Anda di halaman 1dari 4

3.

Kebaikan Teori Path Goal

Kebaikan teori ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu kepada pemimpin dan
pekerja bawahan. Justeru itu, teori ini wajar untuk dipraktikkan dalam sesebuah
organisasi
3.1
i.

KEBAIKAN KEPADA KETUA


MEMBANTU KETUA MENJAYAKAN PROJEK.
Merujuk Wynn (tidak dinyatakan), path goal teori dapat membantu ketua
untuk menjayakan sesebuah projek yang telah dirancang, contohnya
ketua yang mengamalkan gaya directive akan menetapkan matlamat
terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebuah projek. Selepas penetapan
matlamat, ketua tersebut akan menjelaskan matlamat tersebut kepada
pekerjanya. Pemberitahuan matlamat ini sangat penting kerana pekerja
akan menyedari hala tuju dan peranan mereka semasa projek tersebut
dijalankan. Kesannya dapat memudahkan pekerja untuk memahami apa
yang perlu dilakukan semasa projek tersebut dilaksanakan. Oleh itu,
pemberitahuan matlamat ini bukan sahaja penting untuk membuat
pekerja memahami peranan mereka tetapi turut membantu pekerja
mencapai matlamat sekaligus akan membantu menjayakan projek yang
dilaksanakan.

ii.

KEPELBAGAIAN PELAKSANAAN GAYA KEPIMPINAN


Menurut Alanazi, Ratyan, Khalaf dan Rasli (2013), terdapat empat jenis
gaya kepimpinan yang dapat dipraktikkan oleh ketua semasa berada
dalam organisasi iaitu penyertaan, sokongan, arahan dan orientasi
pencapaian. Sebenarnya kepelbagaian gaya kepimpinan dapat memberi
peluang kepada ketua untuk mengamalkan

kepelbagaian yang berbeza

semasa

sikap

berhadapan

dengan

ragam dan

pekerja disesebuah

organisasi. Dengan ini, ketua tidak akan merasa terkongkong kerana tidak
perlu bergantung pada satu gaya kepimpinan sahaja sebaliknya ketua
bebas memilih gaya kepimpinan yang dirasakan bersesuaian pada situasi
yang sedang dilaluinya. Pandangan ini turut dikongsi oleh Anizah (2013)
iaitu, teori path goal tidak mengongkong seorang pemimpin untuk
menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka
kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Ini selari
dengan kajiaan Alanazi et al (2013) iaitu,

theory proposed that the

behavior of leaderships can be exercised in different situations and times

by the same leader. Justeru itu, dapat disimpulkan teori path goal dapat
memberi peluang kepada ketua untuk memilih pendekatan atau gaya
yang sesuai semasa ingin menjayakan sesebuah projek yang dibuat.
3.2
i.

KEBAIKAN KEPADA PEKERJA


MENINGKAT MOTIVASI PEKERJA
Antara kebaikan teori path goal ialah mampu meningkatkan motivasi
pekerja. Menurut Murdoch (2013), ketua memainkan peranan yang
penting

dalam

meningkatkan

motivasi

pekerja

bawahannya.

Ini

menunjukkan seorang ketua harus memberikan motivasi kepada pekerja


agar menggunakan kemampuan dan keupayaan yang dimiliki perkerja
tersebut untuk melakukan dan menjayakan sesuatu yang diingini (Mohyi,
2013). Oleh itu, seorang ketua tidak harus memikirkan matlamat sahaja
tetapi pada masa yang perlu perlu memikirkan cara yang terbaik untuk
mendorong pekerja untuk melakukan apa yang diingini bersesuaian
dengan kemahiran yang ada. Namun agak berbeza pula pada pandangan
Wynn (tidak dinyatakan), seorang ketua yang mempunyai tingkah laku
yang baik pastinya akan memberi motivasi kepada pekerja. Sebenarnya
apa yang ingin dinyatakan oleh Wynn ialah, seorang ketua bukan sahaja
mampu memberi motivasi

melalui dorongan atau percakapan tetapi

motivasi juga dapat ditingkatkan melalui tingkah laku ketua. Misalnya


tingkah laku ketua yang mengamalkan gaya kepimpinan yang supportive
akan menjadikan pekerja merasa lebih dihargai kerana ketua sentiasa
menunjukkan reaksi atau perbuatan yang menyokong pekerja tersebut.
Kesannya dapat menwujudkan persekitaran yang mesra kerana adanya
hubungan yang baik antara ketua dan pekerja.
ii.

MAMPU MENINGKATKAN KEPUASAN BERKERJA

Sokongan dan penetapan matlamat mampu meningkatkan kepuasan bekerja


kerana

pekerja

merasakan

ketua

mereka

menghargai

pencapaian

dan

sumbangan mereka. Ini menyebabkan pekerja tersebut ingin melakukan yang


terbaik bagi mendapatkan kepuasan yang diingini. Menurut Alanazi, Ratyan, Rali
dan Mohd (2013), sokongan yang tinggi daripad ketua mampu menwujudkan
rasa puas dalam diri pekerja sekaligus menjadikan mereka bersungguh-sungguh
untuk melakukan tugas yang diberikan. Misalnya ketua yang mengamalkan gaya
orientasi pencapaian mampu meningkatkan kepuasan bekerja, kerana ketua
jenis ini adalah mengalakkan dan menunjukkan keyakinan mereka terhadap

pekerja bahawa pekerja tersebut boleh mencapai apa yang telah ditetapkan atau
diingini. Pendapat ini juga disokong oleh House (1996), achivement oriented
leader, showing confidence that subordinates will attain high standard of
performance. Maka ini jelas perbuatan yang ditonjolkan oleh ketua mampu
memberi kesan kepada kepuasan bekerja. Malah Alanazi et al (2013) turut
mengulas behavior of the leader affect the subordinate satisfaction. Maka dapat
disimpulkan kepuasan bekerja dapat wujud sekira pekerja tersebut merasa
gembira. dengan apa yang dilakukan ini. Ini selari dengan pandangan

Malik

(2013), job satisfaction as the degree of pleasure an employee derives from his
or her job.

RUJUKAN
Ach. Mohyi.2013. Pentingnya Gaya
Organisasi. Seminar

Kajian

Kepimpinan

Kepimpinan

Situasional

LSM-P2KP,

Dalam Suatu

Kabuten

Sampang.

Indonesia.
Alanazi, Alharthey, dan Amran Rasli. 2013. Overview of Path-Goal Leadership
Theory. Jurnal

Teknologi (Social Science). Vol 2, 49-53.

Alanazi, Talal Ratyan, Rasli, Amran Mohd. 2013. Overview of Path-Goal Theory.
Journal Management and Business Studies. Vol 1, 02-06.
Anizah Binti Shuhaibun. 2013. Pengaruh Gaya Kepimpinan Pengetua Dalam
Budaya Kerja

Guru

di

SMKA

Maahad,

Muar

Johor.

Skudai.

Universiti

Teknologi Malaysia.
Donald E. Wynn, Jr. Tidak Dinyatakan. Leadership and Motivation In Open Source
Project.
Proceedings of the 7
Annual Conference of the Southern
Association for Information
Systems. Universiti of
Geogia.
Leana Polston Murdoch. An Investigation of Path Goal Theory, Relationship of
Leadership Style, Supervisor-Related Commitment and Gender. Emerging
Leadership Journeys.
Vol 6. 13-44.
Robert J.House. 1996. Path Goal Theory Of Leadership: Lesson, Legacy and A
Reformulated
Theory. Leadership Quarterly. Vol 7 324-352.
Sikandar Hayyat Malik. 2013. Relationship between Leader Behavior and
Employees Job
Satisfaction: A Path Goal Theory. Pakistan Journal of
Commerce and Social Science. Vol 7, 209-222.

Anda mungkin juga menyukai