Anda di halaman 1dari 15

Format Karangan Jenis Laporan.

Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar
atau dilihat.

Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butirbutir yang munasabah atau lojik.

Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan,
perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah


penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan
setiausaha.

Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan
lawatan terhadap pembelajaran.

Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.

Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Tajuk Laporan

Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar
semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk
terlalu panjang.
Isi Laporan :
Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan pelapor

Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.


Tarikh

Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor

Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

Nama Pelapor

Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.


Jawatan Pelapor :
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya .
Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili

Contoh Karangan Jenis Laporan


Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur baru baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu
dikehandaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.


Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Kolej Sultan Abdul
Hamid, Alor Setar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 April 2009 disertai oleh sebanyak
40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP,
mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan
konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga
disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah
rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami
disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi
penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi
taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi
satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa
berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan
oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi,
dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah
Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga
diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya
apabila timbul beberapa kemusykilan.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas
cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan
begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik,
yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan
jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku
bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan,
kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak
faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku
bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama
ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.
Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan
pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa
pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil
belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan
meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun
lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai
lawatan sambil belajar pada masa depan.

Dilaporkan Oleh, 12 Mei 2009.


Farid Asfar

(FARID ASFAR B ABD GHANI)


Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Dilayari pada : http://pakanasksah.blogspot.com/2009/05/contoh-karangan-jenislaporan_11.html

LAPORAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS DAN MUZIUM KESENIAN ISLAM
MALAYSIA

ANJURAN:
GERAK KERJA KELAB
KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT PORT DICKSON

Pengenalan
Program lawatan sambil belajar ke Petrosains adalah merupakan salah satu aktiviti yang
telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti kokrikulum bagi sesi Januari 2011. Ahli - ahli

Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson sesi Januari 2011 diharapkan dapat
memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab apabila dilantik sebagai penjawat awam kelak.

Bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar, Gerak kerja Kelab telah
membentuk satu organisasi yang diketuai oleh saudari Nurul Fatehah Binti Abd Wahab.
Organisasi ini telah dipantau oleh Puan Koh Bee Toh selaku penasihat dan pembimbing dalam
pengurusan serta pembentukan program ini. Selain itu diharapkan program ini dapat menjadi
satu program yang berjalan dengan baik dan lancar.
Objektif
Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelatih, pengajar dan pihak pengurusan melalui
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang kesihatan di kalangan pelatih.
Mendedahkan hubung kait antara kesihatan dan teknologi kepada pelatih.
Meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi di kalangan pelatih.
Menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelatih.

Pengenalan program
Program: Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains
Anjuran: Gerak Kerja Kelab, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson
Penyertaan: Ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson
Program ini diadakan untuk mendekatkan pelatih, pengajar dan pengurusan aktiviti. Selain
itu, dengan adanya program ini, diharap dapat melahirkan bakal Jururawat Masyarakat yang
sihat ,mempunyai permikiran yang berinovasi dan kreativiti yang tinggi.
KUMPULAN SASARAN
Pelatih Kursus Jururawat Masyarakat

Anggaran peserta : 35 orang


TEMA PROGRAM
Kesihatan Menjana Kecemerlangan Pelatih
LOKASI DAN MASA PROGAM
Lokasi

: Petrosains Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur

Tarikh

: 26.03.2011

Hari

: Sabtu

Masa

: 7.00 am 7.00 pm

CARTA ORGANISASI
PENAUNG

: PUAN AISHAH BINTI SEMAN

PENYELARAS PROGRAM

: PUAN KOH BEE TOH

PENGERUSI

: NURUL FATEHAH BINTI ABD WAHAB

NAIB PENGERUSI

: NOR SHAKIRA BINTI ISMAIL

SETIAUSAHA

: WANN NUR ALIANA ABDULLAH

BENDAHARI

: JENNIFER ANAK KIDOK

NAIB BENDAHARI

: HARDAWATI BINTI MAT KAHAR

AHLI JAWATANKUASA

: i) AJK KECERIAAN
RANEY ANDREYNI BINTI ABD SUKOR (KETUA)
FAZLIA BINTI RAJAK
NOR AMALINA BINTI GHAZALI
NOR ASMALIHAN BINTI M JAFAR
ii) AJK KERBERSIHAN
NURUL ASHIKIN BINTI ADALAN (KETUA)
NORFADZIAN BINTI MOHD FADZIR
NORFAIZANI BINTI SAARI
NUR AZIAH BINTI A JALIL
iii)

AJK KESELAMATAN
AZIHAN BINTI OSMAN (KETUA)
NUR ZILA BINTI HARUN

ROSMAWATI BINTI WAHAB


SITI NOORIZAITUL AKMAL BINTI ISMAL
iv)

AJK PERALATAN
NOR FADZILAH BINTI YUSOF (KETUA)
SITI SURIATI BINTI ISMAIL
SITI ZULAIKHA BINTI GEZALI
ZUDIANI BINTI ZULKIPELI

MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA

PETROSAINS, KLCC

Penutup.
Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan
projek ini amatlah dialukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

(WANN NUR ALIANA ABDULLAH)

17 APRIL 2011

Setiausaha,
Gerak Kerja Kelab

Dilayari pada: http://teh-tarik4u.blogspot.com/2011/04/contoh-laporan-lawatan-sambilbelajar.html

LAPORAN AKTIVITI / PERTANDINGAN

Contoh format laporan adalah seperti berikut :-

1. Tajuk Laporan
( Awal huruf ditulis dengan huruf besar )
( Tajuk ditulis di bahagian tengah )

2. Isi Laporan
Isi laporan perlu menyentuh peristiwa yang berlaku secara menyeluruh, iaitu:

Tarikh

Masa

Tempat

Tujuan aktiviti/ pertandingan diadakan

Siapa yang terlibat

Apa yang berlaku ( rentetan peristiwa )

Aktiviti dan kejayaan yang dicapai ( bagi laporan pertandingan )

3. Nama pelapor

4. Tarikh ( Ditulis selari dengan nama pelapor )

5. Jawatan pelapor

****************************************************************************************************

1. Guru penasihat yang terlibat perlu menyediakan laporan aktiviti yang diadakan atau
laporan pertandingan yang disertai mengikut format menulis laporan yang dinyatakan di
atas.
2. Laporan yang disediakan mestilah ditulis dalam bentuk karangan.
3. Laporan yang disediakan perlu disertakan dengan gambar aktiviti atau pertandingan
yang disertai.
4. Guru- guru yang terlibat boleh memohon kerjasama daripada pelajar yang terlibat untuk
menyiapkan laporan.
5. Laporan yang disediakan perlu diserahkan kepada penyelaras majalah dalam bentuk
softcopy dan hardcopy.
6. Laporan aktiviti atau pertandingan yang diadakan mestilah dihantar selewatlewatnya seminggu selepas tarikh pertandingan dan aktiviti diadakan kepada
penyelaras majalah.

CONTOH LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR


1.0 PENGENALAN
Pada setiap tahun, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Derah Petaling telah mengadakan
Kejohanan Bola Tampar Daerah Petaling Utama. Tahun ini adalah merupakan tahun pertama
penganjuran Bola Tampar bagi Petaling Utama sejak PPD Petaling dipecahkan kepada dua
iaitu Petaling Utama dan Petaling Perdana. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan
Taman Dato Harun 2 telah mengambil bahagian dalam Kejohanan buat kali pertama ini.
Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam ketegori Lelaki dan perempuan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan memberikan murid-muird peluang menyertai pertandingan Sukan

Bola Tampar.
2.2 Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat
sekolah rendah lagi.
2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang diambil.
2.4 Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.
2.5 Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan
cabaran.
2.6 Memupuk semangat perpaduan dikalangan murid selaras dengan "RIMUP".
3.0 RASIONAL
3.1 Dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada murid.
3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Pendidikan

Jasmani

untuk diserapkan dalam aktiviti luar.


3.3 Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid.
3.4 Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai sesebuah
kejohanan dari awal hingga akhir.

4.0 BUTIRAN KEJOHANAN


Tarikh

: 1,2 & 3 APRIL 2008

Masa

: 8.30 pagi hingga 4.00 Petang

Tempat

: SJK C TROPICANA, DAMANSARA.

5.0 SASARAN PESERTA


Para peserta adalah dari kalangan dari Kelab Bola Tampar sekolah dan juga daripada muridmurid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6.

6.0 CATATAN / ULASAN


Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam kedua-dua ketogeri iaitu ketogeri
lelaki dan perempuan. Pasukan sekolah telah bermain dengan bersunggung-sungguh namun
nasib pasukan sekolah kita kurang baik kerana hanya dapat beraksi pada peringkat kumpulan
sahaja. Masih banyak kelemahan yang perlu di perbaiki untuk pasukan bola tampar sekolah.
Banyak latihan dan pendedahan yang perlu diberikan kepada mereka sebagai

pendedahan. Ada antara mereka berasa gementar dan kaku kerana kali pertama bertanding
dalam permainan bola tampr. Oleh itu saya mencadangkan pada tahun hadapan kita perlu
mengenal pasti para pemain yang berbakat dan mengadakan latihan daripada awal tahun lagi.
Selain itu juga saya mencadangkan supaya diberikan galakan daripada pihak sekolah melalui
ganjaran semasa hari anugerah kepada pasukan yang berjaya. Ini secara tidak langsung akan
meningkatkan semangat mereka untuk bertanding dan bermain dengan bersungguh-sungguh.

Disediakan oleh:

..
Pengurus Pasukan
Bola Tampar

Disemak oleh:

..
JAMIL BIN HASSAN
Penolong Kanan Kokurikulum
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO HARUN ( 2 )

LAPORAN MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE- 11


Tarikh

14 Disember 1999

Masa

10.00-12.15 Tgh

Tempat

Studio RPS 206

Kehadiran

Semua hadir

Agenda Mesyuarat
1.

Kata-kata oleh Saudara Law selaku ketua kumpulan 3

2.

Perbincangan tentang penyediaan laporan kajian

3.

Perbincangan tentang susunan maklumat dalam laporan

4.

Menentukan format yang akan digunakan dalam laporan

5.

Pembahagian tugas masing-masing

6.

Perbincangan tentang data cadangan

1. Kata-kata oleh ketua kumpulan


Selaku ketua kumpulan 3, Law telah memulakan perjumpaan dengan menjelaskan
secara ringkas tentang final presentation yang lepas dan seterusnya menyatakan langkahlangkah yang bakal diambil dalam menyediakan laporan kajian kes kumpulan kami.

2. Perbincangan tentang penyediaan laporan kajian


Kami telah membincangkan tentang penyediaan laporan kajian dan memikirkan apa-apa
maklumat yang akan dimasukkan dalam laporan tersebut disamping memikirkan apa-apa
yang berkaitan.
3. Perbincangan tentang susunan maklumat dalam laporan
Selepas membincangkan tentang penyediaan laporan kami seterusnya membincangkan
tentang susunan maklumat dalam laporan yang akan dibuat supaya ianya bersesuaian
dengan data-data yang akan dimasukkan misalnya daripada awal data sehingga data-data
yang seterusnya mengikut susunan yang betul.
4. Menentukan format yang akan digunakan dalam laporan
Setelah selesai membincangkan susunan untuk laporan tersebut kami kemudiannya
membincangkan tentang format-format yang akan digunakan dalam menyediakan laporan
tersebut misalnya dalam penggunaan font dan sebagainya yang berkaitan. Perkara ini
dibincangkan kerana kami akan membuat laporan tersebut mengikut bahagian masing-masing
dan ini amat penting untuk mengelakkan ketidakseragaman dalam laporan yang akan dibuat.

5. Pembahagian tugas masing-masing


Kami juga telah membahagikan tugas masing-masing dan membincangkan apa-apa yang
perlu untuk dimasukkan dalam laporan tersebut.Kami telah sepakat untuk membahagikan
tugas-tugas tersebut berdasarkan kepada kerja-kerja yang pernah dibuat oleh masing-masing
dan Law selaku ketua kumpulan telah meminta kami menyiapkan laporan kami sehingga
Khamis pagi dan jika tiada apa-apa halangan akan dimasukkan terus data-data tersebut pada
hari itu juga.
6. Perbincangan tentang data cadangan
Setelah kesemua perkara telah dibincangkan, perkara yang akhir sekali dibincangkan ialah
berkenaan dengan data cadangan tempohari iaitu semasa final presentation yang lalu. Kami
membincangkan bagaimana kami boleh mengkategorikan cadangan kami sama ada ianya
satu cadangan jangkamasa pendek ataupun cadangan jangkamasa panjang. Hal ini telah
dibincangkan semula memandangkan Dr. Badaruddin ada menyebut tentang perkara ini

dalam memberikan komennya selepas final presentation yang lalu. Akan tetapi ini semua
masih dalam pertimbangan dan jika tiada apa-apa halangan kami akan membuatnya seperti
yang dikehendaki dan ini adalah bergantung kepada keadaan. Perjumpaan telah berakhir
selepas semua perkara telah dibincangkan.

Disediakan oleh,

Rubiah Bt. Mohd Nazidi

http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/GrpThree/MeetingReport/laporan_minit_mesyuarat_
kumpulan.htm

Anda mungkin juga menyukai