Anda di halaman 1dari 2

Usaha-usaha untuk membentuk akhlak terpuji.

Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada
akhbar malah sering kita dengan di corong-corong radio. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak amat cakna dalam menggembleng usaha untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam
diri seseorang terutamanya remaja. Hal ini demikian kerana remaja merupakan pemuda harapan
bangsa dan pemudi tiang negara. Kebejatan akhlak remaja akan merencatkan ketamadunan bangsa
malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Persoalannya, siapakah yang perlu
menyusun langkah sederap bagi membentuk akhlak terpuji ini? Apakah usaha yang mampu dilakukan
oleh ibu bapa, masyarakat dan kerajaan? Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, usaha proaktif setiap
pihak mampu untuk membentuk dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang.
Jika dikaji secara mendalam, ibu bapa adalah faktor dominan dalam menggarap usaha pembentukan
akhlak terpuji seseorang remaja. Komitmen yang jitu oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan
melahirkan remaja yang berakhlak unggul. Hal ini demikian kerana proses pendidikan anak-anak untuk
mengamalkan sikap terpuji seperti bersopan santun, saling menghormati dan bekerjasama dalam
kehidupan. Abraham Lincoln ada menyatakan bahawa,"Janganlah ditanya apakah sumbangan negara
kepada kita namun tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara. Hal ini senada dengan komitmen
ibu bapa dalam mendidik anak-anak demi melahirkan generasi muda yang bersahsiah terpuji dan
unggul. Rema yang berakhlak terpuji akan dapat membentuk negara yang maju dan dipandang tinggi
oleh negara-negara asing sekali gus akan menjadi serampang dua mata untuk menaikkan nama negara
setanding dengan negara-negara maju yang lain bak kata pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah. Oleh itu, komitmen yang jitu oleh ibu bapa amat penting dalam usaha membentuk akhlak
terpuji dalam diri seseorang remaja.
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Tangan yang menghayun buaian
mampu menggoncang dunia. Pepatah tersebut begitu sinonim dengan kuasa ibu bapa yang mampu
untuk melakar keperibadian unggul anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memupuk nilai murni dalam diri
anak-anak agar mereka mampu untuk menjaga imej diri, ibu bapa dan negara. Hal ini demikian kerana
nilai murni yang diterapkan di lubuk hati mereka ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk
berhadapan dengan realiti kehidupan bermasyarakat yang penuh onak duri. Nilai-nilai yang diterapkan
ini mampu untuk menjadikan mereka matang sekali gus tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala
negatif seperti 'skin head', 'black metal' dan budaya hedonisme yang meracuni akhlak remaja bak virus
epidemik. Jelaslah bahawa pembentukan nilai murni akan mewarnai kehidupan generasi muda ini
dengan akhlak unggul dan bersahsiah terpuji.
Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka
pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama. Mereka akan
pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberi didikan agama kepada remaja.
Pembentukan akhlak remaja ini akan telus dan lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna.
Hal ini demikian kerana dengan didikan agama anak-anak akan dapat membezakan antara intan dan
kaca, antara batu dan permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang
bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan
bertindak mengikut hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa
paksaan atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes buang bayi. Jelaslah
bahawa suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan
melahirkan remaja yang bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam
di tengah laut.
"Qudwatul Hasanah" atau "role model" merupakan uslum terbaik untuk membentuk akhlak terpuji
remaja. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak mereka.
Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan sumber inspirasi anak-anak. Keperibadian ibu bapa
mencerminkan akhlak anak-anak senada dengan pepatah bapak borek anak rintik. Sebagai contoh, ibu
bapa hendaklah menunjukkan sahsiah terpuji jika di tempat awam dan mengamalkan sikap bertoleransi
, berkeyakinan dan saling menghormati. Anak-anak akan tertarik dengan keperibadian ibu bapa mereka

kerana sikap yang ditunjukkan ini akan melahirkan tingkah laku mudah mesra dengan anggota
masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh, sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang digelar "role model"
ini akan mampu membentuk akhlak terpuji anak-anak.
Sudah terang lagi bersuluh, pembentukan akhlak terpuji remaja bermula dengan didikan ibu bapa sejak
kecil lagi. Ibu bapa yang mengutamakan pekerjaan perlulah mengubahnya agar anak-anak tidak terabai
sekali gus akan meranapkan akhlak seterusnya meruntuhkan ketamadunan bangsa kerana sabda
rasullullah, "cuka yang buruk merosakkan madu". Ibarat akhlak yang buruk merosakkan amal. Ibu bapa
perlu seia sekata dan sebulat suara dalam membentuk akhlak terpuji anak-anak. Hal ini demikian
kerana ibu bapalah guru terbaik. Namun, masyarakat tidak seharusnya menuding jari jika ibu bapa
gagal mencorak keperibadian unggul anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai