Anda di halaman 1dari 3

INTEGRITI MENCITRAKAN MINDA KELAS PERTAMA

"Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku." Itulah kata kata indah yang lahir daripada Profesor Doktor Yusuf AlQardhawi. Renung-renungkan. Salam apresiasi saudara pengerusi majlis, barisan panel kehakiman penuh berintegriti, penjaga masa yang tidak pernah lekang dengan waktunya, rakan-rakan seperjuangan, seterusnya hadirin yang diberkati. Assalamualaikum warahmatulhiwabarakatuh, salam ceria ikatan murni, salam 1 Malaysia. Integriti Mencitrakan Minda Kelas Pertama. Begitulah bunyinya mauduk tajuk pidato yang disajikan buat santapan minda warga merdeka. Justeru, mari kita bermula dan merungkai idea yang tersirat mahu pun yang tersurat. YAB Perdana Menteri berkata dalam Utusan Malaysia tahun 2010, Integriti perlu dilihat pada satu konsep yang holistik dan komprehensif secara semulajadi. Integriti jika dilihat dari maksud yang mendalam bermaksud seseorang yang boleh dipercayai, amanah, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, komited menjalankan tugas dan berpegang pada janji serta. Dalam memperkatakan tentang minda kelas pertama, Y.A.B. Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke 9 telah memberi penekanan kepada usaha memupuk minda kelas pertama di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat berminda kelas pertama merujuk kepada masyarakat yang berpengetahuan,mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Selain itu, masyarakat berminda kelas pertama juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Lantaran itu, bagi mengupas dan mengulas persoalan ini, 3 perspektif utama saya ajukan. Pertama, Integriti Dimartabat Negara Dijulang, Kedua, Integriti Meningkatkan Produktiviti. Dan yang ketiga, Integriti Meningkatkan Kualiti Insani. Sidang penonton yang penuh santun, bicara saya yang pertama ialah Integriti Dimartabat Negara Dijulang. Integriti membawa maksud nilai kejujuran dan keperbadian yang luhur menjadikan negara dipandang hemah dan mulia oleh seantero dunia. Masyarakat yang memahami nilai-nilai kemanusiaan yang harus dijadikan amalan bagi membentuk insan yang cemerlang akan menjadi rakyat yang berfikiran kelas pertama. Sebagai warganegara Malaysia, saya sangat berbangga kerana rakyat negara ini sudah mempunyai nilai integriti yang baik. Buktinya, apabila seorang pegawai TLDM iaitu Bakhri Shah Abdullah dari Kt Sultan Idris (1) Pangkalan Lumut yang dilaporkan oleh

akhbar Berita Harian pada 15 Jun 2009 telah menerima Pedang Kehormat Kesatuan Britannia dan beliau merupakan orang bukan British yang pertama menerima anugerah itu. Selain beliau, nilai integriti ini juga telah menjadikan rakyat kita antara usahawan yang berjaya. Ku Azhar Ku Abd Razak merupakan bekas tentera dan kini beliau antara usahawan berjaya negara dengan kejayaan membuka syarikat perusahaan feri terbesar Malaysia iaitu JMV Tradetech. Kejayaan syarikat beliau juga telah memperkenalkan destinasi menarik Malaysia seperti Langkawi di peringkat global. Ini telah menunjukkan kepada kita bahawa rakyat minda kelas pertama yang berintegriti menjulang negara di peringkat antarabangsa. Bicara saya yang kedua, Integriti Meningkatkan Produktiviti. Saban tahun kita melihat betapa besarnya peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan terhadap institusi pendidikan dalam usaha untuk memantapkan lagi medan pendidikan negara seterusnya berjaya melahirkan rakyat minda kelas pertama yang bakal menerajui negara. Hal ini kerana, dalam dunia yang penuh cabaran ini, seseorang individu perlu mengolah sesuatu yang baru dan segar berdasarkan pengetahuan yang ada. Itulah domain yang ingin dibentuk dalam modal insan hari ini. Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, pelajar PHD dalam bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan nama negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005. Ini membuktikan inilah rakyat minda kelas pertama yang dalam dirinya berintegriti yang akan memacu kepesatan negara Malaysia agar berjaya menharungi arus globalisasi supaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain. Bicara saya yang ketiga yakni yang terakhir, Integriti Meningkatkan Kualiti Insani. Hakikat dan lumrah kehidupan, masyarakat yang berlimu dan berpengetahuan tinggi diberi keutamaan dan penghormatan. Sejarah pembinaan tamadun dunia telah membuktikan bahawa keagungan sesebuah tamadun dapat diukur melalui tahap keintelektualan dan nilai integriti masyarakat tamadun tersebut. Al-Khawarizmi, tokoh yang cukup ulung dalam bidang matematik. Hasil kajian beliau telah menjadi asas kepada teori trigonometri. Tokoh Barat, Professor Hitti sangat menyanjungi beliau dan menganggap tokoh Islam itu antara saintis yang terulung dunia. Selain itu juga, saya bawakan contoh-contoh pelajar cemerlang SPM terdahulu. Nuramalina Che Bakri, Nadiah Amirah Jamil, Azali Azlan dan Nik Nurmadihah yang merangkul kejayaan cemerlang dalam SPM membuktikan rakyat yang berintegriti meningkatkan kualiti diri yang unggul sekaligus mampu memberi sumbangan besar kepada negara ke arah kegemilangan. Pada penghujung bicara,jelas tertera, daripada 3 persepktif yang saya ajukan tadi, pastinya terserlah kebenaran dan membuka minda pria dan juwita di dalam dewan yang mulia ini dalam memahami bangsa bagaimana integriti mencitrakan minda

kelas pertama. Ia penting kerana integriti merupakan satu nilai yang sangat penting dalam masyarakat kita. Masyarakat yang berpegang teguh kepada integriti adalah masyarakat yang akan membangun. Jika kita bercakap tentang pembangunan bukan hanya bangsa tetapi turut merangkumi tamadun yang berjaya adalah kerana pegangan yang kuat kepada integriti. Ini kerana jika kita hidup tanpa berlandaskan integriti maka seluruh sistem dalam masyarakat itu akan musnah.

Sekian, wabillah wabarakatuh.

hitaufik

walhidayah

wassalammualaikum

warahmatullahi

Anda mungkin juga menyukai