Anda di halaman 1dari 4

Salam Sejahtera, Terima kasih peneraju acara, kalungan aspresiaisi untuk dif-dif kehormat berkarisma, panel juri teguh

saksama,penjaga masa yang setia dengan detiknya dan seluruh warga dewan berbahagia. Salam 1Malaysia. Tampilnya saya selaku anak nusa, mengepal segenggam harapan, menjulang tinggi seribu impian dalam membicarakan Remaja Berswadaya Tonggak Kegemilangan Negara. Sesungguhnya, Remaja Berswadaya bolehlah ditakrifkan sebagai kekuatan

sendiri,tenaga (gaya) sendiri seorang remaja. Remaja menurut Kamus Dewan ialah mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur berkahwin. Ada banyak pengertian yang dapat dihuraikan apabila perkataan remaja dibincangkan. Antaranya G. Stanley Haal menyatakan, tahap remaja adalah tahap ribut dan tekanan melanda para remaja, kesan daripada faktor biologi dan psikologi yang berubah. Pada tahap ini, remaja mengalami rasa kecewa, emosinya tidak stabil dan tidak dapat menyesuaikan emosinya. Maka, prakarsa Tonggak Kegemilangan Negara diyakini bahawa remaja yang memiliki kekuatan diri mampu menunaikan tanggungjawab sebagai generasi harapan untuk mencapai kecemerlangan.Konklusinya, pidato saya hari ini akan membicarakan remaja iaitu mereka yang berada dalam lingkungan belasan antara 11 hingga 19 tahun dan memiliki kekuatan peribadi yang unggul memainkan peranan penting untuk mencapai negara yang terbilang dan cemerlang. Persoalannya, apakah kriteria yang menjadikan remaja mampu berswadaya mampu berperanan sebagai tonggak ke arah kegemilangan Negara? dan

Warga dewan, Maka hayatilah, pragmatik pertama; Budaya Ilmu Disemai, Remaja Berkualiti Dicanai. Hadirin sekalian, Kita sedar bahawa membaca mentamsilkan ilmu sebagai cahaya, pelita hidup manusia. Dengan menguasai ilmu berguna, remaja akan mampu membebaskan diri dari terkongkong bagai katak di bawah tempurung sebaliknya

mampu melihat dunia dengan pandangan mata burung. Lantaran itulah, transformasi ke arah pendidikan global yang kerajaan laksanakan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 banyak mengubah persepsi dan mentaliti generasi kita dalam membudayakan ilmu. Akses kepada pembelajaran sepanjang hayat kerajaan sediakan, gerakan membaca kerajaan perkasakan, kemahiran dwibahasa yang ditekankan, penguasaan ICT menjadi keutamaan, semuanya atas nama

pendemokrasian pendidikan demi melahirkan generasi berminda kelas pertama yang kita impikan. Natijah usaha ini menunjukkan kepentingan pendidikan mampu

membentuk kecemerlangan diri individu. Kita sedar bahawa ilmu merupakan asas utama dalam pembentukan diri remaja agar memiliki kekuatan mental dan peribadi yang terpuji. Maka golongan remaja seperti inilah yang akan dilahirkan melalui sistem yang telah diperkemaskan oleh kerajaan. Remaja yang berkualiti akan memainkan peranan penting dalam menjana negara gemilang.

Hadirin sekalian, pragmatik kedua; Budaya Inovasi Dijulang, Swadaya Remaja Cemerlang, Dalam melakar kejayaan 1Malaysia, warga Jepun dan Korea Selatan harus menjadi idola berteraskan inovasi dalam aspek pengurusan masa, disiplin diri dan etika kerja, lambang mentaliti kelas pertama mereka. Lantaran itulah, pelbagai program inovasi telah kerajaan Remaja perkenalkan. Menerusi Program Rakan Muda anjuran Bengkel Inovasi Sosial Program Belia dan Sukan

Perdana

Kementerian

(KBS)umpamanya. Program ini adalah satu inisiatif untuk mendorong peserta Program Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas berumur 16-25 tahun untuk melibatkan diri secara aktif di samping memberi sumbangan yang signifikan dalam merangka

penyelesaian bagi sesuatu cabaran atau masalah yang dikenal pasti dalam komuniti. Berdasarkan program ini jelas menunjukan peranan remaja diiktiraf dan hakikatnya jelas, remaja swadaya yang inovatif inilah yang mampu menunjangi kejayaan Malaysia yang gemilang kelak. Hadirin sekalian, pragmatik ketiga; Nilai-Nilai Murni Dihayati, Kesejahteraan Negara Dinikmati. Pujangga Melayu selalu berpesan; Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, Tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuhlah bangsa. Dalam usaha membentuk remaja berswadaya, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan rindu. Remaja yang memiliki yang berswadaya memiliki budi pekerti yang terpuji. Maka, demi melahirkan remaja yang memiliki daya kekuatan peribadi agar menjiwai nilai-nilai murni, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, kempen budi bahasa kita jayakan, budaya integriti kita amalkan bahkan pembinaan sahsiah kita pergiatkan, semuanya atas kesedaran bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran budi bahasa. Impian setiap individu yang besar jiwanya agar dapat hidup di dalam sesebuah negara yang maju ekonomi,hebat struktur bangunan dan sifat masyarakat yang tinggi budi pekertinya.Paling utama adalah keperibadian pemimpin yang memimpin negara tersebut.Kehadiran kelompok remaja unggul yang hebat kepintaran dan tinggi nilai budinya bakal membawa gegak gempita kearah pembangunan negara yang hebat dan berkualiti.Impian tersebut tidak mustahil boleh dicapai seandainya perancangan disusun rapi dalam membentuk peribadi remaja unggul yang bakal menjadi pemimpian yang hebat dan berbibawa di masa akan datang. Hadirin sekalian pragmatik keempat: Jati diri remaja diperkasakan, langkah agresif dilaksanakan. Pembangunan peribadi dan jati diri remaja yang harus diutamakan dalam menjana kegemilangan tanah air amatlah penting.Hal yang demikian kerana melihatkan rentetan

kejadian-kejadian yang berlaku pada sesetengah negara yang hebat,mereka hanya mementingkan gahnya kemodenan lantas keinginan yang membara untuk mencapai kearah tersebut disusuli dengan perilaku yang buruk. Secara dominan langkah agresif harus disusun atur secara rapi bagi membedung kejatuhan pembangunan insane dalam kalangan remaja yang merupakan sebuah asset yang amat penting untuk tanah air.Antara langkah awal yang boleh dilaksanakan adalah pengukuhan hati yang jitu. Keruhnya hati itu memberi impak negatif terhadap perilaku dan budi pekerti.Hal yang demikian lebih mendatangkan mudharat ke atas diri yang menyebabkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Tindakan susulan perlu dimulakan dengan cara menjernihkan hari remaja yang keruh berisi hiburan yang carca merba selubung kabus dosa.Islam menggariskan panduan dalam membentuk jati diri ermaja,tidak lain tidak bukan mengisi ruang kekosongan hati dengan melakukan perkara yang bermanfaat untuk diri dan orang lain. Antaranya ialah membangkitkan kesedaran para remaja akan tanggungjawab dan garis panduan hidup yang sempurna.

Ya, hadirin sekalian. Secara tuntasnya, prakarsa Remaja berswadaya menuntut kepada pembudayaan ilmu yang berguna, aplikasi inovasi yang bermakna dan penghayatan nilai-nilai murni sepanjang masa. Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun bersama-sama, maka transformasi swadaya remaja dapat kita jana sekaligus menjayakan hasrat pembinaan remaja sebagai pemangkin kecemerlangan dan kegemilangan. Benarlah bahawa REMAJA BERSWADAYA TONGGAK KEGEMILANGAN NEGARA. Menurut kata mutiara sarjana, Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini. Presiden Soekarno pernah mengungkap, Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia. Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa, agama dan bangsa. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai