Anda di halaman 1dari 15

Pembuangan Bayi Isu Utama Delekuen Juvanil

Moderator:
Assalamualaikum salam sejahtera,
Bertemu lagi kita pada forum kali ini yang akan mengupas satu isu kontemporari
iaitu pembuangan bayi isu utama delekuen juvanil. Bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat, tak kenal maka tak cinta, kalau tak cinta bagaimana
hendak bermasa, maka saya ingin memperkenalkan ahli panel kita,
-Prof. Dato Dr Haji Mohd Ashraf bin Hilal pakar psikologi daripada USIM
-Encik Dylan Liew selaku pensyarah pendidikan jasmani dan kesihatan UKM
-Muhammad Hanis Che Zakaria selaku moderator
Tanpa membuang masa, sama-sama kita menonton satu video menarik yang
berkaitan dengan intipati forum kita hari ini.

Pengenalan
Sebelum kita mengupas lebih lanjut, kita faham dulu apa itu delekuen juvanil.
Delekuen juvanil adalah antara isu tingkah laku sosial dan forum kali ini
berketepatan dengan isu delekuen juvenile iaitu pembuangan bayi.
Isu pembuangan bayi ini saban hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar.
Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi
membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan
bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang
diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini
merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk.
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud
mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi
bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna
pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak
kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.
Prof. Dato Dr. Haji Mohd Ashraf bin Hilal Pakar psikologi dari USIM, Merujuk kepada
isu semasa yang berlaku di negara kita malah global iaitu keruntuhan akhlak remaja.
Antara yang kerap berlaku ialah masalah pembuangan bayi. Jadi Ashraf boleh
jelaskan sebab berlakunya pembungan bayi di negara kita.


Panel 1:
FAKTOR PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA
Pada abad ke-21 ini , Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat
membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global ini.
Kini, Malaysia begitu terkenal di mata dunia . Namun begitu,di sebalik
kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial
yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat , iaitu masalah
pembuangan bayi .Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan ini
boleh dianggap sebagai satu wabak atau bencana kepada negara .
Pembuangan bayi , semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada-dada
akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat bayi yang tidak
berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak dapat
dinafikan pelbagai usaha telah diambil bagi membendung penyakit sosial ini.
Namun begitu , apakah punca kepada kegagalan tersebut?
Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa
ini adalah kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja.Kekurangan
didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah
menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan dan terlibat dalam gejala-
gejala negatif seperti pergaulan bebas .Remaja yang melibatkan diri dalam
gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk menjalinkan hubungan
bertentangan dengan hukum agama.Kesannya,remaja perempuan akan
mengandung tanpa ikatan yang sah.Dalam situasi tersebut , remaja yang
lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang atau
membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu
bertanggungjawab atas zuriat tersebut.Hal ini menunjukkan peranan agama
dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang
teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah, ayat al-Quran,
surah Sad,ayat 26 juga menyatakan bahawa ,janganlah kamu menurut hawa
nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi
benteng yang kukuh bagi menangkis segala anasir-anasir yang negatif dalam
kehidupan.
Di samping itu, sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada
masalah ini.Remaja kini sangat cenderung untuk mencuba sesuatu yang
baharu . Sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud dalam diri
remaja.Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh
mereka.Remaja beranggapan bahawa mereka menjadi lebih matang dan hebat
dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Lebih-lebih
lagi perlakuan seks rambang .Hakikatnya remaja yang matang seharusnya
berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan dan bukannya dengan
cara yang ditegah oleh agama .Persis kata peribahasa Melayu,sesal dahulu
pendapatan , sesal kemudian tidak berguna, menjelaskan kepada kita betapa
pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak menyesal di
kemudian hari.Tambahan pula,remaja pada masa sekarang boleh dikatakan
lebih rapat dan banyak menghabiskan masa bersama rakan berbanding
dengan ibu bapa mereka. Maka,boleh dikatakan pengaruh rakan sebaya yang
negatif juga menjadi antara punca kepada masalah ini.
Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya dengan ibu bapa kerana dalam
konflik keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan
yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. ibu bapa tidak dapat mengawal
disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau di IPTA dan
lain-lain. Oleh itu, tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal,
bersikap kurang ajar dan merancang kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar
kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama pasangannya. Selain itu,
melalui didikan agama pula ibu bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana
kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun apabila mereka kian
besar didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.
Apabila anak-anak sudah masuk kealam remajanya ketika menyambung
pembelajaran du IPTA mahupun IPTS. Mereka secara automatiknya memperoleh
rakan baru malah tingkat umur yang berbeza. Pada waktu ini mereka hanya menadi
rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan disiinilah pengaruh rakan
sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada
keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan
sebaya. Ini akan menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan bebas
sehingga melampaui batasan agama seperti maksiat penzinaan dan hamil sehingga
berlakunya pembaungan bayi.
Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembungan bayi
kerana apa sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan
gambar dan video yang tidak senonoh. Oleh itu, remaja sekarang mudah melayari
laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem
berunsurkan seks oleh media elektronik penyebaran VCD dan gambar lucah.
Bahan-bahan ini telah mendorong mereka dan membangkitkan nafsu serakah untuk
melakukan maksiat dan penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah
seterusnya berlakunya pembuangan bayi.
Masyarakat kini boleh digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak
berperikemanisaian seperti mana terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan
islam lagi. Kanak-kanak perempuan akan di bunuh dan hidup-hidup untuk menutup
malu demi hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Begitulah terjadi pada
zaman sekarang, kanak-kanak turut dilayan sebegitu rupa tanpa rasa belas kasihan
dan dibuang merata-rata hanya untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga
pembuang itu. Perbuatan ini membuat bayi menjadi mangsa binatang buas adalah
satu jenayah yang amat zalim dan keji serta hina tarafnya daripada haiwan. Jika
dibandingkan haiwan dengan manusia, haiwan lebih baik kerana masih mengasihi
dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anaknya.

Renungilah amaran Allah S.W.T dalam surah Al-A'raf ayat 179



Maksudnya :
"Dan sesunggunhnya kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan dari jin
dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telingan
(tetapi) tidak mahu mendengar dengannya: mareka itu seperti binatang ternak
bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka orang yang lalai".

rumusan
sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada masalah ini
kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja.
konflik keluarga
pengaruh rakan sebaya
Melalui kemajuan ekonomi






Moderator:
Seterusnya kita pergi kepada panel kita yang kedua, jadi setiap permasalahan ini
sangat member kesan kepada organisasi masyarakat di negara kita. Jadi sy minta
prof Dylan untuk menhuraikan kesan-kesan masalah ini kepada masyarakat.

Panel 2:
Kesan kepada Bayi
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan
suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih
yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang
masih mentah, yakni usia remaja. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan
dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak
mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Bayi-
bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka
walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi,
bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada
mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil
dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang
tidak berdosa ini meninggal dunia.
Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati
dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang
utusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam
berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka
Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak
kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Siasatan polis
mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain
terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas
membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu
menghargai pemberian dari Tuhan.


Kesan kepada Ibu Bayi
Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih
tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak
berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan
yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan
semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya,
mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan
daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya
mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri,
dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang
sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara.
Ibu yang melahirkan anak berkenaan juga akan mengalami trauma dan
tekanan perasaan kerana terpaksa membuang bayi yang demanding selama
sembulan bulan Sembilan hari sehingga mengalami kemurungan sepanjang hayat.
Besar kemungkinan akan disisihkan masyarakat dan akan menjalani hukuman berat
termasuk penjara atau ditempatkan di pusat pemulihan akhlak.

Kesan kepada Institusi Kekeluargaan
Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya
keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh,
keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini
disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah
lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka
mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya
memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah
pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat
dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama
sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak
yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus
menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan
panduan untuk meneruskan hidup.
Kesan kepada Masyarakat
Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi
yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa
malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja
dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar
melibatkan diri dalam kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah
menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak
langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat
setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.
Kesan Kepada Negara
Kerancakkan ekonomi dan pembangunan negara akan terjejas dan terbantut
disebabkan masalah sosial yang dialami oleh sesuatu negara.
Hilangnya seorang pemimpin negara pada masa depan disebabkan
keruntuhan akhlak anak-anak muda sekarang, yang tidak pandai untuk memikul
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kerana jatuh dan bangunnya sesebuah
negara bergantung kepada akhlak remaja dan generasi pada waktu sekarang.
Negara juga akan kehilangan generasi masa hadapan dan akan mengalami
kerugian yang sangat besar kerana generasi pada masa kini tidak mempunyai
akhlak baik dan yang diinginkan dan hal ini menyebabkan negara akan kehilangan
pemimpin-pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir negara.
Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya
kuning dan pengaruh budaya barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para
remaja hari ini. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu,
terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan
akhlak remaja-remaja islam terutamanya akan rosak dan binasa.
Perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat peningkatan kadar
jenayah. Kerajaan terpaksa menggunakan belanja yang lebih besar dalam
menguruskan remaja-remaja dan bagi mengatasi remaja yang bermasalah ini.
Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan juga meningkat untuk menampung bayi yang
diletakkan dirumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai
biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan
sementara. Padamasa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak
menjumpai,rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal
mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang
berkaitan dari segi kewangan.
Rumusan
Kesan kepada bayi
Kesan kepada ibu bayi
Kesan kepada institusi keluarga
Kesan kepada masyarakat
Kesan kepada negara
Moderator:
Jika dilihat statistic permasalahan ini, menunjukkan kenaikan dari semasa ke
samasa. Sekiranya masalah ini tidak dibendung, nilai keperimanusiaan akan luntur
dan semestinya masayarakat luar akan memandang enteng kepada negara kita. So
Prof Dylan boleh jelaskan berkenaan dengan langkah mengatasi masalah ini supaya
ia dapat dibendung daripada peringkat akar umbi.
Panel 2:
Peranan Ibu Bapa
Ahli keluarga khasnya ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk
kemahiran mengawal diri. Kemahiran mengawal diri memerlukan kefahaman
terhadap nilai sosial baik di samping perkara yang salah dan betul di sisi peraturan
mahupun undang-undang. Gaya keibubapaan yang baik akan menurunkan nilai-nilai
baik ini supaya dapat menjadi teladan dan ikutan anak-anak. Ibu bapa sendiri perlu
menjadi modelyang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun, berapa ramaikah di
antara kita yang memiliki kemahiran keibubapaan ini? Jika kita mempunyai
kemahiran ini, adakah kita mempraktikkannya di kalangan anak-anak
kita?Bagaimana dengan fungsi keibubapaan yang tidak kesampaian? Misalnya
dalamkes ibu tunggal. Ibu tunggal yang bekerja akan kesuntukan kesempatan
untukmenurunkan nilai-nilai ini kepada anakanak.
Bagaimana dengan tanggungjawab seorang bapa? Keadaan menjadi lebih
buruk jika perkara ini berlaku dalam sistem keluarga nuklear. Sokongan daripada
ahli keluarga yang lain adalah kurang. Perkara beginilah yang dilihat sebagai
penyumbang kepada masalah delekuen juvanil kita. Sikap masyarakat sekarang
yang tidak suka lagi menjaga tepi kain orang turut menyumbang kepada masalah ini.
Kita hidup berkelompok tetapi saling dipisahkan oleh tembok batu dan besi. Ciri-ciri
individualistik lebih ketara. Kita enggan menegur salah laku anak jiran.Kita jarang
berkongsi nilai-nilai baik sosial seperti mana masyarakat dahulu.Budaya saling
bertegur sapa, bantu membantu, mesra serta prihatin terpaksa dilaungkan kerana
kemerosotannya di dalam gaya hidup masyarakat kini.
Dunia luar ibarat lorong, tempat hiburan dan mana-mana lubuk untuk remaja
melepak menjanjikan keseronokan yang lebih baik. Ditambah pula dengan tarikan
pengaruh rakan yang senasib dengan mereka. Perlakuan delekuen diperlihatkan
sebagai satu identiti untuk kumpulan mereka dan satu cara remajamelepaskan
keinginan serta tekanan mereka. Ketagihan keseronokan dapat mengatasi
pengetahuan dan kemahiran hidup positif yang lain apabila kumpulan ini
berkumpul.Kurang kemahiran mengawal diri yang berpunca daripada harga diri dan
konsep kendiri yang lemah turut menyumbang kepada perlakuan delekuen ini. Mari
kita imbas kembali bagaimana perlakuan remaja yang mempunyai harga diri serta
konsep kendiri yang negatif. Mereka sering terlibat dengan aktiviti antisosial yang
bertentangan dengan nilai baik sosial, agama, peraturan atau undang-undang
Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa
seharusnyamemberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada
anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu memenuhi
keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum
timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya,
keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat
kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih
sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa
penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi
diperingkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang
yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang
lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang
penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus
ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.
Pencegahan sebelum berlaku
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah
seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas
lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan
masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang
mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi
boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan
kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.
Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat
setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin
meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu
bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan
memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin
masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam
melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan
mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada
semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri,
keluarga dan masyarakat.



Bagaimana Untuk Mengelakkan Kehamilan?
Remaja boleh mengelakkan kehamilan dengan 2 cara :
Menghindarkan dari melakukan perhubungan seks.
Menggunakan cara-cara pencegahan kehamilan.Hindarkan dari melakukan
perhubungan seks.
-Remaja bertanggungjawab ke atas hidup sendiri. Jangan biarkan oranglain
memaksa diri untuk melakukan hubungan seks.Jangan mengambil dadah atau
minum alkohol kerana ini boleh mengakibatkan dirihilang pertimbangan.
Medical Institute of Sexual Healthmenyatakan :Satu-satunya cara penyelesaian
adalah dengan menundakan perhubungan seks.
"Hanya dengan menundakan aktiviti seks sehingga selepas berkahwin dengan
pasangan yang tidak dijangkiti, remaja dapat mengelakkan dari dijangkiti dengan
penyakit kelamin dan kehamilan 100%. Menundakan perhubungan seks
sehinggaselepas berkahwin adalah nasihat perubatan yang paling baik yang boleh
diberikankepada pemuda / pemudi di zaman ini"
Cara yang paling baik untuk mencegah kehamilan adalah "Simpankan seks
untukperkahwinan" (Save Sex for Marriage).Cara ini telah dibuktikan secara saintifik
danmenurut kehendak agama dan budaya
Jika remaja sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin, pastikanremaja
mengetahui kesan dan akibatnya :
Jika anda berumur kurang dari 16 tahun , perhubungan kelamin adalah salahdi sisi
undang-undang kecuali jika telah berkahwin .
Undang-undang negara ini menyatakan bagi pasangan lelaki yangmengadakan
perhubungan seks dengan perempuan berumur di bawah 16tahun walaupun dengan
izinnya, boleh didakwa sebagai merogol.
Kehamilan boleh dielakkan jika remaja menggunakan kaedah perancangkeluarga :--
Menggunakan kondom dapat mengurangkan risiko kehamilan.Walaubagaimana pun
kondom tidak mencegah kehamilan 100%Sila dapatkan nasihat dan bantuan dari
doktor atau kakitangan kesihatan.Remaja yang sudah berkahwin tetapi tidak
bersedia untuk menimang anak danberkeluarga digalakkan menggunakan alat atau
pil perancang keluarga.


Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah
Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi
menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika
mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta
rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal
dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat
dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa agar turut serta
dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik
golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

Panel 2:
Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan
peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang
semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan
tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah disamping untuk
mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri KEWAJA.
Hal ini demikian kerana mereka masih perlu dibela dan memberi peluang kepada
mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah
menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang
tidak bersalah, contohnya seperti Pusat Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat
memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan
bertanggungjawab ke atas mereka.
Selain itu, persepsi masyarakat mestilah diubah dengan tidak terus menghukum
mereka yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu mereka
agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat
juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini
dapat dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan suasana disekeliling mereka
supaya mayarakat dapat bersama- sama mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini
terus berlaku.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak terlibat dalam menangani
masalah pembuangan bayi ini. Justeru itu, semua pihak harus melihat gejala
pembuangan bayi secara rasional dan tidak seharusnya memandang sepi tentang
masalah ini. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu, bekerjasama bagi
mengatasi gejala pembungan bayi sebelum ianya menjadi lebih serius.



Statistik Pembuangan Bayi di Malaysia

Dipaparkan bahawa statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006
melaporkan sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoriti 532(92%) adalah bayi
baru lahir, sementara 48(8%) adalah janin ( Sumber PDRM).

Sementara itu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia pula, terdapat peningkatan ketara dalam kes pembuangan
bayi yang dilaporkan (Rujuk Jadual 1).
Jadual 1 : Bilangan Kes Pembuangan Bayi
Tahun 2006 2007 2008 2009 (sehingga Mei)
Jumlah Kes 53 76 102 33


Rumusan
1. Kerjasama pertubuhan bukan kerajaan dengan pihak berkuasa
2. Masyarakat mengubah persepsi terhadap golongan yang hamil anak luar
nikah
3. Peranan ibu bapa
4. Pencegahan sebelum berlaku
5. Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah







Soalan
1. Apa yang perlu dilakukan apabila mengetahui remaja hamil? (Panel 1)
Untuk remaja yang belum berkahwin, dapatkan bantuan atau nasihat :Ibu bapa,
guru,kaunselor, doktor dan kakitangan kesihatan yang lain dan PegawaiKebajikan
Masyarakat.Jangan bahayakan diri dengan menyembunyikan kehamilan anda
ataumenggugurkan anak secara haram. Jumpa doktor atau pergi ke klinik
kesihatanyang berdekatan untuk pemeriksaan dan penjagaan semasa
mengandung.Pemeriksaan awal penting untuk mengawasi kesihatan ibu dan bayi.
Jangan terus memarahi anak jika mendapat 'berita buruk' itu. Tanya mereka
mengenai kesihatan mereka. Berlembut dulu kerana remaja memerlukan bimbingan
yang betul tak kira dalam apa juga situasi, bukan cemuhan dan keganasan. Ramai
remaja mengandung yang berada di bawah jagaan klinik hamil bukan disebabkan
mereka jahat sebaliknya menjadi mangsa, dirogol, ditipu, diperdaya, kadang kala
oleh ahli keluarga sendiri menyebabkan mereka turut mengalami masalah psikologi.

Walaupun badan mereka seperti wanita dewasa, pemikiran dan perkembangan
psikologi mereka masih belum matang. Bila mereka mengandung, ketika itulah
mereka memerlukan bimbingan, sokongan dan kesabaran supaya masalah itu bijak
diatasi.
Bertenang
Minta anak menceritakan keadaan sebenar
Jika hubungan dengan anak tidak rapat, dapatkan bantuan teman rapat untuk
anak menerangkan perkara yang berlaku.
Bawa berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan.
Buat laporan polis.
Mendapatkan bantuan dan rujukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) jika perlu.
Jika remaja itu sudah melakukan kesalahan dari segi agama yang
menyebabkannya hamil, ajaklah dia bertaubat dan kembali kepada jalan yang
benar dengan cara lemah lembut dan kasih sayang.
Beri kata-kata positif dan semangat supaya mereka tidak mengalami masalah
kemurungan.




2. Apakah risiko kehamilan remaja? (Panel 2)
Kehamilan remaja merujuk kepada kehamilan di kalangan mereka yang masih di
bawah umur. Di negara kita kehamilan remaja adalah kehamilan di kalangan mereka
yang di bawah 18 tahun. Kehamilan remaja juga sering dirujuk sebagai kanak-kanak
yang mengandungkan kanak-kanak.Banyak telah dibincangkan tentang kehamilan
remaja. Masalah ini bukan hanya berlaku di negara kita sahaja tetapi di seluruh
dunia. Sesetengah mereka adalah remaja yang telah berkahwin dan sesetengah
mereka hamil hasil dari hubungan seks sebelum kahwin. Walaupun implikasi
kesihatan fizikal sama bagi kedua-dua kumpulan ini, tetapi remaja yang hamil
setelah nikah mempunyai tahap emosi dan mental yang lebih baik berbanding
dengan kumpulan yang hamil sebelum nikah.
Remaja yang hamil dan melalui proses melahirkan anak akan mengalami
implikasi kesihatan yang lebih teruk daripada orang dewasa. Pada usia remaja
kebanyakan organ dan sel-sel tubuh sedang membesar dan belum cukup
matang.Perubahan kepada organ yang sedang membesar seperti uterus akan
mengganggu proses kematangannya. Mereka berhadapan dengan komplikasi
kehamilan. Remaja kemungkinan akan mengalami keguguran atau tumpah darah
semasa melahirkan anak.Mereka yang cuba menyembunyikan kehamilan mungkin
tidak mendapat pemakanan seimbang dan pemeriksaan yang sepatutnya bagi ibu
Hamil Kemungkinan mereka akan terdedah kepada masalah, darah tinggi atau
kencing manis.
Mereka juga berkemungkinan menggugurkan kandungan haram yang boleh
menyebabkan kecederaan teruk dan mungkin kematian.Mental dan emosi remaja
juga belum bersedia untuk menempuh tempoh kehamilan, masalah kehamilan dan
semasa proses melahirkan bayi. Keadaan menjadi lebih teruk jika pasangannya
enggan bertanggungjawab. Mereka terpaksa berhadapan dengan kemarahan ibu
bapa dan cemuhan masyarakat. Selepas melahirkan bayi, mereka terpaksa menjaga
bayi tersebut walaupun dalam keadaan tidak bersedia dan serba kekurangan dari
aspek kemahiran.Perkara ini akan menambahkan tekanan perasaan yang
menjejaskan kesihatan mental mereka. Bagi remaja yang terpaksa menyerah bayi
kepada orang lain sebagai anak angkat, perasaan keibuan yang penuh kekesalan
akan tetap menghantui mereka. Remaja hamil yang mempunyai pasangan atau
berkahwin mungkin akan mengatasi masalah ini kerana mendapat sokongan yang
diperlukan.Perkembangan sosial remaja yang hamil turut terjejas. Mereka terpaksa
menanggung peranan ibu dan isteri pada usia muda. Bagi yang masih bersekolah,
mereka terpaksa menghentikan pengajian.



Moderator:
Rumusan keseluruahan
Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi,
terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-
punca masalah, kesan-kesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi.
Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini ialah
semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini. Jika salah satu
pihak tidak mengambil tahu, masalah pembuangan bayi ini akan terus menjadi
semakin serius.
Maka dengan ini berakhirlah sudah forum kita hari ini, saya ingin member
kata-kata mutiara. Anak-anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai. Semoga
gejala pembuangan bayi ini dapat diatasi supaya masyarakat sedar bahawa
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Terima kasih kepada ahli panel pada hari ini selamat bertemu lagi.
Wassalam..

Anda mungkin juga menyukai