Anda di halaman 1dari 5

TEKS CERAMAH PELAJAR DIBENARKAN BAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH.

Bismillah hirrahman nirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, kepada Pensyarah Pembimbing saya, kepada Ketua Unit, Penolong Ketua Unit dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pertama dan yang paling utama marilah kita panjatkan puji dan syukur kehadirat Allah SWT. Yang telah melimpahkan Nikmat kepada kita semua sehingga kita dapat berkumpul pada hari ini. Pada era globalisasi ini, banyak Negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media masing-masing. Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk memajukan Negara dengan pembangunan teknologi sedemikian. Hadirin dan hadirat yang InsyaAllah dirahmati Allah ! Kehadiran teknologi muti media adalah satu anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik kerana ia berkeupayaan untuk menghantar, menerima dan memproses maklumat dengan cepat dan pantas. Banyak kebaikan kepada guru-guru, para pelajar, ibu bapa dan komuniti sekeliling dengan kehadiran zaman dunia tanpa sempadan ini. Namun, perlu di ketahui juga, terdapat banyak juga keburukan IT kepada masyarakat sekarang. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian ! Terdapat banyak sangat isu semasa mengenai pendidikan pada masa ini yang perlu diketahui oleh kita semua. Kerajaan kita memang ingin melakukan tranformasi dalam sistem pendidikan Negara dan salah satu tranformasi yang ingin dilakukan pada tahun 2013 ialah memberi kebenaran kepada para pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan iaitu disiplin murid tahun 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun hadapan. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata,

walaubagaimanapun pihaknya akan memetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Baginya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar. Hadirin dan hadirat sekalian ! Ini adalah isu yang hangat dalam sistem pendidikan sekarang. Mari kita lihat terdapat pro dan kontra mengenai isu ini. Dari satu sudut, isu ini merupakan inisiatif yang baik, dimana dengan adanya telefon bimbit, pelajar-pelajar terbabit dapat menghubungi ibu bapa sekiranya berlaku apa-apa permasalahan. Namun, hanya itu sahaja kebaikannya jika ingin dibandingkan dengan keburukannya. Mungkin kerajaan akan menetapkan bahawa penggunaan telefon bimbit diterhadkan hanya pada waktu di luar kelas. Namun, kita perlu tahu bahawa pelajar-pelajar masa kini lebih pakar dalam bidang IT jika ingin dibandingkan dengan guru-guru. Dalam kalangan guru-guru juga masih ada yang tidak beberapa mahir dalam bidang IT atau erti kata lain buta IT. Walaubagaimanapun, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak merestui cadangan Kementerian Pelajaran itu atas alasan lebih banyak keburukan terutama dari segi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran malahan akan mewujudkan budaya tunjuk menunjuk dalam kalangan mereka. Namun, ada sesetengah pendapat mengatakan dengan membenarkan anakanak membawa telefon bimbit ke sekolah, keselamatan anak-anak akan terjamin. Ini merupakan alasan yang tidak munasabah. Mari kita kaji, jika berlaku kecelakaan di kawasan sekolah, guru akan tetap dipersalahkan. Oleh yang demikian, para pelajar memang menjadi tanggungjawab guru apabila berada di sekolah. Ibu bapa hanya perlu mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan nombor telefon sekolah, guru tingkatan malah nombor pengawal keselamatan sekolah untuk keperluan kecemasan. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menasihati anakanak agar tidak berada di luar kawasan sekolah selagi ibu bapa, penjaga atau pemandu bas tidak sampai lagi untuk mengambil mereka.

Hadirin dan hadirat yang InsyaAllah dirahmati Allah ! Pada hari ini saya ingin mengupas sedikit mengenai keburukan membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Terdapat sesetengah pelajar yang menyalahgunakan teknologi ini demi keseronokan dan kepuasan jiwa sahaja. Sebagai contoh, apabila guru mengajar didalam kelas, memang pada dasarnya telefon bimbit tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam kelas. Tetapi para pelajar boleh menukar mood telefon kepada keadaan senyap dan mereka masih boleh berbalas SMS, bermain game, mendengar lagu dan pelbagai lagi. Ini mampu menjejaskan tumpuan pelajar semasa guru sedang mengajar. Kesan yang paling ketara ialah ia menyebabkan keputusan peperikasaan pelajar terjejas dan berpontensi akan menurun. Berbalik pada pokok perbincangan kita pada kali ini, perkara yang lebih membimbangkan ialah telefon bimbit dijadikan alat untuk menonton video-video lucah. Pada masa yang sama, ada yang sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan malah ada yang mengedarkan bahan-bahan pornografi ini kepada kawankawan. Mungkin para pelajar yang menyebarkan mesej-mesej lucah ini hanya berniat untuk bermain-main atau mengusik rakan-rakan mereka. Tapi mereka tidak tahu dengan guaraan itu ia boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang pelajar. Selain itu, ia juga menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan perzinaan. Menurut statistik PDRM, jenayah rogol dan cabul meningkat akibat penyelahgunaan telefon bimbit dalam kalangan para pelajar. Inilah punca yang mengakibatkan kes pembuangan bayi terjadi seperti pada zaman jahiliah di tanah arab dahulu. Hadirin dan hadirat yang InsyaAllah dirahmati Allah ! Kenapa ibu bapa tidak bersetuju untuk benarkan anak-anak bawa telefon bimbit ke sekolah? Kita semua tahu bahawa ada segelintir daripada pelajar-pelajar kita lahir daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Apabila anak-anak ini tiba di sekolah, rakan-rakan kelas semua memiliki telefon bimbit, ini akan menyebabkan pelajar tersebut akan meminta-minta pada ibu bapanya untuk memiliki telefon bimbit seperti rakan-rakan kelasnya yang lain. Ada juga pelajar sekolah yang sanggup mengikat perut

semata-mata untuk memiliki telefon bimbit dan bagi memastikan telefon mereka mempunyai baki kredit prabayar yang mencukupi. Secara purata, seorang pelajar sekolah memerlukan antara RM20 ke RM30 sebulan untuk membiayai tambah nilai kad prabayar mereka dan ia merupakan pembaziran bagi kalangan pelajar yang hanya menggunakan telefon bimbit untuk bermesej dan berceloteh kosong sahaja. Ini merupakan punca ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka menggunakan telefon bimbit dan membawa telefon bimbit ke sekolah. Setiap pelajar memiliki perangai dan ragam masing-masing. Ada yang baik, nakal, pendiam, gedik dan pelbagai lagi. Bagi pelajar yang nakal, mereka suka melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah bagi mengembirakan hati mereka. Apabila mereka berkumpul beramai-ramai atau ketika guru tidak masuk ke kelas, mereka gemar untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang mungkin mendatangkan masalah pada pihak lain. Sebagai contoh membuat panggilan palsu kepada agensi tertentu. Tamsilannya, membuat panggilan ke talian 999 untuk membuat panggilah palsu. Talian ini sering disalahgunakan oleh para pelajar demi keseronokkan mereka tetapi menyusahkan pihak lain. Keburukan lain, penggunaan telefon bimbit dalam jangka masa yang lama boleh mendatangkan kesan pada otak seperti pengingkatan sel-sel barah. Hadirin dan hadirat seakidah sekalian, Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kemudahan pada kita, namun pada masa yang sama ia memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda para pelajar di sekolah. Sebagai seorang pelajar, mereka harus bijak menggunakan kemudahan teknologi maklumat ini dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan yang sia-sia. Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan penting bagi memantau setiap kegiatan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Demikianlah apa yang dapat saya sampaikan, jika ada kata-kata saya yang menyinggungkan perasaan mana-mana pihak, saya minta maaf dan kepada Allah saya

mohon ampuan. Wabillahit taufiq walhidayah, wasalammualaikum warahmatullah hi wabarokatu.

Anda mungkin juga menyukai