Anda di halaman 1dari 2

Cerita Pokok

Kelapa
Diceritakan semula oleh Nurhayani Abu Bakar

Pada masa dahulu, terdapat seorang lelaki tua. Beliau


adalah sangat tua. Sesetengah orang mengatakan
bahawa umurnya adalah seribu tahun. Beliau juga sangat
bijak dan tahu banyak perkara. Ramai orang datang untuk
melawat beliau di dalam gua berhampiran laut. Mereka
sentiasa meminta bantuan daripadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda datang berjumpa


dengan orang tua yang bijaksana ini. "Wahai ayah yang
bijaksana," kata lelaki muda itu, "Saya mahu menjadi
seorang yang berguna kepada

manusia. Saya mahu

berkhidmat kepada mereka sepanjang hidup saya.


Bagaimana saya boleh melakukan ini?

"Itu sangat baik," kata lelaki tua itu. Ini adalah sebuah
kotak ajaib. Jangan buka kotak ini sehingga anda sampai
ke rumah. Jika anda membukanya sekarang, sesuatu
yang buruk akan berlaku kepada anda.
"Terima kasih, wahai ayah yang bijaksana, kata lelaki
muda itu. Kemudiannya, pemuda tersebut mengambil
kotak dan pulang. Apabila beliau keluar dari gua, dia
berhenti. "Saya tertanya-tanya apa yang ada dalam kotak
ini?"

katanya

kepada

dirinya

sendiri.

"Saya

akan

melihatnya.

Dia membuka kotak dan sekali gus dia bertukar menjadi


pokok kelapa yang tinggi. Itu adalah hukuman kepadanya
kerana mengingkari orang tua itu, tetapi dia telah
mencapai hasratnya kerana pokok kelapa adalah sangat
berguna kepada manusia.

Anda mungkin juga menyukai