Anda di halaman 1dari 7

Pendahuluan BM

Usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan


anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Tema/Isu : Insan yang berguna
Arahan: usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk
memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
tema arahan ~
()
Cabaran dunia tanpa limitasi menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang
rancak serta ledakan informasi dan barang industrilisasi dalam jagat raya.
Pelbagai infrastruktur yang sofistikated dan bangunan pencakat langit
dijana bagi meningkatkan ekonomi negara di samping membolehkan ibu
pertiwi kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negaranegara maju di peringkat global seperti Jepun, Korea dan Amerika
Syarikat. Hasil daripada persaingan yang sengit di segenap pelosok dunai,
(masukan isu dan huraian). Ironinya/Namun
___________________________________. Apakah
________________________________? Sudah terang lagi bersuluh
bahawa terdapat banyak prakarsa yang pragmatik boleh dijalankan untuk
(masukan arahan).

Dalam era langit terbuka dan dunia tanpa sempadan menyaksikan


negara kita berusaha memajukan negara yang tercinta ini agar mencapai
hasrat sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi seperti yang
diimpikan oleh Dato' Seri Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
yang keenam tanpa meminggirkan nilai-nilai murni masyarakat
termasuklah isu yang berkaitan dengan (masukan isu) di Malaysia. (Isu)
sering kali disiarkan dalam media-media massa seperti surat khabar,
televisyen, radio, dan laman sosial. Malah menjadi topik yang hangat
dibincangkan dari bibir ke bibir masyarakat sama ada di warung-warung
kopi hinggalah ke dewan parlimen. Sehubungan dengan itu, semua pihak
mestilah bekerjasama/sederap seirama untuk menghadapi isu ini kerana
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hakikat ini selaras dengan
pendapat seorang tokoh sosiologi bahawa kemelut yang melanda
masyarakat perlu ditangani secara bijak dan kolektif *bersama-sama*.
Persoalan yang sentiasa bermain-main di minda kita, (masukan arahan
soalan).

Dalam era globalisasi dan modenisasi ini, negara kita semakin rancak
membangun ibarat belut diketil ekornya ke arah negara maju menjelang
tahun #2020. Namun demikian di sebalik pembangunan tersebut,

(masukkan tema) semakin kurang/banyak diberi cakna/perhatian oleh


banyak pihak seperti ___________, ___________ dan ________. Hal ini
demikian kerana (masukan isu/tema) mendatangkan kebaikan/keburukan
yang tidak dapat dinafikan kepada masyarakat dan negara. Oleh hal yang
demikian, terdapat (masukkan arahan).

Penutup
Sebagai penutup bicara, semua pihak yang telah diamanahkan perlu
berganding bahu/bersinergi menggembleng tenaga bagai aur dengan
tebing agar ________________. Sekiranya isu/amalan/dan lain-lain ini
dapat diuruskan dengan baik sudah pasti Malaysia mampu duduk sebaris
dengan negara-negara maju seperti Jepun dan Korea ibarat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi. Seterusnya #visi kudsi 2020 yang merupakan
buah fikiran mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir
Mohammad mampu direalisasikan.
frasa():
1. biarlah pepohon terus menghijau, biarlah bunga terus berkembang,
biarlah negara terus gilang dan cemerlang dalam sewajagat/di dunia
seterusnya menjadikan wawasan #2020 suatu realiti dan bukan sebuah
kosong.
2. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menadah tangan ke petala langit,
moga-moga kita dapat melahirkan progeni/adiwangsa yang berminda
kelas pertama serta mampu bersaing di peringkat/persada global.
3. Kesimpulannya, dengan rantaian kerjasama pelbagai pihak
4. Kesimpulannya, tiada simpul yang tidak boleh diuraikan dan tiada lajak
yang tidak boleh diundur
5. Tuntas kata penyimpul bicara,
6. Namun, kemajuan dalam konteks ini bukan dinilai dari segi pencapaian
fizikal dan material semata-mata, sebaliknya yang lebih penting ialah
negara maju yang bakal kita diisi dengan jiwa (isu).

Karangan fokus keluarga


1. Peranan institusi keluarga untuk memupuk amalan membaca
Ayat
topik
Kenapa
peranan
ibu bapa
penting
Apakah
yang
perlu
dilakukan

Ayat
contoh
Kesan
Ayat
penegas

Memang tidak dapat dinafikan bahawa institusi keluarga memainkan peranan


penting untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak
Hal ini demikian kerana didikan awal anak-anak adalah bermula dari rumah.
Oleh sebab itu didikan ibu bapa memberi kesan yang besar terhadap pembentukan
minat dan kecenderungan anak-anak.
Ibu bapa dikatakan mempunyai pengaruh besar dan kuat dalam diri anak-anak
Oleh itu ibu bapa perlu menanamkan minat membaca sejak kecil kerana
melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Pada masa yang sama, ibu bapa haruslah menunjukkan contoh dan teladan yang
baik dengan rajin membaca.
Dalam hal ini ibu bapa janganlah mengamalkan sikap seperti ketam mengajar
anaknya berjalan lurus.
Budaya membaca harus diamalkan dalam keluarga.
Sebagai contoh , ibu bapa membaca akhbar atau buku semasa hujung minggu
Dengan cara seperti ini , anak-anak akan mencontohi perbuatan ibu bapa yang
suka membaca.
Kesannya usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti akan tercapai
Jelaslah bahawa sikap ibu bapa boleh mempengaruhi anak-anak untuk membaca

1. melahirkan anak-anak yang penyayang


2. menggalakkan anak-anak berjimat cermat
3. menyuburkan semangat patriotik dalam diri anak-anak.
4. menyuburkan budaya ilmu dalam diri anakanak
5. menyuburkan semangat kejiranan
6. mengatasi tabiat merokok dalam kalangan pelajar
7. mengatasi pencemaran sungai

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS LANGKAH/ CARA/


USAHA/ STRATEGI
1. SOALAN BERKAITAN LANGKAH / CARA / USAHA

BIL

IDEA / ISI

HURAIAN

Kerajaan

Mengadakan kempen untuk menyedarkan orang


ramai atau masyarakat tentang sesuatu isu
yang sedang berlaku dalam masyarakat sama
ada baik atau buruk.
Kempen perlu mencapai kumpulan sasaran di
seluruh negara.
Agensi-agensi kerajaan yang terlibat perlu turun
padang untuk mendekati masyarakat /
kumpulan sasaran.
Penerangan boleh dilakukan dalam bentuk
ceramah motivasi, pameran, pengedaran risalah
dan penampalan postar di tempat-tempat awam.
Kaedah ini akan melahirkan kesedaran dan
meningkatkan ilmu pengetahuan kepada orang
ramai mengenai sesuatu isu.

Masyarakat

Masyarakat mestilah prihatin dan sensitif


dengan gejala yang sedang berlaku di negara
ini / di kawasan mereka.
Setiap anggota masyarakat tidak boleh
mengamalkan sikap lepas tangan apabila
berlaku sesuatu musibah yang melibatkan
penduduk setempat.
Mereka wajib bersatu dan bekerjasama untuk
membanteras gejala negatif yang sedang berlaku
tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Sikap menjaga tepi kain orang hendaklah
diamalkan untuk menggalakkan perkongsian
maklumat tetapi jangan mengumpat.
Masyarakat madani dan berwawasan perlu

diwujudkan segera untuk membangunkan


negara tercinta ini.
Semangat kejiranan melalui aktiviti bergotongroyong perlu dihidupankan semula.

Ibu bapa dan


keluarga

Ibu bapa merupakan teras pembentukan


sebuah keluarga yang bahagia dan utuh.
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak
menjadi manusia yang beriman, berjaya dan
berakhlak mulia.
Mendidik anak-anak dengan ilmu agama sejak
kecil lagi.
Menjadi benteng yang kukuh melawan godaan
hawa nafsu.
Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada
anak-anak walaupun sibuk dengan kerjaya yang
semakin mencabar.
Meluangkan masa untuk bersama anak-anak
seperti melancong, makan di restoran dan lainlain.
Ibu bapa tidak membesarkan anak-anak
dengan kemewahan yang melalaikan.
Memantau / mengawal pergerakan dan
pergaulan anak-anak agar tidak mudah terjebak
dalam gejala yang tidak sihat.
Sentiasa bertanya khabar tentang masalah dan
keperluan anak-anak.

Rakan sebaya

Menjadi pembimbing kepada sahabat ke arah


yang lebih baik.
Menasihati rakan supaya tidak terlibat dengan
gejala yang negatif sehingga merosakkan moral
dan mencemarkan maruah keluarga.
Melakukan aktiviti yang baik seperti belajar,
bersukan dan membaca.
Melaporkan kegiatan negatif kepada pihak
berkuasa supaya dapat dibanteras secepat
mungkin.
Berfikiran positif dan inovatif.

Media Massa

Membentuk pemikiran rakyat ke arah


pembentukan masyarakat madani di negara ini.
Menyiarkan rancangan yang boleh membina jati
diri masyarakat / semangat patriotisme
Rancangan keagamaan, motivasi dan forum
perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan
orang ramai melakukan kebaikan. Contohnya
TV3 menyiarkan Al-Kuliyyah, TV9 dengan
rancangan Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademik
Al-Quran dan Forum Perdana di TV1.
Tidak menyiarkan drama atau filem yang boleh
merosakkan akhlak golongan muda.
Mengharamkan pengedaran majalah-majalah
separa lucah seperti mangga, URTV dan lainlain yang memaparkan gambar-gambar artis
lelaki tidak berbaju kecuali berseluar pendek
sahaja.
Tidak memuatkan akhbar tempatan dengan
berita-berita yang mengajar remaja melakukan
hubungan seks seperti akhbar Metro.

Diri / Individu

Perubahan sikap individu menjadi penentu


kejayaan kepada usaha-usaha yang
dirancangkan.
Setiap individu perlu bertanggungjawab
melaksanakan peranan masing-masing.
Kita perlu berubah sekiranya tergelincir
daripada landasan yang sebenarnya. Bak kata
pepatah sesat di hujung jalan, kembali
kepangkal jalan / buang yang keruh ambil yang
jernih.
Kita juga hendaklah menilai baik atau buruk
sesuatu perkara itu sebelum dilakukan.
Jangan malu untuk mengakui kesilapan dan
kelemahan diri sendiri.
Tidak mudah terpengaruh dengan pujukan dan
ajakan rakan.
Membentuk jati diri dan mempunyai pegangan
hidup yang kental untuk mengharugi cabaran
dunia moden yang penuh pancaroba ini.

Menyahut seruan kerajaan untuk menjadi


modal insan untuk membangunkan negara
menjelang tahun 2020 bukan menjadi beban
kepada negara.
Mencipta nama untuk mengharumkan nama
negara di persada dunia seperti Datuk Sheikh
Muzafar angkasawan negara, Datuk Nicol David
ratu skuasy negara dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai