Anda di halaman 1dari 10

PIK2101W

CARA MENERAPKAN AKHLAK TERPUJI DALAM KALANGAN PELAJAR


Dalam meniti arus kemodenan ini, sama ada kita sedar atau tidak kita
dihidangkan dengan pembangunan dan teknologi yang pesat membangun ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan sehingga mengalami anjakan paradigma dalam
arena globalisasi ini. Namun, permasalahan akhlak masa kini menjadi semakin
ketara di kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah,
peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah
memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan akhlak
dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan melalui penerapan
nilai dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sejak kebelakangan
ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu
moral di kalangan pelajar atau remaja diperkatakan sebagai satu topik besar. Kalau
pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan pengaruh media komunikasi,
terutama sebelum meluasnya pengaruh media elektronik, sedikit sahaja orang yang
mempersoalkan tentang moral. Malah pada zaman itu para pemimpin, cendiakawan
atau orang biasa hanya berkisar tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita.
Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah
untuk membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar kita juga gagal berkomunikasi
dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidak agresif dan berani seperti sekarang.
Tetapi keadaan masa kini telah jauh berubah. Pelajar-pelajar dan remaja kita sudah
menerjah keluar daripada kepompong kepasifan yang membelenggukan. Era baru
dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru
sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan
berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah memaparkan model
kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam
masa depan negara. Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuh dan
mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar Pendidikan Negara tidak
berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan berkesan
sehingga dapat mengubah hala tuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau
remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab
akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika
tidak dibendung secepat mungkin. Sama-samalah kita menghayati Falsafah
Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam
1

PIK2101W

menghadapi tugas seharian mereka. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh yang demikian,
beberapa langkah perlu diambil segera bagi menerapkan akhlak mulia dan terpuji di
kalangan pelajar.
Menurut Abdul Raof Dalip (1986), akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan
tatatertib, maruah dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan
daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar
umbi daripada sifat kerohanian yang suci. Dengan ini, jika dirangkumkan dengan
perkataan terpuji, jelaslah bahawa akhlak terpuji adalah bersumberkan wahyu
daripada Yang Maha Pencipta. Justeru, ilmu pendidikan akhlak akan membawa
insan semakin dekat dengan Penciptanya kerana persoalan akhlak dan moral ada
kaitannya dengan iman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang
sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang terlarang di samping mengerjakan
suruhan Allah. Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian yang serius, maka
pembentukan moral insan yang murni tidak akan berhasil. Langkah demi langkah
perlu diambil untuk menerapkan akhlak mulia dan terpuji di kalangan pelajar.
Di antara cara menerapkan akhlak terpuji dalam kalangan pelajar ialah guru
perlu menjadi Role Model kepada pelajar-pelajarnya. Kalau tidak masakan ada
pepatah yang berbunyi Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Setiap gerak
geri, tingkah laku serta perwatakan guru menjadi ikutan. Cara guru bercakap,
berjalan, berpakaian dan yang paling utama dari yang segi akhlaknya juga akan
diperhatikan. Guru perlu memiliki sahsiah peribadi dan tingkah laku yang mulia,
menggunakan bahasa yang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam
menjayakan usaha ke arah melahirkan pelajar memiliki akhlak terpuji.
Jika diperhatikan, masa seseorang pelajar banyak dihabiskan di sekolah
berbanding di rumah. Selama sebelas tahun mereka telah memperuntukkan masa 68 jam sehari, maka tidak hairanlah pengaruh di sekolah lebih banyak berbanding di
rumah. Ini adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah
model yang sentiasa diperhatikan oleh pelajarnya. Suatu hakikat daripada aspek
2

PIK2101W

tarbiah yang menjadi lumrah di sekolah ialah pelajar lebih cenderung dipengaruhi
oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Usaha memupuk kebiasaan dan akhlak terpuji
seperti melatih bersolat dan melakukan akhlak baik dengan menggunakan cara
kepemimpinan melalui teladan kerana kanak-kanak dan remaja cenderung untuk
meniru idola mereka. Falsafah Moral dan Tingkah Laku Falsafah yang relevan
kepada profesion perguruan dan perkembangan pendidikn di negara ini ialah
falsafah moral dan tingkah laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dan
konstruktif profesion keguruan kea rah membina moral dan tingkah laku pelajar.
Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri
mereka contoh teladan yang baik kepada pelajar. Contohnya, guru tidak seharusnya
mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru
merokok di kawasan sekolah atau di mana-mana sahaja.
Selain daripada itu, guru perlu menggunakan pendekatan pendidikan
Rasulullah S.A.W.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ; Dan sesungguhnya

kamu (Muhammad) benar-benar berakhlak mulia. Dalam hal yang sama Nabi
Muhammad S.A.W bersabda yang maksudnya Sesungguhnya aku diutuskan demi
menyempurnakan akhlak. Aishah pernah ditanya tentang akhlak Nabi Muhammad
S.A.W., maka dia menjawab ;Akhlaknya adalah Al-Quran. Oleh yang demikian,
warga pendidik perlu menggunakan pendekatan pendidikan Rasulullah S.A.W yang
bergantung kepada beberapa faktor. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu
sendiri sama ada untuk menanam keimanan, mengajar ibadah atau akhlak. Di dalam
mengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. Segala perkataan dan
perbuatan baginda merupakan sunnah yang menjadi contoh untuk diikuti. Beliau
mempunyai sifat terpuji iaitu tabah, pemaaf, pemurah, sopan santun, belas kasihan,
rendah diri, adil, amanah, pendiam, takut dan taat kepada Allah serta banyak
beribadat. .Rasulullah S.A.W. mengajar ibadat ialah melalui demontrasi atau
tauladan seperti cara beliau sembahyang, berpuasa dan menunaikan haji. Baginda
juga membetulkan kesalahan yang dibuat oleh pengikutnya dengan cara yang betul.
Begitu jugalah di sekolah, guru-guru hendaklah selalu menggunakan kaedah
demontrasi atau tunjuk ajar selain daripada kaedah soal jawab dan bertukar-tukar
fikiran. Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah menyebabkan umatnya sayang dan
hormat kepadanya. Sahsiah beginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi
kawan dan yang bukan Islam memeluk Islam. Guru-guru juga dapat menukar akhlak
3

PIK2101W

pelajar dengan dirinya sendiri dahulu dengan mengamalkan nilai murni yang bakal
diterapkan kepada anak-anak pelajar.
Sejajar dengan sistem pendidikan di Malaysia yang memperkenalkan konsep
Sekolah Penyayang, didikan yang mengikut acuan Rasulullah S.A.W akan dapat
merealisasikan konsep tersebut. Ini kerana guru merupakan orang paling penting
dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak
didiknya merasakan sekolah seperti rumah keduanya. Jika dapat diwijudkan
suasana seperti itu, maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan
potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Guru juga dapat
memberi tunjuk ajar yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap
dan kelakuan anak-anak didiknya yang bakal mewarisi generasi akan datang.
Selain mewujudkan sekolah penyayang guru juga berperanan dalam
mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini kerana guru telah
sekian lama dikanali sebagai pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan
masyarakat

melalui

jalinan

mesra

dalam

pergaulan

mereka

dengan

masyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi


tinggi dan bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam menjayakan pendidikan
moral. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiri daripada
pelbagai keturunan dan fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral
atau menjayakan pendidikan moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis.
Keikhlasan dan kejujuran patut wujud dalam diri guru dan menampilkan pengajaran
mengikuti aspirasi negara.
Rasulullah S.A.W. pernah menunjukkan cara terbaik dalam memberikan
didikan menerusi sabda yang bermaksud; Suruhlah anak kamu menunaikan solat
ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika tetap enggan bersolat
apabila umur mereka sepuluh tahun. (Hadis riwayat Abu Daud). Demikianlah contoh
yang dianjurkan Rasulullah S.A.W. bahawa pembelajaran itu tidak patut dimulakan
dengan rotan atau hukuman. Malah ia perlu didahului dengan pelbagai cara dan
pendekatan yang mampu menarik minat seseorang itu untuk melaksanakannya.
Cara terbaik untuk mentarbiah pelajar di sekolah ialah dengan memberi nasihat,
serta membuat teguran yang lembut tetapi tegas. Jika cara itu gagal, barulah
dikenakan hukuman tanpa kekerasan bertujuan semata-mata untuk mendidik dan
bukan mencederakan sehingga mengakibatkan kecacatan fizikan atau mental. Ini
4

PIK2101W

sangat bersesuaian dengan firman Allah ditujukan kepada nabi dan rasul yang
ditugaskan mendidik umat, yang bermaksud; Dengan rahmat Allah kepada diri
kamu itu, maka engkau hendaklah berlemah lembut menghadapi sikap mereka.
Seandainya kamu berkeras hati dan (sikapmu pula) kasar, nescaya mereka akan
berpaling dari sekelilingmu. (Surah Ali-Imran, ayat 159).
Di samping itu, cara menerapkan akhlak terpuji dalam kalangan pelajar ialah
melalui aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di setiap sekolah. Pendidikan
memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai

jati

diri

yang

kukuh,

berketrampilan,

berkeperibadian

mulia,

berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju
menjelang tahun 2020. Nilai tambah yang perlu ada pada modal insan yang diingini
adalah dari segi modal pengetahuan, kemahiran, keperibadian, rohani dan jasmani.
Kesemua nilai tambah ini dapat disuntik sewaktu mereka berada dalam alam
persekolahan. Di peringkat sekolah merupakan masa yang amat penting dalam
pembentukan peribadi seseorang manusia. Ia merupakan satu pendidikan formal
yang lengkap kurikulumnya bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian
seseorang murid dilingkungan di mana mereka berada. Secara ringkasnya modal
insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan
moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik,
inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.
Persoalannya, bagaimana modal insan boleh diterapkan kepada pelajar melalui
aktiviti ko-kurikulum di sekolah? Setiap sekolah mewajibkan pelajarnya menyertai
satu badan beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan olahraga.
Melalui penyertaan badan beruniform , pelajar-pelajar didedahkan dengan
latihan kawad, gotong-royong, berkhemah, latihan kecemasan dan sebagainya.
Melalui aktiviti ini nilai-nilai murni seperti kerjasama , keberanian, berdikari,
kejujuran, taat setia kepada ketua serta semangat bermasyarakat dapat diterapkan.
Seterusnya

membuktikan

bahawa

melalui

aktiviti

badan

beruniform

dapat

membentuk ketrampilan dan keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar


khususnya membina semangat bekerjasama, mematuhi pemimpin dan memupuk
budaya mencintai sekolah, masyarakat dan negara. Aktiviti Persatuan dan Kelab
juga menyumbang dalam pembentukan ketrampilan dan keperibadian yang tinggi
dalam kalangan pelajar-pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui Persatuan dan Kelab
juga merupakan satu cara pembelajaran yang berasaskan gerak kerja terancang
5

PIK2101W

dan ia adalah lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Oleh itu aktiviti berpersatuan dan kelab dapat melengkapkan pelajar dengan
sifat-sifat kecemerlangan diri, seperti kepimpinan, mempunyai daya saing, jati diri,
kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan mempunyai daya tahan disamping
menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain,
dapat memupuk nilai-nilai murni, seperti kerjasama , semangat kekitaan ,
menambah , mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran yang dipelajari
di bilik darjah dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan
dilaksanakan.
Semasa sesi latihan sukan dan olahraga, pelajar pelajar diberikan ilmu
pengetahuan mengenai sesuatu permainan , undang-undang dan kemahiran yang
perlu mereka kuasai. Apabila mereka bermain di gelanggang mereka akan
menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi daripada
guru. Mereka juga mengamalkan budaya bagaimana untuk bekerjasama, hormatmenghormati, berdisiplin ,bersaing dalam suasana yang sihat, bertoleransi,
bertanggungjawab dan sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi di samping
dapat memelihara kesihatan fizikal dan mental, menggalakkan interaksi dan
integrasi diantara pelajar-pelajar dan menjalin hubungan rapat antara sekolah
dengan masyarakat.
Akhlak terpuji dalam kalangan pelajar juga boleh diterapkan melalui kurikulum
di sekolah berpandukan pendekatan pembelajaran langsung dan tidak langsung.
Pendekatan langsung adalah melalui pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam
(bagi umat Islam) dan Pendidikan Moral (bagi bukan Islam) yang diwajibkan di
sekolah. Pendekatan langsung membabitkan pengajaran dua mata pelajaran
tersebut yang khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah, yang bertumpu
secara langsung terhadap perkembangan moral, etika, akhlak, dan pendidikan nilai
dalam kehidupan. Manakala, pendekatan tak langsung membabitkan penggunaan
mata pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk
merealisasikan pendidikan nilai dan moral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah membekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikan
nilai dan moral. Para pelajar boleh mengenalpasti dilema moral, penaakulan moral
dan membuat keputusan moral dalam novel dan penulisan sejarah. Pendekatan tak
langsung adalah sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahaman
tentang manusia dan kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan
6

PIK2101W

intuisi yang membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan


intelektual. Penerapan nlai murni telah diwajibkan di dalam semua mata pelajaran
yang diajarkan oleh setiap guru. Persoalannya, sejauh manakah guru berjaya
mengimplimentasikan penerapan nilai tersebut dan adakah penilaian dibuat tentang
proses dan produknya. Satu kaedah yang dapat memupuk beberapa nilai murni
ialah pengajaran secara koperatif. Pembelajaran ini bukan setakat pelajar duduk
dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat kekitaan yang mana murid
dapat bantu membantu ahli kumpulan belajar dan meningkatkan prestasi sendiri dan
kumpulan.
pelajarnya

Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana


bekerja

secara

koperatif

dalam

sesuatu

kumpulan

kecil

yang

heterogenus. Menurut Slavin (1995) pembelajaran koperatif membabitkan pelajar


bekerja

bersama

untuk

menyelesaikan

masalah

secara

berkongsi.

Beliau

menyatakan pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk mengembangkan


perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan
saling menyokong situasi pembelajaran. Pelajar akan bekerja bersama-sama,
belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu, berkongsi idea dan
mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah. Ahli-ahli kumpulan dalam
pembelajaran koperatif terdiri daripada pelajar yang mempunyai kebolehan dan
sosioekonomi yang berbeza, berbeza etnik, jantina dan pencapaian akademik.
Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan
harga diri pelajar, memiliki kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan
sekitarnya. Kaedah pembelajaran ini memerlukan usaha guru melatih pelajar
bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitu bersikap mahu mendengar pendapat
orang lain, memberi pengukuhan, menjadi pemimpin / ketua yang demokratik,
membantu rakan sekumpulan dan berusaha mendapat kejayaan. Guru harus
bersedia memupuk semangat kekitaan terlebih dahulu sebelum mengajar perkara
akademik. Kajian Koperatif di Amerika (Nor Azizah 1992) dan di Malaysia (Jamilah
Karim 1992), Ida Fadil (1995) menunjukkan bahawa beberapa nilai murni dapat
dipupuk seperi sayangkan sekolah dan rakan-rakan, bekerjasama, berani bersuara
dan berinteraksi antara kaum. Kajian Yee Cheng Teik (1995) menunjukkan di dalam
kaedah Matematik kaedah ini dapat mempertingkatkan kebolehan murid dalam
menyelesaikan masalah dan meninggikan pencapaian.
Di samping itu juga, aspek kerohanian perlu dititikberatkan selain aktiviti
kurikulum dan ko-kurikulum yang sama pentingnya ibarat berdiri sama tinggi duduk
7

PIK2101W

sama rendah. Program pembangunan insan dan rohani perlu diadakan di sekolah
kerana kita perlu menyedari bahawa modal insan yang hendak dibentuk bukan
sahaja cemerlang dalam aspek kurikulum dank o-kurikulum tetapi aspek
pembangunan rohani turut ditekankan. Program pembangunan insan dan rohani
yang boleh didakan adalah seperti Pembangunan Sahsiah, Majlis Tazkirah, Bacaan
Yasin dan Solat Hajat, Ceramah-ceramah Agama, Seminar dan Bengkel
berunsurkan pembangunan insan dilakukan sempena sambutan hari kebesaran
Islam seperti Maal Hijrah, Isra Mikraj, Maulidur rasul, Awal Muharam, Bulan
Ramadhan , Kursus Haji, Kursus Pengurusan Jenazah dan Kem Jati Diri. Kesemua
program ini bertujuan untuk menyedarkan pelajar terutama yang beragama Islam
bahawa sebagai hamba Allah mereka perlu patuh dan taat kepada ajaran Islam yang
sebenar dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah atau terpuji dan menjauhkan sifatsifat mazmumah atau terkeji supaya menjadi umat yang cemerlang dalam kehidupan
di dunia dan akhirat.
Warga sekolah yang bukan beragama Islam tidak dipinggirkan begitu sahaja
kerana mereka didedahkan dengan mata pelajaran Pendidikan Moral. Subjek ini
menekankan aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Penumpuan
adalah ke arah pemupukan nilai-nilai moral yang terdapat dalam agama, tradisi dan
adat resam pelbagai kaum di Malaysia . Penekanan pengajaran ke arah
pemupukan, penghayatan dan penerapan nilai-nilai murni, 16 nilai yang telah di
terima oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak 1976 diajar kepada pelajar-pelajar
sebagai asas pembentukan peribadi. Nilai-nilai ini mampu menjadikan pelajar insan
dan warganegara yang baik serta berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara. Nilai-nilai itu terdiri daripada
baik hati, berdikari, berhemah tinggi, kesyukuran, hormat-menghormati, kasih
sayang , keadilan , kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran,
kerajinan, kerjasama, keederhanaan, rasional dan semangat bermasyarakat.
Selain daripada itu, untuk memantapkan keperibadian pelajar, program adab
dan budi bahasa perlu diwujudkan di sekolah ini. Di antaranya ialah program Bulan
Budi Bahasa, Sayangi Rakan Anda, Rumahku Syurgaku, Jalinan Mesra dan
Program Hulurkan Tanganmu. Program ini dilaksanakan bersesuaian dengan
matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu memastikan budi bahasa dan nilainilai murni dibudayakan pada peringkat sekolah secara berterusan agar pelajar
dapat menghargai dan mengamalkan nilai dan budaya bangsa dalam kehidupan
8

PIK2101W

seharian. Kesimpulan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah jelas iaitu


membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni. Manakala matlamatnya pula adalah untuk memupuk
semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan
nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar. Semua
program ini merupakan program yang menyeluruh yang meliputi kurikulum, kokurikulum dan semua aspek kehidupan pelajar yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Program-program yang dilaksanakan perlu dikekalkan
serta diberi penambahbaikan dari masa kesemasa untuk membangunkan lebih
ramai modal insan yang berkualti dan berakar di peringkat nasional dan berakal di
peringkat internasional. Program-program ini juga diharapkan akan menjadi contoh
atau rujukan kepada sekolah-sekolah lain atau institusi pendidikan lain di dalam
negara atau di luar negara.
Kesimpulannya, segala permasalahan disiplin yang timbul di penghujungnya
pula hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama di antara semua pihak.
Guru besar, guru-guru, pelajar-pelajar malah ibu bapa hendaklah bersama-sama
berganding bahu dalam menyelesaikannya. Ini bermakna semua peringkat haruslah
bermuafakat dalam melindungi dan mempertahankan peraturan yang sudah
ditetapkan bagi mewujudkan keharmonian dalam usaha membentuk generasi
pelapis yang mampu berdaya saing dan penuh berdisiplin.
Rasulullah S.A.W. bersabda; Kalian ialah pemimpin, dan setiap pemimpin
akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang imam ialah
pemimpin yang akan diminta bertanggungjawab dalam kepemimpinannya. Suami
ialah pemimpin terhadap keluarganya dan akan diminta bertanggungjawab dalam
kepemimpinannya. Isteri ialah pemimpin di dalam menjaga rumah suaminya dan
akan diminta bertanggungjawab dalam kepemimpinannya. Dan, pembantu ialah
pemimpin atas harta benda majikannya, dia juga akan diminta bertanggungjawab
dalam

kepemimpinannya.

Kalian

ialah

pemimpin

dan

akan

diminta

bertanggungjawab dalam kepemimpinan kalian. (HR. al-Bukhari dan Muslim).


Rasulullah S.A.W. juga bersabda; Setiap manusia itu dilahirkan dari rahim
ibunya dalam keadaan suci, orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani
atau Majusi. Maka, apabila orang tuanya Muslim, anaknya juga akan menjadi
Muslim. (HR. Muslim). Kesucian ini merupakan sebuah amanah yang berada di
bahu para ibu dan bapa, maka tidak boleh bagi seorang muslim mensia-siakan
9

PIK2101W

amanah yang merupakan harta yang paling berharga di dunia ini. Penjagaan yang
telah Allah S.W.T. wajibkan terhadap para hambaNya merupakan amanah yang
paling agung yang harus dijaga dan dipenuhi hak-hakNya. Selain ibu bapa, guru
merupakan pihak kedua terpenting dalam memainkan peranan mendidik dan
menerapkan akhlak-akhlak yang terpuji dalam kalangan anak-anak bangsa.
Masyarakat sekeliling juga tidak boleh terlepas daripada memegang dan
melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi yang mempunyai akhlak Islami.
Maka, tidak dapat dinafikan lagi betapa pentingnya mendidik dengan
pendidikan Islam. Pendidikan Islam bukan hanya tertumpu pada satu kaedah dalam
mendidik dan membesarkan generasi mudanya, tetapi pendidikan Islam memiliki
beberapa kaedah dan sarana yang berbeza-beza, dengan tujuan menciptakan
peribadi yang soleh dan mengasah bakat setiap individu. Oleh sebab itu, kita
menemui nilai-nilai pendidikan Islam banyak terdapat di dalam Al-Quran dan AlHadis.

10

Anda mungkin juga menyukai