Anda di halaman 1dari 17

Berdasarkan pengalaman anda semasa menjalani praktikum sebelum ini, kenal pasti satu masalah yang sering berlaku

dalam kalangan murid di sekolah. Rancangkan satu program intervensi bimbingan kelompok yang berkesan untuk dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan tersebut. Melalui pengalaman saya semasa menjalani praktikum sebelum ini, saya mendapati pelbagai masalah yang timbul yang dapat saya perhatikan semasa berada di sekolah. Antara masalah-masalah tersebut adalah murid yang malas membuat kerja rumah, bergaduh dengan rakan-rakan yang lain, ponteng sekolah dan lain-lain lagi. Oleh itu, untuk membuat Tugasan A ini, saya akan mengambil masalah ponteng sekolah sebagai permasalahan utama. Kemudian, satu program intervensi bimbingan kelompok akan saya laksanakan untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. Sebelum itu, saya hanya memilih empat orang murid sahaja untuk satu kumpulan. Kempat-empat orang murid ini termasuklah murid-murid lelaki dan juga perempuan yang merupakan murid-murid yang berumur 10 tahun iaitu tahun 4. Murid-murid ini juga merupakan daripada kelas yang berlainan dan dikumpulkan untuk membentuk satu kumpulan kecil yang akan menjalani program intervensi bimbingan kelompok. Sebelum perjumpaan diadakan bersama-sama dengan empat orang murid ini, saya telah menetapkan tempoh masa perjumpaan dan tempat perjumpaan yang akan diadakan. Tempoh masa yang telah ditetapkan adalah selama satu jam dan tempatnya adalah di dalam sebuah bilik yang kondusif dan sunyi yang merupakan tempat yang selesa untuk mereka meluahkan perasaan dan pendapat. Peringkat-peringkat dalam program intervensi bimbingan dan kelompok ini hanya dilaksanakan sebanyak lima kali sahaja kerana mempunyai ahli kumpulan yang kecil dan topik yang dibincangkan juga tidak serius. Berikut merupakan peringkat-peringkat dalam program intervensi bimbingan kelompok.

Peringkat Pertama (Permulaan) Pada peringkat ini, saya dan murid-murid berjumpa di bilik khas yang terdapat di dalam bilik Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Kami akan duduk di meja bulat dan mula berdialog atau pun memulakan sesi yang pertama ini. Perkara yang pertama dilakukan adalah saya akan menjadi ketua kumpulan dan saya akan memulakan perbualan atau pun perbincangan agar murid-murid yang lain dapat melibatkan diri. Pada peringkat ini, saya akan mengalu-alukan kedatangan mereka agar mereka merasakan diri mereka dihargai. Selain itu, saya juga akan mengadakan sesi Ice Breaking termasuk diri saya sendiri juga akan memperkenalkan diri walaupun mereka telah mengenali saya. Encik Dino : Selamat pagi semua. Nampaknya semua telah datang tepat pada waktunya dan cikgu berasa sangat gembira dapat berjumpa dengan kamu semua pada hari ini. Baiklah, hari ini merupakan kali pertama kita berjumpa dan cikgu ingin berkenalan dengan kamu semua. Kita akan mulakan sesi perkenalan diri dengan Aliff dan seterusnya. Aliff Hanif Siew Mei Siti : Selamat pagi cikgu, nama saya Aliff dan saya merupakan murid Tahun 4 Setia. : Selamat pagi cikgu dan rakan-rakan yang lain, nama saya Hanif dan saya merupakan murid Tahun 4 Usaha. : Selamat pagi semua, nama saya Siew Mei dan saya daripada kelas 4 Jujur. : Selamat pagi cikgu, nama saya Siti dan saya merupakan murid Tahun 4 Budi. Encik Dino : Baiklah semua, sekarang giliran cikgu pula memperkenalkan diri. Nama cikgu adalah Dino Dale Lucas, kamu hanya perlu memangil Cikgu Dino sahaja. Kita semua telah pun tahu nama rakan-rakan kita termasuklah nama cikgu. Pada peringkat ini, murid-murid masih dalam keadaan kaku atau pun kekok kerana baru pertama kali berjumpa di antara satu sama yang lain. Kemudian, semasa memperkenalkan diri juga mereka hanya bercakap apa yang difikirkan dan diminta oleh guru sahaja kerana masih segan untuk bersuara. Saya sebagai ketua kelompok seharusnya mampu menggalakkan murid-murid untuk bersuara dan memberikan

apa sahaja pandangan yang mereka fikirkan. Selain memperkenalkan diri, saya juga akan menggalakkan mereka untuk berkongsi tentang hobi, tempat tinggal, adikberadik dalam keluarga dan lain-lain lagi agar mereka dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Pendek kata sesi pertama ini sebagai langkah untuk mewujudkan persefahaman dan kesepaduan dalam kelompok. Peringkat Kedua (Konflik dan Pertentangan) Pada peringkat ini, konflik akan timbul dan masing-masing mempunyai idea dan pendapat yang berbeza kerana pada sesi inilah masing-masing akan menunjukkan perasaan ingin memberontak apabila perbincangan dalam kelompok telah menyentuh isu sebenar wujudnya kelompok ini. Kemudian, akan ada murid yang tidak senang dengan topik perbincangan dan mula benci dengan ketua kelompok dan cepat bosan sehinggakan tidak bercakap serta menjadi pemerhati sahaja. Dalam sesi ini, perbincangan akan terarah kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid iaitu ponteng sekolah. Encik Dino : Selamat pagi semua. Apa khabar? Cikgu berharap hari ini kamu semua dalam keadaan yang baik dan sihat sahaja. Sekali lagi cikgu ingin berterima kasih kerana sanggup datang ke perjumpaan kali kedua ini dan datang tepat pada masanya. Minggu yang lepas kita telah berkenalan antara satu sama lain dan cikgu berharap kamu semua masih ingat apa yang dikongsikan oleh rakan-rakan kita. Siew Mei : Selamat pagi cikgu. Cikgu saya masih ingat lagi hobi Aliff da Siti. Aliff suka bermain bola sepak dengan abang-abangnya dan Siti pula suka bermain patung dengan adiknya. Encik Dino : Bagus Siew Mei kerana masih mengingati aktiviti kita pada minggu lepas. Baiklah semua, hari ini cikgu mahu kita semua berkongsi dan berbincang tentang sesuatu perkara. Cikgu tahu bahawa kamu semua ini mempunyai masalah masing-masing jadi cikgu ingin tahu apa sebenarnya masalah yang kamu hadapi sehinggakan kamu ponteng sekolah. Aliff : Saya ponteng sekolah sebab ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan maka itu terpaksalah saya ponteng sekolah.

Hanif

: Cikgu, sebenarnya Aliff itu menipu. Dia ponteng sekolah sebab dia malas pergi sekolah. Dia selalu lepak dengan budak-budak sekolah menengah di belakang Kedai.

Aliff

: Cikgu, semua itu fitnah. Hanif sengaja membuat cerita sedemikian. Dia cemburu sebab saya mempunyai kawan-kawan sekolah menengah.

Demikianlah contoh perbualan yang akan berlaku pada peringkat kedua ini. Siti dan Siew Mei hanya mampu melihat dan mendiamkan diri sahaja dalam perbincangan itu kerana risau untuk berkongsi masalah. Manakala Aliff dan Hanif pula masingmasing mempertikaikan alasan atau pun tuduhan yang diberikan. Walau bagaimanapun, sesi perbincangan tetap akan dijalankan dan ketua kelompok akan berusaha untuk menenangkan keadaan dan mengawal situasi perbincangan. Peringkat Ketiga (Perkembangan dan Kesepaduan) Pada peringkat ini, ahli-ahli dalam kelompok semuanya telah bersatu dan berasa lebih selesa berbanding minggu-minggu yang sebelum ini. Hal ini demikian kerana ketua kelompok telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemudahcara dengan berkesan. Oleh itu, ahli-ahli dalam kelompok mula berasa selesa dan tidak segan lagi seperti sebelum ini. Ahli-ahli boleh ketawa dan senyum antara satu sama lain dan boleh berjenaka semasa berada dalam kelompok. Encik Dino : Selamat pagi murid-murid semua. Cikgu rasa sangat berbangga dengan kehadiran kamu selama tiga minggu ini kerana memberikan komitmen yang baik untuk bimbingan kelompok ini. Hari ini, cikgu ingin berkongsikan sesuatu yang menarik oleh itu cikgu minta semua duduk dalam keadaan yang selesa dan berikan perhatian yang sepenuhnya. Siti Aliff : Apa yang cikgu ingin kongsikan? Cikgu saya nak hadiah. : Cikgu saya pun nak hadiah. cerita yang sangat menarik untuk kamu semua. Oleh itu cikgu minta semua tolong berikan perhatian. Hanif : Baiklah cikgu. Saya telah bersedia untuk mendengar cerita.

Encik Dino : Cikgu bukan nak berikan hadiah tetapi cikgu nak kongsikan sebuah

Encik Dino : Pada suatu hari... Demikianlah contoh senario yang akan berlaku pada peringkat yang ketiga ini. Saya telah menyediakan gambar-gambar yang berkaitan dengan cerita yang ingin saya sampaikan. Saya juga telah menghafal cerita tersebut agar tidak tersasul atau pun terlupa sehingga menyebabkan cerita itu menjadi tidak menarik. Selepas bercerita, saya akan bertanyakan soalan dengan murid-murid tentang cerita tersebut dan mengaitkan cerita itu dengan permasalahan yang dihadapi oleh murid. Kemudian, saya juga menekankan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerita untuk memberikan motivasi dan pengukuhan pada murid-murid tentang tingkah laku yang baik. Ahli-ahli akan lebih bersedia untuk berkongsikan masalah yang dihadapi dan mula meluahkan perkara yang sebenar selepas terapi bercerita. Pada sesi ini, ahliahli akan mendapat kesedaran tentang sesuatu perkara sama ada tindakan yang dilakukan itu adalah baik atau pun tidak. Peringkat Keempat (Hasil) Pada peringkat ini, ahli-ahli kelompok adalah begitu teguh dan kukuh serta mempercayai antara satu sama yang lain. Dalam masa yang sama, mereka mampu menerima kritikan daripada ahli-ahli yang lain. Kesemua ahli dalam kelompok boleh menerima dengan hati yang terbuka dan jujur dengan nasihat yang diberikan sama ada oleh kaunselor atau pun rakan-rakan dalam kelompok. Encik Dino : Baiklah, sebelum ini kita telah berkongsi masalah yang dihadapi dengan hati yang terbuka dan cikgu sangat bangga dengan hubungan yang telah terjalin dalam kelompok kita ini. Semoga kita semua akan sentiasa membantu dan membimbing antara satu sama yang lain. Cikgu telah tahu bahawa kita semua mempunyai sebab kenapa ponteng sekolah. Cikgu ingin pesankan kepada Aliff bahawa Aliff boleh berkawan dengan budak-budak sekolah menengah cuma Aliff perlu berhati-hati semasa berkawan. Aliff pilihlah kawan-kawan yang boleh memberi contoh yang baik dan membimbing Aliff ke arah yang baik.

Aliff

: Baiklah cikgu, saya pun telah sedar bahawa ponteng sekolah adalah perkara yang tidak baik dan melanggar undang-undang sekolah. Lain kali saya tidak akan mudah terpedaya dengan rakan-rakan lagi dan akan berkawan dengan orang-orang yang baik sahaja.

Hanif

: Aliff, betul kata cikgu itu. Sebenarnya saya ingin menjadi seperti Aliff yang mempunyai kawan-kawan sekolah menengah dan boleh lepak bersama-sama. Tetapi saya tidak terfikir pula bahawa kawan-kawan Aliff itu semuanya melakukan perbuatan yang tidak baik seperti merokok dan melepak. Rupa-rupanya Aliff dihasut oleh mereka untuk melepak dan merokok di belakang kedai.

Siti

: Cikgu, saya juga ingin berubah selepas ini kerana saya sedar bahawa sikap malas saya untuk ke sekolah adalah salah. Sekarang saya sedar bahawa ramai lagi insan-insan yang hidup lebih susah tetapi ingin bersekolah, sedangkan saya diberikan peluang untuk ke sekolah langsung tidak mempunyai semangat untuk ke sekolah.

Encik Dino : Baguslah Siti, awak dapat berfikir sedemikian. Cikgu sangat berharap bahawa selepas ini tidak ada lagi nama-nama kamu tersenarai dalam orang-orang yang ponteng sekolah. Inilah contoh perbualan yang akan berlaku selepas guru membuat terapi bercerita dan ahli-ahli dalam kelompok dapat berkongsi masalah dengan hati terbuka dan menerima kritikan dengan ikhlas. Peringkat Kelima (Penamatan) Pada sesi ini, ahli-ahli dalam kelompok sudah semestinya akan berasa sedih kerana akan mengikut haluan masing-masing. Sesi bimbingan kelompok telah pun tamat pada peringkat ini. Ramai ahli akan meluahkan perasaan mereka untuk kali yang terakhir kerana setelah sekian lama wujud perhubungan silaturahim yang teguh dalam bimbingan kelompok. Encik Dino : Selamat pagi semua. Cikgu harap kamu semua dalam keadaan yang sihat dan bertenaga pada hari ini. Seperti yang telah kamu ketahui, hari ini merupakan hari yang terakhir kita mengadakan bimbingan kelompok ini dan selepas ini kita tidak akan berkumpul seperti ini lagi.

Oleh itu, cikgu memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk Siew Mei berkongsikan pengalaman sepanjang kita mengadakan perjumpaan bimbingan kelompok ini. : Selamat pagi semua. Saya ingin berterima kasih kepada Cikgu kerana membimbing saya sepanjang tempoh bimbingan kelompok ini dan juga terima kasih kepada ahli-ahli yang lain kerana sudi mendengar masalah saya. Aliff : Selamat pagi. Saya sebenarnya tidak mahu berpisah dengan kelompok ini dan saya sangat sedih sekarang kerana selepas ini kita tidak akan berjumpa seperti ini lagi. Saya sangat berterima kasih kepada ahli-ahli yang lain banyak memberikan nasihat kepada saya dan meminta maaf sekiranya saya pernah membuat salah sepanjang bimbingan kelompok ini. Demikianlah senario perbualan yang berlaku dalam sesi penutupan ini. Kadang-kala terdapat ahli-ahli yang menangis kerana tidak dapat berjumpa seperti ini lagi. Guru juga akan memberikan nasihat kali yang terakhir kepada ahli-ahli dalam kelompok agar sentiasa menjadi murid yang baik dan memberikan dorongan serta motivasi kepada mereka. Selepas semuanya selesai berkongsi perasaan maka bimbingan kelompok ini secara rasminya tamat dan ahli-ahli akan bersurai.

Hasilkan satu penulisan esei secara anaitis dan kritis mengenai peranan anda sebagai guru biasa dalam membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah bagi menangani permasalahan murid-murid di atas. Beri justifikasi anda atas pemilihan terapi dan aktiviti serta kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang diaplikasi dalam program intervensi bimbingan kelompok berkenaan. Berdasarkan pada Tugasan A, saya telah memilih masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid yang sering terjadi semasa saya menjalani praktikum sebelum ini. Saya juga telah memlih terapi bercerita sebagai aktiviti atau langkahlangkah untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam Tugasan B ini, saya dikehendaki untuk memberikan justifikasi atau sebab mengapa menggunakan terapi bercerita dalam Program Intervensi Bimbingan Kelompok. Kemudian, kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang saya laksanakan semasa bimbingan kelompok. Saya telah menggunakan terapi bercerita dalam bimbingan kelompok kerana ia menyeronokkan apabila guru mempunyai kemahiran bercerita dan mampu menyentuh perasaan murid melalui penceritaan. Ada kalanya murid teruja dan mempunyai sifat ingin tahu tentang sesuatu peristiwa dalam cerita tersebut sehinggakan murid memberikan perhatian yang sepenuhnya dan terikut-ikut dengan apa yang berlaku dalam cerita tersebut. Contohnya, cerita tersebut mempunyai unsur-unsur sedih dan murid-murid seolah-olah mengalami perasaan yang sama dalam cerita tersebut. Walau bagaimanapun, terapi bercerita ini bukannya senang untuk dilaksanakan kerana sekiranya jalan cerita sangat menarik tetapi cara penyampaiannya yang mendatar dan tidak menarik maka cerita itu hanya akan menjadi cerita kosong yang tidak memberi sebarang makna kepada murid-murid. Bercerita adalah suatu aktiviti digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan, imej, dan suara. Terapi bercerita adalah terapi yang paling sesuai bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku bermasalah. Ini adalah kerana cerita mempunyai pelbagai nilai-nilai moral dan kanak-kanak pula mempunyai motivasi instrinsik untuk mendengar cerita. Melalui terapi bercerita, kanak-kanak dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah sebagaimana dalam watak cerita. Secara tidak langsung murid-murid akan mempunyai kesedaran diri dan ditambah lagi dengan motivasi serta bimbingan guru, maka murid-murid sudah

tentu akan mempunyai niat untuk berubah menjadi seorang murid yang baik di sekolah. Kemahiran untuk melaksanakan terapi bercerita adalah sangat penting oleh itu beberapa teknik terapi bercerita perlu dikuasai oleh seorang guru. Contonya, guru yang berpengalaman dan berkemahiran akan menggunakan cerita yang tidak menyamai situasi yang dialami oleh murid. Sehubungan dengan itu, adalah elok jika menggunakan haiwan sebagai watak cerita atau menukar watak jantina, misalnya dari perempuan kepada lelaki. Hal ini demikian kerana sekiranya cerita yang digunakan itu menjurus kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid maka ia akan menjadi isu yang sensitif secara tidak langsung akan membuatkan murid itu kurang selesa dalam bimbingan kelompok. Kemudian seorang guru harus menyampaikan cerita secara kreatif dan dengan penuh semangat serta perasaan supaya menarik perhatian murid-murid untuk mendengar cerita tersebut. Sehubungan itu, gunakan nada dengan penuh perasaan semasa menyampaikan cerita untuk menimbulkan perasaan penghayatan. Seelok-eloknya gunakan ABM seperti patung-patung dan gambar-gambar sebagai rangsangan minda murid. Seterusnya, guru harus sentiasa mengakhiri cerita dengan peristiwa positif dan kejayaan watak menangani masalah. Hal ini demikian kerana melalui kejayaan yang dikecapi oleh watak dalam sebuah cerita, guru dapat mengukuhkan lagi perbuatan yang postif dalam diri murid. Sekiranya menggunakan unsur negatif sebagai penamat cerita adalah tidak memberansangkan pemikiran murid malah murid akan menjurus kepada tingkah laku negatif. Sekiranya ingin melaksanakan terapi bercerita ini, guru perlu mempunyai persediaan yang rapi. Aktiviti bercerita biasanya mengandungi tiga peringkat yang utama, iaitu perancangan dan persediaan, sesi bercerita dan penutup. Dalam peringkat perancangan dan persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafal isi pentingnya dan menyediakan bahan bantu mengajar yang berkaitan dan bersesuaian. Semasa sesi bercerita guru memulakannya dengan memperkenalkan tajuk cerita, kemudian menggunakan teknik bercerita dan menyampaikan isi kandungannya dengan suara yang menarik. Peringkat penutup pula digunakan untuk aktiviti susulan, misalnya perbincangan tema cerita dan moral yang terkandung dalam cerita itu.

Di dalam peringkat perancangan dan persediaan, guru bermula dengan memilih tajuk cerita yang sesuai. Tema cerita haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran pada pengakhiran cerita. Isi cerita mestilah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap kognitif dan pengalaman murid. Panjang atau pendeknya cerita itu bersesuaian dengan peruntukan masa bercerita. Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba berlatih menghafal dan bercerita secara sendiri dahulu tanpa pendengar, sekurang-kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlulah menyediakan bahan bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid-murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid selepas sesi bercerita. Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid bagi memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru semasa penyampaian cerita. Tempat bercerita mestilah dihiaskan dengan alatan seperti gambar-gambar yang berkaitan dan bersesuaian dengan isi cerita yang akan disampaikan. Ia bertujuan agar murid-murid seakan-akan masuk ke dalam dunia dan situasi cerita tersebut dengan imaginasi mereka. Di dalam peringkat bercerita ini hendaklah dimulakan dengan set induksi yang merangsang pemikiran serta mempunyai kaitan dengan isi cerita yang akan disampaikan. Semasa bercerita, guru harus menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid dalam proses memahami isi cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian dan tumpuan sepenuhnya semasa guru sedang bercerita. Guru juga sepatutnya melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalansoalan yang dapat membimbing mereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehinggalah peringkat penutup. Seterusnya dalam peringkat penutup pula, guru haruslah membantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai moral yang diterapkan dalam isi cerita itu. Contohnya aktiviti seperti menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan dan berbincang nilai-nilai moral yang terdapat di dalam cerita tersebut. Inilah yang dikatakan terapi bercerita. Justifikasi yang saya

berikan ini adalah berkaitan dengan terapi bercerita dan sebab itulah saya menggunakan terapi bercerita ini sebagai aktiviti utama dalam bimbingan kelompok. Seterusnya, saya akan menerangkan berkenaan dengan kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh saya semasa dalam bimbingan kelompok ini. Kemahiran pertama yang akan saya terangkan adalah kemahiran melayan dan mendengar. Kemahiran melayan boleh ditafsirkan sebagai perbuatan seorang guru kaunseling yang sedang memberi perhatian kepada klien. Perbuatan memberi perhatian ini lebih merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia turut diaplikasikan dalam komunikasi lisan. Kemahiran ini merupakan senjata yang kuat dalam sesi kaunseling. Kemahiran melayan ini adalah termasuk memberi ruang kepada murid untuk memulakan sesi, membantu murid dengan soalan-soalan atau kata-kata sapaan untuk merangsang murid meluahkan perasaan malah juga menyediakan satu keadaan kondusif agar murid berasa tenang dan selesa berada di tempat yang dipilih. Tanpa kemahiran melayan yang baik daripada kaunselor, murid tidak akan mampu meluahkan isi hatinya malah boleh menimbulkan perasaan curiga dengan kemampuan guru pembimbing tersebut. Keadaan mungkin lebih teruk apabila murid hilang rasa kepercayaan dan tidak berminat untuk meneruskan sesi. memutuskan untuk berhenti. Satu kemahiran lain yang berkait rapat dengan kemahiran memberi perhatian atau melayan ialah kemahiran mendengar. Rogers, 1951 (Mok, 2010) membuat kesimpulan di mana Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud. Ini bermakna kemahiran mendengar adalah salah satu aspek penting yang perlu dikuasai oleh guru biasa. Sepanjang sesi kaunseling, masa yang diperuntukkan untuk mendengar adalah melebihi masa untuk berucap dan memberi tindak balas. Kemahiran ini banyak diaplikasikan pada peringkat permulaan sesi. bergantung kepada kemahiran mendengar beliau. Mendengar dengan tepat adalah sukar untuk didapati. Ini kerana terdapat banyak faktor-faktor luar dan dalaman yang sering menganggu situasi komunikasi Maka, boleh dinyatakan bahawa kejayaan seseorang guru kaunseling dalam mencapai objektif kaunseling banyak Kaunselor tidak dibenarkan untuk memujuk murid untuk terus melakukan sesi apabila murid

semasa sesi berlangsung. Contoh faktor luaran ialah bunyi loceng, bunyi murid yang bising, bunyi alat teknikal yang berada di persekitaran bilik kaunseling atau kawasan sesi sedang dilaksanakan. Faktor dalaman pula merujuk kepada keadaan fizikal dan emosi kaunselor yang berkemungkinan penat dan tidak tenteram sehingga menjejaskan kecekapan mendengar. Dalam bimbingan kelompok saya telah mengaplikasi kemahiran mendengar secara fizikal, psikologi dan mendengar dengan perasaan. Kemahiran mendengar secara fizikal adalah mendengar tidak hanya tertumpu kepada perkataan yang keluar daripada mulut murid. Kaunselor juga perlu memberi perhatian kepada aspek tingkah laku murid yang berada dihadapannya. Keadaan ini akan melahirkan rasa mesra di antara kaunselor dengan murid selain memberi rangsangan kepada murid untuk terus berinteraksi. Dalam aspek mendengar secara psikologi merujuk kepada kemahiran mendengar isi luahan murid untuk memahami tema dan mencari pokok perbincangan dalam pelbagai masalah yang diceritakan oleh murid. Keadaan ini memerlukan konsentrasi dan penumpuan yang jitu daripada seseorang kaunselor. Kemahiran ini penting kerana terdapat murid yang tidak dapat membezakan masalah sebenar yang dihadapinya dengan masalah yang terdapat di persekitarannya. Dengan kemahiran ini, kaunselor akan dapat mengenalpasti punca permasalahan yang dialami oleh murid seterusnya dapat membantu murid menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian mendengar dengan perasaan adalah berkaitan emosi yang dialami pada situasi-situasi yang tertentu. Ia boleh dizahirkan melalui tingkah laku, mimik muka dan juga melalui perkataan. Semasa murid sedang berinteraksi, mereka akan cenderung melahirkan perasaan mereka melalui kata-kata. perasaan tersebut serta Oleh itu, seorang guru bimbingan atau Antara perasaan yang boleh kaunselor perlu mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk mengecam perasaanmerumuskannya. digambarkan melalui perkataan ialah kecewa, menyesal, sedih, marah, geram, gembira dan sebagainya. Adalah disarankan bahawa seorang kaunselor perlu mengembangkan perhatiannya secara free floating. Ini bermaksud kaunselor harus mempunyai keupayaan mendengar semua kata yang telah dikomunikasikan secara verbal ataupun secara non-verbal contohnya metafora, tekanan pada nada suara, kontek mata dan gerak badan. Kesemua perhatian ini memberi maklumat yang lebih tepat tentang bagaimana seorang murid itu memikirkan masalah yang sedang

dihadapinya. Kemahiran mendengar adalah penting kerana ia dapat memberi keyakinan kepada murid bahawa dia sedang didengari. Ini dapat menggalakkan murid untuk meluahkan perasaan tanpa ragu-ragu dan berselindung. Selain itu, kemahiran mendengar yang cekap dapat membantu kaunselor untuk mendapat maklumat tepat tentang tersurat dan tersirat yang terkandung dalam setiap kata-kata murid. Kemahiran mendengar dapat membawa beberapa kelebihan. Pertama, ia membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Kedua, ia mempunyai kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengar yang baik membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalah dan perasaannya dengan lebih aktif serta boleh membawa kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengar yang aktif akan dapat mewujudkan perasaan penting sebagai seorang individu kepada orang yang meluahkan masalahnya. Kemahiran mendengar yang cekap juga dapat membantu guru pembimbing atau kaunselor untuk lebih mudah mengingat maklumat yang penting dan bermakna, perkataan yang spesifik dan nama-nama berkaitan yang telah disebutkan oleh murid. Adalah sukar bagi seorang murid untuk mempercayai kaunselor sedang memberikan perhatian terhadap katakatanya apabila kaunselor itu tidak mengingati namanya atau maklumat yang telah disampaikan. Demikianlah kenapa pentingnya kemahiran melayan dan mendengar ini dalam bimbingan kelompok. Kemahiran asas yang seterusnya adalah kemahiran menginteprestasikan tingkah laku bukan lisan. Interpretasi bermaksud tafsiran atau penjelasan sesuatu makna, tujuan dan implikasi tentang sesuatu. Interpretasi dalam perhubungan kaunseling adalah pembinaan fakta atau perasaan berdasarkan apa yang dikemukakan oleh murid sama ada dalam komunikasi lisan atau bukan lisan, menurut pandangan kaunselor. Kemahiran ini bergantung kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kemahiran berfikir secara reflektif. Tingkah laku bukan lisan adalah perbuatan murid selain daripada berkatakata. Tingkah laku bukan lisan termasuklah mimik muka, kontek mata, pergerakan badan, keadaan emosi murid. Tingkah laku ini merupakan sokongan kepada komunikasi murid dan selalunya memberi maklumat yang lebih tepat berbanding

kata-kata. Ini kerana tingkah laku bukan lisan dizahirkan secara semula jadi tanpa dikawal oleh manusia manakala kata-kata boleh disusun dan dikawal. Seorang kaunselor bukan sahaja perlu membuat interpretasi terhadap katakata murid tetapi juga tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid semasa sedang berkomunikasi. Tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan secara spontan oleh murid adalah lebih tepat dalam menggambarkan perasaan dan fikiran sebenar murid selain memberi sokongan kepada kata-kata yang diluahkan. Kaunselor perlu peka dan bijak memerhati setiap pergerakan murid kerana ia boleh membawa petanda apa yang difikirkan dan dirasakan oleh seseorang murid yang tidak mampu dinyatakan. Melalui tingkah laku bukan lisan juga seorang kaunselor boleh menilai jika murid itu sedang bercakap benar atau pun tidak. Sebagai contoh, murid mungkin akan berkata Saya selesa dengan pencapaian saya sekarang., tetapi mempamerkan tingkah laku bukan lisan seperti pandangan mata yang tidak fokus, murid menggenggam kedua-dua tapak tangan atau kaki murid yang sering bergerak. Melalui pergerakan murid tadi, seorang kaunselor akan dapat menginterpretasikan bahawa murid tersebut tidak memberi penerangan yang sebenar tentang perasaan yang dialaminya. Ini mungkin disebabkan oleh murid tidak selesa dengan situasi kaunseling ataupun murid tidak dapat meluahkan perasaan sebenarnya. Kaunselor yang baik akan cuba memahami keadaan murid selain itu juga memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan sebenar secara perlahan-lahan. Antara pergerakan lain ialah seperti berpeluk tubuh (kurang selamat, kurang selesa, defensif), tangan dalam kocek (seolah-olah menyembunyikan sesuatu), tergaru-garu (ragu-ragu dan gelisah) dan menggigit jari (cemas). Kemahiran asas yang terakhir adalah kemahiran memberi tindak balas terhadap apa yang telah dikongsikan bersama oleh ahli-ahli dalam bimbingan kelompok. Membalas kata-kata adalah satu kelebihan dalam mewujudkan hubungan yang baik dan menggalakkan penglibatan masing-masing dalam interaksi tersebut. Seorang guru pembimbing atau kaunselor perlu bijak dan mahir semasa membalas kata-kata muri, dalam kata lain memberi tindak balas. Kemahiran memberi tindak balas dapat membantu kaunselor merangsang murid untuk lebih meluahkan perasaannya serta mewujudkan suasana yang mesra dan tenang.

Terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan kemahiran memberi tindak balas. Antara aspek tersebut ialah penstrukturan yang penting pada awal perjumpaan guru pembimbing dengan murid. Matlamat penstrukturan adalah untuk menjelaskan peranan guru pembimbing atau kaunselor, peranan murid, jangka masa yang diperlukan dan penjelasan tentang etika-etika bimbingan dan kaunseling terutamanya dari aspek kerahsiaan. Penstrukturan yang mudah dan ringkas dapat membantu murid memahami apa yang dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripadanya. Murid juga memahami bahawa dia mempunyai jangka masa tertentu untuk berbincang dan mempunyai keyakinan bahawa segala apa yang dibincang akan dirahsiakan. Sebagai contoh : Kita mempunyai masa selama 1 jam untuk membincangkan apa sahaja yang ingin anda ceritakan dan berkongsi dengan saya. Saya sedia mendengar dan akan berusaha untuk membantu anda. Jangan risau, apa yang diceritakan akan saya rahsiakan dan hanya kita berdua sahaja yang mengetahuinya.

Dorongan minimum juga merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam kemahiran memberi tindak balas. Dorongan minimum adalah bertujuan untuk menggalakkan murid terus bercerita, menunjukkan kaunselor memberikan perhatian, memahami dan sedang mengikuti penjelasan daripada murid. Galakan-galakan itu adalah berbentuk ikutan daripada perbualan murid menggunakan separa bahasa. Sebagai contoh: Jadi, Emm.., Ya.., Oh.. Selain daripada itu, dorongan minimum juga boleh dinyatakan dalam bentuk pertanyaan soalan kepada apa yang telah dinyatakan oleh murid. Dorongan seperti ini akan membuka jalan bagi penerokaan tambahan. Sebagai contoh :

Saya rimas berada di rumah kerana ibu bapa saya sering bergaduh di hadapan saya.. Kaunselor boleh menggunakan dorongan minimum seperti : Ibu bapa anda sering bergaduh di rumah? Gerak isyarat atau tingkah laku bukan lisan daripada kaunselor seperti mengangguk kepala dan isyarat tangan juga boleh menjadi dorongan minimum yang sangat berkesan bagi menggalakkan curahan emosi daripada murid. Jika seorang guru pembimbing atau kaunselor mempunyai kemahiran memberi respon yang baik, ia dapat menggalakkan murid untuk lebih membuka perasaannya kepada kaunselor. Selain itu, tindak balas yang diberikan oleh kaunselor dapat memberi gambaran bahawa kaunselor sedang memberikan perhatian dan memahami kepada apa yang diluahkan oleh murid. Ia akan dapat menimbulkan keyakinan dalam diri murid bahawa kaunselor tersebut dapat membantunya dalam masalah yang sedang dihadapi. Menyoal semasa sesi kaunseling sedang berlangsung adalah antara aspek dalam kemahiran memberi tindak balas. Namun begitu, fokus menyoal dalam kaunseling bukanlah untuk mencungkil maklumat daripada murid seperti yang terdapat dalam sesi temu bual. Apabila kaunselor mengaplikasikan kemahiran menyoal dalam sesi, walaupun dalam masa yang sama memperolehi maklumat yang tertentu, ia digunakan untuk membangkitkan perasaan. Terdapat dua jenis soalan yang biasanya digunakan dalam sesi kaunseling. Soalan tertumpu adalah digunakan untuk mendapatkan jawapan yang spesifik daripada murid. Soalan bercapah pula akan diaplikasikan apabila mengharapkan sesuatu perbincangan dan penerokaan diteruskan. Seorang kaunselor atau guru pembimbing perlu bijak mengetahui bila dan dimana soalan-soalan ini perlu digunakan. Soalan-soalan yang terlalu banyak dilontarkan kepada murid mungkin akan menyebabkan murid merasa diri sedang disoal siasat dan tidak selesa. Ia akan memberi kesan negatif seperti murid hilang kepercayaan kepada kaunselor dan akhirnya tidak akan berminat untuk meneruskan sesi. Guru pembimbing juga perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan untuk soalan seperti Mengapa?. Soalan yang bermula daripada perkataan ini biasanya lebih mudah untuk menjadikan murid berwaspada kerana ia seolah-olah

menunjukkan kritikan atau tanda tidak setuju. Murid juga mungkin akan merasa dirinya sedang dicabar untuk memberikan satu jawapan yang boleh diterima tetapi mungkin bukan jawapan yang sebenar. Demikianlah kamahiran-kemahiran dan terapi yang telah saya terapkan atau gunakan dalam bimbingan kelompok untuk mengatasi masalah ponteng sekolah.

Anda mungkin juga menyukai