Anda di halaman 1dari 1

Dalam topic ini, isu penyebaran maklumat palsu dilihat sebagai penghalang

kebebasan bersuara. Penyebaran maklumat palsu berlaku kerana sesetengah rakyat


Malaysia terlalu yakin akan kebolehpercayaan info-info yang tersebar. Kemunculan
wartawan-wartawan warga bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang kurang latar
belakang tentang journalism telah menambah probabiliti penyebaran maklumat palsu
ke tahap maksimum. Selain itu, ada yang menyebarkan berita palsu semata-matnya
sebagai sumber hiburan. Sebagai contoh, penyebar berita palsu mahir dalam bermain
troll seperti mengejek, menggunakan nama ahli politik dalam pelantar media sosial.
Tanpa disedari, isu-isu ini disebarkan sepintas jari dengan butang “Kongsi” telah
menjadi buah mulut masyarakat Malaysia. Faktor lain yang mendorong isu ini
menular kerana sesetengah pembaca tidak celik media, mereka tidak pandai dalam
menganalisi kebenaran berita sebelum sebarkannya dan mudah percaya apa yang
dibaca tanpa tapisan. (50sec)

Impaknya, kesepaduan sosial dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia terjejas.


Ini telah menyebabkan ketakutan dan panik rakyat seperti penyebaran berita palsu
tentang covid-19. Tambahan pula, menjejaskan ekonomi negara kerana telah
membawa tanggapan keras iaitu stereotaip pelabur asing terhadap ahli politik dan
kerajaan Malaysia yang gagal mengekalkan kestabilan dan keamanan masyarakat
tempatan Malaysia. Sebagai pengguna kita haruslah mengenalpasti maklumat yang
disebarkan adalah sahih sebelum menyebarkannya. Baik kita berdiam diri daripada
kesahihan maklumat itu terbukti melalui portal atau saluran rasmi. Kita tidak perlu
terlalu obses seolah-olahnya menjadi orang pertama yang menyebarkan dan
memperdebatkan isu-isu hangat akan disegani orang ramai. Akhir sekali,
penguatkuasaan undang-undang terhadap sesiapa yang mengambil kesempatan atau
konsesi kebebasan bersuara dengan menyebarkan maklumat palsu di kalangan
masyarakat Malaysia. (30 sec)

Kesimpulannya, kebebasan bersuara telah dinyalahgunakan oleh pihak tertentu dan


menyebabkannya menjadi penghalang sosial. Kebebesan bersuara dikritik sebagai
pedang dua mata kerana komunikasi antara kerajaan dengan rakyat akan menjadi
lebih telus dan nyata melalui saluran yang betul. Dengan ini, rakyat dapat
mengemukan hak dan menuntut kebajikan mereka dengan lebih terus-terang
manakala kerajaan dapat mengumpulkan responsi rakyat. Oleh itu, kita perlu
menghargai hak kebebasan yang ada dengan baik supaya kebebasan ini menjadi
pendorong sosial kita dalam menyermpurnakan kualiti kehidupan seharian masyarakat
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai