Anda di halaman 1dari 14

CARA MENGATASI GEMENTAR KETIKA BERUCAP

Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ia boleh dilakukan di dalam situasi
yang terancang seperti tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.

Pengucapan awam yang baik memerlukan seseorang perucap yang berpengetahuan (menguasai
bidang, berpengetahuan luas dan sensitif pada topik), berkemahiran berucap (berkeupayaan untuk
mengawal dan menarik perhatian audien kepada ucapannya) berkeyakinan (yakin terhadap diri,
persediaan dan penguasaan topik) dan memperlihatkan peribadi/perwatakan yang baik (audien
menilai perucap termasuk cara berpakaian, berjalan ke tempat ucapan gerak geri fizikal dan lain-
lain).

Tips 1: Biasakan dengan ruang atau tempat berhujah.


Bagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar di tempat sepatutnya
anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya kemudahan tersedia seperti pembesar suara,
tiada salahnya anda mencuba kelantangan suara anda.

Tips 2:Kenalpasti Penonton


Ucapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka sebelum anda diminta
berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah kenal mesra, perasaan gementar akan beransur
berkurang apabila anda berdiri di depan mereka nanti.

Tips 3:Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkan.


Sekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan gementar akan
bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap sebelum tiba waktunya.

Tips 4:Bersantai
Jangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti, jika tidak anda hanya akan memberi
tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku badan anda tidak mendapat rehat secukupnya.

Tips 5:Bayangkan diri anda sedang berucap


Bayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat dan menyakinkan.
Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda akan berasa lebih bersemangat dan
pastinya akan berjaya.

Tips 6: Yakini diri bahawa orang lain mahun anda berjaya menyampaikan ucapan.
Penonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan menghiburkan ketika
mendengar ucapan. Sekiranya persembahan dan ucapan anda mempunyai kriteria ini pastinya anda
akan berjaya.

Tips 7:Jangan Memohon Maaf


Sekiranya anda menyatakan kegentaran atau memohon maaf kepada apa sahaja kesilapan yang
anda lakukan sepanjang berucap, anda akan membuatkan penonton mengimbas kembali
persembahan dan cuba mengenal pasti dimanakan kesilapan tersebut, Jangan sekali-kali melakukan
perkara itu.

Tips 8:Tumpukan perhatian kepada isu utama


Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang remeh. Pastikan anda beri
penekanan yang jelas terhadap perkara tersebut.
1
Tips 9:Tukarkan perasaan gementar kepada Tenaga Positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara
memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya.

Tips 10:Kutip Pengalaman


Pengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan anda semasa memberi
ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan membaca doa bagi menghilangkan perasaan
gementar.

Nota; diambil dari artikel yang dibaca.


Posted by AMIR.DIN at 10:54 AM
http://silverpadu.blogspot.my/2011/04/cara-mengatasi-gementar-ketika-berucap.html

2
Teknik Bercakap di Khalayak Ramai

 By Osman Affan
 September 8, 2017
 9 Comments
Tip #1

Mari kita mulakan dengan pembuka tips ini semua. Saya mahu anda lakukan sesuatu.

Mula-mula, berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Harapnya, cermin itu
anda boleh lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemudian, pejamkan
mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.

Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di
dewan itu sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu
anda sedang bercakap.

Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda
lemah? Adakah anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?

Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan
dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara
untuk memajukan diri anda.

Jadi, latihan pertama hari, lakukan aktiviti tadi. Cari cermin besar tadi. Kalau tak ada cermin di rumah,
cari di tempat lain seperti di sekolah anda, rumah sahabat anda atau kalau tak jumpa sangat,
gunakan tandas awam pun boleh. (Tapi cari tandas awam yang bersih la ye, nanti konsentrasi
terganggu dengan bau busuk pulak?.

Selamat mencuba!

Tip #2

Anda sudah lakukan latihan tip #1? Jika belum, anda mungkin akan hadapi kesukaran untuk
memahami apa yang akan dibincangkan dalam beberapa hari ini. jadi, lakukan latihan itu dahulu
sebelum anda mulakan.

Setelah anda berdiri dan bayangkan yang anda sedang berdiri di depan khalayak ramai, dapatkah
anda rasa debaran dan rasa gementar dalam diri anda. Terus terang, walaupun saya sudah banyak
kali membuat program di depan khalayak ramai, saya masih merasa gementar setiap kali saya mahu
memulakan sesuatu program atau setiap kali saya mahu mula bercakap.

Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah
berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak ialah, seseorang
yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk
menjadi hebat semasa bercakap.
3
Soalan saya lagi, adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar?
Lakukan latihan semalam sekali lagi. Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan
mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri. Lihat memek muka anda. Lihat
kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara?seseorang yang merasa gementar
berdiri.

Ini adalah pengajaran yang penting. Oleh kerana anda berdiri seperti seseorang yang sedang
merasa gementar, anda pasti merasa gementar dan takut. Jadi, pengajaran pertama untuk
bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa
benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.
Tugasan untuk anda hari ini, lihat kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja sedang berucap. Bolehkah
anda lihat siapa yang sedang merasa gementar (nervous) semasa berucap di khalayak ramai?.?
Bolehkah anda kesan sama ada mereka rasa berdebar atau tidak? Bolehkah anda lihat debaran itu
semua melalui pergerakan tubuh mereka?.? Perhatikan???

Tip #3

Tips seterusnya, setelah anda tahu bahawa anda akan rasa gementar jika anda berdiri seperti orang
yang gementar, anda perlu tahu bagaimana cara orang yang berkeyakinan tinggi berdiri pula.
Maksudnya, anda perlu perhatikan, jika seseorang yang berpengalaman berucap dikhalayak ramai,
bagaimana cara beliau berdiri.

Perhatikan, bagaimana rupanya orang yang berkeyakinan tinggi ini berucap. Ini adalah penting. Jika
anda tidak boleh bayangkan bagaimana cara ini dilakukan, anda akan hadapi kesukaran untuk
melakukannya.

Sama seperti orang belajar menunggang basikal. Jika anda mahu menunggang basikal dengan baik
dan hebat, anda perlu tiru cara pergerakan seseorang yang hebat menunggang basikal. Dengan
meniru pergerakan mereka, anda boleh tiru mereka.

Apa yang boleh anda lakukan mulai hari ini, mula buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari
peluang melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang
berucap di televisyen. Anda boleh lihat?di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat
kerja atau di tempat anda berkursus.

Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat
penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.
Selamat mencuba!

Tip #4

Jadi, dua tips sudah anda pelajari tentang cara bercakap dikhalayak ramai. Pertama, sedari cara
anda berdiri semasa anda gementar dan kedua perhati dan tiru cara orang professional berucap.

4
Tips ketiga??.. mudah sahaja tips ini. Bayangkan semula semasa anda berucap di depan khalayak
ramai. Jika anda atau sesiapa sahaja sedang berucap dalam keadaan berdebar dan gementar,
tahukah satu perkara yang anda atau mereka lupa lakukan? Apa agaknya yang anda mungkin
terlupa lakukan ya?..?
Percaya tak kalau saya kata anda lupa untuk BERNAFAS???.? Pelik tak bunyinya?.?

Ini adalah benar. Kerana anda terlalu rasa berdebar, anda mungkin masih bernafas, tetapi anda tidak
bernafas dengan normal. Anda bernafas dengan begitu laju macam anda baru berlari pecut seratus
meter. Mungkin anda tidak sedar tentang perkara ini.
Oleh kerana anda bernafas dengan terlalu laju, ada dua perkara utama yang berlaku.

 Pertama, percakapan anda menjadi laju. Bayangkan anda bercakap 100 patah perkataan
dalam satu nafas, laju tak agaknya? Tentu laju bukan? Ini membuat percakapan anda tidak jelas.
Penonton pula tidak akan faham apa yang anda katakan. Disebabkan itu, anda jadi semakin
berdebar, lalu pernafasan anda semakin laju. Silap-silap, anda akan jatuh pengsan??.
 Kedua, pernafasan yang laju adalah pernafasan yang pendek. Ini bermaksud, udara cuma
berada dalam paru-paru anda sekejap sahaja sebelum ia dikeluarkan semula. Paru-paru anda
tidak akan sempat untuk menyerap oksigen dengan baik, lalu anda akan kekurangan oksigen.
Lebih teruk lagi, kekurangan oksigen ini akan mengurangkan keupayaan anda untuk berfikir
dengan baik kerana otak anda kekurangan oksigen. Jadi, ucapan anda menjadi kelam kabut.
Kemudian apa? Semakin teruk lagi perasaan gementar anda dan semakin teruk lagi ucapan yang
anda berikan.
Jadi, latihan hari ini, berdiri depan cermin, cuba bernafas dengan laju. Bernafas macam anda baru
dikejar hantu? ? Cuba perasan apa rasanya? bolehkah anda berfikir dengan baik kalau dalam
keadaan begini?..?

Tip #5

Setelah anda tahu bahawa cara anda bernafas akan mempengaruhi apa yang anda rasa, anda perlu
belajar cara bernafas yang boleh membuat anda rasa lebih tenang. Secara mudahnya, anda akan
merasa tenang jika anda menarik nafas panjang.

Cuba latihan ini, tarik nafas anda selama 7 saat perlahan-lahan?.. kemudian, tahan nafas anda
selama 7 saat?.dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan selama 7 saat juga?? di masa yang sama,
kosongkan fikiran anda. Maksudnya, jangan fikir tentang apa-apa?.. cuba beberapa kali.

Jika ini kali pertama anda mencuba cara ini, anda mungkin rasa pening sedikit. Tidak mengapa.
Setelah anda amalkan, anda akan rasa segar dan bersemangat setiap kali anda lakukan latihan ini.

Jadi, setiap kali anda mahu bercakap dikhalayak ramai, mulakan dengan menarik nafas yang dalam
dan panjang. Perhatikan juga cara anda bernafas semasa anda berucap. JIka anda rasa gugup
semasa berucap, perbetulkan cara anda bernafas. Anda akan berucap dengan lebih baik. Perhatikan
juga kelajuan anda bercakap. Jika anda bercakap terlalu laju, mungkin anda juga sedang bernafas
dengan laju. Jadi, perlahankan. Kawal semula pernafasan anda dan tingkatkan rasa keyakinan diri
anda semasa berucap.

Tip #6
5
Tips yang seterusnya ialah, keluarkan suara anda ketika anda sedang bercakap dikhalayak ramai.
Hmmm? pelik tak agaknya bunyi tips ni. Kalau tak keluarkan suara, takkan boleh bercakap di depan
khalayak ramai kan?

?Sebenarnya, jika anda rasa berdebar dan gementar sewaktu berada di khalayak ramai, anda
mungkin tidak akan mengeluarkan suara anda dengan betul. Maksudnya, anda akan bercakap
dengan suara yang perlahan. Ini disebabkan anda merasa kurang yakin dengan diri anda dan anda
risau jika anda membuat kesilapan semasa anda sedang bercakap.

Jika anda bercakap dengan suara yang perlahan, ada dua perkara yang akan berlaku.

1. Orang ramai tidak akan dapat mendengar dengan jelas apa yang anda katakan. Lama-
kelamaan, mereka akan jadi bosan lalu tidak memberikan perhatian kepada anda. Apabila anda
melihat reaksi bosan mereka, anda jadi semakin berdebar, lalu percakapan anda sama ada
semakin laju atau suara anda akan jadi semakin perlahan. Anda tidak mahu ini berlaku.
1.
2. Jika anda keluarkan suara dengan perlahan, orang ramai akan mudah dapat mengesan
bahawa anda sedang merasa gementar. Ini kerana, suara yang keluar dengan perlahan akan
membuat getaran suara anda (yang disebabkan oleh rasa berdebar) mudah didengar orang ramai.
Anda akan bercakap seperti orang sedang menggeletar.
Jadi, anda perlu benar-benar keluarkan suara anda ketika anda berada di khalayak ramai. Suara
yang keluar dengan lantang akan berbunyi tegas dan penuh keyakinan.

Namun, mengeluarkan suara ini tidak bermaksud saya menyuruh anda menjerit bila bercakap di
khalayak ramai. Ada bezanya bercakap dengan suara yang kuat atau menjerit. Kita bincangkan
tentang perkara ini esok.

Tip #7

Satu tips yang anda telah pelajari, anda perlu keluarkan suara anda atau anda perlu kuatkan sedikit
suara semasa anda berucap. Suara yang lebih kuat akan mengurangkan debaran anda dan juga
boleh kedengaran seperti suara yang lebih tegas.

Cuma ada bezanya suara yang kuat dan menjerit. Saya tidak suruh anda menjerit kerana bunyinya
menyakitkan dan anda akan hilang suara anda dengan cepat. Untuk bezakan kuatkan suara atau
menjerit, lihat contoh dibawah.

Bayangkan anda berada di dalam satu dewan kecil yang mengadakan majlis makan-makan. Anda
berada di pintu masuk dan kawan baik anda ada di hujung bilik tersebut. Diantara anda dan kawan
anda (ditengah-tengah dewan itu) ada ramai orang yang berbual-bual, berjalan, makan dan membuat
bising. Bilik itu agak bising dengan bunyi suara orang ramai dan bunyi pinggan mangkuk yang
berlaga sesama sendiri.

Dalam suasana bising itu, anda mahu beritahu sesuatu kepada kawan baik anda tanpa anda pergi
kepadanya. Maksudnya, anda perlu bercakap dari tempat anda berdiri sekarang. Anda perlu
bercakap dengan kuat bukan? Cuba bercakap dengan kuat sambil membayangkan situasi tadi.

6
Ingat?. jangan menjerit?. kuatkan suara tetapi jangan menjerit? (tentu anda boleh bayangkan
bagaimana rupa orang menjerit bukan?)

Selamat mencuba.

Tip #8

Tips hari ini saya nak suruh anda buat sesuatu yang pelik sedikit. Saya mahu anda cari sebatang
pokok (yang hidup atau mati, yang besar atau kecil.)

Berdiri mengadap pokok tersebut?. dan?. cuba bercakap dengan pokok tersebut??
Cuba bercakap dengan nada yang menarik, naik dan turun?.. cuba buat memek muka yang
menarik?. adakah anda rasa malu jika anda lakukan perkara tersebut.

(Tips: jangan lakukan perkara ini apabila ada orang disekeliling anda. Nanti orang ingat anda gila? ? )

Setelah anda cuba bercakap dengan pokok tersebut dengan cara terbaik anda, apa yang anda
rasa?.? Cuba perkara ini dan kita sambung perbincangan ini esok.

Selamat mencuba.

Tip #9

Anda dah cuba aktiviti tip #8? Sebenarnya, kalau anda tak boleh cari pokok yang berdekatan, guna
dinding pun boleh?.. ? Kesannya sama juga.

Apa perasaan anda ketika lakukan aktiviti tersebut? (Kalau anda tak lakukan tips ini tidak akan
memberi kesan baik kepada anda. Jadi anda perlu cuba). Ada antara anda yang mungkin kata anda
tak rasa berdebar sangat bila bercakap dengan pokok. Ada yang mungkin kata anda rasa kurang
malu sebab pokok takkan ketawakan anda. Cuma anda mungkin rasa malu sebab aktiviti tu macam
aktiviti orang gila.

Soalan utama saya untuk tips semalam?? apakah perasaan anda bila bercakap dengan sesuatu
yang tidak memberi reaksi atau maklum balas kepada anda?
Walau sehebat mana pun ucapan anda, anda pasti rasa bosan dan tidak selesa jika bercakap
dengan sesuatu yang tidak memberi reaksi kan?

Mesej saya disini ialah, walaupun anda mungkin tidak akan bercakap dengan pokok, anda mungkin
bercakap dikhalayak ramai seperti anda anda sedang bercakap dengan pokok! Bagaimana pula?

Apabila anda bercakap dikhalayak ramai, jika anda seorang sahaja yang bercakap tanpa maklum
balas dan reaksi daripada penonton, anda umpama bercakap dengan pokok. ia juga dinamakan
bercakap satu hala.

7
Apa yang anda perlu sedar ialah, jika orang rasa bosan bila anda bercakap dikhalayak ramai, anda
mungkin bercakap satu hala sahaja. Anda seolah-olah bercakap dengan pokok. Apabila anda
bercakap begitu, anda akan lihat penonton anda mula menunjukkan muka bosan, menguap,
bercakap sesama sendiri atau buat sesuatu perkara lain dan tidak beri tumpuan kepada anda.

Soalan yang patut anda ajukan kepada saya selepas membaca tips ini ialah, bagaimana caranya
untuk mewujudkan perhubungan atau komunikasi 2 hala? Bagaimana caranya supaya anda tidak
bercakap umpama bercakap dengan pokok?

Bagus?.. kita bincangkan perkara tersebut esok?..

Tip #10

Satu tip paling mudah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara anda dan pendengar anda
ialah dengan bertanyakan soalan. Soalan membuka minda pendengar anda. Jika anda bertanya
soalan, minda pendengar akan mula berfikir dan cuba mencari jawapan kepada persoalan anda.

Tetapi, mengajukan soalan bukan bermaksud anda asyik bertanya kepada pendengar semasa anda
berucap. Secara ringkas, ada dua jenis soalan yang anda boleh ajukan semasa anda berucap.

 Soalan yang mengharapkan jawapan daripada pendengar. Jika anda berucap di depan
terlalu ramai orang, teknik ini tidak sesuai. Ia sesuai jika anda berucap di dalam kumpulan yang
agak kecil seperti di dalam seminar atau bengkel. Anda boleh tanya peserta anda soalan dan
tunggu jawapan mereka. Apabila mereka memberi jawapan, berlakulah komunikasi dua hala.
 Soalan yang tidak mengharapkan jawapan. Banyak ketikanya, anda perlu menyoal soalan
tetapi anda tidak harap pendengar memberi jawapan. Sebaliknya, anda sendiri yang memberi
jawapan. Dengan memberikan soalan, minda pendengar anda akan terbuka dan mereka pula
yang mengharapkan jawapan daripada anda. Apabila and memberi jawapan, mereka rasa seronok
dan mula menumpukan perhatian kepada anda apabila anda sedang bercakap.
Contoh bentuk soalan yang anda boleh berikan semasa berucap (katakan anda sedang berucap di
depan sekumpulan pelajar sekolah dan anda sedang bercerita tentang teknik belajar), ?tahu tak
kenapa lepas makan, kita mudah rasa mengantuk??? atau ?kenapa agaknya hantu cuma muncul
pada waktu malam dan di tempat yang sunyi sahaja???

Tip #11

Seperti yang kita pernah bincangkan sebelum ini, antara masalah utama untuk bercakap di depan
khalayak ramai ialah masalah untuk menarik perhatian pendengar. Kadangkala, anda umpama
bercakap seorang diri kerana hampir semua pendengar anda sibuk menumpukan perhatian kepada
perkara lain.

Dengan adanya tip semalam, anda boleh mula fikirkan tentang bagaimana cara untuk menarik
perhatian mereka. Contohnya anda boleh fikirkan tentang satu fakta menarik dan anda mulakan
ucapan anda dengan soalan berkenaan fakta itu. Katakan anda seorang perlu berucap didepan
sahabat anda para pelajar tentang kepentingan belajar dengan bersungguh-sungguh.
8
Anda boleh mulakan ucapan anda dengan ?Saya ada tiga soalan untuk anda. Pertama, tahukah
anda bahawa purata umur rakyat di Malaysia ialah 60 tahun?? (pendengar mula berfikir?..betul ke 60
tahun?? apa yang dia nak cakap ni..?)

?Kedua, tahukah anda, kita cuma?belajar disekolah selama 10 tahun iaitu daripada umur 7 hingga 17
tahun??(pendengar terfikir lagi, betul ke?. 10 tahun je ke?.?)

?Soalan terakhir saya, kalau?anda gagal mendapat keputusan cemerlang semasa disekolah,
tahukah anda bahawa anda akan menyesal selama 43 tahun jika anda hidup hingga usia 60 tahun??
(ketika ini pendengar akan dapat mengaitkan semua soalan anda kepada soalan terakhir ini. Mereka
akan terfikir akan kebenaran soalan anda dan mula terfikir, apa agaknya lagi fakta menarik yang
boleh anda berikan??)
Jadi, sebelum memulakan ucapan anda, baca buku, majalah, artikel atau apa-apa bahan bacaan
menarik yang boleh dikongsikan bersama pendengar anda. Kongsikan fakta tersebut dalam bentuk
soalan yang menarik.

Tip #12

Tips untuk bercakap dikhalayak ramai yang seterusnya ialah kawal pergerakan anda. Jika anda
perhatikan, seseorang yang sedang bercakap dikhalayak ramai mempunyai banyak gaya
pergerakan. Namun, anda boleh tahu sama ada pergerakan itu menunjukkan beliau sedang berdebar
atau rasa tidak yakin.
Ini kerana, jika anda rasa terlalu berdebar atau tidak yakin, anda akan lakukan pergerakan yang tidak
ada kena mengena dengan apa yang sedang katakan. Contohnya, tangan anda sibuk memegang
duit syiling dalam kocek seluar anda semasa berucap, menggaru-garu kepala anda yang tidak gatal,
bermain dengan pen di tangan anda, bergoyang ke kiri dan ke kanan, membetulkan microphone di
depan anda walaupun ia sudah elok kedudukannya dan sebagainya.

Pergerakan ini bukan sahaja menghalang anda untuk menyampaikan mesej anda, malah ia
mengganggu konsentrasi pendengar anda kerana mereka akan sibuk menumpukan perhatian
kepada pergerakan anda pula.

Jadi, mulai sekarang, perhatikan pergerakan anda semasa berucap. Anda akan sedar mana-mana
pergerakan yang tidak kena dan tidak sesuai dengan mesej yang anda cuba sampaikan. Apabila
anda sedar akan pergerakan ini, anda akan rasa lebih mudah untuk menghentikannya.

Tip #13

Tips hari ini ialah kawal apa yang anda sebut secara tidak sedar. Tips ini mungkin sukar sedikit
bagi anda. Bagaimana anda mahu mengawal sesuatu anda tidak sedar?
Semasa anda berucap atau bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin selalu menyebut sesuatu
yang dinamakan ?fillers?. Fillers adalah perkataan atau sebutan yang anda sebut sekadar untuk
melengkapkan perkataan anda. Contohnya, anda sebut ?aaa..?, ?err?, ?mmmm?, ?ehh? dan
bermacam perkataan lagi. Kadang-kadang anda selalu sebut perkataan ?ok? atau ?kan? tanpa anda
sedari.

9
Apabila anda selalu ulang perkataan-perkataan ini tanpa anda sedari, pendengar anda akan mula
mengira berapa kali anda menyebutnya. Maksudnya, pendengar anda akan mula hilang tumpuan
kepada apa yang anda katakan dan mula mengira fillers anda. Contohnya, setiap kali anda sebut ?
ok?, pendengar anda akan kata dalam hati ?29?..? Anda sebut lagi ‘ok’ pendengar akan sambung
kira lagi “30…” dan seterusnya.

Seperti semalam, setelah anda tahu akan perkara ini, anda akan lebih mudah mengesan kesilapan
ini semasa anda hendak membuat ucapan nanti. Selamat berjaya.

Tip #14

Tips untuk hari ini ialah, bayangkan kesudahan yang menggembirakan. Walau sebelum anda
mula berucap, di minda anda sudah bermain bermacam-macam fikiran mengenai ucapan anda itu.
Adakah pendengar akan suka ucapan anda? Adakah anda akan kelihatan bodoh di hadapan orang
ramai?
Persoalan ini semua membuat anda semakin berdebar dan gambaran di dalam minda anda akan
menunjukkan bahawa anda akan malu di depan orang ramai nanti.

Mengikut pengalaman saya sendiri, ketika pertama kali saya mengendalikan program untuk TUDM,
saya rasa sangat berdebar, lebih berdebar daripada biasa. Debaran saya bermula pada waktu subuh
lagi walaupun program akan bermula pada pukul 9 pagi.

Jadi, saya gunakan teknik ini. Saya bayangkan hari itu sudah berlalu dan saya lihat semua peserta
tersenyum dan gembira dengan program yang saya jalankan. Alhamdulillah, apa yang saya
bayangkan itu benar-benar berlaku. Bukan sahaja ia membantu mengurangkan rasa debaran, ia juga
membantu imaginasi saya menjadi kenyataan. Jadi, saya yakin anda patut mencuba teknik ini.

Tip #15

Ini adalah tips terakhir yang akan saya kongsikan berkenaan bercakap dikhalayak ramai. Tips hari ini
ialah, berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai
dan berlakon seolah-olah anda sangat yakin untuk berucap.
Tips ini adalah sama seperti jika anda malas belajar atau malas membaca buku. Walaupun anda
berlakon sahaja, minda anda tidak dapat membezakan sama ada anda benar-benar yakin atau
berlakon. Jadi minda anda akan mengarahkan tubuh badan anda bergerak seperti seorang yang
sangat yakin dan berpengalaman.

Tips ini sangat penting untuk permulaan anda mahu berucap. Dengan berlakon begini, anda akan
bergerak menuju ke hadapan orang ramai dengan langkah yang yakin. Itu sudah memadai buat
permulaan. Yang pentingnya, pendengar anda akan melihat anda sebagai orang yang yakin dan
mula menumpukan perhatian kepada apa yang ingin anda katakan.

Selamat mencuba.

Tahniah!!
10
Tahniah kerana anda telah membaca kesemua tips-tips untuk bercakap dikhalayak ramai. Tips-tips ini
adalah hasil pembacaan saya, pengalaman dan tunjuk ajar beberapa sahabat baik saya dalam
bidang professional training. Saya percaya, sekurang-kurangnya satu daripada tips-tips ini pasti
boleh membantu anda.

Jangan risau jika anda masih merasa berdebar dan takut semasa hendak bercakap di khalayak
ramai. Perasaan itu adalah normal. Malah, saya masih lagi merasa berdebar setiap kali mahu mula
bercakap dikhalayak ramai. Namun, berbekalkan tips-tips ini, saya rasa lebih yakin dan mampu
mengawal penonton saya. Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat berjaya!

Categories: Kompilasi Tips, Persediaan Minda

http://www.osmanaffan.com/teknik-bercakap-di-khalayak-ramai/

11
10 Tips Untuk Kurangkan Gementar Bercakap Di Khalayak Ramai
By

infopelajar2u

14463

views

Setiap orang mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri, ada yang ramah, ada yang banyak
mulut, mudah bergaul, juga ada yang malu, dan hanya bercakap sepatah sahaja apabila ditanya.
Disebabkan perbezaan ini jugalah, membuatkan ramai di antara kita yang seringmeminta mereka
yang ramah, dan banyak cakap untuk ke depan bila mana ada ucapan yang perlu diberi.

Buat mereka yang pemalu, senyap, dan cepat gemuruh sudah pasti hanya diamkan diri di satu
sudut, risau namanya dipanggil untuk berucap di hadapan, lagi-lagi dengan orang yang tidak
dikenali.

Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah sebegitu, yang mana rasa sangat gemuruh bila perlu
berhadapan dengan ramai orang, bukan tiada apa nak dicakapkan, cuma terlalu gemuruh untuk
berdiri di hadapan audien yang ramai. Tapi, kalau ada cara yang boleh hilangkan rasa gemuruh ini,
ia sudah pasti akan beri banyak kelegaan.

Apakah yang boleh dilakukan untuk hilangkan rasa gemuruh ini? Menurut perkongsian dari
saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan dalam membantu
kurangkan gementar untuk bercakap di khalayak ramai ini, apakah tips nya, mari kita ikuti perkogsian
darinya.

Apa itu GEMURUH

Dulu, masa di bangku sekolah. Kalau ada kerja berkumpulan dan perlu bentangkan hasil kerja, aku
pasti tawarkan diri untuk jadi tukang tulis.

Bukan sebab tulisan aku cantik, tapi sebagai salah satu cara agar tak dipilih sebagai pembentang.

12
Aku punya takut nak bercakap di hadapan kelas, sampai menggigil macam kena demam kura. Nak
baca kad kiu yang aku pegang pun tak boleh, sebab tangan terketar-ketar. suara pun ikut
bergetar tahu tak?

Dah masuk universiti, aku masih lagi begitu.

Aku ingat dan tak akan lupa. Di kelas anatomi, doktor forensik yang mengajar kami beri aku tulang
femur dan suruh aku tunjukkan di mana letaknya foramen nutricium dan terangkan signifikan
kewujudannya.

Foramen nutricium ini adalah liang pada tulang di mana pembuluh darah yang lalui untuk
membekalkan nutrisi pada tulang. Ia agak kecil. Jadi doktor berkenaan suruh aku tunjuk ia dengan
hujung klip kertas yang telah dibuka lingkarannya.

Tangan aku sangat terketar. Bila aku letakkan hujung klip kertas pada liang di tulang peha
tersebut, ia menghasilkan bunyi berdetar dek perlanggaran klip dengan tulang berkali-kali.

Anton Timofeevich Chernov— doktor forensik yang bermuka tegas itu, tergelak besar lihat aku
gemuruh sebegitu. Hilai tawa rakan sekelas aku menyusul, memperparah suasana. Langsung aku
tak dapat jawab soalan yang diberikan, walaupun aku tahu jawapannya.
Hampeh bukan member-member!

Hihihi. Itu semua kenangan.

Sekarang aku sudah berjaya tangani masalah gemuruh. Sudah datang keberanian untuk jadi
pengacara majlis, membentangkan CME serta poster research, berlakon pementasan, dan
sebagainya.

Perkara-perkara yang aku dapat membantu kurangkan gementar

1- Amalkan senaman kardio seperti jogging, berenang dan berbasikal. Ini penting untuk kesihatan
jantung.

2- Buat persediaan awal. Fahami dan alami topik ucapan atau pembentangan. Usah tangguh ke
saat-saat akhir.

13
3- Pastikan cukup rehat dan tidur. Tubuh dan minda yang cukup rehat mampu mengendali stress
dengan lebih baik.

4- Alas perut dengan juadah ringan. Elakkan makanan pedas. Seusai itu, kosongkan pundi kencing
dan usus.

5- Elakkan minuman berkaffein sebelum berucap. Kaffein menyebabkan takikardia— jantung


berdegup pantas.

6- Datang awal, agar tidak tergesa-gesa. Kelewatan adalah stress tambahan yang perlu dielakkan.

7- Kenali audien. Beramah-mesra dengan beberapa individu daripada audien sebelum giliran anda
berucap.

8- Fokuskan minda kepada manfaat yang bakal audien perolehi daripada pembentangan anda.
Yakinkan diri.

9- Jika gugup kerana diperhatikan oleh ramai audien, kekalkan kontak mata pada individu telah
dikenali tadi.

10- Andai masih gugup juga, letakkan tangan di belakang. Supaya tak kantoi kau sedang terketar-
ketar. Hahaha.

Moga-moga dengan adanya tips ini anda dapat mengawal rasa gugup, dan gementar yang
dihadapi, serta menjadis eorang yang petah berbicara di hadapan audien yang ramai. Mari kita ubah
diri, menjadi insan yang lebih berkeyakinan.

https://www.infopelajar2u.com/tips-untuk-kurangkan-gementar-bercakap-di-khalayak-ramai/

14

Anda mungkin juga menyukai