Anda di halaman 1dari 8

1.

SOALAN BERKAITAN LANGKAH / CARA / USAHA BIL 1 IDEA / ISI Kerajaan HURAIAN Mengadakan kempen untuk menyedarkan orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu isu yang sedang berlaku dalam masyarakat sama ada baik atau buruk. Kempen perlu mencapai kumpulan sasaran di seluruh negara. Agensi-agensi kerajaan yang terlibat perlu turun padang untuk mendekati masyarakat / kumpulan sasaran. Penerangan boleh dilakukan dalam bentuk ceramah motivasi, pameran, pengedaran risalah dan penampalan postar di tempat-tempat awam. Kaedah ini akan melahirkan kesedaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai mengenai sesuatu isu. Masyarakat mestilah prihatin dan sensitif dengan gejala yang sedang berlaku di negara ini / di kawasan mereka. Setiap anggota masyarakat tidak boleh mengamalkan sikap lepas tangan apabila berlaku sesuatu musibah yang melibatkan penduduk setempat. Mereka wajib bersatu dan bekerjasama untuk membanteras gejala negatif yang sedang berlaku tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Sikap menjaga tepi kain orang hendaklah diamalkan untuk menggalakkan perkongsian maklumat tetapi jangan mengumpat. Masyarakat madani dan berwawasan perlu diwujudkan segera untuk membangunkan negara tercinta ini. Semangat kejiranan melalui aktiviti bergotong-royong perlu dihidupankan semula.

Masyarakat

Ibu bapa dan keluarga

Ibu bapa merupakan teras pembentukan sebuah keluarga yang bahagia dan utuh. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak menjadi manusia yang beriman, berjaya dan berakhlak mulia. Mendidik anak-anak dengan ilmu agama sejak kecil lagi. Menjadi benteng yang kukuh melawan godaan hawa nafsu. Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anakanak walaupun sibuk dengan kerjaya yang semakin mencabar. Meluangkan masa untuk bersama anak-anak seperti melancong, makan di restoran dan lain-lain. Ibu bapa tidak membesarkan anak-anak dengan kemewahan yang melalaikan. Memantau / mengawal pergerakan dan pergaulan anakanak agar tidak mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihat. Sentiasa bertanya khabar tentang masalah dan keperluan anak-anak.

Rakan sebaya

Menjadi pembimbing kepada sahabat ke arah yang lebih baik. Menasihati rakan supaya tidak terlibat dengan gejala yang negatif sehingga merosakkan moral dan mencemarkan maruah keluarga. Melakukan aktiviti yang baik seperti belajar, bersukan dan membaca. Melaporkan kegiatan negatif kepada pihak berkuasa supaya dapat dibanteras secepat mungkin. Berfikiran positif dan inovatif. Membentuk pemikiran rakyat ke arah pembentukan masyarakat madani di negara ini. Menyiarkan rancangan yang boleh membina jati diri masyarakat / semangat patriotisme Rancangan keagamaan, motivasi dan forum perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan orang ramai melakukan kebaikan. Contohnya TV3 menyiarkan AlKuliyyah, TV9 dengan rancangan Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademik Al-Quran dan Forum Perdana di TV1. Tidak menyiarkan drama atau filem yang boleh merosakkan akhlak golongan muda. Mengharamkan pengedaran majalah-majalah separa lucah seperti mangga, URTV dan lain-lain yang memaparkan gambar-gambar artis lelaki tidak berbaju kecuali berseluar pendek sahaja. Tidak memuatkan akhbar tempatan dengan berita-berita yang mengajar remaja melakukan hubungan seks seperti akhbar Metro. Perubahan sikap individu menjadi penentu kejayaan kepada usaha-usaha yang dirancangkan. Setiap individu perlu bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing. Kita perlu berubah sekiranya tergelincir daripada landasan yang sebenarnya. Bak kata pepatah sesat di hujung jalan, kembali kepangkal jalan / buang yang keruh ambil yang jernih. Kita juga hendaklah menilai baik atau buruk sesuatu perkara itu sebelum dilakukan. Jangan malu untuk mengakui kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Tidak mudah terpengaruh dengan pujukan dan ajakan rakan. Membentuk jati diri dan mempunyai pegangan hidup yang kental untuk mengharugi cabaran dunia moden yang penuh pancaroba ini. Menyahut seruan kerajaan untuk menjadi modal insan untuk membangunkan negara menjelang tahun 2020 bukan menjadi beban kepada negara. Mencipta nama untuk mengharumkan nama negara di persada dunia seperti Datuk Sheikh Muzafar angkasawan negara, Datuk Nicol David ratu skuasy negara dan lainlain.

Media Massa

Diri / Individu

1. SOALAN BERKAITAN PUNCA / FAKTOR / SEBAB BIL 1 IDEA / ISI Individu / diri sendiri (remaja, pelajar, belia) HURAIAN Sikap ingin mencuba Kelemahan jati diri / pegangan hidup Suka kepada perkara negatif berbanding positif Sukar mengakui kesalahan diri sendiri Cetek ilmu agama Contohnya, seorang remaja yang tidak berilmu mudah terlibat dengan kegiatan tidak sihat seperti penagihan dadah.

Ibu bapa / keluarga

Sibuk dengan kerjaya / kerja Tiada masa bersama-sama anak-anak Kurang perhatian dan kasih sayang Tidak petingkan didikan agama Suka memberi kemewahan kepada anak-anak / sogokan kebendaan Menyerahkan penjagaan anak-anak kepada pengasuh dan pihak sekolah Sukar menerima teguran orang lain terhadap anakanak. Keruntuhan institusi kekeluargaan. Mengamalkan budaya hidup bebas dari segi pemikiran dan tindakan Nasihat rakan lebih diutamakan berbanding ibu bapa atau guru. Mudah meniru dan mengikut aktiviti yang dilakukan oleh rakan tanpa menilai baik atau buruk. Dipaksa dan terpaksa melakukan apa saja dikehendaki rakan kerana bimbang akan disisihkan daripada kumpulan. Terlibat dengan gejala negatif yang merosakkan akhlak dan masa depan seseorang remaja itu. Segala yang disiarkan dan disebarkan melalui media cetak atau media elektronik Seperti surat khabar, majalah, buku-buku, televisyen, radio, astro, internet dan facebook. Mempengaruhi pemikiran dan kelakuan para penonton. Penyiaran filem / rancangan yang tidak elok telah mendorong orang ramai meniru aksi / lakonan tersebut. Penilaian terhadap baik atau buruk telah menjadi kabur Penonton seolah-olah diajar untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka. Contohnya, penayangan filem Jangan Pandang Belakang telah mempengaruhi kepercayaan orang ramai terhadap kuasa hantu / tahayul. Lahir masyarakat yang mementingkan diri sendiri / individualistik.

Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh media massa

Masyarakat tidak prihatin

Masyarakat tidak suka menjaga tepi kain orang Takut untuk membetulkan kesilapan para remaja yang sedang berlaku di depan mata mereka. Semangat kejiranan semakin terhakis. Saling berbalah antara satu sama lain. Masyarakat tidak bersatu padu dalam banyak perkara. 6 Kelemahan penguatkuasaan undang-undang Pihak berkuasa / berwajib gagal melaksankan amanah secara konsisten. Penguatkuasaan undang-undang adalah bermusim iaitu ketika isu hangat diperkatakan oleh orang ramai. Penguatkuasa undang-undang mudah disoggok dengan kebendaan seperti wang, harta dan seks. Penjenayah / orang yang bersalah dibebaskan dengan mudah melalui penguam bela mereka. Bilangan anggota yang bertugas tidak mencukupi. Kekangan hak asasi manusia.

1. Peranan Ibu Bapa terhadap Anak-Anak BIL 1 IDEA / ISI Melahirkan dan membesarkkan HURAIAN Kita perlu mencari pasangan yang baik-baik untuk melahirkan zuriat yang baik. Ibu mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari dengan penuh kesukaran dan debaran. Setelah lahir ke dunia anak dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang tanpa mengira penat dan lelah. Banyak dugaan menjaga kita semasa kecil dahulu dengan segala kepayahan dan kepenatan. Ibu bapa hendaklah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak mereka. Jiwa anak-anak perlu diisi dengan belaian dan sentuhan manja daripada seorang ibu. Jangan membiarkan anak-anak terabai kerana kesibukan mengejar kebendaan atau kerjaya semata-mata. Pengabaian aspek ini akan menyebabkan anak-anak mencari kasih daripada rakan atau kekasih di luar sana. Tidak bermakna ibu bapa perlu manjakan anak-anak mereka. Sikap saling sayang menyayangi antara satu sama lain akan mewujudkan keluarga bahagia. Ilmu agama merupakan tapak yang kukuh untuk menjadi benteng kepada anak-anak daripada terjebak dalam kegiatan tidak sihat. Ibu bapa hendaklah memberi didikan ilmu agama kepada anak-anak sejak kecil lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya Anak-anak perlu diajar membaca al-quran, ilmu tauhid, ilmu fekah dan sirah nabi Muhammad s.a.w Panduan untuk menyuluh mereka daripada kegelapan, tipu daya syaitan dan orang-orang yang berakhlak buruk. Bapa perlu membawa anak mereka solat berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh para alim ulama Anak soleh akan dilahirkan untuk menjadi pewaris generasi sekarang pada masa akan datang.

Mencurahkan kasih sayang

Mendidik anak-anak dengan ilmu agama

Menghantar anak-anak ke sekolah

Ibu bapa bertanggungjawab menyekolahkan anak-anak mereka agar tidak tercicir dalam arus globalisasi kini. Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak. Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah atau institusi pendidikan akan membolehkan anakanak menceburi pelbagai bidang yang diminati. Menjana pendapatan sebagai sumber kewangan untuk menyara keluarga setelah ibu bapa tidak berdaya untuk bekerja lagi. Dapat menghindari anak-anak daripada terlibat gelaja yang tidak sihat seperti Vandalisme, lepak, pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah. Sumber manusia / modal insan untuk membangunkan negara pada masa akan datang.

Mencari nafkah yang halal

Ibu bapa perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Sumber rezeki menjadi punca pembentukan akhlak dan budi pekerti anak-anak. Wang pendapat itu akan dibelanjakan untuk keperluan harian dan membiayai persekolahan anak-anak. Kemiskinan akan menyebabkan pendidikan anak-anak terabai dan tidak sempurna. Ibu bapa hendaklah bekerja keras membanting tulang empat kerat untuk mejaga anak-anak mereka.

Mengisi masa lapang

Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak mereka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak dengan menyediakan bahan bacaan yang bermutu seperti buku cerita, majalah akademik dan majalah keagamaan. Membawa anak-anak ke pesta jualan buku untuk memilih bahan bacaan yang diminati. Membina bilik khas atau perpustakaan mini di rumah untuk anak mereka membaca. Mengajak anak-anak untuk beriadah dan bersukan seperti berjoging, bermain badminton dan sebagainya. Makan angin di pantai, tempat peranginan dan lain-lain pada hari-hari cuti umum seperti melancong ke Pulau Langkawi atau Bukit Fraser.

Menegur dan memantau Ibu bapa hendaklah sentiasa menegur kesilapan atau pergaulan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Sekarang ramai ibu bapa takut untuk menegur anak-anak kerana bimbang mereka akan memberontak. Teguran ini dapat menyedarkan anak-anak agar tidak mengulangi lagi kesalahan itu. Melahirkan jiwa remaja yang tawadhuk atau merendah diri dan tidak sombong. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka. Dapat menghalang anak-anak berkawan dengan rakan yang tidak baik seperti penagih dadah, mat rempit atau bohsia. Melatih anak-anak hidup Anak-anak perlu diajar hidup bermasyarakat. bermasyarakat Mengajak anak-anak menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan setempat. Membawa anak-anak menziarahi jiran tetangga untuk merapatkan hubungan silaturahim. Menghormati orang yang lebih tua. Menjadi sukarelawan untuk membantu orang yang memerlukan bantuan ketika dilanda bencana seperti banjir, gempa bumi atau kemalangan jalan raya.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4 1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat -Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 2. Darah daging-Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing-Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 4. meninggi diri-Maksud : Sombong 5. bermuka dua-Maksud : Tidak jujur. 6 baik hati-Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. tulang belakang-Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan 8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang-Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 9. bagai kaca terhempas ke batu-Maksud : Sangat sedih atau kecewa. 10. melentur buluh biarlah dari rebungnya-Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. 11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi-Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat 12. seperti lembu dicucuk hidung-Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang 13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing-Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. 14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air-Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. 15. terang hati-Maksud : Lekas pandai. 16. rendah hati-Maksud : Tidak sombong 17. murah hatiMaksud : Pemurah.18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 19. Tangan kosong-Maksud : Hampa. Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5 1. lintah darat -Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. 2. bagai aur dengan tebing -Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. 3. anak dagang -Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat 4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri -Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. 5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai -Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 6. indah khabar daripada rupa -Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah -Maksud : Pengagihan yang sama banyak. 8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni -Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. 9. kacang lupakan kulit -Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. 10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung -Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak -Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan 12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua -Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.. 13. memerah otak -Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh. 14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya -Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah 15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian -Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang -Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha 17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit -Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. 18. bak cendawan tumbuh selepas hujan -Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. 19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. -Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran -Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula. 21. mencari jalan -Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 22. biar mati anak, jangan mati adat -Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. 23.sediakan payung sebelum hujan -Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 24. berbesar hati -Maksud : Gembira. 25. anak buah -Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita. 26. tuan rumah -Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara 27. yang lama dikelek, yang baharu didukung -Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. 28. batu penghalang -Maksud : Halangan 29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan -Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya. 30. bagai ikan pulang ke lubuk -Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang

Anda mungkin juga menyukai