Anda di halaman 1dari 16

Mengurus persepsi dalam politik

ELVIZA
25 MAC 2015

ELVIZA MICHELE KAMAL


A- A+ (Ubah saiz teks)

JIKA benar kuasa politik berada di tangan rakyat dan pengundi, persepsi pula adalah
molekul yang membentuk kuasa tersebut. Tiadalah yang lebih berkuasa dalam politik
selain daripada persepsi – ia boleh menubuh atau meroboh sesebuah kerajaan di atas
mana-mana paradigma demokrasi.

Lewat ini – dalam arena politik Amerika Syarikat misalnya – calon paling popular parti
Demokrat untuk Pilihan Raya Presiden 2016, Hilary Clinton, kini sedang tersadung
dalam skandal menggunakan e-mel peribadi ketika beliau menjawat jawatan Secretary
of State di Rumah Putih.

Dalam sidang akhbar susulan pula, penjelasan Hilary tampak terlalu dirancang,
ditambah pula dengan bahasa tubuh yang defensif. Kombinasi begini telah menerbitkan
persepsi ragu-ragu rakyat Amerika terhadap kredibiliti Hilary. Adakah beliau bercakap
benar, atau ada sesuatu yang cuba disembunyikan? Terus merudum populariti beliau
dalam setiap pungutan suara yang dianjurkan oleh media antarabangsa.

Kalau mengikut congakkan saya yang masih belum habis belajar, Hilary Clinton cukup
layak untuk jadi calon Demokrat dalam pertembungan dua hala untuk menentukan
presiden baharu tahun depan. Tapi skandal e-mel itu, sekiranya tidak ditangani dengan
bijak boleh menjejaskan peluang Clinton diangkat sebagai calon presiden.

Jelas persepsi masih raja dalam menentukan untung nasib ahli politik di atas neraca
demokrasi sesebuah negara. Persepsi negatif, sekiranya tidak disanggah dengan betul
dan tangkas, bakal jadi sesuatu yang pejoratif.

Kebijaksanaan mengurus persepsi – terutamanya di alaf digital – sangat mustahak


dalam setiap pejabat politik. Boleh jadi kawan yang menguntungkan, boleh juga jadi
lawan yang sukar dibendung. Kalau kita ambil petua Harold Lasdwell yang mendefinisi
politik sebagai who gets what, when and how, persepsi tetap faktor untuk mana-mana
politikus mendapatkan apa, bila dan bagaimana.

Justeru, permainan politik persepsi lazimnya berlari sehala dengan politik populis –
walaupun apa yang popular tidak semestinya betul, apa yang popular lazimnya jadi
pilihan. Dalam lingkungan Nusantara ini saja, Indonesia misalnya sebagai contoh,
politik persepsi sudah dapat dilihat seawal pemilihan presiden tahun 2004.

Susilo Bambang Yudoyono dipilih kerana rakyat Indonesia berada di bawah persepsi
bahawa SBY mampu memberi nafas baru untuk Indonesia. SBY juga dikira boleh
dibawa ke pentas antarabangsa kerana beliau berprofil tinggi. 10 tahun kemudian,
Indonesia sedar mereka memerlukan sesuatu yang lebih daripada persepsi atau profil
tinggi semata.

Di Eropah juga begitu, baru-baru ini Greece mengundi perdana menteri baharu yang
muda, Alexis Tsipras yang berjanji untuk tidak tunduk pada permintaan Eropah agar
Greece memanjangkan tempoh program bailout ekonomi mereka. Tapi saat ruangan ini
ditulis Greece masih dihambat waktu, masih berada dalam kegawatan kewangan yang
genting.

Seperti yang anda dan saya tahu, dalam membawa wadah perubahan, kita tidak hanya
memerlukan sebuah konsep malah perlaksanaan konsep itu yang lebih getir
sebenarnya.

Petua mengurus persepsi ini sebenarnya berserampang dua: waktu dan authenticity.
Waktu dalam erti kata, kalau terkurung dalam persepsi negatif, pohon jangan tunggu
lama untuk menjawab. Setiap tuduhan wajib dijawab dengan segera. Segera ini bukan
48 jam, bukan seminggu tempoh masa yang diambil untuk menjawab. Segera itu
sekarang, dalam hari yang sama agar persepsi negatif itu tidak terus menular.
Bukannya menunggu hingga isu sudah basi baru terkial-kial mengeluarkan kenyataan
akhbar.

Tetapi, senjata sebenar untuk membunuh persepsi negatif adalah authenticity –


ketulenan sesebuah jawapan-balas atau alasan yang diberi. Ketulenan juga berkait
rapat dengan kejujuran dan kemampuan untuk mengaku salah sekiranya kita benar-
benar salah. Kerana ketulenan boleh memperkukuh kepercayaan rakyat kepada kita,
ketulenan terlalu gah untuk digoyah oleh mana-mana persepsi.

Syahadan, apa yang saya tuliskan ini bukan perkara baru, malah ia patut jadi pegangan
setiap ahli politik yang mahu relevansi mereka lestari di hati rakyat. Permainan persepsi
ini walaupun sudah tua, kini dipinjamkan momentum baharu yang kuat dengan
kewujudan internet dan media sosial. Ingat-ingatlah selalu.

Waktu tak pernah menunggu, ketulenan juga tak harus menunggu.


*Elviza seorang penulis di metropolis Kuala Lumpur
CABARAN MENGURUS PERSEPSI RAKYAT

RAKAMAN PROGRAM JASA DI RADIO, PERAK FM PADA 14 SEPTEMBER 2015


TAJUK : CABARAN MENGURUS PERSEPSI RAKYAT
Tetamu : En.Nasrun Adil bin Dato’ Mohamed Yusof, Pengarah Bahagian, Jabatan Hal
Ehwal Khas (JASA) Malaysia
S1: Saban hari jika kita lihat di media cetak, elektronik mahupun ceramah-ceramah di
luar sana banyak memperkatakan berkaitan persepsi. Boleh Tuan Nasrun, perjelaskan
serba sedikit, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Konsep Persepsi ini?
J1: Persepsi adalah salah satu daripada aspek utama psikologi manusia dalam
bertindak balas terhadap pelbagai aspek dan gejala yang berlaku dalam persekitaran
kehidupan.
Persepsi berasal dari bahasa Inggeris iaitu perception, yang diambil dari Bahasa Latin
perceptio, yang membawa maksud menerima atau mengambil. Menurut Leavitt,
Perception dalam pengertian sempit adalah penglihatan, merujuk kepada bagaimana
seseorang melihat sesuatu dan dalam pengertian yang luas pula, perception adalah
pandangan, iaitu merujuk kepada bagaimana seseorang memandang atau
mentakrifkan sesuatu.
Sebenarnya, terdapat banyak pandangan yang telah diutarakan oleh banyak ahli
falsafah sama ada di timur ataupun barat. Sebenarnya, untuk memahami pengertian
persepsi ini, kuncinya adalah terletak pada pengenalan bahwa persepsi itu merupakan
suatu penafsiran terhadap situasi, dan bukannya suatu pencatatan yang benar
terhadap situasi tersebut.
Hal ini kerana persepsi tersebut boleh jadi benar atau tidak. Mengapa ia benar atau
tidak kerana, untuk melahirkan persepsi memerlukan adanya objek dan ransangan
yang lahir melalui deria pancaindera kita yang seterusnya memproses maklumat yang
sampai tersebut ke otak dan akhirnya melahirkan persepsi kepada objek tersebut.
Objek ini boleh jadi manusia atau apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran kita melalui
pengamatan panca indera kita.
Oleh itu, persepsi ini adalah suatu proses yang bersifat kompleks yang membolehkan
kita sebagai manusia dapat menerima atau mentafsir informasi yang diperoleh dari
lingkungan pancaindera kita. Secara mudahnya, boleh disimpulkan bahawa persepsi
ini, merupakan suatu pengamatan yang kita lakukan atau satu proses pemberian
makna hasil daripada pengamatan kita terhadap suatu objek, peristiwa, dan
sebagainya melalui panca
indera, yang diperoleh dengan menyimpulkan informasi dan penafsiran, sehingga
kita dapat memberikan tanggapan mengenai baik buruk atau positif negatifnya sesuatu
hal yang berlaku dalam ruang penglihatan kita sama ada berkaitan individu sehingga
kepada aspek yang besar seperti negara.
S2 : Mengapakah persepsi, jika tidak diurus dengan baik oleh kerajaan boleh
mendatangkan impak negatif kepada Negara?
J2 : Untuk menjawab persoalan ini, pertamanya kita perlu memahami bagaimana
persepsi berkembang dalam konteks dunia hari ini dan apabila bercakap berkaitan
kesannya kepada Negara maka kita perlu melihat persepsi dalam konteks yang luas.
Persepsi dalam konteks ini merupakan pandangan umum masyarakat mengenai
sesuatu perkara.
Persepsi terbentuk melalui interaksi, pengamatan dan proses penyampaian maklumat
yang berlaku dalam masyarakat dan ia semakin mudah dibentuk disebabkan oleh
kepesatan perkembangan teknologi maklumat. Maklumat-maklumat sampai kepada
masyarakat dalam pelbagai medium samaada media konvensional/ arus perdana dan
media baru atau dalam talian.
Jika dahulu kita tidak pernah menjangkakan bahawa aplikasi internet yang hadir dalam
arus revolusi teknologi maklumat pada ketika itu akan membawa kepada kita pelbagai
aplikasi hubungan yang lebih canggih dan pelbagai bentuknya pada hari ini dan kita
juga tidak dapat menjangkakan bagaimanakah pula perkembangan aplikasi dalam
konteks penyampaian maklumat di masa akan datang.
Dalam konteks Malaysia hari ini, boleh dikatakan majoriti masyarakat, terutama
golongan muda pada hari ini telah beralih daripada media konvensional atau perdana
ini seperti Siaran TV, Akbar dan Radio kepada media baharu/ Media Sosial @ Online
sebagai bahan pembacaan utama kerana capaiannya lebih mudah, ringkas, bersifat
interaktif serta pelbagai dan boleh dilayari dengan mudah samaada melalui Smart
Phone, Netbook atau apa sahaja aplikasi yang memiliki sambungan internet dan wifi.
Mengikut laman web Internet Lives Stats, di Malaysia ada hampir 20 juta atau 67
peratus rakyat yang menggunakan internet dan lebih 15 juta orang mempunyai akses
kepada Facebook. Berdasarkan Kajian oleh Prof Madya Dr Ismail Sualman, Pensyarah
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah
Alam, hasil kajian mendapati hanya 30 peratus sahaja anggota masyarakat
menggunakan media seperti surat khabar, televisyen dan radio bagi mendapatkan
maklumat politik dan juga didapati hampir 80 peratus pengguna menggunakan media
sosial sebagai sumber media utama dalam PRU13.
Inilah perkara yang boleh mendatangkan impak negatif jika tidak diatasi dengan
berhemah, jika media konvensional seperti Radio, TV dan akhbar kita sedar, dalam soal
integriti kaedah penyampaian dan bahan serta maklumat yang disampaikan dibuat
dengan cara yang beretika dan berintegriti terutamanya yang dikawal oleh kerajaan.
Tetapi apabila melibatkan media maya atau online ini, adalah sukar untuk menjamin
integriti dan keikhlasan kebenaran penyampaian sesuatu isu kepada masyarakat.
Ia boleh jadi menyampaikan sesuatu yang tidak benar atau hanya spekulasi dan
bertujuan dengan niat yang jelas tidak baik. Dunia maya atau online ini bukan sekadar
tempat berkomunikasi dan berinteraksi tetapi turut dijadikan sebagai ruang propaganda
oleh pelbagai pihak dalam menyuarakan pendapat termasuklah yang bertentangan
dengan kerajaan.
Oleh itu, apabila tidak dikawal atau dibiarkan maka akan timbul terlalu banyak persepsi
yang tidak betul terutamanya berkaitan dasar kerajaan dan polisi yang telah dibuat oleh
kerajaan untuk kebaikan rakyat, tidak dapat sampai seperti dimatlamatkan dan diserap
ke akar umbi disebabkan terlalu banyak maklumat palsu yang tidak benar dan akhirnya
menyebabkan rakyat tidak lagi dapat menerima kebenaran disebabkan terlalu banyak
fitnah yang disebarkan. Ini terutama sekali apabila kita berada di zaman
hyperconnectivity di mana wujudnya kepelbagaian bentuk peralatan komunikasi seperti
email, instant messaging, telephone, face-to-face contact and Web 2.0 information
services yang membentuk jaringan hubungan manusia – manusia, manusia - mesin dan
mesin – mesin.
Tentera U.S. mendeskripsikan hyperconnectivity sebagai pendigitilan medan perang di
mana semua elemen ketenteraan berjaringan antara satu sama lain.
Persepsi yang tidak baik sememangnya boleh mendatangkan impak negatif, Apakah
sebenarnya yang perlu dilakukan oleh masyarakat di luar sana untuk mengelak
daripada terjebak dengan persepsi yang tidak baik dalam memperoleh dan
menyebarkan maklumat?
Kita sebagai manusia seharusnya lebih bijak dalam menilai sesuatu isu atau perkara
yang kita peroleh atau disampaikan kepada kita dalam apa jua medium penyampaian.
Tidak dapat dinafikan media online atau media sosial yang pelbagai bentuknya
samaada whatapps, twitter, facebook dan sebagainya hari ini telah mempengaruhi
corak pemikiran, cara bekerja dan bagaimana kita menjalani kehidupan.
Berdasarkan contoh ini, hakikatnya kita boleh katakan, jaringan laman sosial dan laman
sembang kini memberi impak besar dalam menghebah maklumat dan perkembangan
mutakhir yang berlaku disekeliling kehidupan kita. Apa yang menjadi masalah dan
dirisaukan adalah berkaitan penyebaran informasi yang tidak benar menerusi media
sosial yang mengakibatkan terbentuknya persepsi negatif dalam kalangan masyarakat
terhadap sesuatu perkara dan secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan di
kalangan masyarakat.
Masyarakat pula sangat mudah dan cepat mempercayai maklumat yang telah
disebarkan tanpa menyelidik dan memahami sesuatu isu yang timbul terlebih dahulu.
Inilah yang amat perlu kita elakkan. Janganlah pula kita menyebar atau menyampaikan
pula maklumat yang tidak benar kepada masyarakat lainnya. Akhirnya, apabila
maklumat yang telah dimanipulasi disebar tanpa kawalan, maka kesannya akan
mengakibatkan masyarakat mempercayai sesuatu yang palsu sebagai kebenaran.
Dalam peribahasa Inggeris ada pepatah "Don't judge a book by its cover", atau jangan
menilai sesuatu dari luarannya. Elakkan diri kita dari menimbulkan pelbagai persepsi
negatif yang lahir disebabkan pemikiran kita yang sempit. Sewajarnya kita perlu
berfikiran matang, jangan kita bersangka-sangka. Cuba menilai pro dan kontra sesuatu
isu yang disampaikan.
Sekadar Ingatan untuk kita, ingatlah Allah SWT telah berfirman dalam Al Quran, Surah
Al-Hujurat Ayat 12, Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah
tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani.”
Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana
ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Syak wasangka yang dizahirkan dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan
mengumpat (ghibah). Oleh yang demikian adalah wajar bagi kita meneliti dan
memahami sesuatu isu yang disampaikan sebelum kita menerimanya sebagai
kebenaran dan menyampainya kepada yang lain.
S3 : Sejauh mana sebenarnya tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
mengekang penyebaran maklumat palsu dalam media online dan menyekat
berkembangnya persepsi negatif dikalangan masyarakat?
J3: Dalam aspek perundangan, undang-undang jenayah sebenarnya memperuntukkan
begitu banyak kesalahan yang boleh disabitkan di sesawang internet tanpa disedari.
Media sosial mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan sewajarnya
beroperasi mengikut undang-undang dan berlandaskan hak asasi individu serta norma-
norma dan etika yang baik.
Seseorang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial atau media baharu seperti
laman sesawang, whatsApp, twitter, portal, facebook, blog, webtv, dan untuk menyebar
berita palsu, lucah, mengancam keselamatan dengan niat menyinggung perasaan,
menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain boleh dikenakan tindakan
mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika didapati
bersalah, boleh didenda RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-
duanya sekali.
Pengamal media seharusnya tidak menyebarkan berita palsu melalui instant messaging
atau laman media sosial kerana berita palsu boleh mengganggu gugat keselamatan
negara, kesejahteraan masyarakat dan mendatangkan impak negatif terhadap ekonomi
Negara. Pengamal media perlu mempunyai integriti yang tinggi bagi menjamin
keharmonian dan keamanan negara terutamanya dalam negara kita yang terdiri
daripada masyarakat majmuk yang berbilang etnik.
Kebebasan media yang diamalkan dalam negara ini perlu digunakan oleh pengamal
media secara berhemah dan berintegriti bagi menyumbang kepada pembangunan
rakyat dan negara serta digunakan sebaiknya untuk menyampaikan maklumat atau
fakta dengan betul tanpa diputar belit kepada rakyat dan berita serta fakta yang
disampaikan kepada rakyat itu mestilah sahih dan bukan sekadar khabar angin.
Di pihak kerajaan juga, jika kebebasan yang diberikan ini tidak dihargai dan terus
disalah gunakan oleh pengamal media dan anggota masyarakat yang tidak
bertanggung jawab maka kebebasan mutlak tanpa had yang ada ini akan dibendung
melalui aspek perundangan yang mana tujuannya hanya satu, iaitu mewujudkan
kebertanggungjawapan terhadap apa saja yang kita sebar atau kongsikan di media
sosial.
Jika keadaan memerlukan, bagi mengekang penularan maklumat-maklumat palsu yang
boleh mengugat keselamatan dan penularan persepsi negatif di kalangan masyarakat,
Malaysia mungkin akan melaksanakan pengawalan sepertimana yang dibuat oleh
kebanyakan Negara berpandukan standard kawalan yang ditetapkan dan digunapakai
oleh Negara-negara lain di dunia. Pengawalan ini bukan bagi tujuan menyekat,
sebaliknya sebagai satu panduan kepada masyarakat dalam mengeluarkan dan
menyebarkan maklumat serta mewujudkan masyarakat yang lebih berintegriti dan
bertanggungjawab.
KESIMPULAN
Walaupun persepsi bukanlah kenyataan yang sebenar, ianya mampu mencorak dan
mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang terhadap sesuatu. Oleh itu, adalah
penting untuk kita mengurus persepsi dan mereka yang berada di sekeliling kita supaya
persepsi yang dibentuk ialah persepsi yang baik, positif dan benar berkaitan diri kita
atau sesuatu perkara.
Pengurusan persepsi merupakan perkara penting yang harus kita ambil kira
terutamanya berkaitan aktiviti dan apa sahaja tindakan kita yang melibatkan kelompok
besar manusia. Hal ini kerana kejayaan mengurus tanggapan dan persepsi umum
kelompok manusia tersebut akan membantu melicinkan proses interaksi seterusnya.
Jika persepsi negatif yang lahir dari proses interaksi tersebut maka, adalah wajar untuk
kita menjawab setiap persepsi negatif tersebut supaya ia tidak terus menular dan
menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Persepsi negatif boleh kita
hapuskan dengan memberikan jawapan balas yang tulen dan tidak meragukan.
Sebagai rakyat pula, jika berhadapan dengan sesuatu isu atau perkara yang melibatkan
kepentingan negara, kita perlu bijak menilai persepsi yang timbul dan melihat kepada
sumber yang dipastikan kesahihannya untuk mengelakkan kita daripada tersalah tafsir
dan menghukum kepada perkara yang telah dimanipulasi dan tidak benar.
Sebagai rakyat juga, kita perlu bertanggungjawab dalam menyampai dan menyebarkan
maklumat dalam apa jua medium penyampaian. Setiap tindakan dan perbuatan kita,
jika bertujuan dengan niat tidak baik dari segi perundangan boleh diambil tindakan, dan
lebih malangnya, kita menjadi ejen menabur fitnah dan ini jelas telah dilarang dalam
apa jua agama dan kepercayaan.
Ingatlah persepsi saban hari akan terus bermain dalam pelbagai medium penyampaian
dan penerima maklumat. Kita perlu bijak memilih dan menilai kebenaran atau
kepalsuan tambahan lagi medium maklumat ini akan menjadi lebih kompleks dan
rencam di kemudian hari dengan terus berkembangnya aplikasi media sosial atau
online bukan sahaja di Malaysia tetapi global.
Sesi rakaman telah dibuat pada 14 September 2015 jam 10.00 pagi bertempat di Konti
Perak FM untuk siaran pada 20 September 2015. Sumber : Hapizi Bakri, UKOM JASA
Perak
Mengurus Persepsi – Siri 1 …. Nasaruddin tantawi

1. Akhir – akhir ini selalu kedengaran orang bercakap soal politik itu adalah persepsi .
Baru – baru ini isu persepsi jua menjadi perbahasan penting dalam Seminar
Pemerkasaan Parti [ PAS ] di Taman Melewar . [ 7 Nov 2009 ]

2. Paling ekstrim apabila Dr Abu Hassan menegaskan bahawa , barangsiapa menolak


persepsi maka ia adalah primitif . Justeru persepsi pada abad ini mesti diterima sebagai
informasi .

3. Ramai juga sahabat bertanya saya mengenainya sekaligus meminta saya komen
berkait Seminar Pemerkasaan Parti [ PAS ] baru – baru ini .

4. Terus terang saya nyatakan , bahawa saya sangat berpuas hati dengan seminar
tersebut dan mengharapkan agar segala kemelut yang berlaku juga telah berakhir
dengan berakhirnya seminar itu . Perbahasan telah dilakukan , luahan perasaan juga
telah dihamburkan , jawab balas juga telah diterima , emosi turut dilepaskan , majlis
telah digulung dan resolusi telah diwarta , maka apa lagi yang tertinggal ? saya secara
peribadi benar – benar puas hati biarpun agak teruk juga menjadi sasaran kritik . Entah
dari mana datangnya rasa seronok di kritik sedemikian . Mungkin kerana ini
pengalaman pertama dikrtitik secara terbuka untuk seluruh dunia menyaksikannya .

5. Selepas ini bergantung kepada sikap kita semua . Kita mahu buat perubahan atau
tidak ? Pada saya , seminar ini menjadi titik nokhtah untuk kita [ pemimpin dan anggota
] muhasabah diri dan sekaligus menjadi motivasi guna meningkatkan prestasi daya
juang dan menjadi lebih pro aktif menyahut cabaran .

6. Lemah kita perteguhkan , silap kita baiki dan kurang kita tambah . Malah kita belajar
dari pengalaman semalam untuk menyusun strategi pada hari ini demi mencapai
matlamat di hari esok . Insyaallah inilah yang saya dan rakan – rakan exco DPPP akan
lakukan secepat mungkin . Kita ambil langkah positif demi memastikan segala misi dan
visi perjuangan kita dapat dicapai . Setidak – tidaknya kita meneruskan langkah
menyambung nafas perjuangan suci ini .

7. Terlebih dahulu mewakili DPPP , saya rakam setinggi – tinggi terima kasih kepada
semua pihak yang telah mengkritik dan memberi in put bermakna buat DPPP . Usah
risau mengenai sikap kami . Kami kejap berpegang kepada apa yang diajar oleh Allah
swt bahawa , sebagai seorang mukmin sewajarnya kami mendengar semua kritikan ,
semua persepsi , semua informasi serta semua cadangan dan kemudiannya kami nilai ,
teliti serta halusi lalu kami akan ambil , terima , kutip dan pakai apa yang terbaik
daripadanya .

‫الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة‬

8. Sebahagian dari pengurusan persepsi ialah tabaiyyun [ nilai , teliti , halusi dan siasat
kebenarannya ] justeru persepsi tidaklah bersifat mutlak atau mesti terima . Malah
selain tabaiyyun , pengurusan persepsi jua mesti melihat kepada bagaimana persepsi
dihasilkan dan apakah kesan langsung berkait persepsi tersebut . Lantaran persepsi itu
mungkin salah tetapi jika diabaikan membawa mudharat demikian juga sebaliknya
persepsi itu mungkin benar tetapi jika diterima , ia akan memberi pulangan yang negatif
.

9. Bahkan sebahagian daripada persepsi itu memang salah dan berdosa sementara
sebahagian yang lain itu benar . Firman Allah swt : [ al Hujurat : 12 ]

‫يي ييي ييييي يييييي ييييييي ييييي يي يييي يي ييي يييي ييي‬
‫ي يي يييييي ي يي يييي ييييي يييي‬
‫يييي ييييي يي يييي ييي يييي يييي يييييييي ي ييييي يييي يي‬
‫يييي يييي يييي‬

Wahai orang – orang yang beriman , jauhilah akan kebanyakan dari sangkaan [
persepsi ] sesungguhnya sebahagian sangkaan [ persepsi ] itu adalah dosa [ salah ] .
Janganlah kamu mencari kesalahan orang dan jangan kamu mengumpat sebahagian
kamu akan sebahagian yang lain . Apakah kamu suka memakan daging saudara kamu
yang telah mati ? tentunya kamu enggan [ jijik ] melakukannya ! justeru itu takutlah [
taqwa ] kepada Allah swt , sesungguhnya Allah swt Maha menerima taubat lagi Maha
Penyayang .

10. Ayat diatas menunjukkan sebahagian besar dari persepsi itu adalah salah dan dosa
kecuali pada keadaan – keadaan tertentu yang umum dan mudah dilihat kebenarannya
, maka persepsi itu diambil kira . Ini adalah kerana Islam sangat mementingkan
ketepatan , kebenaran , bukti , suatu yang nyata dan jelas sekaligus menolak
kesamaran , andaian , agak – agak dan sangkaan bimbang tersalah langkah dan
tersasar dalam bertindak .
Sebelum kita bercakap soal persepsi atau politik persepsi pada hari ini , al Quran
terlebih awal telah mendedahkan perkara ini dan meletakkan kaedah bagaimana mahu
mengurus persepsi . Insyaallah , saya akan sambung selepas ini perbicaraan berkait
pengurusan persepsi …
MENGURUS PERSEPSI
Hubungan manusia bertambah intim apabila wujudnya persefahaman, saling kasih
menyasihi antara seseorang dengan seseorang yang lain. Perasaan saling
menghormati di samping baik sangka akan menambahkan lagi kemesraan dan bantu-
membantu ketika berlaku sesuatu musibah.

Walau bagaimanapun, amat sukar untuk kita mempunyai perasaan kekitaan apabila
wujudnya persepsi yang negatif terhadap seseorang.

Mengurus persepsi bukannya mudah, apatah lagi dalam keadaan orang amat suka
mendengar percakapan orang sehingga tergamak mengutarakan sesuatu rumusan
pendapat, sikap atau pandangan terhadap orang lain.

Sudah sewajarnya kita jangan terpedaya atau terus percaya atau yakin dengan apa
yang kita dengar tanpa membuat kajian atau menyiasat terlebih dahulu.

Perkembangan teknologi dan kepesatan media dewasa ini menuntut kita meneliti
sesuatu yang berfakta dan tidak membawa elemen permusuhan, fitnah dan
kemusnahan.

Kita sewajarnya berubah minda (cara berfikir) dan bertindak untuk kemajuan sejagat
dan tidak sewajarnya memikirkan sesuatu yang boleh menghancurkan segala kebaikan
yang dirancang, terutama insan yang bercita-cita untuk memajukan dunia ini sejajar
dengan tuntutan Khalifah Allah.

Marilah kita mengurus perubahan dan mengurus realiti dan tidak lagi mempunyai
sesuatu persepsi yang salah atau negatif, keliru terhadap proses hubungan
kemanusiaan di atas dunia ini untuk selari dengan tugasan atau proses melakukan
ketaatan dan kepatuhan kepada Pencipta.
Janganlah menghabiskan masa kita sekadar mengintai-intai sesuatu kelemahan atau
kekurangan yang dimiliki oleh seseorang sehingga banyak masa dihabiskan untuk
menilai fikiran manusia lain atau mempunyai tanggapan salah terhadap seseorang.

Kerja utama manusia yang beriman dan bertaqwa ialah mengajak orang lain bersama-
sama kita. Walaupun mungkin mereka mempunyai persepsi yang salah terhadap
pejuang kebenaran, namun persepsi yang salah mesti dirungkaikan.

Gunakan semua saluran komunikasi, media, kekuatan, kebolehan dan kebijaksanaan


individu memperjuangan sesuatu yang benar.
Mengurus Persepsi Persepsi merupakan pendapat masyarakat umum mengenai
sesuatu perkara. Persepsi terbentuk melalui interaksi, pengamatan dan proses
penyampaian maklumat yang berlaku dalam masyarakat. Persepsi semakin mudah
dibentuk disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat yang berlaku dengan
pesatnya. Maklumat-maklumat yang diterima akan diproses dan membentuk persepsi
individu yang menerima maklumat tersebut. Pengurusan yang pertama dan utama
yang perlu dilakukan untuk menguruskan sesebuah organisasi atau kumpulan manusia
ialah pengurusan persepsi. Menguruskan tanggapan dan pendapat umum mengenai
sesuatu perkara akan membantu melicinkan proses interaksi yang seterusnya. Seorang
pengurus dan pemimpin yang baik, perlu memberikan "First Impression" yang baik
dengan individu yang berada di bawah tanggungannya. First impression ini adalah
contoh persepsi yang selalu berlaku. Walaupun persepsi bukanlah kenyataan yang
sebenar, ianya mampu mencorak dan mempengaruhi pemikiran dan tindakan
seseorang. Maka uruskanlah persepsi anda dan mereka yang berada di sekeliling
supaya persepsi yang dibentuk ialah persepsi yang sihat dan benar. Ubah Sekarang,
Selamatkan Malaysia! (Apa kaitannya?)

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have


$524,215: https://goo.gl/efW8Ef
PENGURUSAN PERSEPSI
PENGENALAN

Pengurusan Persepsi pada dasarnya ia membawa makna keupayaan untuk


mempengaruhi pandangan dan pendapat umum ke matlamat yang dikehendaki oleh
pihak tertentu terutamanya untuk menaikkan imej dan kredibiliti sesbuah agensi di
pandangan umum.

Setiap organisasi perlu melaksanakan PP yang berkesan pada setiap masa lebih-lebih
lagi dimasa berlakunya sebarang krisis. Kesinambungan dan kejayaan sesebuah
organisasi itu bergantung kepada keberkesanan pemimpin mengharungi sesuatu krisis
dan kebolehan melaksanakan PP dengan sebaik mungkin .

MODUL KURSUS

Ia mendedahkan dan kefahaman bagaimana proses Pengurusan Persepsi itu


dilaksanakan dan apakah langkah-langkah yang wajar diambil bagi menjayakanya.
Pembelajaran tertumpu kekpada perkara-perkara fundamental dan utama yang
melibatkan perlaksanaan Pengurusan Persepsi bermula dari perancangan, keperluan
sehinggalah kekpada perlaksanaannya .

OBJEKTIF

Matlamat Pembelajaran Adalah untuk Memastikan Peserta

 Memahami bagaimana Pengurusan Persepsi yang baik dapat dilaksanakan bagi


memberi satu persepsi yang positif terhadap sesebuah agensi .

 Tahu untuk bertindak terutamanya bagi menghadapi situasi dan krisis boleh
menjejaskan persepsi terhadap sesebuah agensi itu. [Dealing with perception-
threatening events]

 Didedahkan tentang bagaimana untuk melaksanakan Pengurusan Persepsi yang


efisyen dab efektif bagi tujuan untuk penambahbaikan persepsi dan popularity di
pandangan numum. [Dealing with perception-enhancing events]

 Mendedahkan kepada peserta tentang konsep dan perlaksanan Operasi Gerak Saraf
dalam usaha memenangi sokongan, minat masyarakat terhadap sesebuah
organisasi.

Anda mungkin juga menyukai