Anda di halaman 1dari 3

Konsep Kajian Tindakan Satu tindakan yang diambil oleh guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya sendiri ataupun

mutu pengajaran guru-guru lain, menguji andaian daripada teori-teori pendidikan atau salah satu cara untuk menilai dan melaksanakan keutamaan sekolah. Dengan melakukan kajian tindakan ke atas mutu pengajaran diri sendiri ataupun rakan sekerja, ini bermakna guru tersebut akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan bertenaga. Pengertian kajian tindakan Terdapat 4 pengertian atau definisi kajian tindakan : 1. Robert Rapoport (1970) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah matlamat untuk memberi perhatian terhadap orang yang sedang mengalami masalah dan juga matlamat sains sosial dengan kolaborasi di antara rangka kerja atau prinsip-prinsip yang dipersetujui ramai. 2. Stephen Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:

proses dan mutu pengajaran pemahaman dan penguasaan pengajaran situasi dimana proses pengajaran berlaku

Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama orang luar. 3. Dave Ebbutt (1985) dalam kertas kerjanya mengatakan bahawa kajian tindakan adalah kajian sistematik dalam percubaan untuk meningkatkan mutu pengajaran oleh sekumpulan penyelidik dengan memerhatikan proses pengajaran sendiri dan juga refleksi terhadap kesan yang terhasil daripada proses pengajaran mereka. Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh Kemmis yang mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri. 4. John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan. Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak. Mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan 1. guru akan lebih bertanggungjawab dan mengawal kerjaya profesional. 2. guru yang melakukan kajian tindakan akan mengembangkan mutu pengajaran dan pembelajaran. 3. guru lebih bebas dan mempunyai kuasa untuk menentukan teknik dan mutu proses pengajaran dan pembelajaran. 4. menggalakkan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah-kaedah ataupun strategi pengajaran yang baru.

http://siti-lemond.blogspot.com/

5. keinginan guru yang tinggi untuk diiktiraf seperti golongan profesional yang lain telah menggalakkan mereka untuk cenderung mencari jalan penyelesaian terhadap masalah sendiri. Model Kajian Tindakan

Model lingkaran (spiral) Kemmis dan McTaggart (1988)

Contoh : Lingkaran pertama Merancang Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu dalam diri pelajar? Bertindak Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Memerhati Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat jangkaan. Merefleksi Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal jangkaan pelajar. Lingkaran kedua Mengubah rancangan

http://siti-lemond.blogspot.com/

Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan, tetapi mengurangkan bilangan kawalan penyataan. Bertindak Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran. Memerhati Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar. Merefleksi Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka semakin tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?

http://siti-lemond.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai