Anda di halaman 1dari 11

Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotik dalam

kalangan Masyarakat
Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat
sering diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam


kalangan masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan.
Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang
tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat
kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu
dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam
daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk


meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi.
Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti
kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya ,
pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan
sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah
tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga
dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan
masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-
perkara yang akan memburukkan nama negara.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk
semangat patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa
menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan
kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti
menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa
mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari
kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-
tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-
anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan
tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan


kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang
berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media
elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan
dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau
program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan
rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media
elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”,
“Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan
negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum
di negara kita.

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan


warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan
diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat
patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Punca-Punca Berlakunya Gejala Buli dan Langkah-langkah


Menanganinya
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa, Puan Hjh Rohanah bt
Esmail, Yang dihormati Guru Penolong Kanan Petang Puan Kalsom bte Haron,
barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan
seperjuangan sekalian. Asalamualaikum , salam sejahtera serta salam satu
Malaysia
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Berdirinya saya pada hari ini yang berbahagia ini, adalah untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Punca-punca Gejala Buli di Sekolah
serta langkah-langkah menanganinya. Sebelum saya meneruskan syarahan
saya, ingin saya kemukakan satu soalan iaitu , apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan rangkai kata 'gejala buli?

Hadirin yang dihormati sekalian,


Menurut Kamus Dewan, gejala buli membawa maksud masalah yang meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan
sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.Menurut
kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam
kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin
masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu
mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti
sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Sebenarnya, antara punca berlakunya gejala buli ialah kekurangan


penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang terlibat. Agama
Islam contohnya, menggariskan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang selaras
dengan tuntutan agama. Umpamanya, nilai hormat-menghormati sesama
manusia, kasih-sayang, belas kasihan, amanah, bertanggungjawab dan
sebagainya. Namun, mereka yang terlibat dalam gejala buli ini tidak lagi
menghayati dan mengamalkan suruhan agama. Mereka sanggup berbuat
demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan
kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, ketandusan nilai keagamaan
dalam diri mereka menyebabkan gejala buli ini semakin berleluasa.

Selain itu, ibu bapa juga menjadi punca berlakunya gejala buli ini. Pada
zaman yang serba moden inil kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya
masing-masing untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Hal ini
menyebabkan mereka kurang memberikan belaian kasih sayang, kemesraan dan
prihatian kapada anak-anak mereka. Contohnya, terdapat segelintir Ibu bapa
yang keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang lewat malam. Mereka tidak
ada masa untuk mengambil tahu perkembangan anak-anak terutama yang
remaja. Tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak diserahkan bulat-bulat
kepada pembantu rumah. Justeru, kekurangan perhatian daripada ibu bapa turut
menjadi punca gejala buli ini.
. Di samping itu, pengaruh rakan sebaya di sekolah juga merupakan salah satu
punca yang penting menyebabkan pelajar terlibat dalam kegiatan membuli ini.
Para pelajar yang masih terlalu muda, dikatakan berumur setahun jagung dan
berdarah setampuk pinang sebahagian besarnya masih belum boleh berfikir
dengan matang. Contohnya, mereka amat mudah terpengaruh dengan tindakan
rakan sebaya dan tidak dapat berfikir tentang baik buruknya tindakan mereka
itu. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan
terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli
kumpulannya. Jelaslah, rakan sebaya yang menjadi orang penting dalam
kehidupan remaja selain ibu bapa menjadi punca gejala buli ini.

Bagaimana dengan pihak media massa? Seperti yang kita ketahui, media masa
terutamanya televisyen sering menayangkan filem-filem yang berunsur
keganasan, pergaduhan dan sebagainya. Filem dan rancangan terutamanya dari
barat dan Hong Kong jelas memaparkan unsur keganasan seperti rancangan
gusti, filem-filem aksi pertarungan dan pembunuhan jelas membewa pengaruh
buruk kepada remaja kita. Pelajar meniru aksi yang disaksikan di televisyen
untuk membuli rakan-rakan mereka yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan serta rakan seperjuangan sekalian,

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.


Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung
dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti
Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes
buli ini dalam kurikulum di sekolah. Contohnya, melalui mata pelajaran seperti
Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya, ilmu
tentang gejala-gejala negatif terutamanya buli dan kesan-kesan buruknya perlu
dimasukkan dalam sukatan. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa
perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan yang boleh menggelapkan masa
hadapan meeka. Pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang
kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkan mereka
daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh
diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi
menyedarkan para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Pihak luar
seperti NGO boleh dipanggil untuk mengadakan pameran dan ceramah tentang
gejala buli ini. Selain itu pihak sekolah sendiri boleh menganjurkan aktiviti
seperti kuiz, pidato dan sebagainya tentang kes buli dan juga boleh
menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di
sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak
pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar
menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan
informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar
tahu akannya.

Seterusnya , yang paling penting ialah diri pelajar itu sendiri. Para pelajar
juga harus pandai memilih kawan kerana kawan yang baik akan membawa
mereka ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya. Umpama berkawan dengan
penjual minyak wangi, secara tidak langsung badan kita juga akan sentiasa
wangi. Contohnya, jika berkawan dengan orang yang minat membaca buku,
maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan gemar membaca bersama-
sama. Oleh itu, jika pelajar mesti bijak memilih kawan, supaya tidak terjebak
dalam gejala buli di sekolah.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan


pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar boleh
menjadi mata dan telinga kepada para guru di sekolah. Contohnya jika para
pelajar ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli, mereka
harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada guru disiplin atau pihak
sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin
demi kesejahteraan sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,


. Memang tidak dapat dinafikan lagi, pihak sekolah turut memainkan
peranan penting untuk menangani gejala buli ini. Setiap laporan yang diterima
daripada guru atau pelajar mesti diambil tindakan dengan segara. Pihak sekolah
boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan
juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar
tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah tidak harus
berkompromi dengan kes buli malah harus mengenakan hukuman yang setimpal
kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga
dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Tidak syak lagi, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam
usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan
yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu
bapa mereka. . Ibu bapa juga perlu menunjukkan tingkah laku yang baik,
contohnya tidak bertengkar atau bergaduh di hadapan anak-anak , bergaul
dengan baik dan mesra ketika berurusan dengan jiran tetangga dan orang lain.
Bak kata bidalan, bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Ibu bapa yang baik
akan melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.

. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan


dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus meluangkan masa dengan anak-anak dan
sentiasa mengambil berat tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah.
Contohnya, pada hujung minggu atau cuti, ibu bapa boleh membawa anak-anak
bercuti untuk mempererat kemesraan keluarga. Perhatian dan belaian kasih
sayang yang sepenuhnya kepada mereka akan menyebabkan mereka tidak
berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk nilai-nilai murni
dalam sanubari anak-anak mereka sejak kecil lagi seperti pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini anak-anak akan menyayangi ibu bapa
dan sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka
bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita


yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju
akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai
Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-
matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan
akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu
‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah
sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini
walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini.
Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda
yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada
dunia.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun jari sepuluh dan memohon
kemaafan jika ada kesilapan tutur kata semasa menyampaikan syarahan saya
tadi. Semoga apa yang telah saya sampaikan sebentar tadi dapat memberi
manfaat kepada kita semua. Akhir kata terimalah dua rangkap pantun daripada
saya.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan di simpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Padi muda jangan ditampi;


Padi huma si beras jati;
Generasi muda harapan pertiwi,
Didiklah mereka seikhlas hati.

Sekian. Terima kasih


Industri kraf tangan mempunyai potensi yang besar di negara kita meskipun
menghadapi pelbagai masalah.
Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri ini?

Jelaskan.

Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf


tradisional. Industri ini merupakan satu industri yang berpetensi besar untuk
membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat
desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan
industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.

Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan
membina lebih banyak pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak
pusat kraf sebegini sudah pasti menjadikan lebih banyak produk yang boleh
dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar.
Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat melatih
lebih banyak penggiat industri ini pula.

Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti


industri ini. Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti
mampu meninggikan lagi keluaran industri ini supaya kos menjadi lebih murah
dan harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan sehingga ke tahap
minima. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya
saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat
dalam hati pelancong.

Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam


kalangan generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf
tangan negara kerana mereka tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih
suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden atau berteknologi tinggi.
Kempen yang meluas juga mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf
tangan pada masa yang sama.
Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang
wujud di Malaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk
dijadikan kraf tangan mampu memberikan sentuhan unik terhadap produk
tersebut lalu meninggikan permintaannya pada masyarakat luar. Bukankah kraf
tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan?

Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.


Semua negara menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita
untuk memastikan hasil ini terus hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita
mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi buktik betapa teruknya
pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri.

Faedah Belajar secara kumpulan

Dalam zaman yang penuh persaingan ini, para pelajar sentiasa berusaha
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu demi mencapai
kejayaan cemerlang dalam bidang akademik. Menetapkan matlamat,
menyediakan jadual waktu yang praktikal, menghadiri kelas tuisyen dan
mengulang kaji pelajaran setiap hari merupakan usaha-usaha yang dilakukan
oleh pelajar demi mencapai kejayaan.
Namun, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai batu loncatan ke
arah kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada
pelajar-pelajar.

Belajar secara kumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan.


Seseorang pelajar akan dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan
yang ceria tanpa tekanan daripada guru-guru. Hal ini demikian kerana rakan-
rakan merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar selain ahli keluarga.
Contohnya, seseorang yang pemalu tidak berani bertanya kepada guru apabila
dia menghadapi masalah dalam pelajaran. Sebaliknya dia akan bertanya dan
mengeluarkan buah fikirannya di depan rakan-rakan. Justeru, belajar secara
berkumpulan bukan sahaja dapat memberikan suasana belajar yang
menyeronokkan malahan membuka peluang kepada pelajar untuk memajukan
diri dalam pelajaran dengan acuan sendiri.

Selain itu, para pelajar dapat berkongsi ilmu sesama mereka melalui kaedah
belajar secara berkumpulan. Mereka berpeluang untuk bertukat-tukar pendapat
dan pandangan tentang kaedah menjawab soalan, bertukar nota pelajaran dan
lain-lain. Mereka boleh berkongsi ilmu tentang sesuatu mata pelajaran dan
bekerjasma menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Seseorang pelajar
yang menghadiri kelas tuisyen akan lebih menguasai sesuatu ilmu berbanding
dengan pelajar yang tidak berpeluang menghadiri kelas tuisyen. Melalui
perbincangan secara berkumpulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan
kemahiran dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan yang diduduki kelak.

Bak kata pepatah, muafakat membawa berkat, belajar secara berkumpulan dapat
memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar di samping dapat menerapkan
nilai toleransi. Para pelajar dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan cepat dan
berkesan melalui semangat kerjasama yang diamalkan. Contohnya, seseorang
pelajar dapat menghasilkan karangan yang lebih baik dengan adanya maklumat
dan idea yang lebih relevan daripada rakan-rakan. Natijahnya, belajar secara
berkumpulan bukan saja dapat memupuk semangat bersatu padu, malah dapat
mengeratkan hubungan sesama mereka dan meningkatkan prestasi mereka
dalam akademik.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak


bagi pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan. Sebagai bakal pemimpin
negara, kita seyogianya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan
memanfaatkan kaedah belajar secara berkumpulan untuk menjadi seorang yang
cemerlang dan seterusnya memberikan sumbangan bermakna kepada negara
pada suatu masa nanti.

Belajar Secara Berkumpulan Lebih


Menyeronokkan
 Belajar secara berkumpulan merupakan satu proses yang penting untuk menjadi murid
cemerlang. Terdapat pelbagai cara untuk kita belajar iaitu secara berkumpulan ataupun secara
berseorangan sahaja.
          
  Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan belajar
berseorangan. Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan di dalam kumpulan akan membuat
kita lebih mudah mengingati apa yang dipelajari. Kesannya, sesuatu pelajaran yang dipelajari secara
kumpulan itu akan sentiasa kekal di dalam minda kita.

  Selain itu, belajar secara berkumpulan dapat menjadikan pembelajaran tersebut kreatif dan
aktif. Hal ini demikian kerana, aktiviti belajar secara berkumpulan dapat mampu memberi peluang
kepada setiap ahli untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Dalam konteks ini, setiap ahli akan
bergerak aktif dengan menyuarakan idea mereka. Sebagai contoh, setiap ahli kumpulan bersungguh-
sungguh untuk memerah otak mencari idea masing-masing. Berdasarkan hujah yang diberikan,
terbuktilah bahawa belajar secara berkumpulan member banyak faedah kepada para pelajar.

Kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak dan mendalam dengan belajar
secara berkumpulan kerana rakan-rakan dalam kumpulan tersebut membaca buku rujukan yang
berlainan tentang tajuk yang dibincangkan. Dengan ini semua maklumat tersebut dapat dikongsi
bersama. Kesannya, sesuatu tajuk itu akan dapat difahami dengan lebih mendalam. Berdasarkan
mauduk yang dihuraikan, terbuktilah bahawa belajar secara berkumpulan dapat membantu para
pelajar memperoleh banyak maklumat yang lebih banyak dan mendalam.

Secara deduktifnya, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan batu loncatan ke arah
kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan banyak faedah kepada para pelajar. Belajar secara
berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi peljar yang mengiinginkan kejayaan. Setiap pelajar
haruslah memberikan komitmen yang penuh dan tidak mengambil hal ini sebagai hal yang remeh-
temeh. Oleh itu, sebagai pemimpin negara, kita haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran dan memanfaatkan kaedah belajar secara berkumpulan untuk menjadi seorang yang
cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai