Anda di halaman 1dari 27

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata NOTA KEDUA; emerosotan disiplin pelajar dan langkah-langkah mengatasinya Posted on 25 Mei, 2009 by admin

Masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Menurut kajian yang dijalankan, antara punca utama kemerosotan disiplin pelajar ialah faktor diri pelajar, institusi kekeluargaan, persekitaran dan sekolah.

Kemerosotan disiplin pelajar yang berpunca daripada faktor diri pelajar boleh dibahagikan kepada dua aspek, iaitu sikap diri pelajar sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya ke atas diri pelajar memang diakui amat kuat. Perkembangan kongsi gelap atau kes buli dan peras ugut di kebanyakan sekolah menengah di seluruh negara berpunca daripada keterlibatan pelajar dalam kumpulan sebaya.

Kemerosotan disiplin pelajar juga berpunca daripada latar belakang keluarga pelajar sendiri. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan institusi keluarga yang goyang merupakan salah satu punca utama pelajar terlibat dalam salah laku di sekolah. Ini kerana sesetengah pelajar terpaksa bekerja untuk meringankan beban keluarga. Keadaan hidup yang susah ini menyebabkan pelajar alpa akan pentingnya pelajaran. Ada di kalangan mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap persekolahan. Sebaliknya, bagi pelajar yang mewah pula, mereka terlalu mudah mendapat wang. Ini menyebabkan mereka bebas melakukan apa sahaja yang diingini seperti menghabiskan masa berpeleseran di tempat-tempat hiburan dan melepak serta membeli-belah. Hal ini menyemarakkan lagi gejala ponteng sekolah, antara kes salah laku pelajar yang paling utama.

Pengaruh persekitaran juga merupakan antara faktor wujudnya salah laku di kalangan pelajar. Tayangan filem yang diimport khususnya dari Barat yang mengandungi elemen yang tidak bermoral, berunsur ganas dan seks boleh mempengaruhi pemikiran dan membangkitkan keinginan pelajar untuk meniru perbuatan yang dipaparkan melalui rancangan televisyen atau filem. Hal ini sedikit sebanyak menjadi punca keterlibatan pelajar dalam kes-kes salah laku di sekolah.

Pengaruh budaya hidup moden, terutamanya di bandar besar merupakan bentuk pengaruh negatif yang datang ke dalam hidup pelajar. Oleh itu, terdapat percanggahan di antara budaya sekolah yang bersifat murni dengan budaya di luar sekolah yang memberi pengaruh besar serta mencabar tingkah laku dan perlakuan pelajar. Pertentangan ini boleh menyebabkan berlakunya salah laku pelajar.

Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar tidak boleh dipandang ringan malah perlu diberi perhatian yang serius. Antara langkah menanganinya ialah melalui institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan institusi asas sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Keluarga merupakan pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan anak-anak. Biasanya, pelajar yang berasal daripada keluarga yang harmoni dan mendapat kasih sayang adalah lebih bertanggungjawab serta kurang terbabit dalam kes salah laku di sekolah.

Selain itu, pihak sekolah juga hares menangani kemerosotan disiplin pelajar dengan bijak dan bersungguh-sungguh. Pihak pentadbir sekolah perlu memperketat pelaksanaan peraturan sekolah kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar lain dan memberi kuasa sepenuhnya kepada semua guru untuk melaksanakan peraturan sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga mesti bekerjasama sepenuhnya dengan PIBG agar kedua-dua pihak sentiasa prihatin mengenai masalah disiplin pelajar. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa menjalankan kempen Sekolah Penyayang, `Sekolahku Rumahku dan Disiplin Sifar secara berterusan untuk menanam kesedaran dalam diri pelajar tentang betapa pentingnya disiplin kepada manusia. Guru pula harus mempunyai kesedaran yang mendalam akan tanggungjawab mereka. Guru bukan sahaja sekadar mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran yang diberi, sebaliknya harus peka mengenai perkembangan murid di dalam atau di luar kelas.

Kesimpulannya, gejala salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama menangani masalah ini.

NOTA KETIGA

Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah tersebut.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar.

Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu mementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, dan menanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasan dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar-pelajar.

Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga dan masyarakat.

Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada.

NOTA KEEMPAT Cara Mengatasi Masalah Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: 1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yangserius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiapgerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasamengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak merekaserta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasamemastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yangmempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklahmenghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatihanak cara bersopan, prinsipprinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggupmenerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklahmenjadi role model kepada anak. 2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahanperubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandangdengar dan teknik pengajaran luar kelas. 3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undangdi peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolahdan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. 4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklahmengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 5.

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakanseperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolahadalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Programini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakandan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dankeberkesanan kaunseling tersebut. 6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu.

NOTA KELIMA

Kurang Masa Bersama Keluarga.Meluangkan masa bersama keluarga merupakan salah satu sapek yang perlu diberi perhatian. Banyak masalah social dikaitkan dengan ibu bapa yang tidak meluangkanmasa untuk anak kerana anak-anak terpaksa mencari jalan sendiri dalam menghadapi perkembangan remaja tanpa bimbingan yang sepatutnya.Remaja yang tidak mengalami masa bersama keluara kerana kesibukan ibu bapa jugatidak dapat meluahkan masalah mereka kepada ibu bapa. Apabila mereka tertekan merekaakan menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk memnatasi masalah mereka seperti pemgambilan dadah dan lari dari rumah.Masalah Ekonomi KeluargaKeluarga yang miskin mungkin kurang mampu dalam menyediakan pendidikan sempurnakepada anak, makan dan minum, tempat kediaman serta kebolehcapaian kepadakemudahan dan sistem kesihatan yang sempurna.Faktor kemiskinan ini boleh mendorong remaja untuk mencuri untuk memenuhikeperluan mereka dan seterusnya berjinak-jinak dengan aktiviti yang lebih serius sepertimengedar dadah dan melacurkan diri untuk mendapatkan kemewahan atau dalammenanggung perbelanjaan pengajian mereka.ii. Pihak Sekolah: Tugas guru, disamping mengajar juga adalah sebagai role model yang utama bagi para pelajar. Amalan demokrasi juga sepatutnya dilaksanakan dalam melaksanakan

meritokrasi. Konflik jiwa , pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadapundangundang dan dasar pendidikanakan menyebabkan mereka melakukan perkara- perkara diluar jangkaan. Pra pelajar juga hendaklah dilatih dan diasuh dalam suasana budaya berbilang kaum supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri. iii. Media Massa/ Internet: Media massa dan internet sangat berpengaruh dan amat sukar untuk dielakkan padazaman ini. Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikitsebanyak telah mempengaruhi

golongan remaja kita. Golongan remaja suka mencubatanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu. Ibu bapa, guru dan pihak berwajibhendaklah sama-sama membendung gejala ini. iv. Rakan sebaya: Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial ini terutamakepada pelajarpelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalahkeluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personality individu tertentu. Justeru itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpadan lain-lain persoalan lagi.Menurut teori fungsionalisme, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massasaling berperanan dalam mengatasi masalah disiplin. 3.0 Definisi Modenisasi:

Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakatsebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi juga diterima sebagaikeadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap ,autoriti , hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang baru.Gaya hidup yang tradisi telah berubah kepada cara hidup moden seiring dengan pertumbuhan kilang-kilang, pusat-pusat membeli-belah, pusat-pusat hiburan dan taman taman tema. Sistem pendidikan juga telah mengalami modenisasi secara beransur- beransur dengan adanya pertemuan gejala barat. 4.0 Menganalisis isu berdasarkan tiga konsep sosiologi:4.1Pendidikan dan Modenisasi: Antara faktor penting yang menyumbang kepada masalah disiplin adalah disebabkan proses modenisasi iaitu masyarakat telah mengalami perubahan-perubahan yang tidak disertakan dengan perubahan dalam sistem persekolahan.Terdapat perubahan dalam nilai dalam norma-norma dalam kehidupan kita disebabkanoleh proses-proses modenisasi, perbandaran dan birokrasi. Taraf pendidikan ibubapa juga telah meningkat. Kebanyakan ibu bapa keluar bekerja sama ada sebagai pekerja profesional, sokongan atau buruh biasa. Keluarga yang kedua ibubapa mereka keluar bekerja mempunyai kurang waktu untuk keluarga seperti laporan Harian Metro pada 30 November 1998 , melaporkan bahawa menurut Datuk Paduka Zaleha Ismail, kanak-kanak dari keluarga nuklear kurang berkesempatan berinteraksi dengan keluargamenyebabkan gejala sosial mudah mempengaruhi mereka. Sekali lagi, Harian Metro bertarikh 1 Februari 1999 melaporkan Zaleha Ismail berkata bahawa gejala sosial yangsemakin menular berpunca dari keruntuhan institusi keluarga dan kurangnya kasih merasa diberi perhatian dan dihargai dan stres dan ketegangan menjadi kurang dikalangan keluarga. Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting:ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasimasalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapunlangkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa,nescaya gejala ini sukar diatasi. 2. Kes Penculikan Pihak polis mengumumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap mana-mana ibu bapa yang didapati cuai hinggamenyebabkan anak-anak mereka hilang atau diculik.Mengikut peruntukan dalam akta itu, ibu bapa yang melakukan perbuatananiaya, abai, cuai, buang atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinankecederaan fizikal, mental dan emosi boleh didakwa di mahkamah.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, jika sabitkesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum denda maksimum RM20,000atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Beliau menyifatkan tindakan itu wajar ekoran kes penculikan dan kehilangankanakkanak didapati semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Berikutan dengan pengumuman itu, beberapa respons masyarakat telahdisuarakan dan yang terkini adalah sepucuk surat dari seorang pembaca Utusan

Malaysia yang disiarkan pada 30 April. Berikut disiarkan kembali surat itu:POLIS seperti mahu lepas tangan apabila mereka mengumumkan pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001. Semua beban mengenai keselamatan kanak-kanak hendak diserahkan kepadamasyarakat secara total. Kejadian seperti yang berlaku kepada Sharlinie merupakan kejadian yanglangsung tidak dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Tiada ibu bapa yang warasmahu membenarkan anak mereka diculik dan diperlakukan dengansewenangnya oleh penjenayah. Pihak polis memberikan alasan kadar kes penculikan yang semakin tinggi sebagai faktor untuk mereka melaksanakan akta ini. Apakah dengan menghukum ibu bapa maka peratusan ini akan berkurangansedangkan masih ramai penjenayah di luar sana yang sudah cukup bersediadengan pelbagai taktik untuk melakukan kegiatan mereka? Penjenayah mampu melakukan kegiatan apabila mereka melihat peluang yangada dan menjangkakan bahawa kegiatan yang mereka lakukan itu tidakmembawa banyak masalah kepada mereka. Apabila kita berbicara tentang kejadian jenayah, kita tidak mampu lari daripada membincangkan tentang kelonggaran sistem keselamatan kawasan persekitaran yang turut disumbangkan oleh kelemahan pihak polis dalammenjalankan tugas. Kes-kes penculikan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis juga menjadi faktor kepada penjenayah untuk melakukan perkara yang sama berulang kali. Penjenayah beranggapan bahawa taktik mereka sudah berjaya dan kegiatan

mereka seperti sukar dijejak oleh pihak polis. Selain itu, pelaksanaan akta ini turut memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kawasan kejiranan di Malaysia sudah lagi tidak selamat untuk kanak-kanak membesar. Seperti yang berlaku pada Sharlinie, dia diculik di lokasi yang jaraknya 200meter dari tempat kediamannya. Adakah sekarang anak-anak kita sudahberada di zon bahaya apabila keluar 200 meter dari

kawasan rumah? Apakah punca kawasan kejiranan sudah tidak lagi selamat? Kawasan kejiranan yang selamat selalunya dapat diwujudkan dengankehadiran pihak berkuasa secara kerap ataupun pihak berkuasa mampurespons dengan cepat kepada segala aduan yang disampaikan penduduk. Pihak polis seharusnya memastikan bahawa penjenayah mempunyai ruangyang minimum untuk mereka bergerak sejurus mereka melakukan aktiviti jenayah. Sekiranya kita merujuk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkanibu bapa dihukum maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahunatau keduaduanya sekali, pelbagai masalah tambahan akan timbul. Sekiranya ibu atau bapa sudah dipenjara atau dikenakan denda makakeluarga tersebut akan ditimpa dengan bebanan yang baru. Bagaimana pulanasib ahli keluarga yang masih perlu ditanggung? Langkah polis menempatkan balai polis di kawasan kejiranan sememangnyasatu langkah bijak namun melaksanakan Akta Kanak-Kanak 2001 yangmenjurus kepada menghukum ibu bapa dan bukan kepada penjenayah yangmelakukannya adalah suatu tindakan yang tidak wajar NOTA KEENAM

ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahanteknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 6.3Penguatkuasaan Undang-Undang Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dikalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dantanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalampengawasan disiplin.Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa sepertipolis amatlah berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secaraberterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan olehpihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihakpentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujukmasalah pelajar ini kepada pihak polis.Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklahdiadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling diperingkat sekolah adalah penting dalam membantu remajamengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermaknasekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan danberpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dankeberkesanan kaunseling tersebut. 6.4Peranan PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan perananyang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjagadan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yangbermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada gurudengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpamaKUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI 20

7.0Kesimpulan Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikankesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remajamerupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkanperanan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangkapanjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja padahari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlakmereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorangindividu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secaraautomatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yangmempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat, dan negara.Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yanglebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawabdalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengankata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh manamana pihak,tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. 21

Rujukan 1. Collins, K. Gerry, M., Gary, A. (2004). Bullying in School: A NothernIreland Study. Educational Research, Vol 48 (1), 55- 69 . 2.Erwanz. (2009). Filem dan Drama Gagal Mendidik, Hantu-hantu TetapBerkeliaran Dan Bermaharajalela, Majalah Al-Islam. Julai: M/S 45-47. 3. Lokman Mohd Hashim, Penerbit MuitiaraIslam Online di Mac 22, 2009.www.mutiaraislam.wordpress.com. 4. Mohd Hasbie Muda, Isu Mat Rempit @ Samseng Jalanan Online di Mei17, 2009.hasbiemuda.wordpress.com/2009/05/17/isu-mat-rempit/5.Olweus, D. (1993a). Bullying in School. London, Willy and Son: What weknow and what we can do. Oxford, Blackwell. 6. Rigby, K. (1996)

Bullying in Schools and What To Do About It . Melbourne,Australian Council for Educational Research. 7. Wan Roslili Abd Majid, Pegawai Penyelidik IKIM Online di Okt 6, 2004.www.ikim.gov.my. 8. Pautan: Samseng Jalanan @ Mat Rempit.http://pmr.penerangan.gov.my. 9. Pautan: Buli.ms.wikipedia.org/wiki/Buli 10. Pautan: 45% Mat Rempit tiada lesen dan cukai jalan.http://belajarmemandu.wordpress.com/2009/05/19/mat-rempit-tiada-lesen/ 11. Pautan: Statistik Kemalangan Jalanraya dan Kematian.http://www.rmp.gov.my 22

NOTA KE 7 MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN MURID SEKOLAH BERLAKU Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Punca utama masalah disiplin murid sekolah timbul ialah diri murid itu sendiri. Personaliti setiap murid adalah berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh murid yang mempunyai sikap agresif dan bersifat ekstravert. Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan murid lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membuat bising serta menganggu pelajar lain dan secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan pelajar yang bersifat agresif iaitu mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru ,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi

melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak. Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar. Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian pelajar dan terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh pelajar. Contohnya dapat dilihat apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong pelajar untuk memberontak. Contohnya, murid sekolah cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng kelas, menganggu pelajar lain, membuat bising, dan sebagainya. Disamping itu, masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah berpunca daripada keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang selesa dan teratur. Keadaan fizikal bilik darjah yang terlalu panas dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah disiplin. Selain itu, pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap, dan cahaya yang tidak mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Berdasarkan situasi dan kedaan ini, pelajar mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Sekiranya mereka tidak selesa dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai, maka kesempatan untuk menimbulkan masalah disiplin akan diwujudkan. Di samping itu juga, suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut mendorong dan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Guru yang bersifat autokratik dan dominan akan menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan. Contohnya seperti perasaan bimbang, takut, dan gemuruh yang melampau. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau situasi emosi pelajar yang tidak menentu dan tertekan. Ekoran daripada itu, emosi yang tertekan akan menjejaskan keupayan pelajar untuk menerima input pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Selain suasana sosioemosi yang kurang sihat seperti yang ditunjukkan oleh guru-guru, sikap pelajar itu sendiri yang mengamalkan sosiemosi yang kurang sihat turut menyebabkan masalah disiplin. Sekiranya dilihat daripada aspek pelajar, didapati berlakunya corak persahabatan dalam kalangan murid yang tidak sihat. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah situasi atau kelompok tertutup, perasingan, murid tersingkir, dan juga pasangan murid adalah pilihan masing-masing. Tingkah laku seperti ini akan menjejaskan perhubungan yang baik dalam kalangan pelajar itu sendiri. Golongan yang bersifat sebegini perlu diber bantuan yang sewajarnya agar masalah disiplin dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru, mereka perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam aktiviti berkumpulan. Suasana yang sihat , tenteram, dan harmonis akan menyediakan suasana yang menggalakkan proses pembelajaran di sekolah. Seterusnya, faktor atau permasalahan kesihatan pelajar juga merupakan punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Keadaan kesihatan murid yang sihat dan baik dapat mengurangkan masalah disiplin murid kerana membantu pelajar untuk memberikan tumpuan yang lebih semasa proses pembelajaran dijalankan. Hal yang demikian amat berbeza pula jika dibandingkan dengan keadaan murid yang tidak sihat kerana mereka mudah berasa tertekan. Selain itu, mereka juga mudah berasa rimas atau tidak selesa, letih, emosi tidak stabil, gelisah, dan sebagainya yang akan menganggu tumpuan pelajar. Keadaan ini turut member kesan kepada guru untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid dengan lebih berkesan. Berdasarkan faktor ini, masalah disiplin berlaku apabila murid mudah berasa marah dan bertindak dengan melanggar peraturan sekolah seperti bergaduh dan tidur di dalam kelas.

Kualiti guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Persediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta disiplin murid-murid. Guru yang berinisiatif serta kreatif, menggunakan bahan dan alat bantu mengajar yang menarik dapat mengambil hati pelajar untuk menumpukan perhatian dan mengurangkan masalah disiplin pelajar. Guru yang bersikap kurang tegas serta tidak tetap pendirian turut sukar untuk mendapat penghormatan muridmurid dan guru seperti ini amat sukar untuk mengawal murid-murid di bawah jagaannya. Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga berpunca daripada persekitaran sekolah itu sendiri. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian. Selain itu, pihak berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga menyumbang berlakunya disiplin murid sekolah sekiranya dilihat pada aspek persekitaran sekolah. Antara yang lain ialah, bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru yang terlalu menekan pelajar menyebabkan masalah disiplin. Guru-guru yang melabelkan sesetengah pelajarnya seperti pelajar yang bodoh dan malas akan menyebabkan motivasi pelajar menurun dan jatuh. Murid-murid yang rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin. Persekitaran sekolah seperti bilangan pelajar yang terlampau ramai secara tidak langsung juga mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Bilangan murid yang ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan lain. Punca yang seterusnya ialah keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak walaupun mereka mendapat pendidikan disekolah. Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkan mementingkan pekerjaan atau wang. Kadangkal ada anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah daripada ibu bapa mereka sendiri. Tindakan mereka ini menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai. Masalah keluarga sering kali dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau pelajar. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan pelajar berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga. Kebanyakkan pelajar bermasalah sering mengalami masalah keluarga. Pelajar ini akan melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain. Rakan sebaya tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi masalah disiplin murid dalam sekolah. Rakan sebya merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa. Pelajar atau remaja lebih gemar menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Ekoran itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada pelajar. Rakan-rakan yang baik akan memdorong rakannya yang lain mengikut tingkah laku dan norma-norma yang sering dilakukan. Hal yang demikian turut berlaku kepada pengaruh pelajar yang negative yang akan mendorong rakannya untuk turut bersikap sedemikian. Justeru itu, rakan sebaya amat berpengaruh dalam membentuk personaliti pelajar. Sekiranya nilai rakan sebayanya rajin, tekun, menhormati orang lain dan sebagainya, maka secara tidak langsung akan mempengaruhi rakannya. Akhir sekali ialah berpunca daripada kemiskinan. Pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin lebih terdorong untuk melakukan masalah disiplin. Hal yang demikian kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu, lalu menggunakan perkara yang salah, selain itu, pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin sering dipinggirkan dan dihina. Ekoran itu akan menimbulkan perasan tidak puas hati yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Contohnya, sering berlaku masalah kecurian yang dilakukan oleh pelajar yang kurang berupaya dari segi ekonomi.

PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN DISIPLIN SEKOLAH Segala tindakan disiplin dan tatacara dijalankan oleh guru besar atau pengetua sekolah. Guru juga boleh memainkan peranan dalam melaksanakan disiplin sekolah. Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik dan mengurus bilik darjah. Guru membentuk sikap, nilai, dan akhlak pelajar- pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. Dari aspek ini, peranan guru adalah penting kerana guru mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajarpelajarnya. Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik iaitu disiplin yang datang dari kerelaan dan kesukaan hati pelajar sendiri dan bukan kerana paksaan atau perasaan takut. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh disiplin yang baik atau role model kepada pelajar seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif semasa berhadapan dengan pelajar- pelajar mereka sama ada di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah mahupun di luar sekolah. Guru atau pengurus bilik darjah yang berkesan biasanya menggunakan rutin. Rutin menjimatkan masa dan tenaga dan salah satu cara yang sistematik untuk menjalankan aktiviti- aktiviti bilik darjah seperti menanda kedatangan, mengedarkan bahan- bahan pengajaran dan sebagainya. Rutin yang dilaksanakan oleh guru dapat mengelakkan kekeliruan, pertengkaran dan masalah disiplin yang lain di kalangan pelajar dapat dielakkan. Dari segi sosioemosi pula, jika didapati pelajar tidak diterima oleh kelompok pelajar- pelajar yang lain, maka penyiasatan hendaklah dijalankan dan usaha perlu diambil untuk mewujudkan suasana yang riang dan mesra supaya pengajaran-pembelajaran(P & P) berjalan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mewujudkan perhubungan yang mesra dengan pelajar- pelajarnya. Perhubungan sedemikian menggalakkan komunikasi di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar meluahkan masalah sama ada dari aspek akedemik atau peribadi. Guru yang bijaksana akan cuba mendengar masalah- masalah tersebut serta berempati dengan pelajar berkenaan dan berusaha untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Amalan ini dapat memupuk nilai- nilai murni di kalangan pelajar seperti tolong menolong, ambil berat, toleransi dan sebagainya selain dapat mengurangkan bilangan masalah disiplin di sekolah. Guru hendaklah membantu pelajar- pelajar membentuk disiplin arahan diri. Pelajar sepatutunya bertanggugjawab atas tingkahlakunya dan bersikap berdikari. Jawatan- jawatan seperti ketua kelas, pengawas, perpustawan dan sebagainya dapat membantu pelajar membina sifat tersebut dengan kehadiran guru sebagai ketua atau penyelaras. Kegiatan kokurikulum pula seperti persatuan unit beruniform, kelab dan persatuan membantu pelajar mendisiplinkan diri dan bertanggungjawab atas diri sendiri, masa dan tingkahlaku serta memperbaiki cara atau skil perhubungan di mana guru bertindak sebagai pemerhati atau pembimbing sebagai rujukan utama pelajar jika terdapat sebarang masalah. Pelajar yang bertanggungjawab akan menyedari kesan- kesan negatif yang ditimbulkan oleh masalahmasalah disiplin dan akan menghindari dari melakunya. Peranan guru disiplin pula ialah membantu guru besar atau pengetua sekolah menyediakan peraturanperaturan sekolah dan memastikan peraturan- peraturan tersebut dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Guru disiplin juga menjadi penyelaras di antara guru- guru dan pengetua sekolah di dalam hal disiplin pelajar- pelajar. Selain itu, guru disiplin memainkan peranan penting sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga ketika mengendalikan masalah disiplin selain menjalankan hukuman

disiplin jika diarahkan oleh pengetua. Guru disiplin sama- sama membantu guru besar atau pengetua sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan pelajar- pelajar dan guru- guru sekolah. Peranan lain sebagai guru disiplin ialah mengawasi dan membimbing pengawas- pengawas sekolah yang telah dilantik melakukan tugas- tugas mereka sebagai pengawas dengan baik dan tidak lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah. Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama dalam memberi kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru- guru lain ketika menyelasaikan masalah- masalah disiplin. Guru bimbingan dan kaunseling seharusnya menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada dengan pelajar- pelajar yang mempunyai masalah disiplin mahupun dengan pelajar- pelajar yang tidak mempunyai masalah disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta membimbing mereka ke jalan yang betul. Guru bimbingan dan kaunseling boleh menganjurkan aktiviti- aktiviti selain dari program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seperti ceramah kerjaya, taklimat menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran dan sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat panduan yang betul dalam mengharungi kehidupan. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling membantu guru disiplin dan pengetua sekolah membina perhubungan dengan ibubapa/penjaga pelajar yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Peranan guru kokurikulum ialah menyediakan jadual aktiviti- aktiviti kokurikulum serta mengadakan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannnya. Selain itu, guru kokurikulum juga menjadi penyelaras dan panduan kepada guru- guru lain di antara ahli- ahli persatuannya dengan guru disiplin/pengetua ketika masalah disiplin timbul dalam persatuan. Peranan lain ialah guru kokurikulum mengatur acara yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya serta memupuk bakat dan potensi di kalangan pelajar- pelajar supaya mereka tidak hanya tertekan dengan pelajaran dan akedemik sahaja serta mengelakkan bakat dan potensi mereka tidak terpesong ke arah negetif. Ini selaras dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. GANJARAN DAN HUKUMAN Objektif bagi konsep ganjaran dan hukuman adalah sama iaitu untuk mewujudkan tingkahlaku yang membina dan positif. Tetapi, ia berbeza dari segi perkaedahan. Ganjaran bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang positif dengan mengaitkannya dengan perasaan keseronokan manakala dendaan atau hukuman dilakukan untuk mencegah sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Walaubagaimanapun, hukuman yang dikenakan mungkin tidak menghasilkan kesan yang diingini. Kebaikan melaksanakan konsep ganjaran ialah ia mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkahlaku yang positif dan dengan itu menggalakkan tingkahlaku itu berulang. Konsep ganjaran juga menggalakkan pelajar-pelajar berminat terhadap pelajaran dan mengekalkan moral yang tinggi. Konsep ganjaran juga mempunyai kelemahan seperti ia menggalakkan pelajar menipu dan biasanya ia adalah ekstrinsik dalam menggerakkan pelajar memenangi hadiah, bukanlah kerana menyukai sesuatu tugas itu. Dalam kebanyakan kes, hanya beberapa pelajar cerdas sahaja yang akan mendapat ganjaran iaitu mereka yang tidak perlu dimotivasikan dengan kuat selain menggalakkan sikap yang salah(tanpa hadiah, pelajar mungkin tidak akan berikhtiar lagi). Hukuman juga mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Di antara kebaikan- kebaikan hukuman ialah ia bertindak sebagai pencegah. Hukuman bertindak sebagai satu bentuk disiplin dan berguna sekiranya ia merupakan satu akibat semulajadi disebabkan tingkahlaku yang salah, digunakan bersama- sama

dengan ganjaran dan pelajarpelajar akan menyedari bahawa yang dihukum ialah tingkahlakunya yang tidak diingini dan bukanlah dirinya. Hukuman boleh dikategorikan kepada hukuman pembuangan, penggantungan dan hukuman- hukuman biasa. Hukuman pembuangan melibatkan pelajar- pelajar yang mempunyai disiplin yang teruk atau kesalahan yang berat seperti membawa senjata yang merbahaya untuk mengancam nyawa orang lain, menghisap rokok dan meminum minuman keras, kerap melanggar peraturan- peraturan sekolah, merosakkan atau membinasakan harta sekolah, menyertai pertubuhan- pertubuhan haram dan melawan pihak- pihak berkuasa. Hukuman penggantungan adalah bersifat sementara sahaja. Ia merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatu kemudahan sekolah. Jika hukuman penggantungan dibuat sebagai satu hukuman, peluang hendaklah diberi kepada pelajar untuk menafikan tuduhan yang dibuat terhadapnya. Hukuman- hukuman biasa termasuklah hukuman dera, penahanan, denda dan amaran. Hukuman dera atau rotan adalah berkesan dijalankan sebaik- baik sahaja sesuatu salah laku dilakukan oleh pelajar. Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan kecuali ke atas pelajar perempuan tertakluk kepada syaratsyarat yang dinyatakan dalam Peraturan- peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan yang ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di punggung yang dilapik pakaian. Setelah hukuman dera dikenakan, catatan hendaklah dibuat dalam satu buku rekod khas. Butiran- butiran seperti bilangan pukulan, bahagian anggota yang dirotan, sebab- sebab, tarikh dan tandatangan pengetua dan seorang guru yang menjadi saksi. Hukuman dera juga boleh dijalankan oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberi kuasa oleh pengetua atau guru besar. Kesan hukuman dera bukan sahaja berfungsi sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya ke atas pesalah itu sendiri. Selepas hukuman dera dikenakan, pelajar berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman itu adalah dibuat untuk kepentingan dan kebajikannya sendiri. Hukuman penahanan merupakan satu proses menafikan pelajar- pelajar nakal dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan sepatutnya menentukan masa dan jumlah jam seseorang pelajar itu ditahan. Semasa dalam penahanan, pelajar yang berkenaan hendaklah menjalankan sesuatu aktiviti yang berfaedah dan membina seperti membersihkan persekitaran sekolah, membersihkan tandas dan surau, dan sebagainya. Tujuan penahanan ialah mencegah pelajar berkenaan dan pelajar- pelajar lain daripada menonjolkan tingkahlaku antisosial. Hukuman denda boleh dikenakan sama ada secara fizikal mahupun kemampuannya. Hukuman denda secara fizikal seperti berdiri atas bangku, tekan tubi dan sebagainya. Hukuman denda dengan kemampuan seseorang pelajar untuk membayar perlu dipertimbangkan. Adalah penting bagi denda itu supaya sejajar dengan wang saku pelajar berkenaan dan dibayar oleh pelajar berkenaan, bukan oleh ibubapanya. Cara ini akan menyebabkan pelajar itu merasakan bahawa dirinya dihukum. Amaran dikenakan apabila didapati salah laku pelajar berkenaan adalah kecil dan oleh itu tidak perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN Guru- guru hendaklah mematuhi beberapa langkah dalam menyelesaikan masalah-masalah disiplin. Setiap kesalahan hendaklah dianggap secara objektif. Guru hendaklah ketepikan nafsu marah dan elakkan daripada membuat keputusan atau kesimpulan yang terburu- buru tanpa penyiasatan. Langkah seterusnya ialah memastikan suasana adalah tenang di antara guru dan pelajar sebelum menjalankan

penyiasatan. Pelajar yang terlibat hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan tentang satusatu tuduhan itu dan guru hendaklah menyedarkan pelajar berkenaan kesalahannya dengan memberi hukuman sepatutnya. Ketika menghukum pelajar, guru hendaklah mempunyai tujuan menolong pelajar yang bersalah untuk memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin. Guru hendaklah mengelakan diri daripada menghukum semata- mata untuk melepaskan geram. Guru tidak seharusnya memberi kerja kelas seperti kerja menulis atau mengira sebagai denda kepada pelajar. Hukuman secara beramai- ramai seperti menahan seluruh kelas disebabkan kesalahan seorang atau beberapa pelajar harus dielakkan kerana tindakan ini akan menimbulkan perasaan dendam di kalangan pelajar-pelajar yang tidak bersalah. Hukuman merotan dan menampar pelajar haruslah dijauhi. Punca yang menyebabkan masalah disiplin perlu dikaji kerana masalah disiplin tidak akan dapat diatasi dengan hukuman semata- mata dan hukuman tidak seharusnya berbentuk kejam, penghinaan atau kritikan kerana ini akan menimbulkan perasaan dendam dan kehilangan rasa hormat terhadap guru. Kesan- kesan hukuman hendaklah dinilai sebelum dan selepas oleh guru. Ini adalah kerana sikap pelajarpelajar terhadap hukuman adalah berbeza. Ada pelajar yang sengaja inginkan hukuman untuk mendapatkan perhatian atau status di kalangan kawan sebaya. Hukuman perlu difahami oleh pelajar berkenaan dan pelajar-pelajar lain sebagai adil dan berpatutan. Mereka perlu tahu sebab-sebab pelajar tersebut dihukum. Setelah hukuman dilakukan, kesalahan pelajar perlulah dimaafkan dan tidak patut disebut lagi. Adalah lebih baik sekiranya hukuman dapat menghasilkan sesuatu daripada denda. Hukuman perlulah tekal dan dianggap adil. Kadar hukuman itu haruslah selaras dengan kadar kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut. Jika usaha untuk mengubah kelakuannya gagal, guru bolehlah meminta bantuan guru kaunseling untuk menyiasat punca masalah disiplin pelajar. Jika masalah berkaitan dengan keluarga atau hal peribadi pelajar, kerjasama ibubapa atau penjaga pelajar hendaklah diminta untuk menyelesaikan masalah itu. Jika masalah disiplin ada kaitan dengan masalah ekonomi keluarga, bantuan pegawai kebajikan sekolah hendaklah diperoleh. Jika masalah bersabit dengan kes- kes berat seperti penyalahgunaan dadah, peras ugut, pencurian dan jenayah yang lain, guru besar atau pengetua haruslah diberitahu. LANGKAH- LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN Guru hendaklah memastikan semua pelajar sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada pelajar-pelajar yang cerdas dan memberi layanan individu kepada pelajar yang lemah. Dengan cara ini pelajar- pelajar tidak akan bosan dan mengurangkan risiko melakukan masalah disiplin. Guru hendaklah membantu mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar. Selain itu, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat bantu mengajar seperti radio, televisyen, slaid dan sebagainya untuk menarik minat belajar. Penyertaan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran-pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan dan gelisah. Apabila para pelajar meminati pelajaran, maka kemungkinan mereka menimbulkan masalah disiplin berkurangan. Guru hendaklah menghormati pelajar- pelajar seperti manusia biasa. Layanan yang baik yang diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan pelajar. Perhubungan yang rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah. Tambahan, guru haruslah memberi perhatian terhadap perbezaan individu. Kebolehan pelajar-pelajar yang berbeza menyebabkan

pencapaian yang berbeza. Justeru, kaedah mengajar hendaklah berlainan agar sejajar dengan kebolehan pelajar supaya mereka tidak berasa disisihkan. Aras aspirasi bagi setiap pelajar haruslah realistik. Pelajar- pelajar berbeza dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan pelajar-pelajar agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukanlah dengan pelajar-pelajar yang lain. Ini bermakna guru perlu memberikan kepujian dan pengakuan kepada setiap pelajar yang menunjukkan kemajuan. Dengan cara ini, setiap pelajar akan dapat menikmati kejayaan yang mereka usahakan. Tetapi, kebanyakkan guru hanya memberi pujian kepada mereka yang memperoleh markah tinggi sahaja manakala mereka yang kurang cerdas diabaikan. Kesannya, mereka lebih cenderung melakukan masalah disiplin untuk menarik perhatian guru. Hukuman dera tidak seharusnya digunakan. Ia akan menimbulkan perasaan benci kepada guru dan seterusnya terhadap sistem persekolahan. Perasaan dendam dan benci ini boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih teruk lagi. Jika hukuman dera terpaksa dilakukan demi kebaikannya, pelajar berkenaan haruslah diberi peluang untuk menafikan tuduhan itu. Guru seharusnya meluangkan masa untuk mendengar masalah- masalah pelajar. Sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru boleh meliputi aspek akedemik, kerjaya dan peribadi supaya masalah yang dihadapi dapat dikurangkan dan perasaan kecewa tidak mungkin dialami oleh pelajar. Guru haruslah bermesra dengan pelajar tetapi tegas dan tenang apabila berhadapan dengan mereka.

KESIMPULAN Disiplin melibatkan norma dan nilai serta berhubungkait dengan tatatertib, tatasusila, peradaban akhlak, kesopanan, bersifat rasional, keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang mengikuti peraturan yang diterima oleh masyarakat, negara dan agama. Dari segi pendidikan, disiplin adalah mengorientasi ahliahli masyarakat kepada norma- norma masyarakat itu. Sekolah mengusahakan supaya menghayati norma- norma masyarakat menerusi dua cara iaitu mengenalkan norma- norma masyarakat di luar sekolah dan mempraktikkan norma- norma masyarakat di sekolah dengan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan agar proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPK). NOTA KE 8 Masalah itu sebenarnya kehidupan dan ianya sesuatu yang lumrah. Siapa sahaja akan berdepan dengan masalah termasuklah sebuah masyarakat dan negara. Serius tidaknya sesuatu masalah itu bergantung pada darjahnya. Jika darjahnya rendah, ia tidak memudaratkan tapi jika darjahnya tinggi maka ia akan memberi kesan dan lebih menakutkan jika ia melibatkan orang ramai. Masalah disiplin pelajar saban hari kita dengar menyebabkan masyarakat menjadi gawat, resah dan gelisah dengan tindak-tanduk mereka. Memang tidak dinafikan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi gejala ini. Walau bagaimanapun, cuba kita lihat sejauh manakah faktor keluarga atau ibu bapa mempengaruhi gejala sosial ini. Bukanlah bermaksud kita hendak menunding jari kepada ibu bapa yang menjadi punca masalah ini tetapi faktor ibu bapa perlu difokuskan kerana ia menjadi ejen sosiolisasi yang utama yang mempengaruhi mentaliti, sifat dan sikap anak-anak (Izani Daud, 1997). Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman, Paris dan Hall dalam Jurnal Pendidikan 26 (2001) 81 92, keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam

dewasa. Selain itu ibu bapa juga menjadi faktor penting kerana merupakan orang terdekat dengan anakanak dan ejen pertama memberi pendidikan kepada anak-anak. Penglibatan remaja dalam gejala sosial di Malaysia hari ini seringkali dikaitkan dengan kelemahan hubungan kekeluargaan. Banyak perkara yang dilakukan oleh remaja tidak diketahui oleh ibu bapa mereka disebabkan tiadanya komunikasi yang berkesan antara kedua-duanya. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki dikatakan punca keluarga tidak dapat meluangkan masa untuk mendengar cerita anakanak, dan keadaan persekitaran rumah yang tidak selesa menjadikan remaja lebih senang bersama kawan-kawan di luar. Kurang komunikasi sesama ahli keluarga memburukkan lagi keadaan kerana anakanak tidak dapat menyalurkan masalah mereka kepada orang yang terdekat dengan diri mereka iaitu keluarga. Selain itu, kegagalan ahli keluarga menguasai kemahiran komunikasi turut menyebabkan anak-anak gagal meluahkan masalah mereka kepada keluarga. Apabila sesuatu masalah itu disimpan dan diperam dalam jiwa anak-anak, akhirnya akan meletup dan membawa masalah kepada anak-anak. Menurut kajian Abdul Razak Habib, Salleh Amat dan Zuria Mahmud. (2001), kelulusan akademik ibu bapa mempengaruhi jumlah pendedahan kendiri anak. Ini dijelaskan bahawa ibu bapa yang berpendidikan tinggi berkemungkinan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang lebih mesra dan terbuka dibandingkan dengan ibu bapa yang kurang pendidikan dan masih menggunakan cara-cara tradisional dalam berkomunikasi dengan anak. Walaupun begitu, secara amnya didapati anak lebih banyak membuat pendedahan kendiri kepada ibu berbanding dengan bapa kerana merasakan ibu mempunyai ciri-ciri pengasih, penyayang dan lebih memahami mereka dibandingkan dengan bapa. Penjelasan ini menunjukkan bahawa komunikasi anak dengan ibu bapa boleh dipupuk jika ibu bapa belajar kemahiran-kemahiran yang sesuai. Bapa terutamanya boleh mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan lebih mesra dan terbuka serta cara-cara memberi perhatian agar anak boleh bercerita dengan lebih terbuka kepada ibu bapa. Kadar luahan masalah anak-anak bergantung kepada sejauh mana anak-anak merasa selamat menceritakan sesuatu kepada ibu bapa mereka. Oleh itu jika ibu bapa tidak menyediakan suasana selamat untuk anak-anak bercerita dari kecil, besar kemungkinan apabila mereka meningkat remaja dan mempunyai pelbagai perkara yang hendak diceritakan, mereka tidak akan bercerita dengan ibu bapa tetapi mencari tempat lain untuk bercerita, seperti kepada rakan sebaya, ataupun orang dewasa lain. Keadaan ini adalah tidak sihat kerana ibu bapa kehilangan pengaruh dan peluang untuk membimbing anak mereka menjalani kehidupan remaja yang sememangnya mencabar. Sikap ibu bapa itu sendiri adalah faktor utama menyumbang kepada masalah sosial pelajar. Jika diperhatikan, kebanyakan ibu bapa sekarang berpelajaran tinggi dan sekurang-kurangnya pernah menjejak kaki ke sekolah menyebabkan mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pelajaran anak-anak. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kecemerlangan akademik anak-anak. Namun sikap ibu bapa yang menekankan konsep kejayaan kehidupan berdasarkan keputusan akademik semata-mata menyebabkan aspek keagamaan anak-anak terabai. Jika ibu bapa sanggup menghabiskan banyak wang untuk perbelanjaan buku akademik dan kelas tuisyen anak-anak, sejauh manakah ibu bapa sanggup memberi komitmen kepada perbelanjaan pendidikan kerohanian anak-anak. Sebagai contoh pendidikan fardu ain, adakah anak-anak diajar tentangnya. Jika ibu bapa tidak berkesempatan untuk mengajarnya, adakah anak-anak dihantar ke kelas fardu ain untuk mendalaminya. Tidak dinafikan bahawa sekolah juga menyediakan kelas bimbingan fardu ain, tetapi kelas-kelas tersebut adalah terhad kerana kengkangan masa. Sebenarnya kita tidak ingin jika anak-anak hanya memiliki akademik tanpa pendidikan rohaniah, menyebabkan jiwa anak-anak ketandusan seterusnya anak-anak akan mudah terdedah kepada gejala yang tidak sihat.

Selain itu sikap ibu bapa yang suka menyalahkan pihak lain turut menyumbang kepada masalah sosial anak-anak. Sedangkan diri sendiri jarang ibu bapa yang hendak menilai sama ada asuhan yang diberikan kepada anak-anak mencukupi atau adakah didikan yang diberikan cukup sempurna sebagaimana yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak. Sikap suka menyalahkan orang lain seperti pihak sekolah tidak membawa perubahan yang positif kepada anak-anak kerana ibu bapa sepatutnya duduk semeja dan berbincang dengan pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah anak-anak dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Ini dapat dilakukan dengan menyokong sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa/Guru (PIBG) atau aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah. NOTA KE 9 Gejala disiplin di sekolah merupakan isu antarabangsa yang masih menjadi perbahasan semua peringkat sama ada ahli politik, ahli akademik mahupun masyarakat biasa. Isu pelajar sekolah membuli, merokok, bergaduh, memukul guru, dan yang paling mengejutkan, iaitu membunuh rakan sebaya menjadi topik perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat memandangkan gejala ini semakin hari menjadi semakin serius. Pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak sekolah termasuk melaksanakan konsep dendaan, sistem hukuman dan bimbingan, namun masalah ini masih tidak berjaya dibendung. Berdasarkan pengalaman praktikal Penulis sebagai pengamal kaunseling di sekolah, terdapat beberapa alternatif yang boleh dilakukan oleh guru-guru terutamanya kaunselor dalam menguruskan isu disiplin seperti penerapan konsep agape love, kursus Fajar, kursus Galus, dan mewujudkan networking. Intervensi ini yang berasaskan pendekatan kaunseling didapati dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Penulis berharap agar kertas kerja ini dapat dijadikan sebagai salah satu sandaran ke arah penambahbaikan sistem yang sedia ada di sekolah bagi menangani masalah disiplin.

1. Pendahuluan Hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah tiada kecacatan, iaitu sekolah yang tidak mengalami masalah dari segi pencapaian akademik, persekitaran sekolah, mahupun disiplin pelajar telah lama diwar-warkan (Mohd Saleh, 1998). Usaha ke arah memupuk dan meningkatkan disiplin sekolah ini bertujuan untuk menjamin keselesaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Azizah, 2002). Ini kerana selain menjadi unsur penting dalam proses sosialisasi dan pembentukan peribadi pelajar, disiplin sekolah juga merupakan sistem kawalan yang membolehkan pengajaran berlaku dengan berkesan (Docking dalam Azizah, 2002). Sekolah yang mempunyai disiplin guru, kakitangan dan pelajar yang tinggi secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran yang aman dan selamat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Suradi (1996), ketiadaan disiplin adalah satu penyakit dalam sistem pendidikan yang boleh menyebabkan proses pendidikan para pelajar menjadi tidak lengkap, dan seterusnya menimbulkan masalah disiplin di kalangan mereka. 2. Pelajar dan Masalah Disiplin Merujuk pada Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1990, terdapat beberapa kategori salah laku disiplin, iaitu tingkahlaku jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak mementingkan masa, kurang sopan dan biadab, laku musnah, tidak jujur, dan ponteng. Kesalahan yang dianggap berat pula termasuklah merosak harta benda sekolah, bergaduh atau bertumbuk di sekolah, memukul atau mengancam pelajar atau guru, dan memeras ugut. Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati para pelajar terlibat dengan masalah disiplin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah sikap guru yang kurang prihatin terhadap pelajar, kurang mesra dan menakutkan pelajar (Azizah, 2002), pergaulan dan pengaruh rakan sebaya yang bersifat negatif, kesan media elektronik, pengaruh budaya asing, dan kegagalan didikan ibu bapa (Asmah dan Zulekha, 2004).

Selain itu, kadangkala guru-guru telah mendidik para pelajar dengan nilai yang baik tetapi nilai yang diperolehi dari dunia luar membatalkan usaha baik guru-guru di sekolah (Iloyd dan Asmah, 1987). Bagi ahli-ahli psikologi pula, tingkahlaku bermasalah di kalangan pelajar yang merupakan golongan remaja dikaitkan dengan perkembangan tahap remaja yang dilalui oleh mereka. Pada tahap remaja, individu mudah mengalami konflik pemikiran dan gangguan moraliti. Remaja mengalami krisis identiti (Allen, 2000), iaitu dari segi mencari identiti yang sesuai dengan mengambil kira aspek tingkah laku, sikap dan kepercayaan (Tucker, 1990). Apabila remaja gagal menyelesaikan krisis, mereka akan mempamerkan tingkah laku bilazim dan nakal (Erikson, 1968). Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 14 April 2006 mendedahkan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkaitan masalah disiplin di kalangan pelajar. Menurut beliau, pada tahun 1995 kira-kira 1.74% daripada 5.5 juta pelajar di Malaysia terlibat dengan kes disiplin. Walaupun statistik menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya tetapi beliau berpendapat masalah ini tidak boleh dipandang ringan. Pada tahun 2006, negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa kes salah laku disiplin. Antaranya ialah: 1. Mac 2006 kes seorang pelajar perempuan menyerang dua orang gurunya di sebuah sekolah menengah (Utusan Malaysia, 3/3/06). 2. April 2006 seorang pelajar darjah 5 berada dalam keadaan kritikal dengan kedua-dua buah pinggangnya rosak dipercayai selepas dibelasah oleh rakan-rakannya di sekolah (Utusan Malaysia, 7/4/06). 3. Mei 2006 10 orang pelajar sekolah menengah melakukan perbuatan khianat dengan membakar buku, menconteng dan merosakkan kemudahan sekolah berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka (Utusan Malaysia, 19/5/06). 4. Jun 2006 kes seorang pelajar tingkatan 1 dibelasah oleh 12 orang pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 kerana enggan menyertai kumpulan samseng (Utusan Malaysia, 27/6/06). Kes-kes yang dipaparkan di atas sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa persekitaran sekolah tidak lagi selamat sehingga memaksa pihak polis untuk campur tangan. Malah, pihak Kementerian Pelajaran terpaksa menggunakan alternatif dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah bagi menangani masalah disiplin termasuk buli dan gangsterisme (Utusan Malaysia, 1/5/06). Situasi ini menunjukkan bahawa hukuman yang selalunya dikenakan terhadap kesalahan disiplin yang berat seperti rotan, gantung sekolah, dan dibuang sekolah sudah tidak praktikal lagi untuk dilaksanakan pada masa sekarang. Para pelajar bukan sahaja tidak mengambil pengajaran apabila melihat rakanrakan mereka dihukum, malah tidak merasa insaf apabila diri mereka sendiri menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan. Rentetan itu, pelbagai persoalan timbul. Adakah bentuk hukuman yang sedia ada masih belum mencukupi untuk membuatkan mereka patuh kepada undang-undang sekolah? Adakah mereka perlu dihukum dengan lebih berat? Adakah hukuman berbentuk kekerasan ini yang membuatkan para pelajar terus memberontak dan menjadi seorang yang delinkuen, atau adakah keadaan ini perlu diselami semula untuk mengetahui di mana pucuk pangkalnya permasalahan disiplin berlaku? 3. Pendekatan Kaunseling Dalam Mengangani Isu Disiplin Kaunseling adalah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperoleh kestabilan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan msalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan kendiri yang lebih tinggi (Suradi, 1996: 249). Melalui pendekatan kaunseling yang antaranya bersifat menerima klien tanpa syarat, berempati, tulen, dan berkeinginan untuk menolong, para pelajar dapat dibantu untuk memupuk tingkahlaku yang sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Kesedaran untuk melahirkan para pelajar yang berdisiplin merupakan antara matlamat Kementerian Pelajaran seperti mana tertera dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Malaysia (1979), iaitu penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Usaha ini dilakukan salah satunya dengan cara meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Di Malaysia, objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah antara lainnya bertujuan untuk 1) memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi, 2) memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain, dan 3) memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka (Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, 2000). Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menangani masalah disiplin dengan cara mendidik. Prinsip disiplin mendidik ini yang menekankan aspek pemerhatian dengan kasih sayang, prihatin, dan ingin membantu ditimbulkan kembali oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) baru-baru ini memandangkan gejala disiplin masih tidak dapat dibendung. Selain itu, kerajaan juga menganjurkan kursus jati diri bagi pelajar bermasalah supaya akhlak pelajar tersebut dapat dibina semula (Utusan Malaysia, 23/4/06). Persoalannya, apa yang menyebabkan salah laku pelajar masih tidak dapat ditangani sedangkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang bercirikan kasih-sayang telah dilaksanakan sejak lebih 30 tahun yang lalu? Apa yang menyebabkan isu mendisiplin pelajar dengan cara mendidik disuarakan semula, walhal isu ini telah lama diutarakan? Adakah terdapat perbezaan antara prinsip disiplin mendidik pada 30 tahun dahulu dengan prinsip disiplin mendidik yang dikemukakan sekarang? Persoalan-persoalan di atas mungkin boleh terjawab dengan dapatan kajian yang salah satunya dikemukakan oleh Suradi (1992). Beliau yang mengkaji tentang masalah pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah mendapati para pelajar menganggap perkhidmatan ini tidak berfaedah. Guru bimbingan dan kaunseling pula mengalami masalah tidak cukup masa, masalah kemahiran, masalah kerjasama, masalah sambutan pelajar, masalah kemudahan, masalah kewangan dan sebagainya. Mereka juga mempunyai beban tugas yang banyak, tidak tahu mengendalikan perkhidmatan, ketiadaan bahan atau maklumat untuk mengendalikan perkhidmatan, dan kurang mendapat kerjasama daripada pentadbir, guru-guru dan ibu bapa. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan strategi yang bersesuaian perlu ada bagi seseorang guru terutamanya guru bimbingan dan kaunseling untuk mengimplementasi pendekatan kaunseling dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Justeru, Penulis ingin mengemukakan beberapa alternatif yang boleh dilakukan oleh guru-guru terutamanya kaunselor dalam menguruskan isu disiplin seperti penerapan konsep agape love, kursus Fajar, kursus Galus, dan mewujudkan networking. Berdasarkan pengalaman praktikal Penulis sebagai pengamal kaunseling di sekolah, intervensi ini yang berasaskan pendekatan kaunseling didapati dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. 4. Intervensi Dalam Menangani Masalah Disiplin Secara umumnya, pendekatan yang digunakan ialah kasih-sayang. Pendekatan ini diterapkan dalam diri guru-guru dan para pelajar melalui program-program secara berkumpulan atau kelompok yang menekankan soal perkembangan, pembinaan dan pencegahan. Ini bertujuan untuk membina hubungan yang unik antara guru dengan pelajar, dan antara pelajar dengan rakan pelajar yang lain.

Hubungan baik antara pelajar dengan rakan sebaya ditekankan kerana Penulis bersetuju dengan pendapat ahli psikologi seperti Powell (1963) yang beranggapan bahawa tingkah laku remaja dianggap hasil daripada hubungan dengan orang lain berdasarkan desakan budaya, sosial, biologikal dan fizikal. Penulis percaya melalui pertautan (attachment) yang wujud di kalangan pelajar dengan pelajar, dan pelajar dengan guru, sedikit sebanyak mempengaruhi tingkahlaku yang dibentuk dalam kumpulan pelajar tersebut. Berikut merupakan beberapa program yang dijalankan di sekolah dan memperlihatkan hasil yang positif di mana masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan: 1. Penerapan Agape Love Setiap tahun, satu kursus yang paling penting dilaksanakan di sekolah ialah Kursus Kepimpinan. Kursus ini dianggotai oleh pengawas, pembimbing rakan sebaya dan majlis pelajar. Di dalam kursus ini, pemimpin-pemimpin pelajar akan diterapkan dengan konsep Agape Love, iaitu satu konsep kasih sayang yang jarang diketahui umum. Ia merupakan satu penerapan nilai kasih sayang tanpa syarat. Pelajar diterapkan dengan nilai menyayangi semua orang tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, ideologi, caragaya hidup yang berbeza dan sebagainya. Melalui penerapan konsep ini, isu pelajar diragging tidak lagi timbul kerana pelajar yang telah diberi kursus memahami tentang perbezaan manusia. Pelajar ditekankan tentang uniknya manusia dan mereka haruslah memberi kasih sayang tanpa syarat supaya kehidupan mereka di asrama dan di sekolah lebih bermakna. Pelajar dapat merasakan keseronokan hidup bersama setelah mereka mengamalkan konsep `agape love ini. Konsep `agape love ini diambil daripada kehidupan yang diamalkan pada zaman Red-Indian semasa dalam pemerintahan ketua mereka yang hebat iaitu White Eagle. Daripada penceritaan kisah White Eagle ini memberi impak yang besar di kalangan pelajar agar mencontohi budaya hidup bermasyarakat yang diamalkan oleh masyarakat Red Indian ketika itu. Sesi dua jam sudah mencukupi bagi pelajar mendapat iktibar agar mereka juga perlu mengamalkan konsep kehidupan masyarakat yang sebegitu. Kita akan merasai kehidupan yang berkasih sayang antara abang dan adik, pelajar serta guru, pekerja dan juga kehidupan bermasyarakat di sekolah dan di asrama akan menjadi lebih harmoni. 2. Mewujudkan kumpulan trainers Kumpulan pemimpin yang diterap dengan konsep Agape Love kemudiannya dilatih untuk menjadi fasilitator. Mereka didedahkan dengan cara-cara untuk menjalankan sesebuah program seperti program motivasi, program kemahiran belajar, dan program kerjaya. Kumpulan trainers ini bertindak membimbing pelajar-pelajar lain dengan kemahiran yang mereka miliki. Secara tidak langsung, pihak sekolah berjaya menerapkan nilai kasih-mengasihi, hormat-menghormati, cintakan ilmu dan bekerjasama di kalangan para pelajar tanpa mengira bangsa, agama dan status ekonomi sosial. Ini juga dapat mengelakkan perasaan iri hati dan benci-membenci di kalangan para pelajar. Kumpulan Trainers ini yang pada dasarnya adalah terdiri daripada Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Biro Asrama, Majlis Perwakilan Pelajar dan sebilangan pelajar yang berisiko tinggi yang dikenalpasti dapat membantu mewujudkan keadaan harmoni di sekolah. Apabila pelajar tingkatan empat mendaftarkan diri, kumpulan inilah yang akan menjalankan program untuk mereka. Mereka akan menjadi abang dan kakak angkat kepada pelajar baru ini. Mereka diajar dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, asas-asas fasilitator yang berkesana, kemahiran belajar, kemahiran asas kaunseling dan seumpamanya. Layanan yang diberikan oleh mereka membuatkan pelajar tingkatan empat merasai diri mereka dibela. Hubungan mereka menjadi rapat dan seterusnya mewujudkan intimasi yang tinggi di kalangan mereka. Kumpulan trainers ini akan mempastikan kes-kes pelacoan tidak berlaku. Mereka juga selepas itu akan mengajar adik-adik mereka bagaimana untuk belajar dengan berkesan. Ini bermakna hubungan mereka adalah dipantau sepanjang tahun hinggalah pelajar tingkatan lima keluar dari sekolah tersebut. 3. Kursus FAJAR

FAJAR adalah membawa konotasi bahawa seseorang yang hendak berjaya hendaklah memulakan kerjanya awal pagi. Kursus ini dilaksanakan untuk para pelajar berisiko tinggi. Selalunya, kami mengumpulkan seramai 40 orang pelajar yang sering melakukan kesalahan disiplin. Mereka yang kami istilahkan sebagai high risked undercover (HRU) akan diberi layanan yang istimewa dari kami iaitu kaunselor dan guru disiplin. Melalui program ini, mereka akan menjadi lebih rapat dengan kaunselor, guru disiplin dan pihak sekolah. Malah, akhirnya mereka akan sedar kesilapan yang telah dilakukan dan cuba untuk membantu pihak sekolah dalam mengurangkan permasalahan disiplin. Mereka juga menjadi orang tengah di antara rakan-rakan pelajar yang bermasalah dengan pihak sekolah. Tidak boleh dinafikan bahawa pelajar ini mempunyai karisma yang tersendiri dan amat berpengaruh. Oleh itu, sekiranya mereka didekati oleh pihak kaunselor dan guru disiplin dan diberikan tugasan yang mereka sukai, maka mereka tidak akan membuat kacau dan masalah di sekolah. Apa yang penting kita membuatkan mereka terasa dihargai dan sentiasa memberi mereka penghargaan tentang apa yang mereka lakukan. Jelas daripada apa yang dilihat mereka nampak memberi kesan yang tinggi kepada penurunan kes permasalahan disiplin di sekolah.

4. Kursus GALUS Kursus ini merupakan kursus yang dilaksanakan untuk pelajar yang lemah dalam peperiksaan. GALUS merupakan singkatan daripada Gagal Lulus, atau lebih tepat lagi pelajar yang berada dalam golongan antara gagal dan lulus. Di dalam program ini, pelajar yang lemah dalam akademik akan diberi tumpuan dan layanan yang sepatutnya. Kami melakukan kursus dari kemahiran belajar hinggalah ke motivasi serta mewujudkan rangkaian pembelajaran mengikut kaedah sinergi iaitu berpasukan. Bagi kami semakin banyak mereka diberi perhatian maka semakin bersemangat mereka untuk berjaya. Hasilnya, didapati pencapaian sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin meningkat. Malah, jumlah pelajar yang mendapat Sijil Am Pelajaran (SAP) dalam peperiksaan SPM semakin berkurangan. 5. Kursus motivasi Bagi para pelajar yang tidak dipantau, kursus motivasi dijalankan untuk mereka di peringkat sekolah. Pesertanya adalah terdiri daripada para pelajar yang tidak terlibat dengan apa-apa kursus sebelum ini. Melalui kursus motivasi yang dijalankan, mereka akan diberi pengisian kemahiran belajar, komunikasi berkesan, motivasi dan penerapan konsep agape love. Dengan ini kesemua pelajar akan mendapat pengisian yang sama untuk menjadikan mereka mengamalkan satu budaya yang sama atau shared value yang setara. Ini memudahkan pihak sekolah terutamanya kaunselor pelajar dan guru disiplin untuk mencorakkan pelajar. Mereka mempunyai matalamat yang sama dan mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang mereka patut lakukan kepada pihak sekolah. Mereka juga sedar sekiranya masalah yang mereka lakukan maka akan melambatkan proses untuk mereka berjaya kerana banyak masa diambil bagi menangani sesuatu permasalahan yang dilakukan oleh mereka sendiri. 6. Mewujudkan networking di sekolah Selain daripada menjadikan pelajar sebagai penghubung antara guru-guru dan pelajar-pelajar yang lain, kami juga menyediakan tong aduan kilat di tempat-tempat yang mudah untuk pelajar memasukkan aduan mereka seperti di kantin, di pusat sumber dan di bilik kaunseling sendiri. E-mail aduan juga diwujudkan, iaitu azizmysmtk@hotmail.com sebagai alternatif untuk para pelajar meluahkan permasalahan mereka. Portal dalam internet turut ditubuhkan, iaitu http://www.techboard.cjb.net/ bertujuan untuk membolehkan para pelajar berinteraksi dan berbalas informasi antara satu sama lain. Melalui cara ini, kaunselor dapat mengetahui cara pelajar berpolitik di dalam asrama dan sekolah. Kaunselor pelajar juga dapat mengetahui isu-isu sulit pelajar melalui portal ini dengan membuat

penyamaran. Isu yang dibuat oleh kaunselor sebenarnya tidak langsung dapat dihidu oleh pelajar kerana kaunselor menggunakan nama samaran yang mereka anggapkan pelajar. Kaunselor dapat mengetahui isu-isu seperti pelacoan, pergaduhan, pelajar lelaki memasuki asrama pelajar puteri, keluar malam dan sebagainya. Dengan adanya networking yang melibatkan trainers, pelajar merasakan bahawa mereka tidak boleh melakukan permasalahan disiplin kerana tindakan mereka pasti akan dapat dihidu oleh pihak kami. 5. Cadangan dan Kesimpulan Kursus-kursus seperti Kursus kaunseling bagi pelajar asrama, kursus Trainers, kursus Fajar bagi pelajar berisiko tinggi, kursus motivasi pada semua pelajar, program minggu silaturrahim, kursus fasilitator adalah antara kursus yang amat penting bagi pelajar mengikutinya. Bagi kaunselor pelajar sekiranya boleh mereka sendiri yang menjalankan kursus tersebut di sekolah. Ini amat penting kerana selepas itu merekalah yang akan memantau selepas setiap program dijalankan. Sekiranya kursus dijalankan oleh pihak luar, ia akan menjadi kurang berkesan kerana masalah pemantauan. Pelajar pula merasakan diri mereka tidak komited dengan program yang telah mereka lalui dengan orang luar itu. Kesimpulannya, bagi mewujudkan suasana yang harmoni di asrama dan di sekolah serta untuk menjaminkan pelajar berasa seronok belajar di sekolah berkenaan, pihak kaunselor pelajar dan guru disiplin haruslah bekerjasama dan sama-sama memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan di sekolah. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang mesti dilakukan oleh kedua-dua personel yang penting di sesebuah sekolah itu. Ini memberi implikasi bahawa mereka perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran dalam mengendalikan program supaya ianya sesuai dan dapat memikat hati pelajar bagi mengikuti program tersebut. pelajar. Hukuman Buku Developmental Psychology: Childhood & Adolescence (4th edition, 1996) telah menggariskan beberapa cara pencegahan untuk permasalahan di atas. Di antaranya ialah: Penumpuan lebih dan membantu pembelajaran pelajar bermasalah ini agar setanding dengan pelajarpelajar lain di sekolah. Bukannya dengan mengkritik atau menyisihkan mereka. Mengadakan suatu stimulus yang dapat menimbulkan rasa minat dan berguna mereka di sekolah. Mendekati dan memahami mereka secara ikhlas dan mendalam. Guru-guru keseluruhannya hendaklah juga mengajar mereka sikap-sikap yang baik agar mereka dapat berinteraksi kembali dengan pelajarpelajar keseluruhannya. Bukannya dengan membebankan masalah pelajar-pelajar kepada guru disiplin atau unit kaunseling sahaja. Membantu ibubapa mempelajari teknik pengurusan anak yang lebih efektif. Kaedah di atas amat perlu diutamakan di dalam pengubahsuaian sistem institusi sekolah. Biarpun hasil perlaksanaannya mengambil masa yang lama tetapi ianya lebih kekal dan berjaya mengurangkan respon negatif dan masalah sebenar pelajar ini(Mynatt & Doherty, 1998). Pendekatan sistem hukuman (punishment) sekarang, mesti diubah dan dianjakkan kepada memfokuskan usaha-usaha murni bagi mengisi kekosongan jiwa pelajar-pelajar malang ini. Kaedah hukuman atau punishment yang dipraktikkan selama ini seperti merotan, gantung sekolah dan lain-lain

sebenarnya akan menghasilkan respon yang dikehendaki dengan cepat tetapi ianya bersifat sementara dan kerap tidak berjaya menyelesaikan masalah sebenar pelajar ini. Sayangnya, walaupun kaedah ini sudah tidak sesuai lagi sekarang, ianya terus menjadi pilihan utama. Ia adalah disebabkan oleh desakan sistem yang inginkan respon yang cepat dan juga oleh persepsi fixed ideas masyarakat sendiri. Guru-guru pula perlu lebih tangkas mengesan perubahan sikap pelajar, mengenalpasti masalah, prihatian dan membantu menyelesaikan masalah pelajar mereka. Guru-guru perlu mengenengahkan sikap-sikap lain yang ada di dalam peribadi pelajar-pelajar ini. Pelajar-pelajar bermasalah ini pasti mempunyai sikap-sikap murni yang boleh diterima umum tetapi selama ini terpendam akibat dibayangi oleh sikap anti-sosial yang terlalu dominan di dalam personaliti mereka ataupun yang terbantut disebabkan persepsi negatif masyarakat ke atas mereka. Sikap-sikap murni ini perlu dikembangkan agar ianya dapat menguasai kembali jiwa mereka. Pendekatan Lain Pengasingan pelajar-pelajar di dalam kelas-kelas yang berdasarkan kepada kepandaian dan merit kini perlu dikaji semula. Kelas sepatutnya mempunyai pelajar-pelajar yang dipilih secara rawak. Dengan cara ini akan berkuranglah terbentuknya geng-geng jahat seperti sekarang ini. Dalam masa yang sama guruguru akan dapat mengajar dengan lebih saksama dan semangat sihat seperti berlumba-lumba untuk mencari ilmu akan tercapai di antara pelajar-pelajar.. Saya rasa perlu juga dislotkan masa perjumpaan dengan guru kelas di dalam jadual waktu sekolah sekarang.. Masa ini bukan untuk mengajar dan belajar tetapi satu slot khas untuk pelajar-pelajar menanyakan masalah mereka agar dapat dikongsi bersama guru-guru. Cara ini amat baik kerana ianya akan menimbulkan rasa minat dan bergantung pelajar-pelajar kepada guru . Bila masalah disiplin pelajar terjadi, guru-guru diberikan keistimewaan untuk berjumpa dan berbincang dengan ibubapa pelajar tersebut, di slot masa perjumpaan dengan guru kelas tersebut. Guru-guru juga perlu diringankan tugas mereka. Saya rasa perlu ditubuhkan satu organisasi profesional lain yang bertanggungjawab untuk menyediakan mode-mode rangka pelajaran yang canggih dan menarik, menyediakan dan memeriksa kertas peperiksaan . Dengan cara ini, teknik pengajaran guruguru akan menjadi tersusun, menarik dan dikagumi oleh pelajar-pelajar dan ibubapa. Di samping itu, guru-guru akan mempunyai lebih masa bersama-sama pelajar untuk mengulangkaji pelajaran . Sekolah-sekolah perlu berkonsepkan mini universiti. Peperiksaan di sekolah perlu meniru sistem Cummulative Grading Points Average (CGPA) di mana setiap markah yang diperolehi daripada setiap ujian, projek, persatuan dan peperiksaan akan menyumbang kepada markah akhir pelajar tersebut. Sistem ini akan memaksa pelajar-pelajar lebih aktif di dalam aktiviti sekolah dan juga belajar dengan lebih konsisten. Jika diamati dengan teliti, guru-guru kelas yang juga mengajar matapelajaran tertentu, terpaksa berpindah-randah di antara kelas-kelas untuk mengajar subjek tersebut. Saya rasa mungkin telah tiba masanya untuk kita menterbalikkan senario ini. Jadi konsep mencari ilmu yang ditekankan selama ini bukan setakat hadir di sekolah sahaja, tetapi juga berusaha mencari guru-guru mereka. Kelas-kelas yang dahulunya diberikan nama seperti 3 Biru, 3 Hijau dan sebagainya, perlu dispesifikkan kepada setiap mata pelajaran, contohnya Makmal Bahasa Malaysia, Makmal Matematik dan sebagainya. Guru-guru yang

mengajar subjek-subjek tersebut akan diberi penghormatan untuk menggunakan kelas tersebut sebagai bilik utama mereka dan bukannya meja-meja kecil seperti di bilik guru sekarang. Bilik guru ini nanti boleh digunakan sebagai bilik rehat eksklusif untuk mereka yang lengkap dengan peralatan media dan komputer bagi meningkatkan professionalisme dan motivasi mereka. Di masa yang sama, perlu diadakan badan profesional yang lain yang dapat memberikan kaunseling dan berupaya menyelesaikan masalah keluarga pelajar-pelajar tersebut. Ibubapa akan diberi tunjuk ajar dan semangat baru untuk memimpin keluarga mereka dengan lebih efektif. Kaedah-kaedah yang bersifat superficial seperti Kelab Cegah Jenayah, pelajaran mencegah jenayah atau cadangan menambah kuasa kepada guru-guru, guru disiplin dan guru besar mungkin tidak akan tercapai matlamatnya. Kaedah-kaedah ini hanya mampu membantutkan (suppress) ransangan emosi negatif tetapi tidak akan dapat menyelesaikan masalah sebenar pelajar-pelajar ini. Jika tersilap langkah dan tidak tepat kesasarannya, kaedah-kaedah ini mungkin akan menjadi sumber provokasi terbaru di dalam kekusutan fikiran pelajar-pelajar ini. Kesimpulan Saya percaya yang kita tidak dapat menyalahkan satu pihak sahaja di dalam hal ini tetapi saya pasti kesalahannya adalah terletak di bahu semua orang dewasa yang selama ini leka, tidak prihatin dan sensitif. Orang dewasa bersalah kerana gagal memanipulasikan sistem keluarga, pelajaran, sekolah dan masyarakat untuk kebaikan pelajar-pelajar ini. Akibatnya, pelajar-pelajar ini yang terpaksa menanggung kekecewaan dan kesengsaraan sendirian, semata-mata angkara kesilapan orang dewasa itu sendiri! Jambatan Pulau Pinang, kereta nasional Malaysia ataupun perlaksanaan sekatan matawang di masa kegawatan ekonomi, yang dulunya dirasakan tidak orthodoks, telah berjaya menampakkan hasil dan keuntungan. Maka saya fikir telah tiba masanya untuk kita melaksanakan pendekatan radikal di dalam membenteras kepincangan pemikiran pelajar-pelajar ini. Kaedahnya mungkin dirasakan radikal atau berlainan dari kebiasaannya sekarang, tetapi dengan berpandukan kajian, pegangan agama dan logik, ianya akan berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang berintelek lagi berakhlak tinggi di masa hadapan. Kita mesti sedar bahawa negara kita masih di dalam tahap negara membangun lagi. Kita masih lagi berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan dan kerelevanan negara kita di dunia ini. Untuk itu, penggemblengan usaha diperlukan dari setiap rakyat Malaysia. Kita tidak mampu untuk membazirkan tenaga rakyat sendiri walaupun hanya satu, biarpun ianya seorang manusia yang bergelar pelajar bermasalah.

Anda mungkin juga menyukai