Anda di halaman 1dari 6

Punca-punca gejala buli dan langkah untuk menanganinya

Pendahuluan:
Dasawarsa ini, gejala buli dalam kalangan remaja dan kanak-
kanak di Malaysia semakin mendapat liputan. Perkongsian video
yang dimuat naik di laman media sosial tentang kes pembulian
yang melibatkan pelajar sekolah menjadi titik persoalan sampai
bila gejala yang kurang sihat ini berlaku dalam masyarakat kita.
Sekolah merupakan institusi yang mulia untuk menimba ilmu
tetapi dicemari dengan perkara yang merosakkan akhlak anak-
anak muda kita. Bahasa menunjukkan bangsa di mana tingkah
laku kita mencerminkan sifat kelakuan asal keturunan kita. Mari
kita mengenal pasti punca gejala buli dan langkah-langkah untuk
mengatasinya.
Isi 1:berpunca daripada keharmonian keluarga mereka
sendiri
Antara punca perlakuan gejala tidak sihat dalam kalangan anak-anak
adalah berpunca daripada keharmonian keluarga mereka sendiri. Bak
kata peribahasa Melayu, bapa borek, anak rintik yang bermaksud
tauladan ibu dan bapa membentuk keperibadian anak-anak mereka.
Kekurangan kasih sayang atau perhatian apabila di rumah akan
memberikan tekanan kepada seseorang anak muda kerana tiada
tempat mengadu dan kemahuan untuk melepaskan tekanan tersebut
disalurkan dengan membuli pelajar lain. Ibu bapa hendaklah
bertanggungjawab mengenali anak-anak mereka dan mendidik mereka
dengan keperibadian mulia dan unggul agar sahsiah mereka yang
cemerlang akan menjadikan mereka seorang yang berjaya kelak.
Isi 2:pengaruh televisyen dan media massa.

Selain itu, punca gejala buli ini berlaku dalam kalangan masyarakat kita
diperingkat remaja adalah disebabkan pengaruh televisyen dan media
massa. Faktor umur yang semakin menaik menjadikan seseorang itu ingin
menunjukkan kekuatannya dengan menjadi pembuli hasil pengaruh
daripada filem-filem tempatan seperti KL Gangster dan lain lain. Bahan
seni yang memaparkan sisi buruk sebuah masyarakat tidak sepatutnya
menjadi tontonan umum kerana kanak-kanak yang kecil mudah
terpengaruh dan ingin mencuba perkara baru. Penggiat seni dan stesen
televisyen hendaklah memaparkan keindahan dan kemakmuran serta
kekayaan budi bahasa rakyat kita dengan lebih banyak dan kerap agar ia
menjadi ikutan anak muda sekaligus menjadi tanggungjawab sosial
golongan media dalam membantu membina masyarakat yang bahagia dan
harmoni.
Isi 3:meluangkan masa berkualiti bersama keluarga

Langkah yang boleh diambil dalam mengelakkan gejala buli dalam


kalangan anak muda adalah dengan meluangkan masa berkualiti bersama
keluarga. Ibu bapa berperanan penting dalam mengambil berat segala
aspek kehidupan anak-anak mereka. Perkongsian masalah, perbualan
tentang lumrah kehidupan dan beriadah bersama-sama adalah contoh
amalan mulia yang sepatutnya diamalkan dalam setiap institusi
kekeluargaan dimana hubungan menjadi bertambah rapat dan kasih sayang
antara ahli keluarga menjadi kukuh dan dipercayai. Ibu bapa hari ini juga
perlu lebih bersedia dalam ilmu mendidik anak muda kerana cabaran dan
dugaan generasi hari ini berbeza berbanding waktu mereka. Perbandingan
zaman yang ketara perbezaannya tidak boleh disamakan tetapi ibu bapa
boleh mencari idea dan berbincang apakah perkara yang baik dan tidak
baik untuk anak-anak mereka dalam menghadapi kehidupan seharian.
Isi 4:mewujudkan golongan yang mesra, penyayang dan
boleh dipercayai.
 Selain itu, guru-guru dan rakan-rakan di sekolah juga berperanan dalam
melahirkan masyarakat yang membendung gejala buli-membuli. Langkah
yang boleh diambil adalah mewujudkan golongan yang mesra, penyayang
dan boleh dipercayai. Sebagai guru, mereka adalah orang kedua yang
mampu melihat perilaku anak-anak muda selepas ibu bapa mereka. Guru
di sekolah seharusnya menjadi sahabat yang boleh dipercayai sekiranya
anak murid mereka mengalami masalah di rumah dan melarat hingga ke
sekolah. Anak-anak muda ini memerlukan tempat yang mereka boleh
meluahkan perasaan dan dipercayai supaya mereka tidak rasa tersisih
dan mengendahkan perkara yang negatif berlaku dalam keluarga
mereka. Penerapan kasih sayang dan perhatian mampu mengubah isi
hati seseorang manusia yang bersikap negatif dan kasar menjadi lembut
dan positif.
Penutup
Konklusinya, terdapat banyak punca yang menyumbang kepada
gejala buli dan kita telah kenal pasti beberapa langkah yang
wajar diambil sebagai cara mengatasinya. Sebaiknya kita
membanteras sedaya upaya gejala buli ini agar ia tidak
berleluasa dan merosakkan keharmonian masyarakat kita
diwaktu kelak. Seperti peribahasa Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya yang bermaksud kita hendaklah mendidik
anak-anak adat dan budaya yang baik dari muda agar tidak
menyusahkan pada masa hadapan. Masyarakat yang sejahtera
bermula dengan individu yang berakhlak mulia, bahagia serta
berketrampilan agar generasi akan datang menjadi generasi yang
hidup harmoni disamping memastikan negara terus berdaya saing
dan maju di peringkat global.

Anda mungkin juga menyukai