Anda di halaman 1dari 63

FOLIO KARANGAN

NAMA : NURLIANA BATRISYIA BT


SAHARUDDIN

KELAS : 4 IBNU KHALDUN

NAMA GURU : PUAN NAZRATUL


ASYIKIN

1
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita .
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada
masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-
masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan
perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu
berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan
tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah
dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku
sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti
kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat
patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan
dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-
perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah
dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan
memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata
pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di
dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-
murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di
institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-
besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik
ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan
Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan

2
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan
filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat
cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti
yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di
kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari
kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di
samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai
bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu
masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-
pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah
selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah
dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati
ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak
dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk
dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan
negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam
kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan
mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan
peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat.

3
Faktor-faktor berlakunya gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar
Tokoh Arab , Saidina Ali Abi Talib pernah menukilkan , “ ilmu apabila diperdagangkan
bertambah , sebaliknya harta apabila diperdagangkan berkurang . Justeru , ilmu menjaga
kamu dan kamu menjaga harta “. Demikianlah betapa tingginya martabat ilmu sebagai
wahana penggerak wawasan negara . Walau bagaimanapun , krisis gejala ponteng sekolah
yang sedang menular dalam kalangan pelajar memungkinkan usaha membudayakan ilmu
akan menjadi hambar . Oleh itu , kita harus membuka minda untuk mengenal pasti punca
gejala malang ini semakin menular dalam kalangan pelajar .
Gejala ponteng sekolah sering kali dikaitkan dengan faktor pengaruh daripada rakan
sebaya . Rakan sebaya sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat sesama mereka . Hal
tersebut berlaku kerana mereka sentiasa berkongsi masalah dan pengalaman yang sama .
Justeru , rakan sebaya yang tidak baik sentiasa menanamkan pengaruh yang destruktif .
Pengaruh tersebut termasuklah tindakan melanggar disiplin seperti gejala ponteng sekolah
yang semakim meruncing kini . Sikap tersebut samalah dengan tempelak peribahasa “
harapkan sokong , sokong membawa rebah “.
Dalam isu ini , ibu bapa patut dipersalahkan juga kerana kebanyakan ibu bapa
mengambil jalan yang mudah dengan membiarkan anak-anak ke sekolah secara bersendirian
. Tidak dinafikan bahawa anak-anak yang baik dan berminat untuk belajar pasti tidak
menyeleweng ke tempat lain . Sebaliknya , anak-anak yang kurang gemar belajar sentiasa
mencari helah untuk menyimpang ke destinasi lain walaupun pada zahirnya mereka keluar
untuk ke sekolah . Dalam situasi persekitaran yang serba terbuka, para pelajar begitu mudah
untuk memonteng . Mereka boleh melepak di pusat beli-belah , bermain snuker dan
berkaraoke . Segala-galanya mudah bagi mereka apabila kebebasan diberikan seluas-luasnya
oleh ibu bapa .
Bebanan kerja yang tidak menang tangan menyebabkan para guru di sekolah sentiasa
melepas tangan terhadap gejala ponteng . Selain bebanan tugas , tekanan yang melampau
daripada masyarakat menyebabkan para guru “ hilang selera “ untuk mengambil tahu perihal
disiplin pelajar . Kebanyakan guru berpendapat , daripada mereka dibebani dengan pelbagai
tekanan daripada ibu bapa kerana mengambil tindakan disiplin , lebih baik mereka mengajar
sahaja . Akhirnya , perihal disiplin diserahkan sahaja kepada waris atau sekurang-kurangnya
kepada pentadbir sekolah . Sikap saling menuding jari itu akhirnya membawa kemusnahan
kepada masa depan para pelajar .
Walau bagaimanapun , seburuk-buruk tingkah laku pelajar , mereka diibaratkan
“sebusuk-busuk daging , dibasuh dikincah dimakan jua “. Segala perilaku mereka sama ada
baik atau buruk perlu ditangani dengan sebaik-baiknya . Semua pihak sama ada ibu bapa atau
para guru malah masyarakat perlu bantu-membantu untuk menangani gejala yang boleh
menjadi duri dalam daging kepada kejayaan negara pada masa akan datang .

4
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah bersukan kepada masyarakat. Panjang
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau
sebagai riadah kecil kerana semasa bersukan proses merembes keluar bahan bahan kumuh
yang tidak diperlukan tubuh badan berlaku melalui perpeluhan . Mutakhir ini, pemodenan
sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat.
Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan
professional melalui pertubuhan bukan kerajaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan.
Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan
dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja tetapi
juga boleh menambah dan menyumbang sumber pendapatan individu dan keluarga.
Sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja mereka
dapat mengakrabkan hubungan sesama masyarakat, malah kesihatan badan mereka juga
sentiasa sihat serta kepada mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang sukan mampu
pula menjana ekonomi untuk membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga.
Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak
menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional
pada alaf baru sering berlumba-lumba untuk meningkatkan sumber ekonomi diri dan
keluarga sehingga mengabaikan kegiatan fizikal akibat kekurangan waktu untuk tujuan
tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan
fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam
pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan
merupakan langkah awal bak kata peribahasa Melayu“sediakan payung sebelum hujan”
dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung.
Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang menghidap penyakit untuk kembali pulih.
Bahkan juga penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani
ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental terutama kalangan pelajar yang .
Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak
yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-
sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Sekiranya, aktiviti bersukan menjadi amalan
masyarakat, sudah pasti bilangan pesakit kronik negara dapat dikurangkan kerana tubuh
badan yang cergas, melahirkan otak yang cerdas. Seyogia, mencegah lebih baik daripada
mengubati Tegasnya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan merupakan usaha efektif
dalam melahirkan masyarakat yang sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa senggang individu. Masa lapang
sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan

5
diri dalam bidang sukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas
, walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga . Masa lapang ini sangat
bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan
ketegangan atau stres. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat
menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , gejala
vandalism serta hedonisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan
terlibat dalam pengambilan dadah. Malah aktiviti riadah ini dapat menarik masyarakat ke
arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesannya amat jelas kerana
dengan bersukan sukan ahli sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan
melangkah gagah dengan yakin sehingga ke peringkat antarabangsa walaupun terpaksa
melalui ranjau pidana dunia persaingan hari ini. Jikalau aktiviti senggang ini digunakan untuk
beriadah sudah pasti negara akan dapat melahirkan atlet negara bertaraf dunia yang mampu
mengharumkan nama negara tercinta. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan
masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.
Di samping itu, bersukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan
hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum. Hal ini demikian
kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih
kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan
sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu,
hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang
sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan
kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui
penglibatan diri dalam bidang sukan. Sekiranya, amalan bersukan menjadi budaya
masyarakat sudah pasti keakraban dan kesepaduan masyarakat akan terjalin dan masalah
perkauman akan dapat dielak. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat
bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan antara mereka.
Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan
secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh
menjadikan sukan sebagai kerjaya dan boleh meningkatkan ekonomi mereka. Penganjuran
dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar.
Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana
keuntungan melalui kadar tukaran wang asing kepada negara. Seiring dengan itu, industri
hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan
hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan
sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain
badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan
badminton dan bowling sebagai kerjaya. Apabila budaya bersukan menjadi budaya
masyarakat bukan sahaja tubuh badan mereka sihat, malah mereka dapat meningkat sara
hidup yang kini kian meningkat serta memperkenalkan negara di mata masyarakat dunia.
Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat dalam menangani
kos sara hidup yang semakin meningkat.
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah
kepada masyarakat. Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua
jenis aktiviti sukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu,
berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara
6
di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan
negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia .


'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu
bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-
akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi
sebuah rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal
'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan Gagasan
1 Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan
bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?
Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan
surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda.
Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih bahasa Inggeris yang dianggap
berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat
mereka. Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang
lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah
mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat
bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.
Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita
tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan
bahasa Malaysia di peringkat lokal. Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa
asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi
perkataan 'Melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan
Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi
membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.
Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak
harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa
Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah
berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman
bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka,
polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen
perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib
seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi
menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik.
Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat
rencaman golongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat

7
umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato
Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan
dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan
paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia.
Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam
kalangan rakyat.
Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah
dilaksanakan terhadap bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat sahaja
di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit, banyak papan
tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan
kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil
tindakan Undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa bahasa Malaysia
bukanlah sebuah wadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi
mewujudkan rakyat kontemporari yang berpegang teguh dengan bahasa ibunda.
Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng sinergi untuk meledakkan darjat
bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya
sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami
sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan
bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang
kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Oleh hal
yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa
kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas “.

8
Penglibatan aktiviti kokurikulum dapat memberi banyak faedah kepada murid.
Huraikan faedah-faedah tersebut.

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik
darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian
seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-
kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja
dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada
saya sebagai seorang pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu
aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Kepada saya dan
rakan-rakan menyertai aktiviti kokurikulum dengan sambalewa bagaikan melepaskan batok
di tangga, amat merugikan. Hal ini amat membimbangkan kerana usaha pihak sekolah untuk
melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang tidak dapat dicapai melalui bidang
kurikulum sahaja tanpa penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai nilai murni
dapat dipupuk dalam diri pelajar seperti saya melalui aktiviti kokurikulum. Falsafah
Pendidikan Negara menegaskan sebanyak 16 nilai murni masyarakat Malaysia terdapat
dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya, apakah faedah-faedah yang saya peroleh
daripada aktiviti kokurikulum yang telah saya sertai?
Salah satu faedah aktiviti kokurikulum yang tidak dapat dikesampingkan ialah nilai
kepemimpinan dapat disemai dan subur dalam diri saya walaupun saya belum cukup keras
ubun-ubunnya. Hal ini penting supaya negara kita tidak ketandusan pemimpin yang
berkualiti pada masa hadapan kerana generasi muda pada hari ini merupakan bakal
pemimpin negara. Yang paling nyata melalui kegiatan kokurikulum, terdapat pelajar yang
dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai
pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah
sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya
berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam memimpin
ini dapat menjadikan saya dan rakan-rakan lain sebagai pemimpin yang berwibawa dan
dihormati kelak. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan, saya
telah dilantik sebagai pengerusi bagi Persatuan Bahasa Melayu di sekolah. Sepanjang saya
menjadi pengerusi bagi persatuan ini, saya dapat mempelajari cara untuk menjadi seorang
pemimpin. Saya berpeluang untuk merancang pelbagai aktiviti yang menarik bersama
dengan pasukan saya dan guru-guru penasihat saya untuk menjayakan persatuan ini. Bukan
itu sahaja, saya turut dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam persatuan
saya. Dengan memperoleh pengalaman-pengalaman ini, saya akan menjadi lebih bijak
dalam menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka. Sekiranya saya

9
tidak mengalami pengalaman sebagai seorang pepimpin sudah pasti saya akan gagal
menjalankan sebagai tugasan apabila saya saya diberi tanggungjawab untuk menerajui
sebarang kepimpinan apabila saya bekerja nanti. Tegasnya, nilai kepemimpinan dapat
dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti kokurikulum yang saya ceburi.
Kupasan dan huraian seterusnya berkaitan manfaat aktiviti kokurikulum tidak harus ada
titik noktahnya, maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata
ditinjau pula dari aspek kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan
antara kaum dalam jiwa saya. Perpaduan amat penting dalam mewujudkan negara yang
aman dan makmur terutamanya dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Setiap
persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai
kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Nilai perpaduan dapat dipupuk apabila saya
bersatu dengan rakan yang berbangsa lain dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, saya
dan rakan saya yang berbangsa Cina dan India mewakili pasukan kami untuk bertanding
dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola jaring. Dalam
perlawanan bola jaring, kami akan bersatu dan bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni untuk mencapai kejayaan pasukan. Secara tidak langsung, hubungan
saya dengan rakan seperjuangan yang berlainan kaum akan bertambah erat dan kukuh
ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana
bersatu teguh bercerai roboh. Kami akan saling menghormati walaupun warna kulit, agama
dan bangsa kami berlainan. Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan
kehidupan yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Saya juga dapat berkomunikasi
dengan baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau kaum. Ringkasnya,
penglibatan saya dalam kegiatan kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta
mengikis sentimen perkauman dalam diri saya.
Menyingkap dari perspektif yang lain, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai
berdikari dalam diri saya. Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri,
berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa segolongan pelajar pada hari ini tidak mempunyai sikap berdikari atau kendiri
kerana kehidupannya dilingkari dengan kemewahan dan sering dimanjakan oleh ibu bapa
mereka. Segala urusan kehidupan mereka seperti mencuci pakaian, pinggan mangkuk dan
mengemas bilik sendiri pun dilakukan oleh pembantu rumah mereka. Dalam aktiviti
kokurikulum, nilai berdikari boleh ditanam melalui penyertaan dalam pasukan beruniform.
Saya telah menyertai pasukan beruniform Pandu Puteri di sekolah saya. Lazimnya, pasukan
beruniform ini akan menganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar
sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi. Dalam kegiatan
yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli
keluarga. Sebagai contoh, saya perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah
sendiri. Lantaran itu, saya tidaklah menjadi seperti burung dalam sangkar yang hanya disuap
nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari. Lebih-lebih lagi, dengan menganggotai
pasukan beruniform saya lebih berdikari berbanding dengan pelajar lain. Izharlah bahawa
nilai berdikari dapat dipupuk melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
yang saya sertai.

10
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum saya juga dapat membentuk
disiplin diri saya. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak
berdisiplin susah untuk berjaya. Disiplin juga dapat membentuk sikap tanggungjawab
seseorang pelajar. Sikap melepaskan batuk di tangga dapat dihapuskan apabila seseorang
pelajar diberi kepercayaan dan amanah untuk menyandang sesuatu jawatan yang penting
dalam unit beruniform, kelab dan permainan. Peraturan yang ditetapkan dalam unit
beruniform bertujuan untuk membentuk disiplin diri dan melatih mereka supaya
berperibadi tinggi dan luhur. Sebagai contohnya, saya akan dilatih menepati masa,
berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan
dan sebagainya. Contoh yang lain, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, saya
mesti menepati masa. Jika terlewat, saya akan rugi kerana masa itu emas. Saya juga tidak
akan terlibat dalam masalah kebejatan sosial seperti melepak, menagih dadah dan
vandalisme kerana memounyai disiplin diri yang tinggi. Pendek kata, pembentukan disiplin
diri yang tinggi dapat saya capai melalui penyertaan aktiviti kokurikulum.
Berdasarkan cambahan minda yang telah dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek
pemupukan pelbagai nilai murni. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi
muda sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut kerana mereka merupakan
jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, para pelajar perlulah memanfaatkan masa
yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Namun begitu, kita seharusnya
mengharapkan usaha generasi yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk
pinang semata-mata. Jadi, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian
Pelajaran Malaysia perlulah menggembleng tenaga untuk memastikan para pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan ini, usaha untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menjadi kenyataan
dan bukannya sekadar omongan kosong. Benarlah kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat
masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.”

11
Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kerjaya yang dapat
menjamin masa hadapan mereka.
Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor
pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa
selama enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas
tahun ini, pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?”
Semasa dalam tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai
berdasarkan minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara
mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita. Pada masa ini,
pelajar sepatutnya telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini
mereka supaya mereka ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang- layang yang
terputus tali dan tidak menyesal dengan keputusan yang diambil dikemudian hari. Antara
kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya.
Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan sesuatu bidang
kerjaya dalam kalangan pelajar SPM?
Fokus perbincangan pertama saya berkaitan faktor minat dan cita-cita pelajar semasa
di bangku sekolah terutama dalam kalangan pelajar SPM. Minat dan cita-cita merupakan
dua perkara saling berkait dan merupakan faktor paling dominan mempengaruhi pemilihan
kerjaya seseorang pelajar terutama pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Oleh sebab itu, ketika mereka berada di tingkatan empat, pelajar perlu menentukan
aliran yang mereka pilih, sama ada aliran sains atau sastera. Bertitik tolak daripada itu,
pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan cemerlang ke semua pakej mata
pelajaran yang ditawarkan dalam jurusan yang diambil. Hal ini kerana kecemerlangan
mereka tersebut membolehkan mereka meneruskan pengajian di menara gading untuk
menggapai cita-cita mereka. Di Menara gading jugalah tepat mereka menimba ilmu
berdasarkan kerjaya yang mereka cita-citakan, sama ada untuk menjadi golongan pekerja
profesional seperti doktor, peguam, pendidik, pentadbir dan sebagainya. Jikalau pelajar
berusaha sudah pasti mereka akan menggapai kerjaya yang mereka impikan kerana di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Tegasnya, faktor minat dan cita-cita merupakan dua aspek
penentu utama kejayaan pelajar untuk merealisasikan kerjaya mereka cita-citakan.
Selain faktor minat dan cita-cita, pelajar juga perlu memilih mata pelajaran yang ada
kaitan dengan kerjaya yang mereka pilih. Umumnya kita mengetahui bahawa semasa di
alam persekolahan lagi pelajar harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang

12
akan diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih
mahir dalam menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan
membuat persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan. Dengan
perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan cita-cita
masing-masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman yang
serba canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang
cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut diberi keutamaan
kerana hanya jauhari sahaja yang mengenali manikam. Contohnya, jika pelajar memilih
kerjaya sebagai seorang jurutera, subjek yang mereka mesti pilih ialah Lukisan kejuruteraan.
Jikalau pelajar berjaya menguasai mata pelajaran berkenaan sudah pasti mereka ada
kelebihan untuk menggapai kerjaya yang diidam-idamkan. Kesimpulannya, sudah terang lagi
bersuluh, pemilihan mata pelajaran juga penting untuk menentukan kejayaan pelajar
merealisasikan kerjaya yang mereka minati.
Bahkan juga, pelajar yang mengidamkan kerjaya yang diminati perlu mempunyai tokoh
atau idola sebagai motivasi untuk berjaya. Kebiasaaanya, idola yang dipilih perlulah seorang
yang unik, seorang yang tabah, dan berjaya dalam bidang kerjayanya. Sebagai contoh Hijjaz
Kasturi, seorang arkitek luar biasa negara, mendapat pendidikan di Adelaide University dan
seterusnya ke Melbourne University, Australia. Sekembalinya ke Malaysia tahun 1967,
beliau telah memiliki kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara. Beliau
telah memenangi pertandingan rekebentuk menara Maybank, bangunan Tabung Haji dan
menara Telekom. Setiap rekabentuk bangunannya menerapkan ciri-ciri keIslaman hingga ke
hari ini sehingga namanya tersohor di Persada dunia. Sekiranya pelajar mempunyai idola
sendiri, sudah pasti kerjaya pilihan mereka sebagai seorang arkitek akan dapat direalisasikan
kerana setiap sejarah kejayaan serta teladan seperti ketekunan, kegigihan dan kekreatifan
idola mereka memotivasikan mereka untuk berjaya bukan sahaja di Malaysia malah
keseluruh dunia. Tegasnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya menggapai kerjaya
idamannya memerlukan idola agar dapat mempengaruhi minda dan semangat mereka
untuk berjaya.
Selain itu, sokongan dan doa ibu bapa amat perlu untuk memastikan kerjaya idaman
remaja dapat direalisasinan. Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan
daripada kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah harapan mereka. Hal ini bermakna,
seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua
ibu bapa mereka tentang pemilihan kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di
peringkat awal lagi. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-
anak walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan harapan kedua-dua ibu
bapa. Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh
memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi kriteria yang diperlukan.
Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada
anak-anak sama ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Sekiranya, ibu bapa tidak
turut serta membantu usaha anak mereka untuk menggapai kerjaya idaman mereka sudah
pasti usaha berkenaan tidak akan kesampaian. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan
menyokong minat anak-anak mereka dalam merealisasikan kerjaya masa depan anak-anak
mereka.

13
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat
menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian
kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada
dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan
spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan
dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak
seperti buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat
dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya
kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang
mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara,
terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan
kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur
lebur umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas
hendaklah dilaksanakan secara efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak nasi yang
mudah putus asa supaya pemilihan bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.

14
Berjimat-cermat Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud
menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa
pembaziran.
Banyak faedah daripada amalan berjimat-cermat antaranya ialah membolehkan kita
menabung. Oleh itu, kita mestilah berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian, ketika
menggunakan kemudahan seperti air, elektrik, dan telefon dan sebagainya. Dengan cara ini,
wang itu boleh kita simpan bagi tujuan yang lebih berfaedah pada masa hadapan.
Selain itu, orang yang berjimat-cermat tidak akan membeli sesuatu tanpa perancangan
teliti. Mereka menyelidiki dahulu sebelum membeli sesuatu barang supaya pembelian
mereka itu berbaloi dengan wang yang telah mereka keluarkan. Pembelian yang tidak
cermat boleh menyebabkan kita terbeli sesuatu yang membawa kerugian dan penyesalan.
Berjimat-cermat juga menggelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah
hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk
berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan
masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermaksud kita menggunakan masa dengan sebaik mungkin.
Elakkan daripada menangguh-nangguh sesuatu tugas dan sebagai pelajar, buatlah jadual
harian agar kita dapat mengisi masa dengan sebaik-baiknya seperti mengulang kaji pelajaran
dan sebagainya.
Di samping itu amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin
tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan seperti
sentiasa menutup kembali kipas selepas digunakan.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan amalan berjimat-
cermat sebagai budaya kita. Oleh itu, yakinlah bahawa amalan ini pasti akan membawa
kebaikan kepada diri sendiri.

15
Faktor Jerebu
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari
ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat
ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim
ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun 2005,
kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di
Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran
Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun
2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang
kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “
jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”.
Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan
secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang
terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya
akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang
sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering
berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan,
sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa.
Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu
bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula
Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran
hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar
berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.
Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan
juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh
pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara
pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka
telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau
pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan
membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu
yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani
yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan
penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan
berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat
luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan
jerebu.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta

16
buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah
menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap
hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan
asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara.
Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya
terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut
yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan
jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di
atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal
ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.
Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak
terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang
perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya,
sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di
negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan
alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan
asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh
mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak
pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan
asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut
prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.
Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang
buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi
tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh
aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya
langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan
persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak
mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan
alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup
dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-
langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu
ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

17
Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah
Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama
Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang
perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas
sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah
dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu
meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan
muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat
juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya,
Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut
diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya
kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.
Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan
bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era
atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa
penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang
ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat
dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah
amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan
kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang
telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan
bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman
kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai
dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan
Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown,
Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa
dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan
British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan
bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu
diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang
mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan
bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati
sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada
peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi
kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A
Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh

18
Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini
terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga
kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang
setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan
mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita
sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan.
Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen
dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara
untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan
pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu,
bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai
contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis
dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah
negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah
seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian
besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik
lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di
samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-
monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi
negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan
monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang
dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai
contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran
Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur,
seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial
British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada
ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi
kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat
di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan
air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897.
Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor,
iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan
bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan
bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi
muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan
dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan
lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk

19
sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan
bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah
sebagai bangunan yang perlu dikekalkan.
Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang
Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini
menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup
seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini
sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu
diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat
sebelum kena jimat sebelum habis.
Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap
rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat
dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika
pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut
hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita
simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan
seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat
mengurangkan kenaikan harga barang.
Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga
dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang
sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan.
Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang
berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan
pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.
Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di
pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu
hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh.
Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami
kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap
ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga
barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang
bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa
untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap
seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga
barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah
didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk
mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga
minyak.

20
Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu,
semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini.
Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-
sama didaki dan ke lurah sama-sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan
kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang
tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai
telur di hujung tanduk ini.

21
Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam
“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang
telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak
sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat,
Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha
menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam
berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai
pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM)
dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong
pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif
dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan
pengangkutan awam.
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan
bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang
berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat
destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah
melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk
menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga
Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan
tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam
peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti
Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki
kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan
sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur
pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah
dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.
Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan
awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan
kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain
itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang
menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan
lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan.
Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian
penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal.
Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa
untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan
pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka

22
kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan
untuk mendapat balik keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan
mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat
menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk
menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah
diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih
banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para
penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan
negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain
rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan,
maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang
terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat
meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah
memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti
tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen
memang dapat menarik perhatian para penumpang.
Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”,
pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat
tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran
tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan
menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada
fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan
kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus
diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam di dalam
hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada
perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan
bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki
kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti
kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam
ditanam mendalam kepada mereka.
Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti
mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran
barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem
perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber
tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong
usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki
pengangkutan awam.

23
Kesan Pemanasan Global
Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan global yang turut
membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang,
perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi berbanding
dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam
dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita
yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca
panas sebagai malang.
Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka bebas
daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan
atau dehidrasi? Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta
orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut
menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang
paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi
mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun.
Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah
gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba
matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke
angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin
meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut
sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.
Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan
membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih
teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat
dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak
tahun 2000. Gelombang ‘kepanasan’ ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan
musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut
dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini,
sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk
seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk
dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India,
China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania.
Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika terus
diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan menanggung kesan
penuh kerakusan generasi kini mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan
kemajuan ekonomi. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti akan memberi kesan

24
paling buruk kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas yang sering dilihat menjadi mangsa
pertama kejadian bencana.Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu
yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata
pepatah 'alah bisa tegal biasa'.
Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak
dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba.
Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang
berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang
paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru
berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut
berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang
berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari
sumber air tawar dengan air masin dari laut.
Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus,
nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti
malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang
dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan
Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara
tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca
panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan
Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis
tikus.
Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar untuk dijaga terutama kebersihan air.
Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan mendedahkan orang rami kepada air
yang dicemari pelbagai jenis kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air
tercemar digunakan segai air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri.
Bilangan kes cirit-birit , disentri dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan
mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan kes bawaan
nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air bertakung yang ditinggalkan arus
banjir. Takungan air ini menjadi tempat strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana
mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan bangkai haiwan yang mereput.
Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam
dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini
semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang
mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika
bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan
kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan
jantung.
Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia
dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia
semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat

25
turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan
tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan
mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'.

Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu


Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak akan
menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita
hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa
terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah
memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri. Jika bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh
sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu menerima
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian, kita mestilah
menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau memartabatkan bahasa
Melayu di negara sendiri.
Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan
kita sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar,
pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan bahasa
Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya jika kita
mengajar rakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik
perhatian mereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita
bersedia untuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari
bahasa kita.
Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabat
kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah kedutaan Malaysia
yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu. Melalui
kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara-negara asing
dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih dikenali,
dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu
mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai semangat `bahasa
jiwa bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan untuk mempromosikan
bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita berada.
Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia mestilah
memanfaatkan penggunaan Internet. Mereka yang pakar dalam bidang ini seperti ahli
akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu
melalui laman web atau blog bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan
mempelajari bahasa Melayu. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di duni
mencari dan memperoleh maklumat melalui Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambil
kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakan
medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kita mestilah

26
mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu ke seantero
dunia.
Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui
filem. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudah
pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem kita. Apabila mereka menerima filem
kita, hal ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk mendalami dan mempelajari
bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang kita hadapi ialah penerbit filem negara
kita masih belum mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa seperti filem yang
dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea , Bollywood, dan sebagainya Jadi, jika kita
mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk menyebarluaskan bahasa Melayu, kita
mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem Melayu juga.

27
Keluarga Impian Saya
"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga
dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri
yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak
daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan
kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan
dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak.
Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak
diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada
seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru
terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata
pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk
membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan
dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung,
darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan
anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus
mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang
penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak
kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak
mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa
nakhoda”.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan
memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah
mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar
fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak
yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa.
Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk
membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan
keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme,
lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah
mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak

28
janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka.
Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?
Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga
saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan
mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.
Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan
saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”.
Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi
keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata.
Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama,
toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian
saya.

29
Sempena Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar
Sekolah, sekolah anda telah menganjurkan pertandingan syarahan yang bertajuk
“Kebersihan dan Keceriaan Kunci Kecemerlangan”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, barisan hakim yang
berpaksikan keadilan, penjaga masa yang cakna dengan masa dan jam randiknya, guru-guru,
dan rakan sekalian. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya diberikan kekuatan dan kesihatan
yang baik untuk berada di atas pentas pada pagi ini untuk menyampaikan syarahan bertajuk
“ Kebersihan dan Keceriaan Kunci Kecemerlangan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum layar saya bentangkan, sebelum bahtera saya layarkan, izinkan saya
menghuraikan beberapa kata kunci yang terkandung dalam tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan, kebersihan merujuk keadaan bersih untuk persekitaran kita, keceriaan merujuk
perihal keadaan atau sifat ceria yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan, dan kata
kunci bermaksud sesuatu yang menjadi, atau formula untuk mencapai sesuatu tujuan,
sementara kecemerlangan pula bermaksud kegemilangan berdasarkan sesuatu peristiwa.
Secara literalnya, tajuk karangan pada hari ini boleh kebersihan dan kecerian merupakan
prakarsa yang penting untuk mewujudkan kecemerlangan sesebuah institusi dan
perbincangan saya mengkhusus kepada kecemerlangan sekolah.
Hadirin sekalian.
Berdasarkan Mutiara Kata Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
Begitulah peri pentingnya kebersihan dan kecerian dalam kehidupan manusia terutama
sekolah sebagai institusi penting sebagai penjana kecemerlangan pelajar. Hal ini kerana
hanya dengan kebersihan dan keceriaan akan mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif
dalam kalangan pelajar dan seterusnya mereka akan berminat untuk menghadiri kelas dan
dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan setiap hari persekolahan.
Oleh sebab itu, atas kesedaran pentingnya kebersihan dan keceriaan, pihak pentadbiran
sekolah mengadakan pertandingan kelas terbersih dan terceria pada setiap minggu sebagai
usaha untuk membudayakan amalan mulia tersebut dalam kalangan pelajar. Apabila dua
unsur penting ini menjadi budaya, suasana kelas akan menjadi kondusif, pelajar akan sayang
akan kelas mereka apabila mereka sentiasa berusaha menjaga kebersihan dan menceriakan
kelas mereka secara kerjasama. Imtihanya, pelajar akan sentiasa akur menjalankan tugasan
berdasarkan tugasan kumpulan sebagaimana tercatat dalam jadual mingguan seperti
menyapu kelas, membersihkan papan hitam, membuang sampah dan sebagainya.
Sementera itu pula, usaha menceriakan kelas dijalankan bagaikan aur dengan tebing, dan

30
mereka akan berusaha memastikan hiasan di dalam kelas mereka dijalankan sepanjang
masa, contohnya mengecat kelas, menukar tirai dan menghias dinding kelas dengan
gambar, dan ada yang membawa bunga-bunga hidup untuk menghias kawasan kelas
mereka kerana usaha itu tangga kejayaan dan yang ringan sama dijinjing dan yang berat
sama dipikul sudah pasti segala yangdidambakan akan menjadi kenyataan. Apabila suasana
kelas bersih dan ceria, pembelajaran akan menjadi menarik dan proses pengajaran dan
pembelajaran berkesan akan dapat dihasilkan, dan sudah pasti kecemerlangan pembejaran
akan dapat dicapai. Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh, kebersihan dan keceriaan kelas
merupakan penyumbang utama untuk kecemerlangan pelajar dan sekolah.
Hadirin sekalian,
Bahkan juga, unsur kebersihan dan keceriaan kelas terlaksana sudah pasti usaha untuk
menceriakan sekolah juga akan mudah dilaksanakan oleh pentadbir sekolah. Soal kewangan
sebenar tidak akan menjadi masalah sekiranya usaha sekolah untuk membudayakan
kebersihan dan keceriaan sekolah dilaksanakan secara berterusan kerana sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit. Apabila asas kebersihan dan keceriaan telah diaplikasikan oleh warga
sekolah mata dan telinga masyarakat sentiasa menjadi saksi dan masyarakat terutamanya
ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bahkan juga wakil rakyat sendiri akan
membantu untuk membantu sekolah menceriakan sekolah. Denyut nadi menceriakan
sekolah bermula dari akar umbi iaitu pelajar, guru-guru, dan pentadbir sekolah Apabila
suasana sekolah kondusif untuk pelajar, sudah pasti budaya hadir sekolah bersinar di hati
dan minda pelajar, dan segala program kecemerlangan sekolah akan mudah dijalankan dan
impak program akan maksima. Situasi ini akan menjana kecemerlangan pelajar dan sekolah.
Program kecemerlangan sekolah juga bukan sahaja dijalankan pada waktu persekolahan,
malah juga diadakan pada waktu cuti dan secara tidak langsung penglibatan guru untuk
menjalankan program kecemerlangan juga mudah dijelmakan. Jelaslah, bahawa suasana
kebersihan dan keceriaan sekolah menyuburkan lagi suasana program kecemerlangan yang
dianjurkan oleh pentadbir sekolah. Malahan juga, apabila kebersihan dan keceriaan sekolah
jika diketahui umum, situasi berkenaan akan menjadi buah mulut masyarakat dan sesiapa
sahaja yang mengunjungi sekolah berkenaan. Tidak mustahil, jika diadakan pertandingan
kebersihan dan keceriaan di peringkat daerah, sudah pasti untuk mendapat tempat sebagai
johan tidak akan menjadi masalah. Apabila sekolah berkenaan menjadi wakil daerah,
kemungkinan besar akan ada budjet yang akan disumbangkan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah untuk memastikan sekolah berkenaan akan mendapat tempat dalam pertandingan
di peringkat negeri. Suasana berkenaan bagaikan bulan jatuh ke riba, dan warga sekolah
akan mendapat durian runtuh atas hasil usaha yang mereka jalankan. Konklusinya, dengan
kebersihan dan keceriaan sekolah, warga sekolah akan mendapat pelbagai impak samada
kecemerlangan mahupun kerjasama masyarakat luar untuk tujuan mengaplikasikan usaha
bermanfaat tersebut.
Tuan puan sekalian,
Seyogia, budaya kebersihan dan keceriaan yang diterap di sekolah amat besar
ertinya kepada seorang pelajar kerana apabila budaya tersebut telah sebati dalam diri
mereka, mereka akan mengaplikasinya di rumah. Oleh sebab itu, ibu bapa akan berasa

31
teruja apabila anak-anak mereka mampu membantu mereka menjaga kebersihan dan
keceriaan rumah. Tambahan pula, sebagai seorang abang atau kakak. adik-adik akan
mengikuti budaya bersih dan ceria yang ditonjolkan oleh orang yang lebih tua daripada
mereka kerana abang dan kakak merupakan suri teladan dalam kehidupan mereka. Sudah
pasti suasana ini akan menanam semangat kerjasama dan akan mempermudah ibu bapa
untuk melahirkan rumahtangga yang bahagia kerana rumahku syurgaku. Malahan, apabila
dewasa dan telah mempunyai tanggungjawab sebagai nahkoda dalam kehidupan
berumahtangga mereka pula akan menurunkan budaya berkenaan kepada anak-anak
mereka. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya, kerana untuk mendidik seseorang
perlu bermula ketika umur mereka muda lagi. Hal ini kerana, ibu bapalah yang
bertanggungjawap mencorak kehidupan anak-anak mereka kerana anak-anak ibarat kain
putih yang bersih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencoraknya. Sebagai contoh,
ibu bapa perlu cakna akan signifikannya budaya kebersihan dalam kehidupan anak-anaknya
seperti menjaga kebersihan diri dengan menyuci tangan selepas makan, membuang sampah
ke dalam tong sampah yang disediakan, menyuci pinggan dan cawan yang digunakan
selepas makan dan sentiasa menjaga kebersihan pakaian mereka di mana sahaja, samada di
rumah atau sekolah. Bahkan juga, ibu bapa perlu memastikan anak-anak sentiasa menjaga
keceriaan rumah, bilik tidur dan malahan susun atur kasut mereka tersusun kerana susun
atur kasut mengambarkan disiplin penghuni rumah berkenaan. Namun, usaha berkenaan
tidak akan beerti sekiranya ibu bapa sendiri tidak menunjukkan budaya bersih dan ceria
kerana ibu bapa merupakan "role model" kepada anak anak dan elakkan seperti ketam
mengajar anaknya berjalan lurus kerana bapa borek anak rintik. Tegasnya, kebersihan dan
keceriaan yang diterapkan di sekolah amat besar ertinya kepada seorang pelajar kerana
apabila budaya tersebut telah sebati dalam diri mereka, mereka akan mengaplikasi budaya
bersih dan ceria setiap masa terutama samada di rumah atau untuk kecemerlangan hidup
berumahtangga apabila mereka dewasa kelak.

32
Manfaat Amalan Membaca
Membaca jambatan ilmu. Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih
rendah. Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua
buah buku setahun. Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang
berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sedar akan pelbagai
faedah yang bakal diperoleh apabila mereka membaca? Sebenarnya sudah terang lagi
bersuluh bahawa terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang mempraktikkan budaya
membaca.
Ilmu penyuluh kehidupan dan membaca buku dapat menambahkan pengetahuan. Hal
ini demikian kerana melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama
ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian mereka tidak
akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, melalui pembacaan, pembaca
berpeluang mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia. Umpamanya mereka dapat
mempelajari tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan lain-lain. Pembaca
juga dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara
yang berlainan. Oleh itu, untuk memupuk budaya membaca ini, kita perlulah menggalakkan
anak-anak ke perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka
kerana banyak membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela ilmu.
Amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan
pelajar. Dasawarsa, ramai pelajar lemah dalam kertas Bahasa Melayu kerana mereka
kurang menguasai kosa kata. Pelajar juga kurang cekap berbahasa Inggeris kerana
kekurangan kosa kata bahasa tersebut. Hal ini menghalang kejayaan pelaksanaan program
MBMMBI iaitu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh
bahasa Inggeris ke arah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan pada peringkat globalisasi.
Tabiat ini juga boleh menyumbang kepada penemuan perkataan-perkataan dan istilah
baharu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain, begitulah keadaannya apabila membaca, kosa kata seseorang itu sentiasa
bertambah dan khazanah bahasa seperti peribahasa dan ungkapan menarik serta bunga-
bunga bahasa semakin dikuasainya.
Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar lulus cemerlang dalam
akademik. Tabiat membaca boleh membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran
dengan cepat dan mudah. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesuai
kepada pelajar yang rajin membaca kerana tabiat membaca juga dapat meningkatkan mutu
akademik pelajar.

33
Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat berfaedah. Masa itu
emas, oleh itu seseorang seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti
mengamalkan hobi membaca buku. Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan
untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, masyarakat di negara Jepun yang maju
menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup mereka. Di negara matahari terbit itu,
kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca buku ketika di dalam kereta api,
di stesen bas, di taman-taman, atau di mana-mana sahaja. Sebaliknya, di negara kita, rakyat
kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau melepak di
pusat-pusat beli belah. Kesimpulannya, jelaslah bahawa rakyat yang banyak membaca
berupaya menjamin kemajuan negara.
Tabiat membaca juga adalah pemangkin kemajuan negara. Hal ini demikian kerana
kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga
diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu mencerminkan kemajuan
sesebuah negara. Sekiranya negara kita dapat mengurangkan kadar buta huruf secara tidak
langsung, taraf pendidikan di negara kita turut meningkat dalam usaha melahirkan rakyat
bertamadun tinggi. Sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan tamadun
keintelektualan manusia bermula daripada buku. Sebagai misalannya, kemajuan Kota
Baghdad telah muncul sebagai pusat penyebaran ilmu yang unggul di dunia suatu ketika
dahulu disebabkan ledakan ilmu menerusi penulisan dan penterjemahan pelbagai buku dari
seantero dunia. Tuntasnya, melalui tabiat membaca, kita dapat melahirkan modal insan
bertaraf dunia.
Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan, sudah terang lagi
bersuluh bahawa tabiat membaca amat signifikan untuk membangunkan intelektual rakyat
negara ini. Tegasnya, tabiat membaca berupaya menjayakan hasrat negara menjadi negara
maju dalam Wawasan 2020. Tabiat membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit ke arah meningkatkan purata pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua
pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk meningkat budaya membaca
dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun
ilmu boleh merentas zaman.

34
Kebaikan-Kebaikan Melancong .
Ramai orang akan pergi melancong bersama-sama dengan keluarga mereka
terutamanya pada musim perayaan dan pada masa cuti sekolah. Mengapakah ramai orang
suka pergi melancong ke luar negara mahupun dalam negeri, berjalan-jalan dengan kereta?
Apakah kebaikan-kebaikan pelancongan kepada rakyat sesuatu negara dan negara
itu sendiri? Pertamanya, pelancongan boleh menarik pelancong ke sesuatu negara.
Dengan itu, rakyat tempatan boleh mendapat pekerjaan secara langsung dan tak langsung.
Ini kerana hotel hotel yang dikunjungi mereka memerlukan pekerja-pekerja yang biasasnya
adalah penduduk tempatan. Restoran dan kedai makanan akan dikunjungi oleh pelancong-
pelancong untuk menjamu selera. Restoran dan kedai makan juga memerlukan pekerja
untuk menguruskan pernigaan tersebut. Seterusnya secara tak langsung akan menarik orang
luar asing mencurahkan modal dalam perniagaan hotel dan restoran kerana mereka boleh
mendapat keuntungan yang besar melaluinya dan negara kita mempunyai pasaran yang luas
di masa depan memandagkan negara kita sedang membangun . Barang kraftangan juga
mendapat perhatian ramai pelancong.
Keduanya, melalui industri pelancongan, kebudayaan sesuatu negara boleh
diperkenalkan ke seluruh dunia. Pelancong yang mengunjungi negara kita apabila sudah
mengambil gambar seperti Wau, batik akan memerkenalkannya ke dalam facebook dan
menceritakannya ke kawan dan saudara mara mereka. Selain itu, makanan tempatan
seperti laksa, kolo mee dan cha keuh tiaw, mee jawa juga akan menjadi terkenal di seluruh
dunia. Raykat Amerika akan mengetahui laksa Malaysia sebagaimana kita mengetahui piza
dan burger mereka. Pelancong yang datang ke negara kita juga berpeluang mengetahui
dengan lebih dekat dengan amalan tempatan. Maka itu lah, Malaysia terkenal dengan
amalan sopan santun dan berbudi bahasa dan tolak ansur oleh orang asing. Selain itu,
masyarakat kita terdiri dari tiga kaum besar tetapi setiap kaum masih mengekalkan identiti
dan tradisi mereka yang tersendiri. Perayaan tahun baru cina masih menjadi suatu
perayaan yang besar di sini dan kerajaan akan memberinya sebagai cuti umum.
Ketiganya, jalan raya dan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air dan elektrik
akan dibina oleh kerajaan sempena meningkatkan bidang perlancongan negara. Ini kerana
pelancong akan mengunjungi negara kita apabila megetahui negara kita mempunyai jalan
raya yang bertar dan bukan masih jalan tanah. Kerajaan juga akan berusaha mendirikan
lapangan terbang membantu industri pelancongan. Melalui kemudahan-kemudahan ini,
penduduk tempatan boleh turut serta hidup bersama-sama hasil pembangunan ini,
terutamanya penduduk luar bandar boleh menaiki kereta untuk memberi barang keperluan
mereka dan tidak akan perlu duduk sampan seperti dahulu apabila mereka pergi ke bandar
atau pergi bekerja. Kanak-kanak yang masih bersekolah pula ketika suatu masa masih

35
berbasikal ke sekolah dan berjalan kaki, tetapi sekarang kehidupan mereka sudah berubah,
ibubapa mereka sudah boleh membawa anak-anak mereka ke sekolah dengan kereta.
Perubahan hidup yang secara mendadak membuat ramai anak mudi kita berpeluang
menuntut pelajaran ke kolej dan universiti di bandar. Selain itu pergaulan mereka juga
menjadi lebih luas. Mereka juga boleh memperolehi barang-barang elektronik seperti
televisyen, handphone, computer dengan lebih mudah. Pegetahuan mereka juga
bertambah daripada itu berbanding zaman muda mudi dahulu yang tidak ada TV, computer
dan barang berkmonuikasi yang sofistikated. Muda-mudi sekarang juga lebih bertuah
kerana mereka boleh meluang masa lapang mereka dengan komputer dan tidak seperti dulu
muda-mudi banyak meluangkan masa mereka lepak di kompleks membeli belah ataupun
telibat dalam kes menangih dadah.
Keempatnya, kita juga boleh memperkenalkan kepada seluruh dunia tentang
pelbagi spesis tumbuhan di negara kita. Suatu spesis tumbuhan yang paling jarang terdapat
di dunia ialah bunga Rafesia yang hanya akan berbunga pada bulan Jun setiap tahun tetapi
masih tidak diketahui ramai orang di Gunung Gading. Spesis tumbuhan ini istimewa dalam
ia adalah bunga yang terbesar di dunia. Bunga Rafesia hanya terdapat di iklim tropika.
Selain itu, negara kita juga terkenal dengan banyak sayur-sayuran seperti cangkuk manis,
kangkung dan kailan yang sedap dan murah berbanding luar negara. Negara kita juga
banyak ada banyak buah-buahan tropika seperti tembikai, betik,rambutan dan durian.
Musang king merupakan durian yang sangat laku dan laris di pasaran luar negara seperti
China dan Thailand. Penjual durian oleh kerana itu mendapat sumber pendapatan dan
wang yang besar daripada itu. Negara kita juga dengan itu terkenal dengan itu.
Kelimanya, pelancongan boleh memperkenalkan kepada orang luar tentang
pemandangan dan kawasan sesuatu negara. Negara kita terkenal dengan Gua -gua. Gua
mulu di miri adalah gua yang terbesar di dunia dijangka dapat memuat 9 buah helipkotor.
Gua niah pula terkenal dengan tinggalan pada zaman pruba seperti tembikai, pinggan
mangkuk pada kurun masehi ke-18. Kita juga boleh memperkenalkan kepada luar negara
tentang pemandangan kita yang indah kerana masih terdapat hutan rimba dan Gunung
Kinabalu yang banyak diterokai oleh orang asing. Selain itu, Taman negara Bako telah
menjadi tarikan para saintis kerana terdapat banyak spesis tumbuhan dan bintang di situ.
Keenamnya, tinggalan pada zaman purba seperti Kampung Portugis, Rumah merah
menjadi tarikan pelancong terutamanya orang Portugis kerana masih ada datuk nenek
mereka yang tinggal di Melaka setelah askar Portugis pulang ke tanah air mereka sendiri.
Kebanyakan pelancong ini datang melawat datuk nenek mereka di sini, kerana mereka
masih ada rumah pusaka tinggalan daripada nenek moyang mereka.
Ketujuhnya, selain memperkenalkan kepada luar negara tentang 3 kaum terbesar
iaitu, melayu, cina dan india. Kita juga memperkenalkan dunia tentang adat istiadat
perkahwinan tradisi 3 kaum terbesar ini. Di sini, kaum cina masih mengamalkan “pang teh”
pada hari perkahwinan pengantin perempuan dan lelaki. Iaitu, pada hari pertama
perkahwinan, pengantin perempuan akan diiring oleh kaum wanita yang biasanya
mempunyai kedudukan yang tinggi di masyarakat itu, yang juga dipanggil mengambil
payung kepada pengantin perempuan, agar pengantin hidup gembira dengan suaminya

36
sepanjang hayatnya. Pada hari pertama itu mereka akan memakai pakaian berwarna merah
sahaja sebagai tanda yang baik dan sihat sejahtera. Pada hari itu juga pengantin akan
mendapat wang dalam bentuk angpau dan juga lantai emas, gelung emas, anting-anting
emas, semua barang emas daripada lelaki dan perempuan yang lebih tua di kampung
mereka.
Pelancongan merupakan suatu industri yang popular pada zaman moden. Banyak
negara yang bergantung kepadanya sabagai sumber pendapatan mereka. Wang yang
kerajaan perolehi daripada pelancongan telah membolehkan kerajaan membangunkan
ekonomi masyarakat tempatan untuk kesejahteraan penduduk tempatan supaya taraf
hidup mereka dapat ditingkatkan. Ekonomi yang baik akan mendatangkan kestabilan politik
kepada sesuatu negara juga. Ada juga kerajaan yang hanya dapat bergantung kepada bidang
industri ini kerana negara tidak dapat bergantung kepada penanaman tananman lain atau
tidak kaya dengan sumber minyak.

37
Anda mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan ialah “Ke
Arah Melahirkan Masyarakat Yang Berilmu Dan Berdisiplin.” Sediakan teks syarahan anda
itu selengkapnya.
Langit biru, segara hitam ciptaan Tuhan. Sayangnya manusia sekarang, akal ada,
akhlak hilang, sibuk mencari impian, lupa diri, lupa Tuhan. Akhirnya datang suatu cahaya
dari kunang-kunang yang berterbangan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang tidak lari dari landasan waktunya, dif-dif
kehormat, tidak dilupakan saudara dan saudari yang dihormati. Tampilnya saya selaku anak
nusa mengepal segenggam harapan, menjunjung seribu impian menerusi sentuhan rasa
topik syarahan saya yang berbunyi, “Ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu dan
berdisiplin.”
Sidang hadirin,
Secara keseluruhannya, topik syarahan pada malam yang permai ini menyentuh
tentang suatu usaha ataupun ikhtiar untuk mewujudkan golongan yang berpengetahuan
tinggi dan seterusnya mempunyai sifat patuh kepada segala peraturan yang diberi.
Pengertian ini dalam konteks syarahan pada malam ini merangkumi suatu aspek yang luas,
meliputi kepandaian dan pengetahuan yang melibatkan keduniaan dan keakhiratan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Ilmu umpama bintang-bintang yang bergemerlapan, memberi sinar paduan kepada
manusia; disiplin pula diibaratkan umpama tabir hitam yang menampakkan seri kerlipan
bintang-bintang yang menerangi kegelapan malam. Ikatan mesra antara dua perkataan itu
adalah bagaikan aur dengan tebing; tak mungkin berpisah kerana kedua-duanya saling
berperanan dalam memajukan manusia. Berkat ilmu dan disiplin, pembesar suara ini
tercipta, Dewan Seri Cahaya ini indah bercahaya, penonton pula tersenyum ria semoga
pertandingan syarahan pada malam ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.
Hadirin dan hadirat,
Apa yang dipertekankan dalam konteks syarahan pada malam ini ialah mewujudkan
golongan berilmu dan berdisiplin di samping memperlihatkan dan mendedahkan kesan-
kesan langsung atau tidak langsung yang akan timbul daripadanya. Sesungguhnya kesedaran
merupakan benih utama yang mencambahkan keutuhan ilmu dan disiplin di kalangan
masyarakat, di mana kita harus bersama-sama memelihara dan menanam dalam sanubari
kita. Golongan pertama yang memainkan peranan ialah institusi keluarga. Setiap anak yang
dilahirkan umpama tabula rasa - kosong tiada isi. Justeru, ibu bapalah selaku rabbi yang

38
akan mencorakkan rasa kesedaran ini di kalangan anak-anak mereka. Pendidikan secara
tidak langsung yang diterima di rumah melalui pembentukan rohani, emosi dan jasmani
ternyata jelas membentuk satu asas ilmu dan disiplin di kalangan anak-anak yang menjadi
harapan mereka.
Setelah generasi kecil ini menjadi dewasa dan mula mengenali alam persekolahan,
institusi pendidikan akan meneruskan peranannya . Dalam usaha ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kebijaksanaannya telah melengkapkan KBSR dan KBSM, malah
kini Sekolah Bestari sudah mula diperkenalkan di seluruh negara. Selain itu, Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) yang merupakan nadi dalam merangka, menyusun,
menyemak semula dan melaksanakan kurikulum, akan memperkenalkan kurikulum baharu.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 pula bercirikan futuristik dengan
harapan melahirkan modal insan yang dapat bersaing dengan generasi luar negara. Hal ini
penting berdasarkan cabaran yang akan dihadapi dalam era globalisasi.
Di samping itu, kerajaan juga memainkan peranannya. Selepas merdeka, didapati
bahawa sistem penddikan negara hanya menekankan kecemerlangan dari segi ilmu
sedangkan keunggulan disiplin dan amalan dianaktirikan. Apabila menyedari akan hakikat
ini, kerajaan Malaysia dengan tradisi membela rakyatnya cuba mewujudkan msyarakat yang
berpengetahuan dan berdisiplin dengan melaksanakan berbagai-bagai dasar seperti Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam, Cintailah Bahasa Kita, dan Dasar Pandang Ke Timur yang
meliputi etika kerja dan kawalan mutunya ternyata berupaya melahirkan masyarakat yang
berilmu dan berdisiplin. Selain itu, kerajaan kita juga merangka dan menjalankan program-
program pembangunan diri seperti Rumahku Syurgaku, Rakan Muda, Wawasan 2020,
Koridor Raya Multimedia, dan internet. Sesungguhnya usaha murni ini harus
dipertingkatkan; janganlah dinanti-nanti, janganlah ditangguh-tangguh sehingga
masyarakat kita kembali teraba-raba dalam kegelapan, kembali ketandusan moral dan
pendirian sehingga rambut mereka terpacak, baju terangkat, seluar terencat, wujud
kumpulan “Black Metal”, “Hip-Hop” hingga mata naik terbeliak.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati ,
Seterusnya golongan yang memainkan peranan paling besar ialah masyarakat - ya
termasuklah saya, panel hakim dan anda semua. Oleh yang demikian, apakah yang harus
kita lakukan? Ya, dengan mencelikkan mata jiran tetangga, menyedarkan saudara-mara
dengan semangat cintakan negara agar kita dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan
berdisiplin. Seterusnya dapat mewujudkan rasa cinta mereka kepada ilmu dan disiplin -
bagaimana cintanya Dewi Sita kepada Dewa Rama dalam Hikayat Seri Rama.
Dengan adanya ilmu dan disiplin, rakyat Malaysia dapat menghindarkan dakyah-
dakyah beracun yang boleh menimbulkan konfrontasi. Suasana konflik dan suasana kritikal
ini akan mencemarkan status negara kita yang berdaulat dan meredeka. Demikianlah sidang
hadirin dan hadirat, betapa pentingnya peranan dan peraturan dalam mewujudakan
manusia yang berpengetahuan dan berdisiplin.
Sidang hadirin,

39
Setelah mengetahui peripentingnya peranan dan peraturan ini, marilah bersama-
sama mengkaji apakah kesan-kesan yang diperlihatkan hasil daripada perancangan ini. Ilmu
dan disiplin tidak mudah terpisah dalam perkembangan politik tanahair. Berkat kecekapan
dan kepandaian pemimpin kita dengan sifat Besih, Cekap, dan Amanah yang ditunjukkan,
YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Razak dengan Barisan Nasionalnya telah membentuk
suatu pakatan yang utuh, dengan benteng yang kukuh bersama-sama MCA dan MIC.
Pembentukan ini akhirnya membawa kepada penyatuan rakyat yang menjurus kepada
kemajuan negara.
Keutuhan ilmu dan disiplin dalam kalangan perwira merupakan tonggak kekuatan
pertahanan negara. Berbekalkan ilmu pertahanan di dada, diperteguhkan lagi dengan
disiplin yang sedia ada, diperkuatkan lagi dengan tiupan semangat Kanang Anak Langkau
“Agi Hidup Agi Ngelaban” dapat menjinakkan seteru-seteru negara. Bayangkanlah sidang
hadirin bayangkanlah perwira negara kita yang cetek pemikiran dan goyah pendirian,
terpengaruh dan terjebak dalam kancah dadah, terhoyong-hayang, tidak mampu memegang
senapang di perbatasan, mampukah, terdayakah mereka mempertahankan negara sidang
hadirin sekalian?
Saudara dan saudari,
Begitu jugalah dalam bidang sukan dan rekreasi. Dengan berbekalkan ilmu dalam
mendaki gunung dan disiplin semasa menjalani latihan, pasukan pendaki Gunung Everest
telah berjaya menawan puncak Gunung Everest yang merupakan gunung tertinggi di dunia
dan wira negara kita telah mengharumkan nama negara. Mereka juga membuktikan kepada
dunia bahawa MALAYSIA BOLEH.
Sidang hadirin yang dihormati,
Dahulu nenda berpelita, kini cahaya dari kaca; dahulu bonda terpaksa mengambil air
di perigi, kini hampir semua ini tiada lagi, air di pili menjadi pengganti. Di samping itu, berkat
ilmu dan disiplin dalam pembuatan kereta, negara kita telah berjaya mengeluarkan kereta
nasional kita, iaitu kereta Proton. Kini kita boleh berbangga dengan pencapaian kereta
nasional kerana telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Sebagai rumusan, dapatlah dikatakan bahawa ilmu dan disiplin merupakan khazanah
yang tidak ternilai harganya. Marilah kita bersama-sama melahirkan masyarakat yang
berilmu dan berdisiplin.

Kalau ada sawah bendang,


Dapat kita menuai padi;
Kalau ada umur panjang,
Dapat kita berjumpa lagi.

40
Sekian, terima kasih.

Gejala merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa berlaku dewasa ini. Bincangkan
saranan anda untuk mengatasi masalah tersebut untuk diterbitkan dalam ruangan
Pendapat Pembaca.
Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemudahan awam
yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini.
Oleh: Khadijah Zulkeflee
Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2020
dan taraf kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara mendadak sejak akhir-
akhir ini. Hampir seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima pendidikan secara
formal, malah ramai yang telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi yang
berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara yang menghairankan kita
semua ialah masalah vandalisme di negara ini turut meningkat dan seolah-olah telah
sampai ke satu tahap yang kronik sedangkan kebanyakan rakyat di negara ini berpendidikan
tinggi.
Masalah vandalisme iaitu perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan sesuka
hati merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telah menular bagaikan barah dalam
tubuh manusia. Kemudahan awam sering dijadikan sasaran rakyat tempatan melepaskan
geram atau meringankan tekanan hidup. Para remaja pula ingin mencari keseronokan
dengan merosakkan telefon awam, mengguris dan merosakkan lif serta menconteng dinding
tandas awam. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sangat dikesali kerana menyusahkan
orang ramai dan meningkatkan perbelanjaan untuk membaikinya. Oleh yang demikian,
langkah-langkah yang konkrit dan proaktif perlu dilaksanakan dengan segera bagi
membendung masalah tersebut.
Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah mengubah strategi atau
sistem pendidikan yang sedia ada di negara ini. Sistem pendidikan sekarang terlalu
berorientasikan peperiksaan dan kegiatan kokurikulum selalu diabaikan. Natijahnya pelajar-
pelajar sekarang hanya berminat untuk menghafal nota dan langsung tidak mahu
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Sebenarnya peyertaan dalam kegiatan
kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta Alam dan sebagainya boleh menyemai dan
seterusnya menyuburkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, cinta kepada alam
sekeliling dan sebagainya yang merupakan elemen terpenting dalam usaha mengatasi
vandalisme. Selain itu, Kementerian Pendidikan patut menekankan subjek Pendidikan Moral
dan Agama menerusi pendidikan formal. Guru-guru wajar memberikan pendidikan dengan
kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar dapat menghayati serta mempraktikkan nilai-nilai
yang telah dipelajari dan seterusnya dapat membasmi gejala vandalisme.

41
Selain itu, media massa perlu memainkan peranan penting dalam usaha
membendung masalah vendalisme. Media massa wajar memaparkan keadaan kemudahan
awam yang dirosakkan dengan serius dan artikel-artikel yang mengkritik perbuatan
tersebut akan dapat menyedarkan anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat juga
patut menyedari peranan mereka dalam usaha membendung masalah vandalisme. Anggota
masyarakat juga wajar melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang
merosakkan kemudahan awam. Jelaslah media massa memainkan peranan penting bagi
mengatasi masalah tersebut sebagaimana kata pepatah, “lidi segenggam kuat kudratnya
dan tidak mudah patah walaupun oleh si gagah”.
“Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara, terhumban
ke darat menjadi permata, terawang di angkasa akan menjadi Kejora”. Begitulah peribahasa
Melayu yang menyatakan dengan jelas akan kepentingan pendidikan awal terhadap kanak-
kanak. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, bertimbang rasa dan sebagainya sejak mereka kecil kerana kita semua
percaya kepada konsep “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kanak-kanak
diibaratkan sehelai kain putih yang perlu dicorakkan peribadinya oleh ibu bapa. Jika
diwarnakan dengan warna pelangi, maka berserilah kain tersebut, tetapi sekiranya
ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya. Ibu bapa perlu
menunjukkan “role model” kepada anak kesayangannya supaya mereka boleh menjadi
manusia yang berguna seperti kata peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi ”.
Selain itu, pihak kerajaan patut menggubal undang-undang yang ketat bagi mengawal
tindak-tanduk anggota masyarakat. Undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak
berkenaan dan tidak terjadi seperti kata pepatah “bagai melepaskan batuk di tangga”.
Kerajaan patut mengenakan denda yang tinggi kepada mereka yang bersikap seperti “enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Mereka yang melakukan perbuatan
vandalisme patut diheret ke mahkamah dan hukuman sebat wajar dilaksanakan
Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu kita patut menggembleng tenaga
untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara kita sebagai antara negara yang
termaju di rantau Asia Pasifik tidak tercalar begitu sahaja. Kita perlu berhati-hati dan
berwaspada seperti kata peribahasa “lengguknya biar bengkok tetapi mengena, tarinya biar
senada tetapi berbisa, langkahnya lembut tetapi kejap” semasa melaksanakan langkah-
langkah untuk membendung masalah tersebut supaya imej baik negara terus terlindung dan
keamanan hidup masyarakat terjamin.

42
Cara-cara untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar .
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Yang Berusaha, Encik Abdul
Rahman bin Hassan, Pengetua Sekolah Menengah Sri Delima; dif-dif kehormat; guru-guru;
para pelajar; dan hadirin yang budiman. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah cara untuk
memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar.
Para pelajar sekalian,
Ekoran kemajuan sains dan teknologi, terciptalah pelbagai alatan yang memudahkan
urusan harian manusia. Penciptaan kenderaan canggih membolehkan sesiapa sahaja
bergerak ke sana ke sini dalam masa yang singkat. Penemuan kaedah rawatan moden pula
telah membantu pihak perubatan mengesan dan merawat penyakit dengan lebih berkesan.
Walaupun kepentingan sains dan teknologi diakui, namun kesedaran orang ramai,
khususnya pelajar tentang perkara ini masih kurang. Sehubungan dengan itu, usaha untuk
memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar perlu dilakukan.
Bagi mencapai matlamat tersebut, ibu bapa hendaklah memperkenalkan “dunia
sains dan teknologi” kepada anak-anak. Selain memberitahu anak-anak tentang kepentingan
budaya sains dan teknologi dalam kehidupan era moden, ibu bapa seharusnya membawa
anak-anak mengunjungi pameran sains dan teknologi yang sering diadakan. Tujuannya
adalah untuk menanam minat anak- anak terhadap sains dan teknologi sejak awal lagi. Bagi
anak-anak yang menunjukkan minat mereka terhadap bidang ini, galakan hendaklah
diberikan agar minat tersebut dapat disuburkan.
Sesetengah pelajar beranggapan bahawa Sains merupakan mata pelajaran yang
sukar dipelajari. Oleh hal yang demikian, fobia terhadap mata pelajaran Sains perlu
dihilangkan dalam diri pelajar. Di sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling harus
mengadakan ceramah untuk membetulkan tanggapan tersebut. Kesedaran tentang hal ini
juga perlu diberikan kepada ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain
itu, pelajar yang telah berjaya dalam bidang tersebut boleh diundang untuk memberikan
penjelasan kepada pelajar tentang perlunya budaya sains dan teknologi pada era globalisasi.
Langkah ini penting untuk membina keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan
teknologi mampu dipelajari oleh sesiapa sahaja.
Pelajar-pelajar yang saya kasihi,
Di sekolah, guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada
aspek amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori. Selain itu,
pertandingan reka cipta sains perlu diadakan dari semasa ke semasa. Aktiviti ini penting
untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar. Ganjaran yang setimpal perlu disediakan

43
untuk menarik lebih ramai pelajar mengambil bahagian. Usaha ini dipercayai dapat
meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, sekali gus memupuk budaya sains
dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Seterusnya, institusi pengajian tinggi pula hendaklah menawarkan lebih banyak


kursus yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Dengan berbuat demikian, lebih ramai
pelajar berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut. Pada masa yang
sama, pihak institusi yang berkenaan hendaklah menyediakan kemudahan pembelajaran
sains dan teknologi yang mencukupi untuk membolehkan pelajar mengikuti pengajian
dengan berkesan. Di samping itu, insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang
tersebut wajar diberikan sebagai pendorong agar pelajar berusaha untuk menguasai bidang
tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak institusi pengajian tinggi harus memikirkan pelbagai
kaedah untuk menarik minat generasi muda dalam bidang sains dan teknologi.
Di samping itu, Kementerian Pendidikan mengadakan Kempen Budaya Sains dan
Teknologi dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, wacana ilmu yang berkaitan
dengan bidang sains dan teknologi telah diadakan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh,
aktiviti forum dan wawancara tentang sains dan teknologi diadakan sepanjang pelaksanaan
kempen itu. Selain itu, peraduan menulis esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi
yang bertemakan sains dan teknologi telah diadakan khusus untuk pelajar sekolah. Kempen
yang berterusan ini diyakini dapat memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan
generasi muda di negara ini.
Pelajar yang budiman,
Sesungguhnya, bidang sains dan teknologi banyak mendatangkan faedah kepada
kehidupan manusia. Pelajar hendaklah memantapkan ilmu dalam bidang ini. Selain itu,
kesedaran semua pihak tentang kepentingan sains dan teknologi amatlah penting. Dengan
adanya kesedaran sedemikian, usaha pemupukan budaya sains dan teknologi dalam
kalangan pelajar akan mencapai matlamatnya. Akhir kata, sama-samalah kita memainkan
peranan dalam memartabatkan bidang sains dan teknologi demi kemajuan negara.
Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.

44
Faedah-Faedah Mengadakan Kumpulan Perbincangan
Dalam zaman yang penuh persaingan ini, para pelajar sentiasa berusaha melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran dan ilmu demi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang
akademik. Menetapkan matlamat, menyediakan jadual waktu yang praktikal, menghadiri
kelas tuisyen dan mengulang kaji pelajaran setiap hari merupakan usaha-usaha yang
dilakukan oleh pelajar demi mencapai kejayaan.
Namun, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai batu loncatan ke arah
kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar-pelajar.
Belajar secara kumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan.
Seseorang pelajar akan dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria
tanpa tekanan daripada guru-guru. Hal ini demikian kerana rakan-rakan merupakan orang
yang paling dekat dengan pelajar selain ahli keluarga. Contohnya, seseorang yang pemalu
tidak berani bertanya kepada guru apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran.
Sebaliknya dia akan bertanya dan mengeluarkan buah fikirannya di depan rakan-rakan.
Justeru, belajar secara berkumpulan bukan sahaja dapat memberikan suasana belajar yang
menyeronokkan malahan membuka peluang kepada pelajar untuk memajukan diri dalam
pelajaran dengan acuan sendiri.
Selain itu, para pelajar dapat berkongsi ilmu sesama mereka melalui kaedah belajar
secara berkumpulan. Mereka berpeluang untuk bertukat-tukar pendapat dan pandangan
tentang kaedah menjawab soalan, bertukar nota pelajaran dan lain-lain. Mereka boleh
berkongsi ilmu tentang sesuatu mata pelajaran dan bekerjasma menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru. Seseorang pelajar yang menghadiri kelas tuisyen akan lebih menguasai
sesuatu ilmu berbanding dengan pelajar yang tidak berpeluang menghadiri kelas tuisyen.
Melalui perbincangan secara berkumpulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran
dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki
kelak.
Bak kata pepatah, muafakat membawa berkat, belajar secara berkumpulan dapat
memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar di samping dapat menerapkan nilai
toleransi. Para pelajar dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan cepat dan berkesan
melalui semangat kerjasama yang diamalkan. Contohnya, seseorang pelajar dapat
menghasilkan karangan yang lebih baik dengan adanya maklumat dan idea yang lebih
relevan daripada rakan-rakan. Natijahnya, belajar secara berkumpulan bukan saja dapat
memupuk semangat bersatu padu, malah dapat mengeratkan hubungan sesama mereka
dan meningkatkan prestasi mereka dalam akademik.

45
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi pelajar
yang ingin mencapai kecemerlangan. Sebagai bakal pemimpin negara, kita seyogianya
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan memanfaatkan kaedah belajar secara
berkumpulan untuk menjadi seorang yang cemerlang dan seterusnya memberikan
sumbangan bermakna kepada negara pada suatu masa nanti.

Tujuan Mengadakan Hari Guru


Hari Guru Sedunia jatuh pada 5 Oktober setiap tahun, namun negara kita menyambut Hari
Guru pada 16 Mei setiap tahun yang sama tarikhnya dengan Majlis Undang-Undang
Persekutuan Tanah Melayu kerana menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak
telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tahun 1956. Tema Hari Guru tahun ini
ialah “ Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” . Guru merupakan insan mulia yang
mengajar dan mendidik murid-muridnya tanpa mengira masa tenaga dan wang ringgit.
Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada
pelajarnya. Seperti yang kita sedia maklum, Hari Guru disambut setiap tahun di peringkat
sekolah dengan meriah oleh murid-murid dan guru-guru. Sesungguhnya, guru haruslah
dihargai kerana merupakan pencorak kepada kejayaan pelajar. Maka, marilah kita
lapangkan jiwa dan minda untuk menelusuri tujuan sambutan Hari Guru di peringkat
sekolah.
Umum mengetahui bahawa Hari Guru disambut untuk menghargai jasa dan mengenang
budi guru yang memberi didikan kepada kita. Jasa guru boleh dibalas melalui ucapan Hari
Guru, bersopan santun dan berbudi bahasa semasa bertutur dan menghulurkan bantuan
untuk meringankan beban mereka. Ucapan yang diberikan yang berpaksikan kepada guru-
guru dapat menyedarkan murid tentang pengorbanan mereka dalam menjamin
kecemerlangan murid-murid dalam akademik. Murid-murid akan berubah sifat dan tingkah
laku agar tidak lagi meyusahkan guru. Penghargaan oleh murid-murid boleh dilakukan
dengan sentiasa berdisiplin, mematuhi peraturan, memberi perhatian semasa di kelas dan
melakukan kerja rumah guru agar tidak menimbulkan sebarang masalah terhadap guru.
Murid-murid hendaklah menjaga tatasusila dengan tidak meninggikan suara dan menjaga
hubungan dengan guru-guru. Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa sambutan Hari
Guru dapat membenarkan murid-murid menghargai jasa guru.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa tujuan lain yang agak jelas adalah
menggalakkan budaya penyayang. Murid-murid boleh mengambil inisiatif dengan membeli
hadiah untuk guru-guru sebagai tanda penghargaan terhadap didikan dan asuhan yang
diberi sepanjang ini. Hadiah yang diberi tidak perlulah mahal asalkan kita menunjukkan
keikhlasan hati. Murid-murid juga patut menziarahi guru-guru di sekolah rendah dan
bertanya khabar kepada guru-guru mereka. Hal ini dapat mengekalkan kemesraan di
samping mengeratkan lagi ukhuwah sesama guru. Murid-murid akan belajar untuk
mengambil berat terhadap guru yang sakit dan membawa buah tangan semasa menziarahi
mereka. Murid-murid akan menyayangi guru-guru dan seterusnya berusaha untuk

46
menggembirakan dan membanggakan mereka sentiasa. Lantaran berpaksikan kebenaran
yang disampaikan, jelaslah bahawa sambutan Hari Guru disambut untuk menggalakkan
budaya penyayang dalam kalangan pelajar.
Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa senario tersebut dapat juga dikaitkan dengan
tujuan seterusnya, iaitu mengeratkan hubungan dengan guru. Sambutan Hari Guru sering
dimeriahkan dengan pelbagai acara yang melibatkan penyertaan guru-guru dan murid-
murid. Acara seperti tarian, permainan dan pertandingan sukan mampu mencetuskan
kerjasama antara guru dengan murid dalam memenangi sesuatu acara. Melalui cara ini,
mereka akan lebih saling memahami dan sentiasa bertolak ansur, sabar dan mengawal diri
bagi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Murid-murid juga boleh mencari
alternatif untuk berkomunikasi melalui SMS, internet atau telefon untuk berhubung dengan
guru-guru yang telah bersara atau guru-guru sekolah rendah. Frasa “Guru jasamu dikenang,
budimu disanjung” jelas menunjukkan bahawa pengorbanan guru akan sentiasa dalam
ingatan para pelajarnya. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita
simpulkan bahawa silaturahim antara guru dengan murid-murid dapat dipererat lagi dengan
acara sambutan yang diadakan pada Hari Guru.
Sebagai menggulung segala yang dibacarakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa
memang terdapat banyak tujuan Hari Guru disambut setiap tahun. Guru merupakan insan
yang mengajar dan mendorong kita ke arah kebaikan. Mereka diibaratkan lubuk akal lautan
ilmu. Pengorbanan guru-guru sukar dibalas walau dengan segunung intan. Hadiah yang
paling bermakna bagi membalas jasa guru adalah dengan menjadi murid yang berjaya dalam
bidang akademik dan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sebagai anak murid yang mengambil berat terhadap guru-guru, kita perlulah sentiasa
mendoakan kesejahteraan mereka. Jasa mereka akan berada dalam ingatan kita selalu
kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Tanpa guru
apalah kita? Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menyambut hari Guru yang bermakna
ini.
Ramai orang menanam padi,
Padi ditanam di dalam paya,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang selamanya.

47
Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara
Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi
kepentingan sosial, ekonomi dan ekologi. Menuju Wawasan 2020 yang merupakan impian
dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju,
kepentingan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan malah perlu dibangunkan agar
seiring dengan sektor perindustrian.
Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat melalui
sumbangannya dalam meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan
utama kepada penduduk desa. Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan melalui
pembangunan sektor ini. Majoriti masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan malah
kehidupan mereka diumpamakan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Masalah ini dapat diatasi melalui pembangunan sektor pertanian dengan bantuan kerajaan
dari segi pemodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi, penyelidikan juga
pembangunan. Hasil pertanian dapat dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini dan
secara langsung menambahkan lagi peluang pekerjaan masyrakat desa dan meningkatkan
pendapatan. Justeru, keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat
dicapai. Salah satu usaha kerajaan yang efektif ialah skim FELDA. Melalui skim ini, tanah
pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata kepada penduduk desa
untuk dimajukan.
Selain itu, sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting
kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian merupakan
input yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan
sebagai produk eksport. Eksport makanan menggunakan hasil pertanian adalah seperti
mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam, berus dan sebagainya. Kos pengeluaran dapat
diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan mentah yang dibekalkam
oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa. Selain itu,
hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama adalah untuk kegunaan domestik
rakyat sesebuah negara. Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk Asia.
Kita dapat menikmati harga makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor ekonomi utama
negara kita. Contoh yang lain kegunaan domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa
sawit berkualiti tinggi diperoleh dengan murah kerana didapati dalam pasaran tempatan.
Indeks imbangan perdagangan iaitu indeks harga hasil eksport dan belanja import
dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara kita melalui
pembangunan sektor pertanian. Hal ini disebabkan hasil sektor pertanian dijadikan sebagai

48
bahan eksport utama negara yang mendatangkan hasil yang lumayan seperti getah dan
minyak kelapa sawit. Negara kita dengan bangganya pengeluar kedua terbesar di dunia bagi
kedua-dua bahan tersebut kerana kecekapan kerajaan Malaysia dalam memajukan sektor
ini. Kepentingan dari segi ini juga dapat dilihat melalui sumbangan sektor pertanian untuk
menggantikan import negara. Dasar penggantian import diperkenalkan pada awal
rancangan pembangunan Malaysia untuk mengurangkan import dari negara asing bagi
bahan mentah sektor pertanian melalui pembangunan sektor ini. Sebagai contoh, buah-
buahan merupakan bahan import utama negara kita. Untuk menggantikan import bahan-
bahan ini, kerajaan telah mengambil langkah mempelbagaikan lagi tanaman buah-buahan
melalui pembangunan yang dilakukan dalam sektor utama. Justeru, kedudukan kewangan
negara dan struktur ekonomi yang kukuh dapat diwujudkan melalui kepelbagaian sektor
ekonomi negara yang seimbang.
Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar melalui
pembangunan sektor pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan. Tekanan ekonomi dan
pasaran untuk bersaing dengan negara lain melalui peningkatan hasil negara atau tujuan
pembangunan dan kemajuan dapat dicapai tanpa mengabaikan amanat Tuhan kepada
manusia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Pembangunan sektor pertanian
dapat menjamin hasil yang lumayan dan punca pendapatan yang stabil tanpa
mengakibatkan pencemaran alam yang teruk seperti pengaruh luar yang negatif daripada
pembangunan perindustrian yang pesat. Sektor perindustrian yang dibangunkan
menjejaskan keseimbangan ekologi melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan
asap beracun, pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai, kumbahan sisa kilang yang tidak
bersistematik dan banyak lagi. Pembangunan sektor pertanian dapat menjaga kepentingan
keseimbangan ekologi. Sektor pertanian melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penanaman,
penyuburan tanah, pembaikan struktur tanah dan sebagainya dapat menjamin hasil
ekonomi yang lumayan di samping mengekalkan keseimbangan alam sekitar.
Untuk kepentingan hubungan yang harmonis dengan negara jiran terutamanya negara
yang dilanda keelesetan ekonomi dapat dijaga jika sektor ekonomi utama dimajukan denga
pesat. Hal ini disebabkan peluang pekerjaan yang begitu luas diwujudkan setelah berupaya
menampung keperluan masyarakat desa dan masih mengalami kekurangan sumber tenaga
manusia, buruh asing dari negara jiran yang susah boleh mencari nafkah di negara kita yang
kaya ini. Selain dapat menjalin hubungan yang erat dengan negara jiran yang memerlukan
bantuan, peperangan dapat dielakkan dan rantau yang aman dapat diwujudkan. Keadaan ini
bukan sahaja dapat menjaga kepentingan diri malah kepentingan negara-negara yang
berdekatan kerana rantau yang aman damai dapat menimbulkan keyakinan dan
kepercayaan pelabur dan pelancong asing. Secara langsungnya, dapat meningkatkan lagi
pendapatan negara malah mampu meningkatkan status negara kita. Sikap saling membantu
ini dan tidak mementingkan diri bak pepatah ‘adat kampung, memagar kampung, adat
negeri, memagar negeri’ merupakan visi kerajaan Malaysia yang bijak dan mulia.
Kesimpulannya, kepentingan pembangunan sektor pertanian tidak harus
dikesampingkan dan fokus kepada pembangunan perindustrian untuk mewujudkan sebuah
negara yang stabil dari segi kewangan, ekonomi dan politik. Pembangunan yang seimbang

49
inilah yang merupakan langkah yang besar oleh negara kita dalam menuju ke Wawasan
2020.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara


Udara yang bersih amat penting untuk kita menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna.
Isu pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara berada dalam tahap yang
amat membimbangkan.Kebimbangan ini menunjukkan bahawa manusia semakin peka akan
kesihatan dan alam sekitar. Namun hakikatnya, punca pencemaran udara adalah kerana
sikap segelintir manusia yang semata-mata lepas tangan apabila mengejar kemajuan.
Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan pragmatik perlu diambil oleh segenap
masyarakat untuk mengatasi masalah pencemaran udara.
Salah satu langkah yang paling penting ialah kerajaan perlu mengariskan dan
mengaplikasikan undang-undang tegas kepada mereka yang terlibat dalam pembakaran
terbuka. Para petani bukan sahaja di negara kita tetapi di negara jiran memilih cara mudah
dengan membakar kawasan hutan untuk menebus guna hutan sebagai kawasan pertanian.
Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila pembakaran sampah terbuka dilakukan oleh orang
awam dan kilang-kilang pula membebaskan gas karbon dioksida secara berlebihan.
Kesannya, jerebu yang serius berlaku di negara kita. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang
oleh kerajaan harus dilakukan secara berterusan dan tidak ‘seperti melepaskan batuk di
tangga’.
Selain itu, pengguna kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori dan bas
harus sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak
mengeluarkan asap hitam yang berlebihan. Begitu juga pengguna kenderaan yang lain,
mereka seboleh-bolehnya harus mengamalkan sikap berkongsi kereta apabila ke tempat
kerja. Pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya boleh mengelakkan berlakunya
pencemaran udara yang serius. Penggunaan kenderaan menggunaakan tenaga elektrik juga
boleh mengurangkan pencemaran udara tetapi mungkin mahal namun bak kata pepatah
Melayu’hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’.
Di samping itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil
perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Kepesatan pembangunan negara menyebabkab pembuangan pelbagai barangan walaupun
masih boleh digunakan berleluasa. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk
digunakan semula. Kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke
dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Dengan ini, masyarakat tidak akan
membakar, membuang dan melupuskan sampah dengan keterlaluan. Sekali gus,
pencemaran bau, udara dan air dapat dikurangkan.

50
Secara tuntas, setiap anggota masyarakat harus peka terhadap kesan pencemaran
udara dan bekerjasama memainkan peranan mengekalkan bumi indah ini untuk generasi
akan datang. Jadi janganlah mengamalkan sikap menuding jari terutamanya pada kerajaan
kerana bumi ini milik kita bersama.

Langkah-Langkah Melestarikan Hutan


Sememangnya hutan negara sedang mengalami proses kemusnahan yang mahu hebat.
Setiap hari akhbar akan menyiarkan kemusnahan hutan, hidupannya dan impak
sampingannya seperti kejadian banjir serta tanah runtuh. Cuma, masyarakat masih belum
menyedari dan mengambil pengajaran daripada berita-berita yang menyedihkan ini.
Kerajaan pula memang mempunyai tanggung jawab besar untuk memastikan hutan negara
terus wujud dalam tempoh 100 tahun akan datang dengan melakukan pelbagai langkah
drastik.
Sebenarnya, tindakan yang paling mudah ialah kerajaan mewartakan semua kawasan
hutan sebagai Taman Negara dan Hutan Simpan Kekal. Tindakan secara undang-undang ini
memastikan kawasan hutan itu akan terus terpelihara tanpa ada usaha untuk menebangnya
demi mengaut keuntungan jangka pendek. Peruntukan undang-undang turut memberi satu
peringatan yang jelas bahawa kerajaan memang serius dalam usahanya untuk mengawal
kemusnahan hutan yang merupakan khazanah tidak ternilai negara itu.
Tindakan ini dipanjangkan terhadap hukuman kepada pesalah yang memusnahkan
hutan negara. Hukuman yang dikenakan haruslah lebih berat yang melibatkan hukuman
penjara dan denda. Pesalah turut dimaklumkan kesalahannya di dalam media massa untuk
memberi peringatan kepada masyarakat. Sikap tegas dan telus kerajaan dalam
melaksanakan undang-undang memberi impak yang ketara dalam usaha menangani
kemusnahan hutan.
Malah, kerajaan boleh mewajibkan semua pokok yang ditebang atas sebarang aktiviti
ekonomi seperti projek perumahan, pembalakan, dan pembinaan empangan diganti secepat
mungkin dalam kuantiti yang tertentu. Kerajaan boleh mengenakan syarat bahawa setiap
pokok yang ditebang harus diganti dengan dua atau tiga batang pokok. Langkah ini akan
menyebabkan semua ahli perniagaan berfikir dua kali sebelum bersetuju untuk menjalankan
sebarang projek atau berhati-hati dalam tindakan mereka menebang pokok yang berada di
dalam kawasan projek mereka.
Langkah ini boleh dilanjutkan dengan menjalankan kempen kesedaran terutama dalam
kalangan remaja. Pihak kerajaan seharusnya menjalakan kempen di sekolah-sekolah dengan
menerangkan peri pentingnya hutan dalam ekosistem kita terutama ketika dunia sedang
mengalami perubahan cuaca global ini. Remaja yang sudah memahaminya akan lebih bijak
bertindak apabila mereka menjadi dewasa atau terlibat dalam projek pembangunan yang

51
memerlukan satu kawasan hutan dimusnahkan. Lagipun, remajalah yang akan menjadi
warisan hutan negara kita.
Selain itu, pasukan penguatkuasa terutama renjer hutan harus ditambah jumlahnya.
Kawasan hutan yang terlalu luas agak sukar untuk dipantau oleh kaki tangan yang kecil
bilangannya. Penggunaan teknologi seperti kapal terbang, satelit dan helikopter untuk
tujuan pengawasan turut memudahkan kerja kerana kawasan hutan negara memang luas.
Pengawasan yang cekap mampu memastikan kawasan hutan belantara kita tidak dicerobohi
begitu mudah.
Kesimpulannya, masalah hutan negara memang serius dan semua pihak harus
bertanggungjawab. Usah kita semua menuding jari tanpa mahu menerima atau mengakui
kesilapan yang telah berlaku. Semua pihak harus duduk semeja dan mencari jalan untuk
menyelesaikan kemelut yang memang sukar diatasi ini. Tanpa kerjasama semua terutama
masyarakat, hutan kita pasti akan lenyap.

52
Cara-Cara Untuk Menangani Stress
Stres merupakan masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Polemik ini
merujuk kepada tekanan yang tinggi sehingga menaikkan tekanan darah dan membawa
kepada ketidakstabilan emosi. Lantaran menerjah arus modenisasi, pelbagai sektor di
Malaysia telah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Sektor-sektor tersebut
memerlukan perkhidmatan rakyat untuk melonjakkan prestasi mereka. Dunia yang semakin
materialistik pula memaksa rakyat bekerja keras bagai lebah menghimpun madu demi
menyara keluarga mereka dan membeli peralatan yang diingini. Harga barang yang tinggi
serta kos hidup yang melambung menyebabkan masyarakat pelbagai cara kontemporari
untuk bersaing dengan industri lain. Hakikatnya, rakyat Malaysia mendepani kepincangan ini
sehingga menjejaskan organisasi sosial negara. Persoalan yang sering berlegar-legar di
benak fikiran kita ialah apakah cara atau minhaj untuk mengurangkan masalah stres dalam
kalangan rakyat Malaysia?
Pada asasnya, rakyat Malaysia hendaklah meluangkan masa mereka untuk bersukan.
Sukan amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan membantu mengurangkan tekanan.
Misalnya, permainan bola sepak, badminton, tenis dan sebagainya bukan sahaja memberi
suasana yang berbeza, bahkan juga membantu menyihatkan badan. Hal ini dikatakan
demikian kerana melalui sukan, seseorang mengeluarkan peluh dan hormon endorfin yang
mencerdaskan otak, persis badan cergas, otak cerdas. Aktiviti ini boleh dimain di padang,
taman permainan atau gelanggang yang berhampiran dengan rumah masyarakat. Dengan
bermain bersama rakan-rakan kita, fokus kita akan beralih daripada beban kerja kepada
suasana permainan. Kita tidak akan memikirkan kerja seharian dan proses ini boleh
merehatkan otak kita. Tegasnya, orang ramai perlu bersukan untuk memperoleh kebaikan
serampang dua mata, iaitu mengatasi masalah stres disamping menyihatkan diri, persis
sambil menyelam minum air.
Selain itu, rakyat negara kita perlu beriadah dan berekreasi. Aktiviti bermandi-manda di
air terjun, makan angindan sebagainya membebaskan kita daripada cengkaman realiti.
Aktiviti sedemikian boleh diadakan bersama keluarga mahupun rakan sepejabat secara
berkala. Contohnya, pada cuti sekolah, hari keluarga dan pelepasan umum. Persekitaran
yang berteraskan flora dan fauna serta penuh dengan udara nyaman mampu menyegarkan
diri kita. Bunyi air mengalir serta dendangan lagu alam semulajadi dapat menenangkan jiwa
kita yang dahulu dikongkong oleh hiruk-pikuk bandar. Suasana yang sejuk dan senyap
mengajar kita melepaskan tekanan dengan melelapkan mata di bawah sebatang pokok

53
redup. Hakikatnya, tekanan kita dapat dilepaskan dan diganti pula dengan jiwa yang tenang.
Justeru, tidak dinafikan aktiviti beriadah dan berekreasi melepaskan stres kita di samping
memberi persekitaran berbeza, bak kata peribahasa, jauh perjalanan, luas pemandangan.
Rentetan itu, individu yang menghadapi masalah stres yang serius harus berjumpa
dengan doktor. Hal ini demikian kerana doktor lebih berpengalaman dan tahu cara
mengubatinya, persis kata mutiara, jauhari juga yang mengenal manikam. Apabila kita
mengalami sakit kepala atau migrain, doktor dapat memberi khidmat kesihatan dan
menasihati kita untuk menangani tekanan. Imbasan CT dapat menunjukkan kondisi otak
manakala kepakaran doktor menganalisis dan mendiagnos diri kita untuk mengelakkan
masalah ini bertambah ruwet, persis sebelum kudis menjadi tokak. Seterusnya, pemberian
ubat-ubatan menenangkan jiwa boleh merawat gejala ini. Kita juga dapat bertanya dan
menjelaskan kekeliruan kita. Intihanya, perkhidmatan doktor wajar diperoleh untuk
menangani masalah stres kerana doktor memahami anatomi badan kita.
Sebagai penggulung segala yang dibincangkan, masalah stres merupakan satu
kekangan serius dan harus ditangani sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya tidak, nescaya
masyarakat tidak dihembusi bayu keharmonian lantaran terikat dengan kehidupan rancak di
bandar. Justeru, semua pihak harus bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam mencari
jalan penyelesaian serta tidak memandang enteng terhadap polemik ini persis rumput di
tepi jalan. Sesungguhnya, Beng Tju, seorang pemikir unggul pernah menukilkan kata-kata,
“rakyat ialah akar bangsa, jika akarnya sihat, pokoknya sihat juga”. Tuntasnya, masalah stres
perlu dibendung untuk menjamin masa depan masyarakat yang sejahtera, damai dan
permai.

54
Langkah-Langkah Penjimatan Perbelanjaan
Dalam mendepani realiti dunia baharu yang kian pantas berubah,sikap berjimat cermat
dalam diri masyarakat kita semakin berkuranagn.Misalnya,masyarakat kita semakin hari
semakin boros berbelanja tanpa memikirkan masa hadapan mereka.Tak tumbuh tak
melata,tak sungguh orang tak kata,hakikatnya amalan berjimat cermat membawa pelbagai
kemaslahatan.Persoalannya,apakah langkah-langkah pragmatik yang boleh diambil untuk
menjimatkan perbelanjaan?.
Langkah utama untuk menjimatkan perbelanjaan adalah dengan cara menyediakan
senarai barangan yang hendak dibeli.Hal ini demikian kerana cara ini akan membolehkan
kita berbelanja secara lebih sistematik dan tidak mengikut kemahuan semata-mata
sebagaimana kata orang tua-tua ikut rasa binasa,ikut hati mati.Impaknya,kita tidak akan
boros berbelanja tersebut untuk masa hadapan.Pendek kata,kita perlulah menyediakan
senarai barangan yang hendak dibeli supaya kita tidak berbelanja sesuka hati malahan dapat
menyimpan bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan.
Selain itu,kita haruslah menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri sebagai
alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan.Hal ini disebabkan oleh sayur-sayuran yang
dijual di pasar mahupun di pasar raya agak mahal harganya.Amalan menanam sayur-
sayuran sendiri bukan sahaja membolehkan kita menikmati sayur-sayuran yang segar dan
tiada bahan kimia bahkan juga dapat memanfaatkan kawasan lapang di persekitaran rumah
kita.Tegasnya,kita seharusnya berikhtiar menanam sayur-sayuran untuk kegunaan seharian
bagi menjimatkan perbelanjaan.
Di samping itu,langkah berikutnya untuk menjimatkan perbelanjaan adalah dengan cara
membawa bekalan makanan dari rumah.Hakikatnya,makanan yang dibawa dari rumah lebih
bersih dan terjamin zatnya berbanding yang dijual di gerai-gerai ataupun di kedai-kedai di
tepi jalan.Secara tidak langsung juga,kita tidak akan keracunan makanan di samping mampu
menjimatkan wang saku.Jelaslah bahawa cara ini dapat membantu kita berjimat
cermat.Berjimat cermat merupakan amalan mulia.
Kesimpulannya,terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menjimatkan
perbelanjaan.Oleh itu,kita sebagai pengguna seharusnya memilih untuk menjadi pengguna
yang bijak berbelanja kerana umpama kata pepatah berakit-rakit ke hulu,berenang-renang
ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.

55
Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah
Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah
dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang
acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupaun percakapan orang
ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung
mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang
biasa mencabar. Adakah gejala ini merupakan satu kebiasaan dan tidak perlu dibanteras?
Adakah gejala ini menjadi kebanggaan para remaja kini yang mampu mewujudkan pelbagai
kumpulan berhaluan kiri sehinggakan tiada sebarang tindakan diambil? Mungkinkah ini
salah satu cara ppergaulan yang diinginkan untuk memupuk semangat perpaduan?
Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak
berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk melupuskan gejala ini daripada
kehidupan seharian.
Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu
bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak
agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. “Melentur buluh
biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu
bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi
pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara
tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah
ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima
oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak
seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja
dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi
perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering
menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.
Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah
yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan
pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan.
Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan
selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela,
Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas
daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan

56
daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah
dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan
selamat. Bantuan daripada alat-alat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita
menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh
dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes
jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat
diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan
aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas
sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah.
Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada
pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras
kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk
keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam
diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu
berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan,
memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan
negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula
mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja.
Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan
peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah
yang sedang kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk
pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah
jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana
gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan
mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah,
perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-
kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan untuk menampung hidup selain melalui
cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh
dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasakan
bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap
sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran
dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana
pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini,
mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem
kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering
diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah
dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai
kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran
sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak
kebelakangan ini amat membimbangkan.

57
Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus
operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab
seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan
menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat
mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab
bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang
penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan
pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang
berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin
merosot sejurus selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial di sekolah. Oleh
itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi
membanteras gejala jenayah di negara ini.
Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah
sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah
agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertamabh serius lagi. Baru-baru ini, Jabatan
Pengangkutan Johor (JPJ) ada mengadakan kawalan jalan raya terutamanya pada waktu
malam untuk mengawasi keadaan jalan raya supaya tiada sebarang kegiatan yang menyalahi
undang-undang berlaku seperti lumba haram. Tindakan JPJ ini sememangnya wajar
dilakukan agar kegiatan jenayah lain dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat rempit
enggan berlumba secara haram kerana takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pihak
berkuasa. Oleh hal yang sedemikian, jenayah-jenayah sosial dapat dikurangkan daripada
terus merebak di Malaysia.

58
Punca dan Langkah Mengatasi Jenayah Ragut
Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya
individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes
ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun
perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir
ini turut meragut nyawa manusia. Kematian dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang koma 18
jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya di
Brickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See Cheng, 37, pada 14 Jun
2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi isu remeh sebaliknya
jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya oleh kaum wanita.
Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama
ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa.
Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati
dalam kehidupan seharian mereka terutama kala berada di khalayak. Banyak pihak apabila
memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka
dan tidak peka kepada jenayah yang akan mereka hadapi. Menurut mereka peragut
terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa yang membawa
beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan atau memakai barang
kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam.
Menurut Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan
Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM), kejadian maut yang berlaku
membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil langkah
memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu. Jenayah ragut kini sama
kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan
kepada wanita. Sudah sampai masanya wanita memberi perhatian serius terhadap perkara
ini dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar rumah terutama di tempat
awam. Wanita perlu peka dan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa kes ragut kini
adalah serius dan kemungkinan akan berlaku kepada diri mereka pada bila-bila masa.
Selama ini wanita terkenal dengan sikap mengambil mudah dan berperasaan tidak apa.
Wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah
keselamatan sewajarnya. Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan
anda telah bersedia untuk melakukan sesuatu apabila diserang. Pada masa yang sama,
mereka harus peka kepada keadaan keliling serta mengawasi orang-orang yang

59
mencurigakan di samping berusaha mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengendong
beg yang betul, cara berjalan dan elakkan daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu.
Sebagai contohnya, apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang
atau dikendong berada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada
menghampiri dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang atau
dipegang itu.

Wanita juga perlu membina kesedaran untuk sentiasa berhati-hati tidak kira masa
dan tempat. Bagi mereka yang pernah mengalaminya, hendaklah berhati-hati supaya
kejadian itu tidak akan berulang. Sehubungan itu, wanita harus mempelajari seni
mempertahankan diri untuk berdepan dengan peragut sekiranya mengalaminya Dalam
hubungan ini, wanita terbabit perlu bijak membuat keputusan pada saat itu sama ada
hendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg tersebut bagi mengelak
kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap mereka. Wanita seharusnya tidak membawa
dokumen penting dan wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih
gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas. Begitu juga dengan barang kemas,
kalau hendak pakai juga biarlah patut padan kecuali jika berada di tempat yang terjamin
selamat.
Sudah sampai masanya wanita melancarkan gerakan pre-mansion untuk
mengingatkan kaum wanita akan bahaya ragut terhadap mereka. Ini boleh dilakukan melalui
kempen di tempat kerja, kawasan perumahan, di surau dan majlis-majlis rasmi. Wanita yang
pernah menjadi mangsa peragut boleh tampil bercerita tentang pengalaman mereka untuk
dikongsi bersama dengan rakan-rakan sejenis. Seperkara lagi, masyarakat juga harus lebih
prihatin dengan keadaan sekeliling. Mereka patut tampil memberi bantuan apabila berada
di dalam situasi seperti itu. Sekiranya ternampak seakan-akan sesuatu yang buruk akan
berlaku di kawasan anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk menghalangnya.
Jangan hanya menjadi pemerhati. Selanjutnya, undang-undang untuk pesalah kes ragut ini
ditimbang semula dan perketatkan supaya mereka yang mungkin akan melakukan jenayah
tersebut merasa takut dan berfikir banyak kali sebelum melakukannya.
Peragut adalah mereka yang yang suka mencuri. Mereka hanya inginkan barang
daripada mangsa dan tidak ambil kisah yang perbuatan mereka itu boleh mendatangkan
mudarat kepada mangsa. Seperkara yang perlu diingati oleh wanita adalah bertindak bijak
semasa diserang tetapi jangan melawan untuk keselamatan diri. Apabila diragut, elak diri
daripada bergelut dan sebaik-baiknya lepaskan beg yang disentap kerana menjadi resam
peragut akan berusaha mendapatkan apa yang mereka ingini. Jika terus melawan,
kemungkinan mangsa akan tercampak atau berpusing-pusing kerana kekuatan peragut telah
berlipat ganda akibat kelajuan motor yang dipandu. Dalam apa juga keadaan, langkah
terbaik adalah sentiasa berhati-hati. Berpeganglah kepada pepatah, berjimat sebelum habis,
beringat sebelum kena.

60
Langkah-Langkah Mengatasi Penderaan Kanak-Kanak
Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini,gejala pembuangan bayi dan
penderaan kanak-kanak amat berleluasa di negara kita, Malaysia. Namun,gejala-gejala
tersebut bukan lagi isu yang hangat lagi kerana telah menjadi kebiasaan bagi rakyat negara
ini. Hampir setiap hari media massa memaparkan berita yang berkaitan dengan gejala
pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak,tidak ketinggalan juga di corong-corong radio
tempatan yang juga sering menyampaikan masalah-masalah tersebut. Namun, golongan
yang tidak bertanggungjawab tersebut masih tidak mempunyai kesedaran serta perasaan
malu apabila berita-berita sedemikian disebarkan sehingga setiap lapisan masyarakat
menyaksikan perbuatan kejam yang telah mereka lakukan ke atas golongan yang tidak
berdosa ini. Walaupun mereka telah ditangkap dan dipenjarakan sehingga terdapat kes yang
membawa mereka untuk dijatuhkan hukuman sampai mati. Hal ini jelas menunjukkan hanya
manusia yang tidak mempunyai nilai moral yang boleh bertindak kejam seperti binatang
yang tidak mempunyai akal fikiran seperti manusia.Bak kata pepatah ‘’janganlah sudah
terhantuk baru tergadah’’.
Pelbagai pihak telah bersinergi untuk menangani masalah tersebut daripada
berlaku, namun tetap menghampakan kerana tidak begitu efektif. Hal ini terbukti apabila
gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari
sehingga tahap yang kritikal. Bagi membendung masalah-masalah seperti ini daripada terus
menular dalam kalangan golongan yang tidak bertanggungjawab ini, masyarakat sendiri
haruslah memainkan peranan mereka untuk membantu mengatasi gejala-gejala tersebut.
Masyarakat haruslah membuang sikap “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing” dengan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keadaan di
sekeliling mereka. Oleh sebab itu, masyarakat haruslah menanamkan sikap “jaga tepi kain
orang” untuk mengetahui apa yang telah berlaku di sekeliling mereka terutamanya dalam
usaha membendung gejala-gejala sosial tersebut daripada berlaku dalam kalangan remaja
ataupun muda-mudi pada zaman moden ini. Sementelahan pula, masyarakat haruslah
mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling
mengambil berat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim.Tambahan pula, perpaduan
antara masyarakat dapat dikukuhkan lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu
membanteras gejala sosial daripada berlaku kerana adanya semangat bersatu-padu dalam
kalangan masyarakat.

61
Selain itu,masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik
anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat
membezakan antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Hal ini
penting bagi ibu bapa untuk memainkan peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu
dan bapa kapada anak-anak mereka, wajarlah mereka bersikap tegas terhadap anak-anak
supaya mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta rasa hormat dan taat kepada
orang tua tersemai dalam diri mereka. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka
tidak terlibat dalam pergaulan sosial yang melampau seperti pergaulan bebas daripada
berlaku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala aktiviti
harian anak-anak mereka dengan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa sendiri haruslah
menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana remaja
mudah terpengaruh dengan faktor persekitarannya. Bak kata pepatah “bagaimana acuan
begitulah kuihnya”. Oleh sebab hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai
pendidikan keagamaan yang kukuh supaya dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka.
Pendidikan keagamaan merupakan satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala
perbuatan negatif yang menyumbang kepada gejala pembuangan bayi aakibat pergaulan
seks bebas dalam kalangan golongan yang tidak bermoral ini.
Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku,peranan
masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di
sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan
terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak
polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain
itu, pengawalan keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal
ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada seorang pun yang berani membuang bayi
secara sesuka hati serta dapat memastikan kanak-kanak mendapatkan perlindungan
daripada didera serta disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha
ini, penduduk setempat sendiri haruslah melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk
memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini serta mencurigakan daripada
berlaku.
Akhir sekali, masyarakat haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian serta amalkan gaya hidup sihat. Masyarakat juga haruslah mempunyai kesedaran
yang tinggi tentang natijahnya jika terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti gejala
pembuangan bayi akibat perhubungan yang terlanjur dan tidak ingin mempunyai anak
haram serta dipandang hina oleh orang lain sehingga menemui jalan buntu iaitu membuang
bayi yang tidak berdosa tersebut di merata-rata tempat. Sebaliknya masyarakat haruslah
melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak
kerajaan mahupun swasta seperti Kempen Membanteras Gejala Pembuangan Bayi. Hal ini
dapat mendedahkan natijah yang akan diperoleh seandainya terjerumus dengan perbuatan
negatif tersebut. Dengan adanya kesedaran yang tinggi, masyarakat secara automatik akan
menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial. Hal ini akan menurunkan
kadar gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.

62
Sebagai intihanya, masyarakat haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dalam
usaha menangani gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak daripada berlaku
serta mencari resolusi hingga ke akar umbi supaya gejala buruk ini dapat dibanteras dan
dihalang daripada terus membelenggu setiap lapisan masyarakat di negara ini. Bak kata
pepatah sikap bagai aur dengan tebing haruslah diamalkan antara satu sama lain. Hal ini
penting bagi menjadikan negara kita bebas daripada gejala buruk supaya pembangunan
negara tidak terjejas disebabkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bermoral ini.
Tambahan pula, matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan direalisasikan serta
imej negara dipandang tinggi di mata dunia.

63

Anda mungkin juga menyukai