Anda di halaman 1dari 2

Syarahan : ibu bapa berperanan mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati yang berusaha
puan Pengetua, Panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kerana diberi peluang untuk
menyampaikan syarahan pada hari ini. Tajuk syarahan yang ingin saya sampaikan ialah “ ibu
bapa berperanan mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja”

Hadirin yang dihormati sekalian,

Umum sedia maklum, masalah sosial boleh ditakrif sebagai sesuatu perlakuan negatif
anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem
dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam masyarakat. Pada zaman ledakan maklumat ini,
sering terpampang di dada-dada akhbar melaporkan tentang anak-anak muda yang terjerumus
dalam masalah dan pergaulan bebas yang merencat perkembangan yang baik untuk generasi
hadapan. Hal ini disebabkan kerana ibu bapa pada hari ini sibuk mengejar kerjaya dan mewah
masing-masing sehingganya mengabaikan pendidikan terhadap anak-anak mereka. Situasi ini
bertepatan dengan peribahasa anak kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Persis kata pujangga “ bapa borek, anak rintik”. Ibu bapa merupakan suri teladan terhadap
anak-anak dalam semua aspek seperti ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan, sifat
pemurah, kejujuran ibu bapa dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia, berketerampilan dan berintelektual.
Hal ini dikatakan kerana anak-anak dalam keluarga akan melihat dan melakukan apa yang
ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Jika baik sikap ibu bapa maka baiklah anak-anak mereka.
Jika buruk sikap ibu bapa maka tunggu dan lihatlah bagaimana anak-anak itu membesar kelak.
seumpama sehelai kain putih yang suci, ibu bapalah yang mewarnakannya sejak kecil lagi.
Justeru, ibu bapa seyogianya menjadi suri teladan kepada anak-anak supaya mereka tidak
terpesong daripada landasan kebenaran.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial.
Setelah menjelang keremajaan, anak-anak lebih gemar untuk meluangkan masa bersama
rakan-rakan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai
perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka.
Dengan ini, ibu bapa remaja memainkan peranan yang significant untuk memastikan mereka
bergaul dalam kalangan rakan dan persekitaran yang sihat. Hal ini demikian kerana, pengaruh
rakan sebaya merupakan antara penyebab gejala sosial berlaku. Ibu dan bapa hanya perlu
mengenali keluarga rakan-rakan yang bergaul bersama dan mengetahui keberadaan mereka
apabila keluar melakukan aktiviti. Melalui ini, remaja dapat menjauhi rakan sebaya yang
bersikap negatif sekaligus menghindari daripada gejala sosial.
Hadirin yang dikasihi,

Secara kesinambungan perbincangan, pada zaman ledakan maklumat ini, maklumat dan
informasi yang negatif seperti video yang mengandungi pengganasan mudah didapati oleh
remaja melalui Internet dan media massa. Oleh itu, remaja pada hari ini mudah terpengaruh
oleh maklumat negatif ini lantas terlibat dalam masalah sosial dengan mentaliti yang ingin
mencuba. Oleh sebab itu, ibu bapa remaja yang merupakan guru utama dalam kehidupan
anak-anak mereka sejak kecil lagi berperanan perdana untuk mengajar anak-anaknya yang
umur baru setahun pinang, darah baru setampuk pinang dalam membezakan antara kelakuan
yang benar dan kelakuan yang salah.

Secara tuntasnya, tidak dapat dinafikan bahawa peranan ibu bapa adalah vital dalam
mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja lantas melahirkan insan remaja negara kita
yang berketerampilan, berakhlak mulia dan berintelektual. Melalui ini, negara kita dapat
dibangunkan serta berkembang kian maju kerana remaja harapan bangsa, remaja tiang negara.

Sekain, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai