Anda di halaman 1dari 15

1.

Gambar di bawah menunjukkan bajet asas seseorang individu


yang baharu bekerja. Huraikan pendapat anda tentang cara
perbelanjaannya dan
kemukakan cadangan
anda
untuk
menambah baik cara perbelanjaannya itu.

Bajet Asas bagi Individu yang Baharu Bekerja


30% Perbelanjaan peribadi - makanan, pakaian, hiburan, dan
lain-lain
20% Hutang pinjaman pelajaran dan simpanan
40% Rumah dan utiliti
10% pengangkutan termasuk pinjaman kereta

Pendahuluan
Isu krisis kegawatan ekonomi dan kemelut inflasi sering
dipolemikkan oleh media massa pada era globalisasi ini. Corak
perbelanjaan dalam kalangan remaja semakin memboros dan
menimbulkan pelbagai polemik sehingga ke persidangan
parlimen. Tegal itu, NKRA ( Bidang Keberhasilan Utama
Negara) telah menyasarkan peningkatan taraf hidup, agar
menambah pendapatan boleh guna dalam kalangan rakyat murba
Malaysia. Persoalannya, apakah cara perbelanjaan golongan
muda-mudi pada marcapada dan apakah pula cara berkesan
untuk menambah baik cara perbelanjaan dalam kalangan anak
watan yang baru bekerja?
Isi 1:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa individu yang baru
bekerja mestilah mengamalkan cara perbelanjaan yang berjimat
cermat. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan berjimat
cermat merupakan tuntutan semua agama dan memboros ialah
kawan syaitan. Contohnya, saya optimis bahawa bajet asas saya
hanya diperuntukkan sebanyak 30 peratus daripada jumlah
pendapatan untuk perbelanjaan peribadi seperti makanan,
pakaian, hiburan, dan lain-lain. Sekiranya hal ini dilakukan pasti
akan melatih diri saya supaya mempunyai tahap disiplin yang
tinggi. Tegasnya, saya mestilah melakukan perancangan
kewangan dan pengurusan bajet dengan prinsip mengukur baju
di badan sendiri.

Isi 2:
Sementara itu, bajet asas bagi golongan yang baru
melangkah ke alam pekerjaan ialah menjelaskan hutang
pinjaman pelajaran dan membuat simpanan untuk masa depan.
Hal ini memanglah penting kerana simpanan dapat
menghindari sikap memboros dan mengamalkan perbelanjaan
yang berhemat. Contohnya, sebanyak 20 peratus daripada
jumlah pendapatan boleh guna disimpan sebagai persediaan
untuk masa depan, bak kata peribahasa sediakan payung
sebelum hujan. Sekiranya hal tersebut dilakukan pasti akan
melahirkan modal insan yang pandai merancang dan tidak hidup
bagai melukut di tepi gantang. Tegasnya, simpanan wang atau
tabungan juga penting untuk menghadapi waktu kecemasan,
menyediakan kos perubatan, melanjutkan pelajaran, membuat
pelaburan dan melancong di negara asing, bak pepatah berjimat
sebelum habis, cermat sebelum kena.
Isi 3:
Akhir sekali, bajet asas seseorang individu
ialah memastikan masa depan yang cerah dengan
membuat pelaburan secara sistematik. Untuk
mengelakkan diri daripada hutang sekeliling
pinggang atau membesarkan kerak nasi, sebanyak
50
peratus
daripada
pendapatan
mestilah
diperuntukkan untuk pinjaman perumahan dan
kenderaan. Sebelum mendirikan rumah tangga,
remaja digalakkan membuat pelaburan jangka
masa pendek atau panjang. Dalam hal ini, remaja
dapat memastikan hidup berdikari dan selesa
semasa menongkah arus perdana yang sarat
dengan konkurensi. Pendek kata, di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Generasi muda

mestilah dididik dengan nilai mahmudah dan sikap


kesederhanaan agar hidup terjamin sebelum
bersara kerana asal ditugal adalah benih.
Kesimpulan:
Tuntasnya, perancangan kewangan dan pengurusan bajet
mestilah mengikut keupayaan diri dan mobiliti kerjaya. Saya
optimis bahawa kejayaan berkat kegigihan dan ketekunan.
Hidup ini bagai perlumbaan. Malang tidak berbau. Tanpa
membuat bajet yang sistematik dalam kehidupan, mustahillah
saya hidup selesa selepas berkeluarga. Ijmalnya, dalam
melayarkan bahtera di tengah samudera, wang ditakrifkan
sebagai senjata untuk melunaskan segala tugasan, namun
kehidupan kita tetap dihambat oleh keimanan dan kekuasaan
Tuhan. Maka, bajet asas dirancang, namun ditentukan oleh
kuasa Tuhan.

2. Remaja perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran


untuk mendepani pelbagai cabaran pada masa hadapan.
Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh
remaja sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran era
globalisasi.
Remaja merupakan aset negara yang bakal menerajui
tampuk kepimpinan negara. Mantan Presiden Indonesia
Surkarnoe pernah menukilkan bahawa hanya dengan 10 orang
belia mampulah menggegarkan dunia. Imam Al-Ghazali pula
pernah mengatakan bahawa ingin meramalkan masa depan
sesebuah negara hanyalah melihat remaja pada masa ini.

Daripada perspektif kedua-dua ilmuan ini bahawa remaja


penentu jatuh bangun sesebuah negara. Sesungguhnya, remaja
merupakan tempoh transisi yang amat mencabar, khasnya pada
era globalisasi yang diwarnai oleh pelbagai perkembangan
teknologi yang menguji tahap mentaliti seseorang individu.
Dalam hal ini, remaja perlulah menguasai pelbagai kemahiran
sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran ini. Persoalannya,
apakah kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja
demi menterjemahkan aspirasi kerajaan dan menjulang
kegemilangan diri pada puncak jagatraya?
Sesungguhnya, kemahiran berfikrah merupakan salah satu
aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia(2013-2025). Dalam konteks ini, kemahiran berfikir
aras tinggi ditakrifkan sebagai keupayaan membudayakan
amalan inovasi dan kreativiti dalam kehidupan seharian.
Menurut Profesor Dr Zaini Ujang bahawa, kreativiti merupakan
gagasan, idea dan minda yang baharu. Manakala inovasi
merupakan penambahbaikan idea sedia ada untuk menghasilkan
sesuatu produk atau perkhidmatan yang mempunyai nilai
tambah untuk dikomersialkan. Maka, pelajar kini perlulah
dididik untuk berani dan berkeyakinan tinggi untuk berfikir di
luar kotak minda yang horizon. Para pendidiklah yang berfungsi
sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi seyogia
mengorak langkah untuk memaksimumkan keberkesanan
pengajaran demi merangsangkan pemikiran pelajar. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar seperti
sumbang saran, sayembara, musyawarah dan main lakon
perlulah diterapkan agar pembelajaran yang selama ini hanya
berorientasikan peperiksaan dapat mewujudkan persekitaran
kondusif di sekolah. Jelaslah bahawa para pelajar perlulah

mengamalkan budaya inovasi dalam kehidupan seharian demi


menjanakan kelangsungan bangsa dan nusa.
Selain itu, kemahiran dwibahasa antara tonggak aspirasi murid
dalam PPPM. Dalam hal ini, memanglah bertepatan masa Dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa
Inggeris dilaksanakan pada tahun 2013. Sesungguhnya, bahasa
Melayu lambang identiti nasional yang pernah menjadi lingua
franca di Nusantara. Bahasa jiwa bangsa, tanpa kesinambungan
warisan budaya, lenyapkah Nusantara di dunia. Malangnya,
martabat bahasa ibunda ini semakin menuju ke situasi yang
cacamarba lantaran ancaman budaya barat yang meresap dalam
masyarakat lokal. Walakin begitu, seseorang remaja selain perlu
memperkasakan bahasa ibunda diri, memanglah digalakkan
untuk melengkapkan diri dengan pelbagai bahasa asing. Sebagai
contoh Dr Muhdzir Lokman yang pernah dilantik sebagai duta
Perancis arif dalam pelbagai bahasa antarabangsa seperti bahasa
Inggeris, perancis, Melayu, Rusia dan Jerman. Keupayaan beliau
dalam bidang bahasa membuktikan peluang kerjaya yang
meluas dan cara pergaulan mampu melewati sempadan dan
bahasa. Jelaslah bahawa kemahiran bahasa merupakan elemen
maslahat untuk menempatkan diri dalam kejayaan dalam dunia
berkerjaya.
Sementara itu, kemahiran memimpin merupakan tanggar amanat
untuk menyediakan diri sebagai pelapis generasi muda. Dalam
penterjemahan PPPM, kemahiran memimpin merangkumi aspek
daya tahan tinggi, keusahawanan, komunikasi dan kecergasan
emosi. Sejak bangku sekolah lagi, seseorang pelajar mestilah
dicungkil bakat dan potensi dalam bidang yang diminati. Dasar
1M1S merupakan salah satu penekanan untuk melatih pelajar
agar mempunyai sifat karismatik dan berkomited dalam bidang
yang diceburi. Sebagai pelapis negara, perlulah pandai

memanfaatkan platform yang disediakan oleh pihak kerajaan


agar menyumbangkan idea dan kudrat sejak alam persekolahan
lagi. Pemimpin pelajar yang berkarismatik mampu bersabar dan
berdisiplin semasa menghadapi kerenah dalam kehidupan.
Maka, pemimpin pelajar mampu mengerahkan dan
merangsangkan rakan sealiran agar menunjukkan penghormatan
kepada nusa dan bangsa sekali gus menghayati konsep
kepimpinan melalui teladan yang diwara-warakan oleh Tun DR
Mahathir sejak tahun 1983 lagi. Pendek kata, Nabi Muhammad
dan Umar al-Khattab merupakan cerminan kepada umat di
buana ini bahawa kepimpinan yang sanggup berjihad dan
beristiqamah mampu mengubah nasib atau aura di dunia pada
zaman yang memerlukan cahaya supaya melepaskan diri
daripada kepompong kejahilan.
Pada zaman pascamodensasi ini, revolusi teknologi maklumat
telah melanda dunia muktahil sejak 1990-an. Maka, tanpa
kemahiran ICT atau sains dan teknologi mustahillah seseorang
remaja bertapak di dunia kerjaya. Bahawasanya, laporan STEM
dan PISA membongkarkan kedudukan Malaysia yang
menunjukkan kelemahan dalam bidang sains dan matematik.
Negara Malaysia menduduki tempat yang ke-59 daripada 74
buah negara yang diuji. Situasi ini menyedarkan pihak
Kementerian Pendidikan agar berikhtiar mentransformasikan
agenda pendididkan demi melahirkan modal insan yang
seimbang justeru menyeimbangkan sumber tenaga mahir dalam
arah menuju ke arah pembangunan negara yang mampan. Dalam
Rmke-11, penekanan TVET( Latihan dan Pendidikan Teknikal
dan Vokasional) terus digarapkan melalui peruntukan yang lebih
kepada latihan guru dan pelajar dalam mahir. Sebagai pelajar
yang seiring dengan kehendak pasaran, pencapaian dalam
bidang profesional sahaja tidak cukup untuk melepaskan diri
dalam persaingan yang semakin sengit. Pendek kata, pelajar

yang lemah dalam pelajaran perlulah diberikan pendedahan


yang lebih awal agar berkecimpung dalam bidang kemahiran di
luar konteks akademik seperti bidang kejuruteraan, kulinari,
holtikultur, fesyen, cipta reka dan sebagainya.
Akhirnya, segala kemahiran yang dituntut di atas perlulah
diimbangi melalui tahap keimanan dan keperibadian yang luhur.
Dalam hal ini, kemahiran komunikasi merupakan prasyarat
untuk bergaul dengan semua masyarakat global agar tidak
ketinggalan dihanyutkan arus perdana. Sehubungan dengan itu,
pelajar perlulah diterapkan nilai budi pekerti dan didikan agama
sejak azali lagi. Menurut Iman Al-Ghazali, ingin mengenali
perwatakan lihatlah pada cermin, ingin mengenali peribadi
lihatlah pada wajah. Manifestasinya, seseorang individu akan
menonjolkan keperibadian yang telus dan ketinggian peribadi
melalui gerak laku, tutur kata, cara hidup, pemikiran dan
pergaulan dalam kehidupan seharian, khususnya di negara
Malaysia
yang
diwarnai
oleh
masyarakat
yang
berlatarbelakangkan kepelbagaian budaya dan kepercayaan.
Segala pergeseran dan percalaran dalam kehidupan hanyalah
dirungkaikan melalui kemahiran kita memanfaatkan pedoman
kota fikir golongan pujangga dan didikan agama yang teguh.
Pendek kata, ilmu tanpa agama ibarat lumpuh, agama tanpa ilmu
ibarat buta. Inilah pandang Albert Eistein yang diiktiraf sebagai
sainstis yang agung. Pandangan beliau menyerlahkan bahawa
setiap insan di buana ini memerlukan tunjuk ajar daripada Tuhan
demi dilimpahi hidup yang benar-benar terlepas daripada
belenggu kejahilan dan kedaifan. Pendek kata, kemahiran
komunikasi tidak akan tercapai sekiranya tidak menghayati
petunjuk Tuhan dan melapangkan dada atau minda.
Akhirulkalam, kemahiran dan profesional dalam akademik
merupakan lagu dengan irama yang saling bergantungan yang

perlu didendangkan serentak demi membentuk tempo yang


syahdu. Memanglah sampai masa remaja mengikuti
perkembangan semasa dan Pelan Transformasi Pendidikan
seyogia digarapkan bersama. Rmke11 yang menjanjikan peluang
pekerjaan sebanyak 1.5 juta lagi menjelang tahun 2020 dinantinanti oleh bakal lepasan pelajaran SPM, STPM, atau Sijil
Kemahiran Malaysia. Maka, tak pecahkan ruyun, manakan dapat
sagunya. Barisan remaja perlulah bersikap patah kapak gantikan
beliung untuk mencari peluang yang sebaik mungkin demi
menjulang kejayaan dalam kehidupan sekali gus negara kita
terus megah di puncak mayapada menjelang tahun 2020 dengan
gelaran sebagai NEGARA MAJU yang setanding dengan
Amerika
Syarikat,
Eropah
dan
Singapura.
3.Peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hidup
sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing, dan serumpun
bak serai merupakan antara peribahasa Melayu yang
membuktikan bahawa perpaduan atau semangat kerjasama amat
penting dalam budaya kita. Huraikan kepentingan perpaduan
atau semangat kerjasama dalam kalangan rakyat di negara kita.
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun
telah melalui banyak pengalaman pahit. Bermula dengan
penjajahan Portugis, kemudian Belanda, Inggeris, Jepun,
kemudian Inggeris semula, pengalaman dijajah tidak mahu
diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957,
tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut.
Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak
diganggu gugat oleh kuasa asing. Kita tiada Dol Said untuk
menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau
Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada
tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875
di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan

menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah.


Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh
Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa
kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu
padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat
Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan
perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu
penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk
semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di
negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia mestilah bersedia
menerima adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan
fikiran yang terbuka. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah
dari rebungnya hendaklah dipraktikkan dalam membentuk dan
menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati
Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk bersatu padu
walaupun berlainan bangsa dan agama. Maka dengan itu,
mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan
hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu
dan bersungguh-sungguh dalam membajai semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih
berada
di
bangku
sekolah.
Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik
pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan keunikan
masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para
pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat
Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat
dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut
tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang

menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun


industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke
tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri
Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan
mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong
asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang
tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan
wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia
dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun
berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah
menengah, para pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum dapat
belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa
Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat.
Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk
semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong
asing
ke
negara
kita.
Seterusnya, rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum
tidak terlepas dari masalah pergaduhan dan rasa tidak puas hati
antara kaum seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Pastinya
kita semua sudah maklum tentang rusuhan kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat
telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantaran
itu, semua penduduk di negara ini hendaklah mengamalkan
konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing supaya perpecahan
kaum tidak akan berlaku lagi. Bahkan dengan perpaduan kaum
juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana,
masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan
menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang
digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat
menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dan pepatah ini hanya

dapat direalisasikan melalui kerjasama yang erat antara kaum.


Sebagai contoh, orang Melayu menghormati adat dan budaya
orang Cina dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun
negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih terdapat
perasaan tidak puas hati kaum-kaum tertentu terhadap kaum lain
dan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha-usaha untuk
mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini. Maka
jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada
keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan
minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang
positif
agar
tidak
berlaku
permusuhan.
Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan
negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu.
Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu
secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan
satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi
seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu,
penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta
penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan

pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam


menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat
bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang
dihasratkan
oleh
kerajaan.
Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk
memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk
akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan.
Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan
dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan
Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta
Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan
pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolongmenolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk
tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti
kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara
kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara.
Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan
pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana
pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh
musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan
perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku
kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah,
sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin
keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam
pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara
daripada
tipu
helah
pihak
musuh.
Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan

imej negara, hasil daripada kerjasama antara semua kaum tanpa


timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim
perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan
mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan
berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini,
semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah
kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti
Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi
negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak
mahukah kita mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua
rakyat Malaysia masa kini bersikap membutakan mata dan
memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan
kerajaan untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah
di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi
kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza.
Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat
bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan
menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus
untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif
seterusnya membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat
direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha Perdana
Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia
sememangnya berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan bersuluh,
terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum
sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita
sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal
berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada
kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung

sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikan


cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti
peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah.
Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur
dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat
membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang.
Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat
perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat
menyambut gamitan negara impian.

Anda mungkin juga menyukai