Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PRASEKOLAH

TEKS CATATAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hamah Rapea’ah
binti Semawi, Penyelia Kurikulum Bahasa mewakili Pegawai
Pendidikan Daerah Simunjan dengan diiringi oleh Hajah Saimah binti
Haji Chek, Guru Besar SK Abang Kadir Gedong
Majlis selanjutnya mempersilakan tetamu kehormat dan hadirin
sekalian berdiri bagi menghormati nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu
Pertiwiku.

Para hadirin dipersilakan duduk.


Bismillahirrahmanir Rahim
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

1. Yang Berbahagia, Puan Hamah Rapea’ah binti Semawi,


Penyelia Kurikulum Bahasa mewakili Pegawai Pendidikan
Daerah Simunjan

2. Yang Berusaha, Hajah Saimah bin Haji Chek, Guru Besar Sk


Abang Kadir Gedong.

3. Yang dihormati, .................., Yang diPertua Persatuan Ibu


Bapa dan Guru SK Abang Kadir Gedong;

4. Yang dihormati, Encik Yakup bin Lias, Penolong Kanan


Pentadbiran SK Abang Kadir Gedong

5. Yang dihormati, Encik Abu Supian bin Bujang, Penolong


Kanan Kokurikulum SK Abang Kadir Gedong

6. Seterusnya barisan guru, barisan AKP, ibu bapa dan murid-


murid sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat
berkumpul pada pagi yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis
Anugerah Pelajar Cemerlang Prasekolah bagi tahun 2018. Majlis
merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu
kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Hamah Rapea’ah
binti Semawi kerana sudi hadir dalam Majlis Anugerah Pelajar
Cemerlang Prasekolah pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan
kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin sekalian. Semoga
dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Ke Pekan Kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput


.....................................................................untuk mengetuai bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas


bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan, majlis kita akan berjalan
dengan lancar atas berkat doa yang dipohon.

Hadirin sekalian, sebagai persembahan pembukaan, kita akan


dipersembahkan sebuah ........................................ oleh ..................di
bawah bimbingan ............... Marilah sama-sama kita saksikan.

*persembahan pembukaan*

Begitulah tadi persembahan pembukaan oleh ......................... Majlis


merakamkan ribuan terima kasih.

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput


.................................................................selaku wakil murid untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diatas ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, Hajah Saimah binti Chek,


Guru Besar SK Abang Kadir Gedong bagi menyampaikan ucapan. Majlis
dengan penuh hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diatas ucapan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari

Jangan patahkan batang jerami

Kepada tuan sembah diberi

Mohon rasmikan majlis kami

Majlis kita diserikan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia Puan Hamah
Rapea’ah binti Semawi untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Praskeolah bagi tahun
2018. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis kita dilanjutkan lagi dengan penyampaian hadiah.


Majlis dengan ini menjemput Hajah Saimah binti Haji Chek, Guru Besar SK
Abang Kadir Gedong untuk mempersilakan dan mengiringi ..........................
untuk menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan ini
mempersilakan.

Mendahului senarai:

1. Penyampaian Saguhati Murid 5 Tahun

2. Penyampaian Hadiah Ketua dan Penolong Ketua Kelas

3. Penyampaian Hadiah Pelajar Rajin ke Sekolah

4. Penyampaian Hadiah Terbaik berdasarkan tunjang

Mohon Guru Besar dan ................. untuk terus kekal berada di atas pentas.

Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya menjemput Yang


Berbahagia Puan Hamah Rapea’ah binti Semawi ke atas pentas untuk
menyempurnakan sesi penyampaian hadiah dan penganugerahan
prasekolah.

Mendahului senarai:
1. Penyampaian Sijil Graduasi Prasekolah 2018
2. Anugerah Pelajar Harapan 6 tahun dan 5 tahun
3. Penyampaian Sijil AJK Prasekolah 2018
4. Penyampaian Anugerah Keluarga Prihatin 2018

*cenderamata kepada Guru Besar (KIV yang memberi)

Seterusnya, sebagai tanda kenangan, majlis menjemput Guru Besar,


Hajah Saimah binti Haji Chek untuk menyerahkan cenderamata kepada
Yang Berbahagia Puan Hamah Rapea’ah binti Semawi. Majlis dengan ini
mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan


Hamah Rapea’ah binti Semawi atas kesudian menyempurnakan
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, diadakan sesi fotografi. Diminta semua murid prasekolah, guru-


guru prasekolah, AJK Prasekolah dna ibu bapa untuk naik ke atas pentas
untuk merakamkan gambar kenang-kenangan bersama dengan tetamu
jemputan.
Hadirin sekalian, dengan berakhirnya sesi fotografi sebentar tadi, maka majlis
kita telah hampir berada di penghujungnya.

Sebelum tirai berlabuh, saya selaku wakil majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Prasekolah
SK Abang Kadir Gedong pada tahun ini.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan,

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua saya pohonkan.

Daun selasih permainan budak,

Bunga melur berbau wangi,

Bertaut kasih bercerai tidak,

Panjang umur berjumpa lagi.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalam wbt.

Anda mungkin juga menyukai