Anda di halaman 1dari 2

YEOH HUI BAO (PISMP AMBILAN JAN 2013)

1. Sila huraikan apakah Web 2.0?


Menurut OReilly Media (2004), Web 2.0 adalah mengenai interaksi antara
diri kita sendiri dan orang lain. Yang paling menonjol pada Web 2.0 ini diubahnya
dari sistem dokumen siap sedia ke platform aplikasi dan menjadikan web
menjadi aplikasi yang berjalan di atas browser.
Web 2.0 adalah generasi kedua dari World Wide Web yang
memungkinkan adanya pelbagai interaksi antara pemilik dan pengguna dengan
konsep yang lebih mudah dan fleksible atau boleh dikatakan sebagai
komunikasi pelbagai arah. Web 2.0 juga menfokuskan pada kemampuan
orang untuk berkolaborasi dan berkongsi maklumat secara online. Selain itu,
pemilik boleh berkongsi maklumat, kemudian pemilik atau pengunjung pula
boleh meninggalkan/ menambahkan sesuatu di dalamnya. dengan kata lain kita
sebut web 2.0 sebagai web read-write.


Rajah 1 : Ciri-ciri Web 2.0
Interaktif
Penggunaan medium
yang lebih meluas
seperti video, suara,
imej dan foto,
perbincangan
berbentuk forum, blog
dan sebagainya
merupakan ciri-ciri
interaktif yang wujud
dalam Web 2.0
Jaringan sosial
Jaringan sosial
bermaksud
pembinaan komuniti
yang menggunakan
platform web dan
portal bagi
merealisasikan tujuan
tersebut.
Perkongsian maklumat
secara percuma
Online encyclopedia!
Pengunjung boleh
menikmati pencarian
dan perkongsian
maklumat dan
pengetahuan secara
percuma dan tanpa
batasan.
Bernilai komersil
Pengguna boleh menjalankan
bisnes di internet.
RSS reader
Pada web site atau blog.
Boleh memberi maklumat dengan
serta-merta kepada pengunjung
bila sesebuah laman web
dikemaskini jika pengunjung
tersebut telah 'subscribe'.
YEOH HUI BAO (PISMP AMBILAN JAN 2013)

2. Sila beri contoh halaman Web 2.0 dan terangkan mengapakah anda
memilih halaman web tersebut?
Salah satu contoh Web 2.0 ialah Wiki. Saya memilihnya kerana :
Wiki mudah bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai dan
menerima maklum balas daripada mereka.
Wiki dapat membina satu wadah pengetahuan dan bukannya sekadar
penulisan catatan peribadi.
Wiki merupakan alat komunikasi dan kerjasama dalam laman web yang
boleh digunakan bagi menggalakkan pengguna untuk belajar dengan
orang lain dalam satu persekitaran kolaboratif.
Pengguna boleh menambahkan ringkasan pendapat mereka berkenaan
bahan-bahan bacaan.
Wiki boleh digunakan untuk menerbitkan sumber-sumber kursus seperti
sukatan pelajaran dan lampiran edaran, dan pengguna boleh menyunting
serta memberikan komen secara langsung untuk dibaca oleh semua.
Wiki membolehkan pengguna mendapatkan maklumat secara percuma
dalam pelbagai bahasa.

Anda mungkin juga menyukai