloaded by 100000856447083 from CourseHero.com on 11-14-2022 04:54:42 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/121517137/LKM-100-Esei-BM-Soalan-2docx/
Malaysia.Perkara ini boleh berlaku, ia boleh menjadi sumber maklumat kepada orang
asing dan cuba menceroboh negara Malaysia.Selain itu juga, komunikasi menjadi
bahaya di media sosial dan penularan maklumat yang tidak sahih boleh menjatuhkan
imej negara.Bukan itu sahaja, malah ia boleh mengancam kestabilan politik di negara
kita.
Walhal daripada itu, kesan yang cukup ketara adalah kestabilan ekonomi yang
terjejas.Apabila masyarakat menyebarkan maklumat yang tidak benar mengenai
seseorang atau perniagaannya ia boleh menjejaskan ekonomi mereka.Perkara ini amat
serius,kebebasan bersuara atau penyebaran maklumat yang tidak pasti boleh menutup
periuk nasi keluarga tersebut.Masyarakat perlu bijak untuk menyebarkan atau
menerima info-info tersebut sebelum disebarkan lagi kepada individu yang
lain.Penyebaran maklumat mengenai keburukan seseorang boleh disebarkan begitu
pantas tanpa berfikir akan kesan kepada mereka.
Akhir sekali,bentuk komunikasi yang berbahaya kepada media sosial berlaku
apabila masyarakat tidak berfikir secara logik.Perkara ini sering berlaku, kunci
pendidikan itu penting untuk mendidik masyarakat yang mempunyai fikiran yang
waras dan bijak sebelum menyebarkan sesuatu perkara.Berfikir sebelum bertindak
amat penting dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi menyebarkan info di media
sosial.Berfikiran logik amat perlu bertimbang rasa dan berfikir kesan dan akibat
daripada info yang akan disebarkan sebelum perkara yang tidak diingikan berlaku.
Secara kesimpulannya,kebebasan bersuara dan menyebarkan maklumat yang
tidak sahih di media sosial menjadi komunikasi yang berbahaya.Pihak berkuasa telah
mengambil tindakan kepada masyarakat yang menyebarkan perkara yang tidak sahih
sehingga mencetus kontroversi.Masyarakat perlu menjadi lebih tanggungjawab dan
bijak sebelum menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya.Selain itu juga,kenalpasti
isu tersebut dan verifikasi sebaik mungkin apabila mendapatkan sesuatu makluman
yang ingin disebarkan.Oleh itu, sikap masyarakat perlu diubah dan dididik menjadi
seseorang yang lebih bertanggungjawab untuk mengekalkan perpaduan dan
keharmonian antara sesama masyarakat.

This study source was downloaded by 100000856447083 from CourseHero.com on 11-14-2022 04:54:42 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/121517137/LKM-100-Esei-BM-Soalan-2docx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai