Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim, Cetusan barakah buat peneraju acara, saf kehakiman

intelektual, berkarisma, seterusnya sidang hadirin warga dewan berwibawa.


Assalamualaikum w.b.t. dan salam Malaysia Madani.

Hadirin sekalian,

Suka saya memetik satu rangkap bait yang berbunyi, mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresi, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa hadapan. Itulah
cabaran yang keenam yang jelas telah terkandung di dalam wawasan 2020.Bertitik
tolak daripada kesedaran tersebut, maka berdirinya saya di sini, bagi menyampaikan
sebuah pidato yang bermauduk ‘Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang’.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Di dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa pendidikan merupakan


keprihalan mendidik. Cemerlang pula diertikan sebagai bersinar dengan
terang,berkilauan dan gilang-gemilang. Negara pula dirujuk sebagai suatu
masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan
manakala terbilang pula dirujuk sebagai yang terkenal dan terkemuka. Jika
digabungkan kata-kata ini maka muncullah satu makna untuk memberi peringatan
yang sangat keramat kepada kita semua iaitu bertapa pentingnya pendidikan untuk
memajukan negara tercinta.

Warga Dewan Sekalian,

Indikator pertama
Pendidikan berintegriti negara dijulang. Integriti membawa maksud nilai kejujuran
dan keperibadian yang luhur menjadikan negara dipandang hebat dan mulia oleh
seantero dunia. Melalui pendidikan yang berintegriti, nilai-nilai kemanusiaan sejagat
perlu diterapkan,maka rasuah dan jenayah kolar putih dapat disekat dalam minda
masyarakat. Walhasilnya, generasi yang dilahirkan menerusi sistem pendidikan yang
berintegriti ini ialah generasi yang kental jiwanya, murni akhlaknya, sempurna pula
mindanya. Persisnya, Ku Azhar Ku Abd Razak yang merupakan bekas tentera
berjaya menjadi antara usahawan yang menubuhkan syarikat perusahaan feri
terbesar Malaysia iaitu JMV Tradetech. Kejayaan syarikat beliau juga telah
memperkenalkan destinasi menarik Malaysia seperti Langkawi di peringkat
global.Nah,benarlah insan yang berpendidikan tinggi akan mampu menjulang nama
negara tidak kira bidang apa yang diceburinya.
Warga intelektual sekalian,

Indikator kedua
“Pendidikan kreatif dan inovatif negara produktif”. Dalam dunia yang penuh cabaran
ini, seseorang individu perlu mengolah sesuatu yang baru dan segar berdasarkan
pengetahuan yang ada. Itulah domain yang ingin dibentuk dalam modal insan hari
ini. Maka tidak hairanlah pada setiap tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
membelanjakan jutaan ringgit bagi meningkatkan aspek kreativiti dan inovasi dalam
dunia pendidikan. Lihat sahaja Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, pelajar Ph.D
dalam bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini
mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan nama
negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005. Insan
yang kreatif dan inovatif inilah yang akan memacu kepesatan negara Malaysia agar
berjaya mengharungi arus globalisasi yang melanda. Oleh itu, kita seharusnya
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain. Maka,
jelaslah Pendidikan yang kreatif mampu menjadi sebuah negara yang produktif.

Hadirin sekalian,

Indikator ketiga ,
“Pendidikan berkualiti sosial sejahtera.” Menurut Hussein Mahmood dalam bukunya
“Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah”, pendidikan berkualiti ialah pendidikan
yang berjaya menggabungjalinkan empat aspek utama Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek . Apabila keempat-empat
aspek ini digabungkan, maka pendidikan akan berjaya melahirkan pelajar yang
berjaya mengikut bakat dan potensi diri masing-masing. Dengan itu, negara kita
tidak akan ketandusan pekerja mahir, separa mahir dan profesional. Perkara ini
terbukti melalui usaha kerajaan menubuhkan pelbagai institusi pendidikan daripada
prasekolah hingga ke universiti, daripada institusi kemahiran asas sehingga ke
kemahiran paras terendah di seluruh dunia. Jadi, jelaslah di sini, sudah terang lagi
bersuluh, pendidikan berkualiti menjana kesejahteraan sosial.

Hadirin Sekalian,

Saya ingin mengajak sidang dewan berfikir sejenak, bayangkan apa yang akan
terjadi sekiranya pendidikan kita diabaikan. Adakah kita ingin lihat negara kita
mundur dek pendidikan yang terabai? Tuntasnya, saya menyeru kepada rakan-
rakan dan sidang hadirin. Marilah kita bersama-sama memperhebatkan pencapaian
negara dengan meningkatkan tahap Pendidikan kita. Tepuk dada, tanya selera…

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai