Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN

Organisasi adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama


ke arah mencapai matlamat yang sama. Organisasi juga sebagai satu unit sosial yang
mengandungi individu yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi
mencapai matlamat setiap individu itu dan organisasinya. Organisasi merupakan himpunan
individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang
diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.(Abdul
Manaf,M,I,.2011)

Pada masa kini, organisasi-organisasi di Malaysia bagaikan cendawan tumbuh


setelah hujan. Terdapat pelbagai organisasi yang dikendalikan dan menghasilkan produk
yang boleh dipasarkan sehingga keluar negara. Namun adakalanya organisasi ini mampu
jatuh dan bankrupt oleh kerana pelbagai faktor yang menghalang. Maka, pengurusan yang
stabil mampu membuatkan organisasi ini kekal relevan dan masih berada dalam industri
walau berpuluh-puluhan tahun seperti Nestle, Colgate, Maggi, Coca-cola, Nescafe, Amazon,
Google, Apple dan banyak lagi. (Eza,2019) Jenama-jenama ini diketahui oleh hampir
kesemua rakyat Malaysia dan digunapakai oleh semua orang di dunia. Kenapakah organisasi-
organisasi tersebut mampu bertahan sehingga puluhan tahun malah ada yang menginjak
kepada seratus tahun lebih beroperasi seperti jenama Coca-cola. Organisasi yang mampu
bertahan lama dalam industri, mempunyai tujuan dan pegangan yang jelas lagi nyata tentang
objektif organisasi tersebut. Hal ini berkaitan dengan pengurusan organisasi tersebut yang
mampu menarik minat individu untuk terus bekerja dengan organisasi tersebut.

George R Terry (1953) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses sistematik


yang merangkumi perancangan, pengorganisasian, kawalan dan pendorongan kepada sumber-
sumber secara cekap dan berkesan kearah mencapai matlamat organisasi yang telah
ditetapkan. Merancang bermaksud pengurus adalah proaktif dan segala tindakan mereka
dirancang terlebih dahulu berdasarkan sesuatu kaedah, logik atau rancangan, bukan dengan
emosi. Pengorganisasian bermakna pengurus mengkoordinasi sumber-sumber manusia dan
bahan organisasi. Pendorongan (actuating) bermaksud pengurus memotivasi dan memimpin
orang bawahan mereka. Kawalan bermakna pengurus memastikan tidak ada tersasar daripada
piawaian atau norma yang telah ditetapkan dalam proses perancangan.(Amira Syafiqah.n,d)
Definisi ini menunjukkan para pengurus menggunakan sumber manusia dan sumber
lain seperti kewangan,peralatan untuk mencapai objektif organisasi. Pengurusan merupakan
satu proses untuk mencapai objektif-objektif ini. Pengurusan adalah unsur yang selaras
dengan aktiviti semasa dan aktiviti untuk masa hadapan organisasi. Pengurusan membantu
mengatasi perbezaan, menyesuaikan organisasi dengan persekitarannya dan kepimpinan
organisasi. Dalam ekonomi yang kompetitif, prestasi dan kualiti pengurusan menentukan
kejayaan atau kegagalan sebuah organisasi.Amira Syafiqah.n,d)

Dalam arus perniagaan dan pasaran antarabangsa, nilai-nilai dan keprihatinan


terhadap budaya masyarakat setempat dan negara perlu diambil kira dan ditekankan dalam
organisasi tersebut. Syarikat-syarikat induk perlu sensitif dan peka terhadap isu ini, kerana ia
memainkan peranan yang penting dalam kesinambungan arus perniagaan untuk berjalan
dengan lancar di peringkat antarabangsa mahupun negara itu sendiri. Penerapan nilai-nilai
budaya perlu selari dan seiring dengan norma-norma masyarakat setempat.

Budaya kerja cemerlang adalah suatu usaha yang menitik beratkan norma-norma yang baik
ke arah tingkah laku dan pelaksanaan kerja yang berkesan pada setiap peringkat
perkhidmatan sama ada dilakukan secara formal atau tidak, tanpa mengambil kira sama ada
dilakukan bagi mencapai sesuatu matlamat ataupun dalam melaksanakan rutin perkhidmatan
seharian.(Al-qudsy,S,H.2008)

Rata-rata syarikat yang cemerlang dan berjaya mempunyai budaya korporat yang jelas
dan kukuh. Ia merupakan sebuah kunci kepada kerjayaan dan kecemerlangan sesebuah
organisasi. Budaya korporat boleh merangsang kepada penghapusan sifat-sifat negatif. Maka
dengan itu, pengurusan dan budaya kerja mempunyai hubungan yang erat antara satu sama
lain. Pengurusan akan melahirkan budaya kerja sama ada berbentuk positif mahupun negatif.
Persekitaran dalam organisasi mampu mempengaruhi sikap, nilai serta tingkahlaku pekerja.
Selagi persekitaran itu tidak berubah maka sikap terhadap kerja akan berterusan.

Maka dengan penglibatan pengurusan yang cemerlang serta terdapat budaya kerja
yang positif mampu mempengaruhi sesebuah organisasi tersebut sehingga berjaya
mengekalkan jenama organisasi sehingga puluhan tahun. Budaya kerja dan pengurusan
sangat memainkan peranan penting dalam mengorganisasikan sesebuah perniagaan serta
dapat meletakkan perniagaan tersebut selari dengan masa sekarang dan akan datang secara
berterusan.
2.0 KAEDAH ORGANISASI UNTUK KEKAL RELEVAN

Syarikat-syarikat yang mengamalkan dasar tertutup dan hanya memfokuskan kepada


isu dalaman sahaja, besar kemungkinan akan ketinggalan apabila berlakunya perubahan.
Organisasi yang berhenti melihat ke luar dan tidak menampakkan sebarang perubahan yang
berlaku lambat-laun akan menyebabkan hilang arah. Ianya sama seperti kita sebenarnya.
Apabila kita terlampau sibuk dengan kerja, anak-anak, jadual dan mesyuarat, kadang-kadang
kita terlepas pandang akan perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

Syarikat-syarikat juga akan menghadapi dilema yang sama. Apabila mereka begitu
sibuk dengan operasi dan proses dalaman, mereka lupa akan dunia sekeliling mereka dan
lambat-laun akan digantikan dengan syarikat-syarikat baharu. Seperti mana dalam teori yang
dipelopori oleh ahli psikologi Robert Cialdini, beliau mendapati, “Jika ramai orang
melakukan perkara yang sama, mereka mesti tahu sesuatu yang kita tidak tahu” (Roshan,
2018). Persoalannya, apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan organisasi kita kekal
relevan pada masa akan datang? Oleh itu, untuk sesebuah organisasi kekal relevan,
seharusnya terdapat kaedah dalam pelbagai aspek.

2.1 PERANAN ORGANISASI

Menurut Morgan (1986), organisasi dapat didefinasikan melalui lapan perspektif yang
berbeza. Antaranya beliau berpendapat organisasi dilihat sebagai otak. Ini kerana ia
melibatkan proses berfikir seperti penciptaan, inovasi, menyediakan ruang, fleksibiliti dan
menggalakkan kreativiti. Organisasi yang dilihat daripada perspektif ini sentiasa mencari
jalan atau berfikir secara bijaksana bagaimana hendak meningkatkan kebolehan dan
mencabar kemampuan yang sedia ada. Organisasi seperti ini sentiasa mencari pembaharuan
dan sensitif terhadap perubahan persekitaran yang berlaku. (Ab. Aziz Yusof, 2003)

Morgan juga berpandangan bahawa organisasi yang dilihat daripada perspektif


organisme beroperasi seperti makhluk hidup yang bersedia menyesuaikan diri dengan
perubahan persekitaran. Organisasi seperti ini memerlukan input untuk kelangsungannya,
kemudian memproseskan input berkenaan bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan.
Organisasi seperti ini juga sesuai beroperasi dalam persekitaran yang bergolak dan dinamik
kerana memerlukan struktur yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan.

2.1.1 PENGURUSAN PENGETAHUAN

Antara elemen yang signifikan dalam sistem orientasi terbuka adalah penggunaan data
terbuka dan fokus kepada tadbir urus sumber. Kedua-dua elemen itu memerlukan sebuah
organisasi yang mengurus pengetahuan secara sistematik dan efisien. Dalam erti kata lain,
fungsi pengetahuan sebagai aset organisasi yang perlu diiktiraf secara formal. Secara
prinsipnya, pengetahuan organisasi mengiktiraf pengetahuan yang dimiliki sesebuah
organisasi. Sekiranya pengetahuan itu tidak diberi perhatian, organisasi berkemungkinan
berdepan dengan risiko iaitu kehilangan pengetahuan apabila pegawai atau kakitangan yang
memiliki pengetahuan itu meninggalkan organisasi. Kesannya, fungsi organisasi boleh
terjejas, malah dilihat tidak relevan. (Khairusany, 2019)

Sebagai contoh, sebuah syarikat bukan sahaja perlu menitikberatkan peningkatan


pengetahuan dalam kalangan pekerja melalui pelaksanaan kursus tertentu, malah perlu
menjadikan mereka sebagai pekerja yang mempunyai kemahiran tambahan yang luar dari
bidang pekerjaan. Aspek kemahiran tambahan ini yang boleh berubah-ubah mengikut situasi.
Pengetahuan organisasi boleh berdasarkan kepada sumber dalaman dan luaran. Sumber
dalaman merupakan pengetahuan yang diperolehi melalui latihan dan pengalaman serta
pengajaran daripada kegagalan. Contohnya, pencarian maklumat mengenai punca akibat
kegagalan pelaksanaan projek atau program. Punca itu mungkin tidak dijangka boleh berlaku,
sehingga pada peringkat pelaksanaan. Pengetahuan ini amat berguna ketika proses
perancangan projek atau program seterusnya. Sumber luaran pula boleh diperolehi daripada
pelanggan seperti ekspektasi pelanggan terutamanya dalam membabitkan jaminan kualiti ke
atas penyampaian perkhidmatan. Organisasi hendaklah menentukan pengetahuan diperlukan
untuk operasi prosesnya bagi mencapai keakuran produk dan perkhidmatan. Dengan ini,
tindakan penambahbaikan dalam organisasi boleh dilakukan mengikut pengetahuan baharu
tersebut.

Bagaimanapun, organisasi perlu menilai pengetahuan baharu itu agar tidak


menjejaskan objektif kualiti organisasi. Oleh itu, proses penilaian perlu mengambil kira
keperluan pengetahuan semasa dan sejauh mana pengetahuan berkenaan mempengaruhi
keberkesanan organisasi. Pengetahuan perlu dikembangkan secara konsisten untuk organisasi
kekal relevan. Secara kesimpulan, pengetahuan organisasi perlu diberi perhatian yang
sewajarnya bagi merealisasikan sebuah organisasi yang bertaraf dunia.

2.2 PERANAN PENGURUS

Pengurus merupakan individu yang berusaha untuk mencapai maklumat organisasi


dan juga untuk dirinya sendiri melalui pengolahan sumber, kesediaan membuat keputusan
dan mencorak struktur organisasi. Pengurus berperanan untuk memastikan bahawa setiap
sumbangan pekerja sama ada dari segi kualiti, keberkesanan kos, ketepatan masa dan
produktiviti mampu menambah nilai kepada pelanggan luar atau dalaman. Pengurus juga
mampu memberikan kesan yang signifikan kepada apa yang berlaku di dalam dan di luar
organisasi. Mereka boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh gelagat organisasi dan akan
memberikan impak kepada keberkesanan organisasi. Bagi memastikan keadaan ini berlaku
pengurus perlu wujudkan rasa kebermaknaan dan pemilikan yang tinggi di kalangan pekerja
terhadap kerja yang mereka lakukan dan betapa pentingnya mereka dalam menjayakan tugas
berkenaan. (Ab. Aziz Yusof, 2003)

Peranan pengurus amat penting dalam sesebuah organisasi. Hal ini disebabkan
keefektifan pengurus akan membolehkan organisasi mencapai matlamat, tujuan atau misi
melalui penggabungan usaha dan bakat yang dimiliki oleh setiap individu dan kumpulan
dalam organisasi. Penggabungan usaha dan bakat yang dilakukan dengan kebijaksanaan
pengurus akan membolehkan organisasi memaksimumkan sumber yang dimilikinya untuk
mencapai objektif organisasi. Pendek kata seorang pengurus yang efektif di dalam kerja
mereka mempunyai kebolehan mengurus kendiri, kepelbagaian, etika, mengurus perubahan,
komunikasi, silang budaya dan kebolehan mengurus kumpulan (Robbins, 2001).

Pengurus juga membolehkan organisasi untuk memaksimumkan produktiviti


berasaskan per unit sumber yang dilaburkan sama ada tenaga buruh atau modal. Keefisienan
akan membolehkan organisasi untuk menjimatkan kos, mengurangkan hasil buangan dan
mengurangkan kos per unit pengeluaran. Keefektifan dan keefisienan pengurus akan
membolehkan mereka bertindak dengan tepat dalam mengurus organisasi.

Peranan pengurus bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan
kakitangan, bahkan ia juga merangkumi tugas yang tidak tercatat di dalam gambaran
tugasnya seperti peranan sebagai penyampai maklumat atau sebagai pendorong kakitangan
atau sebagai seorang pemimpin atau tokoh.

2.2.1 PERUBAHAN GAYA KERJA DAN TEMPAT KERJA

Budaya organisasi merupakan imej yang dibentuk dengan tujuan untuk


melambangkan sesebuah organisasi serta prasyarat yang terpenting dan asas yang kukuh ke
arah kecemerlangan organisasi. Budaya organisasi yang kuat berperanan sebagai kompas dan
berkuasa memberikan panduan serta dapat mengimbangi gelagat ahli dalam sesebuah
organisasi. Oleh itu, dalam mengambil sebarang tindakan, pengurus perlu mengambil kira
aspek kepelbagaian budaya yang wujud dalam organisasi. Kefahaman yang tinggi dalam
aspek ini akan memudahkan pengurus memanfaatkan seluruh kekuatan yang dimiliki oleh
setiap pekerja untuk kebaikan organisasi.

Sepertimana budaya di kebanyakan syarikat sekarang iaitu mengamalkan kerja di


mana saja atau menggunakan pejabat maya (virtual office). Tak perlu lagi untuk kita masuk
pukul 9 pagi dan keluar pukul 5 petang setiap hari. Ini bagi memastikan pekerja dapat
mendapat keseimbangan di antara pekerjaan dan keluarga. Sudah tiba masanya untuk kita
mengamalkan kebebasan bekerja, selagi kualiti kerja dapat dijaga. Apabila pekerja berasa
gembira melakukan kerja, pastinya kita pun gembira juga. (Eza, 2019)

Justeru itu, pengurus harus mengaturkan budaya persekitaran yang baru dan yang
terbaik buat pekerja-pekerja supaya mereka semangat untuk melakukan pekerjaannya. Ini
kerana kita ingin mengelakkan daripada keadaan atau suasana persekitaran yang
membosankan akibat melakukan perkara yang sama setiap hari. Hal ini juga dapat memberi
tekanan kepada pekerja-pekerja di tempat kerja.

Pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi cenderung untuk dikaitkan dengan
hasil kerja yang berkualiti. Namun begitu, untuk menghasilkan pekerja yang mempunyai
komitmen yang tinggi memerlukan keadaan persekitaran kerja yang berkualiti. Apabila faktor
persekitaran berkualiti, pekerja akan menjadi lebih semangat untuk terus bekerja dan setia
kepada organisasi. Malahan, pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap
organisasi lebih mudah untuk memberikan sumbangan tambahan seperti inovasi dan kreativiti
di mana ianya akan menyumbang ke arah keupayaan organisasi yang lebih tinggi (Bennett &
Durkin 2000). Salah satu perkara penting yang dapat mengaitkan komitmen pekerja dengan
persekitaran kerja adalah seperti reka bentuk ruang kerja yang nyaman, cahaya yang terang
dan tahap kebisingan bunyi yang kurang (Nawawi 2003, Selamat 2013).

2.2.2 MENJAGA HUBUNGAN INTERPERSONAL

Mengikut Minzberg (1973), terdapat tiga peranan utama pengurus yang saling
melengkapi di antara satu dengan yang lain. Salah satunya adalah peranan antara perorangan
iaitu membangunkan, mengekalkan dan memastikan keintiman hubungan interpersonal di
kalangan anggota dalam organisasi. Pengurus juga harus menghubungi pihak luar untuk
memperoleh maklumat dan berperanan untuk mengukuhkan jaringan organisasi dengan
pelbagai pihak yang berkepentingan (Ab. Aziz Yusof, 2003). Sebagai contoh, pengurus harus
melayani pelanggan dengan menggunakan pengucapan yang sesuai.

Dan yang paling penting yang mesti pengurus jaga adalah hubungan antara pekerja
kerana mereka merupakan aset kepada sebuah syarikat. Sekiranya pengurus dapat
menjalinkan hubungan yang baik antara pekerja-pekerjanya, ini akan memberi kesan yang
positif terhadap pekerjaan dalam organisasi dan mereka juga akan percaya bahawa syarikat
tersebut dapat memberi mereka kelangsungan hidup yang baik. Jika pengurus menonjolkan
sikap negatif, maka pekerja akan bertindak sebagaimana pengurus. Kesan daripada keadaan
ini akan menyebabkan pengurus kehilangan penghormatan dan kepercayaan di kalangan
pekerja. Pada masa yang sama juga organisasi akan menghadapi masalah dalam
membangunkan pekerja yang bertangunggjawab, berdisiplin dan berdedikasi.

2.2.3 KEPAKARAN BERKOMUNIKASI

Di dalam sesebuah organisasi, komunikasi merupakan asas yang menyatu-padukan


aktiviti semua fungsi yang wujud. Dengan adanya saluran komunikasi di dalam organisasi
tersebut, setiap individu atau kelompok bukan sahaja dapat berinteraksi, memahami dan
bertukar-tukar maklumat antara satu dengan lain, tetapi juga dapat mewujudkan
kerjasama yang berterusan di kalangan kakitangan. Demikian itu, kecekapan perjalanan
sesebuah organisasi itu bergantung kepada sejauh mana baiknya saluran komunikasi itu
berjalan. Saluran komunikasi merupakan laluan mesej yang mengalir dari individu ke
individu lain atau dari satu kelompok ke kelompok lain atau kedua-duanya sekali.

Semua organisasi mengunakan kedua-dua saluran komunikasi, iaitu yang rasmi


dan tidak rasmi. Saluran rasmi ialah rangkaian atau rantai komunikasi yang
menentukan arah dan aliran mesej rasmi di kalangan ahli-ahli dan bahagian di dalam
organisasi. Saluran komunikasi rasmi ini merupakan sebahagian daripada struktur
organisasi yang menyalurkan mesej mengikut peraturan, adat, kebiasaan, pengagihan
autoriti, pangkat, dan jenis tugas di dalam organisasi.Saluran komunikasi tidak rasmi
pula merangkumi rangkaian atau rantai komunikasi yang wujud daripada perhubungan
sosial dan persahabatan di persekitaran tempat kerja. Saluran tidak rasmi ini disebut
grapevine, dan dianggap sebagai komunikasi tidak rasmi yang terpenting di dalam
organisasi

Pengurus juga perlu berperanan sebagai penghubung yang berkesan. Kepakaran ini
penting kerana mereka akan berhadapan dengan pekerja yang mempunyai kepelbagaian latar
belakang. Pada masa yang sama mereka juga perlu berhadapan dengan pembekal, pelanggan,
komuniti dan pemimpin kerajaan yang setiap orang antara mereka mempunyai agenda dan
pengharapan yang tersendiri terhadap pengurus. Pengurus perlu pastikan semua pihak berada
dalam bulatan jaringan strategik yang mempunyai potensi untuk membantu mereka dalam
menyelesaikan sebarang permasalahan yang bakal dihadapi.

2.2.4 PERKONGSIAN MAKLUMAT

Satu lagi tugas utama pengurus ialah menyampai maklumat yang diterima dari luar
atau dalam kepada ahli dalaman organisasi (Ab. Aziz Yusof, 2003). Misalnya, pengurus akan
memaklumkan apa yang diperolehi daripada seminar atau kursus yang dihadirinya.
Kemampuan mereka menyebarkan maklumat terkini seperti berkaitan dengan strategi
memasarkan sesuatu produk atau sebagainya akan membolehkan organisasi yang diwakilinya
sentiasa memimpin industri dan pasaran.

Hal ini juga dapat memastikan idea dan tren industri dalam pengetahuan mereka. Hal
demikian disebabkan pengurus perlu membuat persiapan yang rapi kerana mereka berada di
tengah-tengah gelanggang yang dikeliling oleh kepelbagaian sama ada dari segi bangsa,
agama, umur dan tahap pendidikan.

Pengurus turut berperanan sebagai seorang jurucakap bagi penyampaian maklumat


kepada pihak luar. Penyampaian maklumat ini mungkin terdiri daripada dasar,
perancangan,polisi, tindakan serta hasil. Contohnya terdapat penyebaran maklumat dalaman
adalah seperti isu tuntutan gaji pekerja kepada pihak majikan. Manakala penyebaran
maklumat luaran seperti pengurus akan memberi pandangan kepada pihak luar mengenai
sesuatu isu seperti kenaikan gaji pekerja. Dengan kata lain pengurus akan mewakili
organisasi dalam menyebarkan maklumat bagi organisasi. Selain itu, pengurus bertindak
sebagai pakar dalam industri yang disertai oleh pengurus. Sebagai jurucakap juga pengurus
bertugas menyediakan laporan tahunan kepada pemegang saham dan memaklumkan
perkembangan oraganisasi kepada pihak luar.

2.2.5 BERPERANAN SEBAGAI USAHAWAN

Sebagai usahawan, pengurus cuba membaiki unitnya dan menyesuaikannya dengan


keadaan persekitaran yang berubah-ubah. Pengurus hendaklah berada dalam keadaan berjaga-
jaga untuk mendapatkan ilham baru. Apabila ilham yang baik didapati, beliau akan
memulakan projek itu secara bersendiri dahulu atau beliau boleh mendelegasikan projek
tersebut kepada kakitangannya. Sesuatu projek itu, melibatkan perkara seperti barangan baru,
kempen perhubungan awam, peraliran dana yang kemaskini, penyusunan semula bahagian
yang lemah, penyelesaian masalah imej di divisi luar negeri, menyatupadukan operasi
komputer dan lain-lain.

Seorang pengurus perlu berani, bersedia untuk membuat keputusan dan


bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Pada masa yang sama mereka mesti
bersedia menghadapi risiko dan ketidakpastian akibat daripada keputusan yang dilakukan.
Sungguhpun begitu, setiap keputusan perlu dibuat secara kalkulatif kerana setiap keputusan
yang diambil akan melibatkan kos kewangan dan juga kos sosial.

Justeru itu, pengurus harus berperanan sebagai usahawan kerana antara peranannya
adalah mengenal pasti peluang yang boleh meningkatkan keuntungan melalui projek-projek
baru atau teknik baru dalam pengeluaran yang akan meningkatkan kesejahteraan organisasi.
Peranan usahawan juga termasuk mencadangkan produk atau perkhidmatan baru yang akan
memenuhi kehendak semasa pelanggan. Di samping itu, pengurus juga perlu membangunkan
keusahawanan dalaman di kalangan pekerja yang berpotensi untuk dijadikan rakan strategik
(Ab. Aziz Yusof, 2003).

Pengurus seharusnya memiliki sifat-sifat yang sebagaimana yang terdapat usahawan


seperti rajin,kreatif, berpandangan jauh,sanggup menerima risiko dan amanah yang diberikan.
dengan adanya sikap ini, pengurus dapat meningkatkan prestasi organisasi dengan cara
menimbulkan idea-idea yang kreatif bagi perkembangan organisasi. Sebagai contoh,
pengurus memperkenalkan sistem pembayaran gaji yang lebih baik dan adil kepada pekerja
berdasarkan beban kerja dan pengalaman kakitangan dan bukannya berdasarkan kepada
status kakitangan.(Sufian Firdaos,E.2012)

2.2.6 KESEJAGATAN STRATEGI

Pengurus yang mengutamakan kesejagatan strategi akan mempunyai jaringan yang


luas lagi yang akan membolehkan mereka memperoleh kelebihan bersaing kerana melalui
jaringan yang dibina mereka mampu untuk “knowing the right product/service through the
right people at the right time, place and cost” iaitu mengetahui produk atau perkhidmatan
yang betul melalui orang yang tepat pada masa, tempat dan kos yang tepat. Kelebihan ini
sudah tentu akan membantu pengurus membuat keputusan strategik dengan lebih cepat dan
berkesan (Ab. Aziz Yusof, 2003). Sehubungan dengan aspek ini pengurus perlu
membangunkan perhubungan dengan pelbagai pihak yang akan dapat menyokong mereka
untuk melaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perhubungan ini mestilah
cukup kukuh untuk mewujudkan pakatan strategik yang mampu memberikan keuntungan dan
kelebihan kepada pelbagai pihak.

Oleh itu, pengurus perlu memahami perubahan dunia dengan berfikiran terbuka dan
secara global. Mereka perlu mempunyai kapasiti untuk mengenal pasti peluang-peluang
perniagaan secara unik dan bertindak cepat untuk mengeksploitasikannya. Pengurus perlu
sentiasa mendahului pesaing dalam setiap aspek bagi membolehkan organisasi yang diwakili
bertindak sebagai pemimpin dalam memenuhi tuntutan perubahan yang terus menerus
berlaku tanpa boleh dihalang.
2.2.7 KEPAKARAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Pengurus perlu memiliki kepakaran dalam menggunakan teknik-teknik dan teknologi-


teknologi baru dalam membangunkan organisasi. Aspek ini amat diperlukan untuk
mengukuhkan dan membekalkan maklumat kepada pelbagai pihak. Mereka perlu mengetahui
cara penggunaan teknologi yang serba canggih ini mengikut peredaran zaman bagi membantu
pengurus dalam mereka bentuk operasi, mengukur prestasi pekerja dan pasukan kerja, serta
memberikan latihan dan bimbingan kepada pekerja. Seterusnya, penggunaan teknologi ini
juga dapat membantu mempercepatkan lagi urusan memprosesan data dan maklum balas dari
pengguna cepat diperoleh.

Justeru, pengurus harus sentiasa mengemaskini pengetahuan dan kemahiran yang


dimiliki selari dengan perkembangan teknologi yang pesat berlaku sama ada dalam bidang
pengeluaran, pemasaran, informasi, komunikasi dan teknologi.Organisasi yang menggunakan
teknologi moden dan terkini boleh memperbaiki produktiviti kerana ia mampu mengeluarkan
produk dan perkhidmatan baru dengan harga yang lebih kompetitif. Persaingan sengit,
perubahan cita rasa pengguna serta peningkatan tahap pendidikan masyarakat, kekurangan
tenaga pekerja dan kekurangan bekalan sumber pengeluaran menyebabkan organisasi
memberi penuh perhatian kepada program peningkatan produktiviti dan kualiti. Kualiti
produk atau perkhidmatan boleh diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan. Kualiti
produk atau perkhidmatan merangkumi aspek daya tarikan produk, pembungkusan, kesenian,
dan kehalusan kerja (pertukangan), layanan, hubungan inter-peribadi dan komunikasi,
perkhidmatan sokongan, dan perkhidmatan lepas jualan.

2.2.8 MENUNAIKAN HAK-HAK PEKERJA

Sekiranya seorang pekerja harus menunaikan kewajipan kepada majikan , maka


majikan juga harus memberikan perkara yang sama kepada pekerjanya. Majikan harus
memberi ihsan, belas kasihan, bertimbang rasa, bertolak ansur dan berperikemanusiaan
terhadap pekerjanya. Tujuan kebajikan dalam islam adalah untuk meringankan beban yang
ditanggung dan mengurangkan tekanan psikologi pekerja dalam menghadapi masalah
peribadi yang mempengaruhi prestasi kerja mereka.

Seorang pekerja seharusnya mendapat upah atau gaji yang berpatutan dengan tugas
yang dilakukan mereka. Perbuatan mengeksplotasi & mengkhianati pekerja dengan
membebaninya lebih daripada yang sepatutnya adalah bercanggah dengan prinsip dan etika
islam. Hubungan antara majikan dengan pekerja ialah jalinan silaturahim yang kukuh dan
mesra supaya suasana harmoni dan peradaban akan terserlah dalam sebuah organisasi kerja.
Majikan perlulah membayar gaji pada masa yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, bagi
individu yang bekerja adalah penting baginya apabila dapat gaji pada hari yang telah
ditetapkan oleh organisasi bagi menampung pembelanjaan serta keperluan hidupnya.

2.3 PERANAN PEKERJA

Sebagai manusia biasa, seseorang perlukan pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan


hidup demi membeli makanan, minuman, membayar tempat tinggal, dan juga pakaian. lni
merupakan keperluan asas untuk hidup di alam nyata. Seseorang bekerja dan berusaha kerana
itulah sumber pendapatan untuk membiayai kehidupan diri sendiri dan keluarga. Seseorang
bekerja untuk dimanfaatkan oleh orang lain, organisasi dan masyarakat.

Di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, ia mendefinisikan bahawa pekerja


merupakan seseorang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan untuk
mendapatkan upah sebagai ganjaran mereka untuk bekerja, dan bagi maksud apa-apa
tindakan undang-undang berhubung dengan pertikaian perindustrian. Pertikaian perindustrian
tersebut termasuklah dipecat, dilepaskan atau diberhentikan daripada pekerjaan yang
mengakibatkan timbulnya suatu pertikaian perindustrian. Dalam akta ini juga pekerja dapat
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu, pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM 1
500 sebulan dan pekerja yang menerima gaji melebihi RM 1 500 sebulan. Hal ini bermakna,
pekerja merupakan individu yang diambil bekerja oleh majikan dan menerima upah dari
pekerjaan mereka dalam pelbagai jenis bidang.

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 merupakan suatu akta yang mempunyai tujuan
untuk menjaga dan mengawal selia perhubungan di antara majikan dan pekerja. Selain itu,
akta ini juga adalah untuk mengelakkan dan mencari jalan penyelesaian bagi sebarang
pertikaian-pertikaian yang berlaku di antara majikan dan pekerja.
(Nicholas,B,J.,Miun,D,A.,Jelly,D.,Eric,E.,2018)

Pekerja cemerlang sekiranya kehadiran mereka menyumbang kepada kekuatan


pengupaya organisasi. Kehadiran pekerja juga tidak membebankan organisasi itu sendiri
tetapi sebaliknya mengukuhkan organisasi. Pekerja yang cemerlang dimanfaatkan oleh rakan
sekerja dan memudahkan proses kerja dalam konteks pencapaian penyelesaian masalah dan
pencapaian objektif organisasi. Pekerja cemerlang sekiranya sumbangan yang diberi
menambah nilai kepada budaya cemerlang organisasi. Komitmen pekerja merupakan suatu
keinginan dalaman diri seseorang pekerja untuk terus bekerja dengan bersungguhsungguh,
bertanggungjawab dan sanggup berkorban masa serta tenaga demi melaksanakan tugas yang
diberikan oleh majikan sebaik mungkin (Culverson 2002)

2.3.1 KEPERLUAN LATIHAN DALAM ERA DIGITAL

Sekarang merupakan zaman media sosial, di mana pengaruhnya tidak boleh


dipertikaikan. Satu kesilapan boleh membawa padah yang besar, oleh itu amat penting untuk
kita menitikberatkan keperluan pekerja-pekerja di bawah kita tentang tingkahlaku dan adab di
media sosial. Ianya boleh membawa perubahan yang drastik kepada syarikat, kerana kita
boleh jadi viral dengan sekelip mata saja. Tetapi kalau nak viral pun, pastikan ianya viral
yang cenderung untuk kita mendapat nama baik dan bukannya cemuhan daripada netizen.

Realiti hari ini menunjukkan bahawa pembangunan sumber manusia menjadi


tumpuan utama organisasi dalam menangani perubahan persekitaran. Hal ini amatlah
berhubung rapat dengan tuntutan keperluan Industri 4.0 yang berasaskan teknologi komputer
dan pengautomatan. Sumber manusia perlu diberi pendedahan mengenai keperluan
melengkapkan keupayaan diri masing-masing dalam menangani tuntutan Industri 4.0. Semua
ini boleh dicapai melalui latihan dan pembangunan sumber manusia. Pengabaian aspek
latihan dan pembangunan sumber manusia, serta kurangnya kesedaran mengenai
kepentingannya boleh menyebabkan organisasi bakal berdepan cabaran menangani Industri
4.0. Antara cabarannya ialah penyusutan moral dan motivasi, peningkatan pusing ganti
pekerja dan masalah ketidakpuasan kerja. Semua ini menyukarkan pihak pengurusan
organisasi melaksanakan strateginya dalam melaksanakan perubahan berkesan.  ( Makhbul
Mohamed,Z,K.2018)
2.3.2 BERFIKIR DI LUAR KOTAK

Kalau kita perasan, ramai orang tidak lagi menggunakan perkhidmatan dengan cara
tradisional seperti menaiki teksi untuk membeli barang keperluan yang mungkin mengambil
masa yang lama untuk menunggunya. Kini pengguna mempunyai kuasa untuk memilih, lalu
kita pilih untuk menggunakan teknologi untuk membantu kita. Sekarang kita tak perlu lagi
tunggu lama untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan
perkhidmatan yang baru seperti Uber dan Grab. (Eza, 2019)

Begitu juga halnya dalam organisasi, pekerja perlu berfikir bagaimana cara untuk
mereka gunakan perkhidmatan online bagi melancarkan produk atau perkhidmatan kepada
masyarakat luar supaya pelanggan dapat menikmati perkhidmatan yang mudah bagi mereka
dengan menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja. Dengan kehidupan kita yang semakin
sibuk sehingga tiada masa untuk keluar berjalan. Oleh itu, pekerja harus menggunakan
kepakaran mereka untuk mencapai kehendak pelanggan iaitu kemudahan pelanggan dalam
sehari-hari.

Berfikir di luar kotak (think out of the box) adalah berfikir di luar kebiasaan dan
mencabar tradisi dengan membangkitkan rasa tidak puas hati dan mengeluarkan diri dari zon
selesa.Ia menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut
yang berlainan, serta berbeza dari status quo. Kebolehan untuk berfikir di luar kotak minda
adalah sesuatu yang sukar untuk diajar, namun, sekiranya seseorang pekerja itu dapat
menguasai kebolehan tersebut, maka ia akan dapat membantu memajukan diri individu
tersebut dan organisasi. Berfikir di luar kotak minda adalah bertujuan untuk membolehkan
pekerja menggunakan kreativiti atau pendekatan yang unik bagi menyelesaikan sebarang
masalah atau isu dalam organisasi. Ianya adalah mudah untuk percaya dalam sesuatu yang
pekerja sentiasa percaya. Tetapi cabarannya adalah untuk bersaing dengan diri sendiri dan
bukannya bersaing dengan orang lain. Cuba untuk melangkah keluar dari zon selesa pekerja
dan ambil pendekatan yang berbeza. pekerja tidak semestinya perlu mengubah rutin harian,
tetapi pekerja perlu megubahnya dengan cara konvensional.
3.0 RUMUSAN

Kejayaan mengurus sesebuah organisasi boleh diukur dari aspek kecekapan,


keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
organisasi.Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti input yang digunakan oleh
organisasi untuk menghasilkan satu unit pengeluaran atau perkhidmatan. Contohnya, apabila
organisasi berupaya menambahkan bilangan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan
kuantiti input yang sama atau kurang, organisasi tersebut dianggap telah meningkatkan
kecekapannya. Kecekapan juga bermaksud apabila pengurus membuat tugasnya dengan
betul.

Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurus membuat kerja yang betul
dan matlamat organisasi berjaya dicapai. Contohnya, organisasi disifatkan tidak berkesan
apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh pelaksanaan rancangan yang lemah
atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan persekitaran organisasi dengan
lebih tepat. Produktiviti disifatkan sebagia nisbah output yang dikeluarkan dibandingkan
dengan input (sumber) yang digunakan dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan.
Input dalam sistem pengeluaran termasuk: tanah, bahan, mesin, wang, masa, dan tenaga
pekerja.

Produktiviti pekerja boleh diukur dari segi bilangan produk yang dikeluar atau
bilangan pelanggan yang diberi perkhidmatan dalam jangka masa yang tertentu. Manakala
produktiviti pengurus atau penyelia boleh diukur dari segi kecekapannya menggunakan
tenaga pekerja ke tahap paling optimum. Sekiranya pekerja tidak dapat menjalankan kerja
dengan lebih cekap atau pekerja terpaksa menunggu atau memperlahankan kerja kerana
kelemahan sistem penyusunan dan penugasan, pengurus yang bertanggungjawab disifatkan
tidak cekap dan tidak berkesan. Organisasi yang produktif berupaya bersaing pada peringkat
nasional dan antarabangsa.

RUJUKAN

Abdul Manaf,M,I. 12 April 2011, dimuat turun daripada :


https://www.academia.edu/10474967/PENGURUSANORGANISASI_1_PENGURUSANOR
GANISASI

Al-Qudsy Syarifah Hayati, 2008, Jurnal Pengajian Melayu, filid 19, dimuat turun daripada :

https://www.academia.edu/28297066/BUDAYA_KERJA_CEMERLANG_MENURUT_PER
SPEKTIF_ISLAM_AMALAN_PERKHIDMATAN_AWAM_MALAYSIA_EXCELLENT_
WORK_CULTURE_FROM_ISLAMIC_PERSPECTIVE_MALAYSIAN_PUBLIC_SERVIC
ES_PRACTICE

Amira Syafiqah, no date, dimuat turun daripada :


https://www.academia.edu/27629323/PENGENALAN_KEPADA_PENGURUSAN

Eza. (2019, September 13). Bagaimana Perniagaan Boleh Kekal Relevan Pada Masa Depan?
Dimuat turun daripada

http://www.majalahlabur.com/advertorial/bagaimana-perniagaan-boleh-kekal-relevan-
pada-masa-depan/

Khairusany. (2019, Mei 11). Tingkat organisasi perkhidmatan awam taraf dunia. Dimuat
turun daripada

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/562565/tingkat-organisasi-
perkhidmatan-awam-taraf-dunia
Minzberg, H. (1973). The Nature of Managerial Work. New York: Harper and Row.

Morgan, G. (1986). Images Of Organisations. Beverly Hill: Sage Publication.

Makhbul Mohamed,Z,K.4 Januari 2018, 5 komponen tangani cabaran Industri 4.0, 10,
dimuat turun daripada :

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/01/370721/5-komponen-tangani-
cabaran-industri-40

Robbins, S. (2001). Organizational Behaviour: Concepts, Contraversies and Application (9th


ed). Englewood Cliffs. Prentice Hill.

Roshan. (2018, Oktober 10). Kekal Relevan: Kunci Kepada Pertumbuhan Kerjaya Dan
Bisnes. Dimuat turun daripada

https://leaderonomics.com/bm/artikel/kekal-relevan-kunci-kejayaan

sufian Firdaos,E. 23 Oktober 2012, unit2:pengurus dan pengurusan , dimuat turun daripada :

https://www.slideshare.net/ebbysufian/unit2-14854014

http://www.ikkm.edu.my/images/Awam/Penerbitan/Dimensi_Koop/DimensiKoop41/Menang
ani-Perubahan-dalam-Organisasi.pdf

https://www.slideshare.net/smklbting6/bab-2fungsi-pengurusan

https://www.slideshare.net/smklbting6/pp-1-kepemimpinan

https://mediapermata.com.bn/kerja-berpasukan-lebih-baik-daripada-kerja-bersendirian/

https://www.academia.edu/27629323/PENGENALAN_KEPADA_PENGURUSAN

https://www.majalahniaga.com/7-kriteria-unggul-pekerja-idaman-majikan.html

http://ejournal.ukm.my/apjitm/article/download/1371/1229

https://docs.jpa.gov.my/docs/akhbar/2019/Siaran_Media_04092019.pdf

Anda mungkin juga menyukai