Anda di halaman 1dari 3

Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.

Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan. Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur. Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh menconteng arang ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna. Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil ana semula sebelum diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan. Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar seseorang yang pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program motivasi kesedaran seperti Adab Bergaul dan Dosa-dosa Besar, misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan dosa. Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

GEJALA PEMBUANGAN BAYI - PUNCA DAN LANGKAH MENGATASI

Gejala pembuangan dan pembunuhan bayi bukanlah sesuatu yang baru bagi negara kita. Banyak rencana dan laporan tentang kes-kes pembuangan bayi disiarkan dalam media tempatan. Nampaknya, gejala ini tidak habis-habis terjadi. Manusia dikatakan makhluk yang paling cerdik di bumi tetapi tingkah lakunya menjijikkan dan tidak standing dengan binatang buas. Pada pendapat saya, punca-punca yang menyebabkan pembuangan bayi ialah hubungan seks bebas. Remaja kini diberi kebebasan yang keterlaluan. Banyak remaja bekerja di luar sambil tinggal bersama-sama dengan rakannya. Keluarga jarang mengetahui tindak-tanduk anak-anak mereka. Jadi remaja bebas bergaul dan mencari teman hidup di luar pengetahuan orang tuanya. Hal ini memberikan peluang kepada berlakunya kes-kes hubungan seks tanpa kawalan. Apabila pihak wanita sudah hamil, barulah pasangan berkanaan panic dan hilang punca. Mereka yang belum bersedia menerima kedatangan bayi yang tidak diundang itu mungkin membuang bayi itu. Selain itu, perasaan malu dan aib para gadis yang mengandung anak luar nikah juga merupakan salah satu punca. Banyak gadis mengandung anak luar nikah kerana kesilapan mereka sebagaimana yang dinyatakan di atas. Terdapat juga janda yang terlibat dalam gejala ini kerana tergoda oleh lelaki. Setelah mereka hamil, mereka tidak berani menghadapi reality, takut dihina dan disisih oleh masyarakat. Sememangnya, masyarakat kita juga tidak dapat menerima hakikat ini. Dalam keadaan yang kusut serta tanpa bimbingan dan nasihat orang lain, wanita yang terlibat mungkin hilang pertimbangan rasional dan sanggup membuang bayi. Di samping itu, punca seterusnya yang menyebabkan pembuangan bayi ialah lelaki atau suami yang tidak bertanggungjawab. Banyak lelaki atau suami akan berjanji manis untuk memikat teman wanita atau isteri mereka. Lelaki berjanji akan berkahwin dengan teman wanita jika teman wanita itu hamil. Banyak wanita, terutamanya gadis remaja, mempercayai kata-kata manis lelaki yang bersalut cinta abadi. Malangnya, setelah berbadan dua, lelaki yang tidak bertanggungjawab akan lepas tangan. Begitu juga, terdapat suami yang meninggalkan isteri yang berbadan dua begitu sahaja. Dalam keadaan buntu, tanpa sokongan dan bantuan keluarga, gadis dan isteri yang terdesak mungkin terpaksa membuang anak mereka. Peranan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Ibu bapa tunjang keutuhan sesebuah keluarga. Mereka bertanggungjawab mengawasi setiap langkah anak-anak agar mereka tidak terjerumus ke dalam kancah maksiat, terutamanya anak gadis. Mereka harus meluangkan masa untuk berbincang dengan anak tentang masalah mereka. Kekerasan yang keterlaluan harus dielakkan dalam mengasuh anak-anak berbunyi melentur buluh biar dari rebungnya. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga harus mengambil langkah yang tegas untuk mengatasi masalah ini. Kaunseling dan bantuan kepada para ibu yang mengandung anak luar nikah penting. Cacian dan hinaan masyarakat tidak akan membantu sebaliknya memburukkan keadaan. Wanita sedemikian akan diberi perlindungan dan bimbingan sehingga anak mereka

selamat dilahirkan. Sekiranya mereka tidak sanggup menerima anak berkenaan, keluarga angkat akan dicari. Selain itu, golongan sasaran dikenal pasti, misalnya kumpulan remaja yang terlibat dalam bohsia. Sememangnya, pencegahan lebih baik daripada pemulihan. Oleh itu, program Rakan Muda dilancarkan. Kerajaan juga melncarkan Masyarakat Penyayang yang sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah ini. Usaha mencegah kemasukan pengaruh liar dari Barat memalui media massa juga digiatkan. Pengajaran pendidikan seks juga merupakan salah satu langkah. Dalam masyarakat kita, seks masih menjadi sesuatu yang terlarang. Oleh itu, banyak orang yang mendapat gambaran yang salah tentangnya. Pendidikan seks yang merangkum biologi pembiakan, psikologi hubungan, sosiologi keluarga, dan seksologi membolehkan masyarakat mendapat gambaran yang mendapat gambaran yang tepat tentangnya. Fahaman bahawa seks bukan untuk keseronokan tetapi satu hubungan yang melambangkan cinta suci abadi dua insane juga perlu dianuti. Masyarakat perlu disedarkan bahawa seks bukan permainan tetapi tanggungjawab berat untuk melahirkan zuriat dan melanjutkan tamadun manusia. Pendidikan seks yang betul juga akan meningkatan rasa hormat diri atau harga diri seseorang. Keseimpulannya, punca-punca pembuangan bayi berkait rapat dengan keruntuhan moral masyarakat dan hilangnya kawalan institusi keluarga terhadap ahli anggotanya. Dengan kajian ini, diharapkan gambaran jelas terhadap pencetus masalah ini dapat membimbing kita untuk mengorak langkah mengatasinya. Namum usaha kerajaan tidak akan Berjaya jika masyarakat tidak memberikan sokongan pada dalam hal ini.

Anda mungkin juga menyukai