Anda di halaman 1dari 3

Tema : Sahsiah Terpuji

Soalan 1 – Jawapan :

Akhlak dan moral remaja ialah perkara utama yang perlu dijaga
sebaik mungkin bagi perilaku yang buruk dan terpesong. Hal ini
penting bagi mengelakkan para remaja terjerumus ke dalam perkara
yang buruk dan merosakkan. Namun begitu, keruntuhan akhlak dan
moral remaja semakin berleluasa pada zaman yang serba canggih ini,
Oleh itu, terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada
keruntuhan akhlak dan moral remaja.

     Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika


usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya
berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah
mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar
atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-
mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun
mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja
yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk
membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu
berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah “menang jadi arang, kalah
jadi abu’.

      Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada


berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh
anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan
mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang
ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih
jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka
untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya
membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa
pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini
hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata
pepatah “sudah terhantuk, baru tergadah”.

    Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang
serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam
kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan,
tetapi juga boleh mempengaruhi sesorang terutamanya golongan
remaja ke arah yang negatif secara diam. Cerita-cerita yang
berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media
massa. Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang
remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan
akhlak remaja semakin menjadi-jadi.

                      Akhir sekali, didikan agama dan nilai-nilai murni tidak


diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini. Hal ini
disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan
kedudukan sehinggakan mereka alpa terhadap perihal anak-anak
mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama
yang secukup oleh ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka
tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap
perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan
sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir panjang. 

     Kesimpulannya, ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak


mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang
tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding
bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk
mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Sesungguhnya, anak-
anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dang bangsa
kerana mereka inilah akan memimpin negara pada suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai