Anda di halaman 1dari 3

2 Jenis Cermin

23 Oktober 2010 15 Komen Cetak Chenta!

Dua orang ahli bomba masuk ke


dalam hutan untuk memadamkan satu kebakaran kecil. Sesudah selesai, mereka berdua lantas
menuju ke arah sebuah sungai.

Wajah salah seorangnya telah dilumuri abu hitam; sebaliknya wajah seorang lagi adalah
bersih sama sekali tanpa sebarang noda.

Soalan: Ahli bomba manakah yang akan membasuh muka?

Mengapa Cermin Dicipta?

Sebab utama cermin dicipta adalah untuk melihat kalau-kalau ada yang tidak kena pada
penampilan diri. Adakah rambut kita tersisir rapi? Adakah tudung yang dipakai itu senget?
Adakah jambang yang dicukur itu kemas lagi licin? Adakah celak dan gincu yang ditempek
itu herot? Atau masih adakah saki-baki air liur basi yang terlekat di pipi?

Dengan kata lain, kita melihat cermin untuk memastikan kesempurnaan fizikal diri. Kata
kunci di sini ialah "memastikan kesempurnaan". Ini bermaksud, melihat cermin dengan
tujuan untuk "syok sendiri akan kesempurnaan" diri adalah sangat terpesong daripada tujuan
asal mengapa cermin dicipta.

Berbalik kepada soalan di awal-awal tadi, siapakah yang akan membasuh muka? Yang
berwajah kotor atau pun yang berwajah bersih? Jawapan yang betul adalah si ahli bomba
yang berwajah bersih. Mungkin jawapan ini agak mengelirukan. Mengapa pula yang si
berwajah kotor tidak membasuh mukanya?

Begini: Apabila yang berwajah kotor itu melihat rakannya yang berwajah bersih, maka dia
pun berpendapat bahawa wajahnya pasti lah bersih seperti rakannya. Namun perkara yang
sebaliknya berlaku kepada yang berwajah bersih. Apabila dia melihat kekotoran pada wajah
rakannya itu, maka dia pun berkata kepada diri sendiri: "Muka aku pun mesti kotor juga
macam dia. Baik aku basuh." [1]

Cermin yang betul dan Cermin yang salah

Cermin yang betul, apabila memandangnya, kita mampu menginsafi akan kelemahan diri. Ia
adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah bersih melihat wajah
kawannya yang kotor itu.

Jika kita ada seorang kawan yang baik sifatnya, maka mereka adalah cermin untuk menilai
apa yang masih kurang pada diri. Jika kawan itu kurang baik pula sifatnya, ia tetap boleh
menjadi cermin bagi mengingatkan adakah kita juga begitu sebenarnya?

Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu muhasabah diri.

Cermin yang salah pula, apabila memandangnya, kita semakin berbangga akan
kesempurnaan palsu pada diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba
berwajah kotor melihat wajah kawannya yang bersih itu.

Dalam kes ini, kawan di sekeliling dijadikan cermin untuk melihat betapa sempurnanya diri
kita jika dibandingkan dengan mereka. Pada akhirnya, cermin yang salah ini dijadikan
justifikasi untuk kita kekal di takuk lama. Kata kita kepada diri sendiri, "Aku ni kira
baguslah. Kalau nak dibandingkan dengan si polan yang duduk seberang jalan, lagi macam
setan dia tu!"

Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu syok sendiri akan kesempurnaan
diri.
---

Nota Kaki

[1] Sebenarnya soalan ini berasal daripada novel The Zahir oleh Paulo Coelho. Ini
petikannya:
Marie, let's suppose that two firemen go into a forest to put out a small fire.
Afterwards, when they emerge and go over to a stream, the face of one is all smeared
with black, while the other man's face is completely clean. My question is this: Which
of the two will wash his face?'

'That's a silly question. The one with the dirty face of course.'

'No. The one with the dirty face will look at the other man and assume that he looks
like him. And, vice versa, the man with the clean face will see his colleague's grime
and say to himself: I must be dirty, too. I'd better have a wash.'
Label: cermin diri

Anda mungkin juga menyukai