Anda di halaman 1dari 5

Pilihan Tugasan 5 (Bulan Mei 2023)

Tan Sri P. Ramlee ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika
dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Begitulah juga dengan remaja dan didikan agama.
Mereka akan pincang akhlak sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberikan
didikan agama kepada remaja. Didikan agama yang sempurna dapat melahirkan remaja yang
berakhlak mulia
Sumber: Internet

Petikan di atas menggambarkan kepentingan didikan agama oleh ibu bapa dalam membentuk
akhlak remaja.

Jelaskan langkah-langkah pelbagai pihak untuk melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia.

Remaja mampu membangunkan sesebuah negara jika mereka mempunyai


sahsiah yang mulia dalam diri mereka. Perkara ini sering menjadi bahan
perbincangan dalam kalangan ibu bapa dan pemimpin negara. Dalam era
milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar
di dada-dada akhbar malah sering kita terdengar di corong-corong radio.
Persoalannya, siapakah yang perlu menyusun langkah sederap bagi melahirkan
generasi muda yang berakhlak mulia

Ibu bapa merupakan benteng pertama dalam membentuk akhlak mulia


di kalangan remaja. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa setiap anak yang
dilahirkan itu adalah umpama kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab
mewarnakan dan mencorakkannya. Hal yang demikian kerana anak-anak perlu
dididik agar menghormati orang lain serta tidak berat membantu orang yang di
dalam kesusahan dari kecil lagi. Maka dengan itu, sifat akhlak mulia akan
ditanam di hati mereka dan menjadi pedoman hidup mereka apabila dewasa
kelak seperti kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Selain itu, para guru merupakan golongan yang rapat dengan remaja
selepas ibu bapa mereka. Hal ini kerana, golongan remaja menghabiskan
banyak masa mereka di sekolah. Oleh yang demikian, setiap guru perlulah
menunjukan contoh teladan yang baik kepada setiap murid kerana seperti kata
pepatah “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Selain itu, para guru
juga mestilah mengambil berat tentang tingkah laku murid-murid di sekolah.
Ibu bapa juga perlu bekerjasama dengan pihak sekolah agar anak-anak mereka
menjadi insan yang berakhlak mulia. Oleh kerana ini, Persatuan Ibu Bapa dan
Guru mempuyai peranan yang besar untuk memastikan para guru dan ibu
bapa memainkan tugas masing-masing untuk mendidik generasi remaja di
sekolah sebaik mungkin.
Di samping itu, masyarakat juga mempunyai peranan yang besar dalam
mendidik akhlak remaja. Oleh yang demikian, setiap ahli masyarakat perlu
berani menegur salah laku setiap remaja seperti yang pernah diamalkan oleh
masyarakat kita dahulu seperti kata pepatah Inggeris “satu kampung
diperlukan untuk menjaga seorang anak”. Kita janganlah membiarkan seorang
remaja berkelakuan tidak senonoh hanya kerana dia bukan anggota keluarga
kita. Dengan itu, anak-anak remaja akan merasa segan untuk melakukan
sesuatu yang tidak baik.

Selanjutnya, pihak kerajaan serta para majikan perlu mengambil


langkah-langkah proaktif bagi membantu pekerja-pekerja mereka mendidik
anak-anak. Sebagai contoh, pihak majikan boleh membuka pusat jagaan anak-
anak di pejabat agar pekerja mereka mampu memantau anak mereka sejak
kecil lagi. Bagi memastikan kebajikan pekerja serta keluarga mereka
terpelihara, pihak majikan patut memberi kemudahan-kemudahan lain seperti
perlindungan insurans kepada seisi keluarga, kemudahan perubatan percuma
serta hadiah untuk keputusan peperiksaan yang cemerlang. Hal ini demikian
kerana, pekerja-pekerja mereka dapat menjaga dan mendidik anak-anak
mereka dengan lebih baik lagi.

Kesimpulannya, setiap pihak mempunyai tanggungjawab bagi


memastikan setiap remaja tidak hanyut dengan cabaran dan godaan di zaman
yang serba mencabar kini. Kita janganlah mengambil langkah lepas tangan
terhadap isu-isu yang dihadapi oleh golongan remaja. Kerjasama dan usaha
bersungguh-sungguh perlulah dilakukan secara bersungguh-sungguh,
bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tanpa kerjasama yang
menyeluruh, usaha untuk melahirkan remaja yang bersahsiah mulia akan
menjadi sia-sia seperti membuang garam ke laut.
Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu membangunkan sesebuah negara jika mereka
mempunyai sahsiah yang mulia dalam diri mereka. Perkara ini sering menjadi bahan perbincangan
dalam kalangan ibu bapa dan pemimpin negara. Oleh yang demikian, langkah-langkah pencegahan
perlu diambil demi kesejahteraan hidup sejagat dan menjamin pembangunan negara. Persoalannya,
siapakah yang perlu menyusun langkah sederap bagi membentuk akhlak terpuji ini? Tiada kusut yang
tidak boleh dileraikan, usaha proaktif setiap pihak mampu untuk membentuk dan mencorak akhlak
terpuji dalam diri seseorang.

Salah satu peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa adalah dengan menjadi suri
teladan kepada anak-anak kerana ibu bapa yang mencerminkan sahsiah peribadi anak-anak.
Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contoh,
ibu bapa perlulah bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak bergaduh di hadapan anak-anak, tidak
merokok di hadapan anak-anak dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anak-anak pasti akan
mengikut dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan kepada mereka. Hal ini persis
dengan kata pepatah, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Tegasnya, sahsiah mulia anak-anak
dapat dibentuk melalui sahsiah ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa juga dapat memainkan peranan mereka dengan memberikan dirikan
agama yang mantap kepada golongan remaja. Allahyarham Tan Sri P. Ramli ada menegaskan
bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Hal
ini dikatakan demikian kerana dengan didikan agama yang utuh, anak-anak akan dapat membezakan
antara intan dengan kaca dan mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang bertopengkan
syaitan. Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut
hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa paksaan atau
menerima tempias masalah sosial yang kian membarah. Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke
dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang bersikap
negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut.

Jika dilihat dari dimensi yang berbeza, pihak kerajaan juga berperanan dengan mengadakan
satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media
massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Kempen
seperti ‘Kami Prihatin’ dan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ haruslah dilakukan secara berterusan dan
janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita
sendiri. Oleh itu, peranan pihak kerajaan untuk mengadakan kempen ini dapat memastikan golongan
yang disandarkan harapan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini akan terus dibasahi
sahsiah-sahsiah yang mulia segali gus dapat membangunkan negara pada masa hadapan.

Seperkara lagi, guru juga memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan remaja
yang bersahsiah mulia untuk membangunkan negara. Kebanyakan remaja kita merupakan golongan
pelajar. Mereka banyak menghabiskan masa di sekolah selain di rumah. Jadi, tidak hairanlah jika
dikatakan guru mampu membentuk sahsiah seseorang remaja itu. Sehubungan dengan itu, guru
perlu menitikberatkan aspek pembentukan insan yang kamil dan holistik di dalam kelas di samping
menekankan kepentingan berperibadi mulia untuk membangunkan negara. Izharlah bahawa
peranan yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat melahirkan remaja yang
bersahsiah mulia.

Bukan itu sahaja, sebagai anggota masyarakat, kita juga tidak harus mengambil langkah
lepas tangan untuk memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah remaja yang syumul. Kita
seharusnya peka terhadap keruntuhan akhlak yang berlaku seperti gejala lepak, ponteng, penagihan
dadah yang dilakukan oleh remaja kita. Ada masanya kita harus menjaga tepi kain orang dalam
usaha untuk mewujudkan golongan remaja yang lebih baik seperti menegur tingkah laku yang
kurang memuaskan agar hal ini tidak menjadi kudis yang seterusnya bernanah dalam masyarakat
kita. Sifat ambil peduli merupakan penawar kepada masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni.
Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi
nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Sebagai intihanya, bayang kian jelas bahawa semua pihak berwajib perlulah memikul dan
melaksanakan obligasi masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana usaha daripada satu pihak
sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil, seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi. Oleh itu, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-
masing kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Anda mungkin juga menyukai