Anda di halaman 1dari 2

PENERANGAN KEADILAN CABANG AMPANG

KENYATAAN MEDIA
11 Julai 2023 | SELASA

Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, akses terhadap berita dan
maklumat menjadi semakin mudah. Namun, keberadaan berita palsu atau tidak benar
(hoax) juga semakin meresahkan masyarakat. Baru-baru ini telah tular kiriman pos di
platform Whatsapp mengenai senarai nama calon dan kawasan yang bakal ditandingi
dalam Pilihanraya Negeri Selangor (PRN) tidak lama lagi. Kiriman post seumpama ini
menimbulkan spekulasi dan buah cerita kepada bukan sahaja kepada akar umbi, malah
rakyat di dalam sesebuah kawasan mengenai bakal calon yang akan diletakkan nanti.

1. Usah Terlibat dalam Penyebaran Berita Palsu

Penyebaran berita palsu sangat merugikan masyarakat dan mengganggu proses


demokrasi. Apa yang penting untuk dilakukan ialah melakukan verifikasi dan
memastikan berita yang diterima adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Adalah
penting untuk seluruh pendokong Pakatan Harapan mencipta budaya baharu yang
menekankan kesahihan suatu maklumat. Semua pihak harus berusaha untuk menjadi
sumber informasi yang dipercayai dan bertanggungjawab. Secara tidak langsung, ini akan
membentuk perbezaan di antara Pakatan Harapan dan parti-parti lain dari aspek
penyebaran maklumat dan informasi.

2. Hormati Undang-Undang Sedia Ada dan Menjaga Disiplin Parti

Setiap ahli politik, adalah sangat penting untuk kita menghormati undang-undang dan
menjaga disiplin dalam parti politik. Penyebaran berita palsu atau berita yang tidak sahih
bukan sahaja melanggar undang-undang malah mampu membawa kesan buruk untuk
jangka masa tertentu, apatah lagi dalam senario kita bakal menghadapi PRN Selangor.
Oleh karena itu, dalam konteks senarai nama calon dan kawasan yang bakal ditandingi
dalam pilihanraya negeri Selangor ini, semua pihak terutamanya anggota Keadilan harus
menghormati dan mematuhi undang-undang, termasuk dalam menyebarkan berita. Kita
perlu memiliki disiplin untuk melaksanakan reformasi dan melakukan setiap perkara
dengan penuh beretika dan berintegriti.

3. Jaga Perpaduan Yang Dibina

Dalam isu ini, adalah penting bagi kita untuk mengekalkan kestabilan dan
keharmonian yang dibentuk melalui kerajaan perpaduan ini. Kiriman post seumpama ini
mampu memberi kesan kepada aspek kerjasama dan mengundang perselisihan,
terutamanya bagi kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Usah kerana tindakan
yang ingin menjadi yang pertama menyampaikan suatu berita, kita telah melanggar
tatasusila dari aspek ketepatan berita. Pada akhirnya, kita menjadi punca kepada
perselisihan dan membantut usaha kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh YAB Perdana
Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Secara kesimpulannya, inilah tugas kita sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat, juga
Pakatan Harapan untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada akar umbi akan
kepentingan menjaga keharmonian dan kestabilan, melalui penyebaran makluman yang
sahih dan tepat. Sekiranya masih terdapat kiriman seumpama ini di platform Whatsapp,
atau di mana-mana platform media sosial yang lain, maka adalah menjadi tugas kita
untuk memberikan pencerahan dan tindakan seumpama ini mampu membentuk budaya
baharu iaitu, hanya berita sahih baru dikongsi.

SHAHROM HASSAN,
Ketua Penerangan
Keadilan Cabang Ampang

Anda mungkin juga menyukai